Thursday, July 30, 2009

Polis Larang Hadir Himpunan Mansuh ISA

Himpunan mansuh ISA sabtu ini telah di nyatakan oleh pihak polis sebagai perhimpunan haram. Lebih-lebih lagi apabila satu pihak lagi akan turut sama berhimpun pada hari yang sama untuk menyokong ISA. Pihak yang menyokong itu pula telah di kenali sebagai golongan samseng yang menamakan diri mereka sebagai pejuang melayu. Maka untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak di ingini, maka polis telah melarang semua pihak untuk menghadiri perhimpunan pada hari tersebut.

Ada kemungkinan pihak pro ISA itu tidak akan hadir dengan alasan patuh kepada arahan polis, lalu di momokkan bahawa pihak anti ISA ini adalah golongan yang tidak mematuhi undang-undang berbanding mereka. Mungkin juga mereka tetap juga akan hadir dan membuat provokasi supaya berlaku insiden yang tidak di ingini lalu di persalahkan pihak anti ISA sebagaimana yang telah di nyatakan oleh Ibrahin Ali al kataki baru-baru ini.

Himpunan anti ISA ini sebagaimana himpunan-himpunan yang pernah di anjurkan sebelum ini adalah himpunan aman. Berlaku masalah apabila di ganggu polis. Sejarah telah membuktikan belum pernah himpunan anjuran rakyat ini samada ceramah pada malam hari atau siang hari berlaku perkara yang menyusahkan orangramai kecuali apabila ianya di ganggu oleh pihak polis. Polislah yang mencetus masalah.

Kalau pihak pro ISA hadir pada himpunan sabtu ini, merekalah yang akan mencetuskan masalah jika ada masalah. Bukan kita kata, tapi mereka sendiri telah membuat kenyataan begitu. Sepatutnya polis menghalang pihak pro ISA daripada turut berhimpun pada hari tersebut jika tidak mahu perkara yang tidak di ingini berlaku.

Samada ini adalah lakonan atau apa sahaja, seluruh rakyat perlu hadir dan menyatakan bantahan terhadap akta yang sangat tidak bertamaddun itu. Ini merupakan peluang untuk menyatakan bantahan kita bahawa akta itu perlu di hapuskan segera daripada menghantui dan menjajah pemikiran rakyat negara kita.

Kita telah tegaskan berkali-kali bahawa himpunan kita adalah himpunan aman. Kita jamin jika tidak ada gangguan daripada mana-mana pihak sama ada polis atau samseng penarik kereta pada hari tersebut, tidak akan berlaku perkara yang tidak di ingini.

Sebaliknya jika polis yang sepatutnya menjaga keamanan, tetapi menjadi barua pihak tertentu mula mencetuskan masalah, maka kita akan menganggap itu adalah pengorbanan dan perjuangan untuk memastikan keadilan dapat di tegakkan di tanahair tercinta ini.

No comments:

Followers