Saturday, April 28, 2012

Sekadar Renungan....

PEMBODOHAN POLITIK OLEH UMNO :

-Zaman Sekolah: eh, jangan join politik dan demo-demo ni..kau tu sekolah lagi.
-Zaman Universiti: Kau fokus la belajar dulu, jaga pointer, kasi CGPA tinggi2 dulu, jangan hampakan mak ayah...tak payah nak sibuk2 sangat dengan politik ni.
-Zaman Pekerjaan: Alaah, tak payah la..kau tu kerja,nanti kena buang kerja..anak bini nak makan apa?!
-Zaman Pencen: Sudahlah dengan politik2 ni..kita dah tua..mari kita fokus dan tambah amalan di masjid.
-Zaman Emas: Kau tu bilang hari je nak mati, kita redha dan terima seadanya lah apa yang berlaku kat negara kita.

Islam tidak pernah menghadkan situasi dan masa untuk menyertai perjuangan! Henti beralasan bodoh!

Thursday, April 26, 2012

Rakyat Berhimpun 28 April 2012: Untuk sokong Ambiga ke?



  • Sila jawab soalan berikut:
    • Jika Ambiga menyeru semua orang di Malaysia untuk turun ramai-ramai di Dataran Merdeka dengan hasrat menyokong dirinya yang bernama Ambiga Sreenevasan, adakah anda dan rakan anda dan jiran anda lain-lain akan turun.
    • Jika Wong Kok Meng menyeru semua orang di Malaysia untuk ramai-ramai turut serta berhimpun bagi menyatakan kepada Kerajaan dan mereka-mereka yang berkuasa di Malaysia bahawa "KAMI MAHUKAN SEBUAH NEGARA YANG MEMBERIKAN HAK PENUH KEPADA RAKYATNYA MEMILIH KETUA MEREKA JESTERU ITU KAMI MAHUKAN PILIHANRAYA YANG BERSIH DAN TELUS!!!"...agaknya adakah anda, rakan anda, jiran anda dan mereka yang seperjuangan dengan anda akan turun.
  • Untuk pengetahuan anda Wong Kok Meng adalah seorang Cina yang bekerja sebagai ketua jabatan logistik di sebuah syarikat di Kulim berdekatan Padang Meha pada suatu masa dahulu dan saya tak tau dia buat apa sekarang.
  • Apa pentingkah siapa yang menyeru jom tuntut pilihanraya yang bersih? dalam kes di atas soalan pertama sudah tentu jawabannya tak akan ada seorang manusiapun yang akan turun melainkan barangkali rakan teramat dekat Ambiga atau saudaranya. Kalau ramai juga yang turun tentu ada sesuatu yang tak kena. Sebabnya siapa yang buta perut tiba-tiba nak sokong Ambiga?
  • Bagi soalan yang kedua, saya pasti ramai yang akan turun termasuk semua pemimpin pembangkang walau tak ada sesiapa pun kenal Wong Kok Meng. Kenapa mereka turun? adakah kerana nak sokong Wong Kok Meng? sudah tentu tidak sebab mereka menuntut BERSIH 3.0
Sumber :  http://wartashubhi.blogspot.com/2012/04/rakyat-berhimpun-28-april-2012-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FmAaPQ+%28WartaShubhi%29

Wednesday, April 25, 2012

Bersih 3.0: Duduk Dan Bantah

Demontrasi Tanah Rakyat; Lima Memorandum DiSerah Kepada MB

 















KUALA TERENGGANU - Perasaan marah rakyat negeri Terengganu semakin 'meluap-luap' khususnya kepada Menteri Besar (MB), Dato’ Seri Ahmad Said terutama dalam isu-isu tanah rakyat yang dinafikan dan dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Hampir 10,000 rakyat di seluruh negeri berkumpul serta berhimpun secara aman bermula di Padang Majlis Berbandaran Kuala Terengganu (MBKT) dan berarak ke bangunan pentadbiran kerajaan Wisma Darul Iman.

Lima memorandum rakyat  telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Dato’ Seri Ahmad di Wisma Darul Iman, dekat sini, pada Selasa 24 April.

Antaranya, Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang, Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas.

Mereka dibawa bertemu dengan Ahmad yang diiringi oleh Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berhenti rehat sekitar jam 11.00 pagi.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid bersama Adun PAS yang lain turun ‘padang’ bagi menyambut wakil-wakil jawatankuasa tanah berkenaan yang ‘tersekat’ di pintu masuk Wisma Darul Iman.

Tinjauan mendapati ribuan rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Manakala, di hadapan pintu masuk Wisma Darul Iman, rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut menaikan slogan-slogan mengutuk tindakan Umno-BN yang ‘merampas’ tanah rakyat.

Slogan ‘Kami Bantah Rampas Tanah SRIDB’, ‘Kembalikan Tapak Anak Yatim Kami’, ‘Kami Bukan Perompak dan Penjenayah’ dan ‘Kenapa Rampas Hak Kami’ serta banyak lagi dipamerkan oleh para peserta terbabit.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, kerajaan Umno-BN Terengganu ini zalim dan khianat terhadap rakyat sendiri.

“(Tanah) Sekolah rendah yang dirampas oleh kerajaan yang kita rasa amat terkilan, tanahnya dua ekar diluluskan oleh MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) tetapi dirampas (tinggal) seekar,

“yang kedua melibatkan tanah (RTB) Kubang Labi, Kampung Banggol Permairsuri, melibatkan tanah yang diambil untuk I-SHARP tanah yang melibatkan hak orang kampung turut dirampas,

“yang ketiga melibatkan petani (padi) di Kampung Jelapang (Setiu) melibatkan lebih seratus orang yang diusahakan oleh orang kampung,”ujarnya dalam sidang media selepas pennyerahan memorandum tersebut.

Beliau berkata, turut diserahkan adalah memorandum yang melibatkan projek jalan dan jambatan Kampung Jeram yang termasuk tanah penduduk Kampung Banggol Donas yang diambil tanpa dibayar pampasan.

Dalam kes Kampung Banggol Donas, beliau menyelar tindakan kerajaan yang mennafikan hak rakyat seolah-olah sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja.

“Projek lebuhraya yang masuk kampung Banggol Donas tanpa dibayar pampasan dan kelulusan, terus dia masuk (buat projek), ini ada penafian hak rakyat seolah-olah kerajaan sebagai pemerintah dia boleh lakukan apa sahaja,

“(dan) rakyat tidak patut membiarkan begitu sahaja,”tegasnya.

Memorandum yang kelima, menurut Ustaz Satiful adalah melibatkan tanah generasi kedua peneroka Felda yang diserahkan kepada FGVH (Felda Global Venture Holding) yang akan diapungkan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.

Katanya dengan tindakan tersebut menyebabkan bepuluh ribu ekar aset rakyat negeri Terengganu akan hilang begitu sahaja

Hadir sama ketika penyerahan memorandum rakyat kepada Ahmad adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Sunday, April 22, 2012

Jangan Abaikan Tarbiah Walaupun Musim Pilihanraya

Idris Haji Ahmad
19/4/12
Sesungguhnya keperibadian Muslim yang tulen merupakan batu bata yang menjadi tapak kepada pembinaan jamaah. Kukuhkan peribadi Muslim melalui program tarbiah fardi (perseorangan) atau secara jama’i). Jika berlaku kelemahan dan kecacatan di dalam proses pembinaan ini maka jamaah perlu dipertangungjawab kenapa perkara ini berlaku. Sekiranya jamaah sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur program, namun sikap ahli atau pimpinan yang  tidak memperdulikan program ini, maka jamaah boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab ini.
Kerana kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan jangka panjang kepada parti Pas untuk meneruskan perjuangan, kerana  perjalanan masih jauh. Kegagalan ini akan memberi kesan jangka panjang dan keruntuhan kepada jamaah.  Mengakibatkan parti  tidak boleh melahirkan keperibadian yang bertanggungjawab dan petugas yang sanggup memikul beban tugas yang merupakan amanah. Paling malang sekali,  kesan yang paling buruk ialah mereka ini membebankan parti, bukan meringankan parti.
Sesungguhnya tabiat perjuangan itu sendiri yang perlu meletakkan asas yang kukuh kerana ia menuntut kita kepada amal jihad yang berterusan. Untuk mendapat kejayaan cemerlang, jamaah mesti melahirkan  manusia yang memiliki akidah yang betul-betul memahami Islam mengikut sistem tarbiah  yang baik untuk persediaan kepada jihad dan pengorbanan.
Imam Syhid Hassan al-Banna pernah menyatakan “Sesungguhnya lelaki bercakap bukan lelaki kerja,lelaki kerja pula bukan lelaki jihad, lelaki jihad yang semata-mata berjihad saja bukan lelaki yang bijaksana yang boleh mengeluarkan hasil yang memberi keuntungan besar melalui pengorbanan yang sidikit saja”

Tarbiah mempunyai kesan dan pengaruh jangka panjang dan pendik untuk menghadapi berbagai-bagai peristiwa dan keperluan amal di jalan dakwah, samada ketika menghdapi dugaan atau tipu helah musuh.
Tarbiah tidak sepatutnya  dibataskan untuk ahli biasa sahaja, sedangkan peringkat atasan ditinggal begitu sahaja. Ia wajib diamalkan  tanpa ada pilihan kerana setiap orang memerlukan bekalan dan bahan ingatan.
Tarbiah amat diperlukan sepanjang masa, terutama ketika suasana kritikal , seperti sewaktu pilihanraya. Suasana begini amat penting kerana unsur iman diperlukan untuk mendapat sokongan dan pertolongan Allah.
Meneruskan usaha tarbiah amat diperlukan sebagai persediaan kepada generasi akan datang untuk menyambung tugas perjuangan jihad sebagai barisan pelapis.
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan kecuaian terhadap program tarbiah.
Sheik Mustafa Masyhur dalam bukunya “Tariq al-Dakwah Baina al-Asalah wal-Inhiraf” (Jalan Dakwah Antara Keaslian Dan Penyelewingan) telah menggariskan beberapa perkara yang boleh menyebabkan program tarbiah terencat untuk menjadi ingatan kepada kita, supaya perkara ini tidak berlaku kepada parti Pas
a.                    Memberi tumpuan yang lebih kepada bidang politik dan meringankan aspek tarbiah . Hal ini diatur oleh politik yang terlalu sibuk menghabiskan masa dalam menyelesaikan masalah , kemusykilan dan perhitungan.
b.                   Tidak menyediakan para murabbi dan para pelatih. Para murabbi hanya menumpukan kepada peringkat tinggi, dan mengabaikan peringkat bawahan. Selain itu berlebihan memberi keutamaan kepada berceramah ke merata-rata tempat kerana banyak jemputan hingga melemahkan  tugas mereka dalam aspek tarbiah.Dengan ini amat penting disediakan para murabbi  untuk mengimbangkan program  ceramah dengan tarbiah.
c.                    Usrah tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Usrah tidak digunakan untuk mengasah bakat dan  pembentukan peribadi dan membina akhlak.
d.                   Sibuk dengan bidang-bidang lain hingga mengenepikan tugas tarbiah.

Muhasabah yang diberikan oleh Sheikh Mustafa Mashur ini boleh kita mmbuat koreksi terhadap diri kita dan juga jamaah kita supaya ia menjadi jamaah yang unggul. Walaupun beliau menulis di dalam konteks negeri Mesir yang berbeza dari segi demografi dan suasana persekitaran politik. Namun beberapa saranan dan teguran beliau itu ada relevan untuk kita muhasabah diri dan parti kita.

Setiap ahli Pas mesti melatih  diri mereka mengutamakan sudut amali daripada banyak bercakap. Elakkan diri daripada terjebak dengan pencemaran riya’ yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemusnahan amalan dan parti. Elakkan diri daripada menyebarkan diayah palsu sesama ahli jamaah

Elakkan pertengkaran dan perbalahan sesama anggota, kerana syaitan akan masuk campur dan berlakulah pertelingkahan dan permusuhan sehingga merosakkan ukhwah. Semua ini menjejaskan amal kerja untuk berdakwah. Rasulullah melarang kita dari bersifat demikian kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.
Memanglah ukhwah sangat penting dalam berdakwah dan berjihad supaya tidak ada peluang kepada musuh menembusi masuk ke dalam saf jamaah. Kecuaian terhadap ruh atau semangat ukhwah dan kasih sayang sesama anggota akan memberi  peluang kepada syaitan dan musuh sehingga membawa kepada pertelagahan, kegagalan dan keruntuhan. Firman Allah SWT
“Dan janganlah kamu berbalahan, maka kamu akan gagal dan hilang kekuatan kamu” (Surah al-Anfal 46)


Imam Syahid Hassan al-Banna menasihat perkara ini “Masa merupakan kehidupan, dan tanggungjawab lebih banyak dari masa. Oleh itu janganlah kita sibuk dengan menguruskan kulit mengenepikan isi dan jangan sibuk dengan banyak cakap dan bertengkar tetapi mengenepikan amal.

Followers