Pada muktamar kali ini saya tidak lagi di pilih untuk menjadi perwakilan. Cukuplah pengalaman tiga tahun iaitu 2007 di Putik, Kelantan, 2008 di Ipoh, Perak dan 2009 di Shah Alam, Selangor saya hadir ke Muktamar sebagai perwakilan. Pada tahun ini saya hadir ke Muktamar sebagai pemerhati. Hadir untuk memeriah dan meramaikan Muktamar yang sememangnya sesak dengan manusia dari seluruh pelusuk negara dengan berbagai pula maksud dan tujuan kehadiran mereka.
Kapasiti dewan muktamar yang hanya boleh memuatkan perwakilan menyebabkan para pemerhati terpaksa berhimpit dan berpanas di luar dewan. Memang Pusat Tarbiyyah PAS Taman Melewar yang menjadi tempat muktamar saban tahun pada dekad 90an itu sudah tidak mampu lagi menampung sambutan rakyat yang semakin meningkat kepada PAS sekarang ini.
Lebih-lebih lagi pada tahun ini agak panas dengan agenda pemilihan kepimpinan baru PAS yang tidak berani di buat oleh parti lain. UMNO yang mengaku parti yang besar dan hebat itu pun tidak berani meneruskan agenda pemilihan kepimpinan yang sepatutnya diadakan pada tahun ini. Ini kerana di jangkakan pilihanraya umum akan di adakan pada bila-bila masa daripada sekarang dan mereka bimbang jika di buat pemilihan kepimpinan pada saat hampir PRU ini, memungkinkan perpecahan dan ketidakmampuan untuk memenangi PRU nanti.
PAS adalah sebuah parti yang mempunyai perinsip yang jelas. Biarpun dengan adanya pemilihan dalaman parti dan sedikit sebanyak berlaku perselisihan dan pertandingan yang agak sengit, namun selepas pemilihan di buat, keseluruhan ahli mampu berlapang dada dengan keputusan majoriti.
Rasa tidak puas hati sememangnya wujud, terutama kepada yang menyokong calun-calun yang tidak menang dalam pemilihan. Namun berbeza dengan suasana dua tahun lepas, apabila selesai pemilihan, pihak yang tidak puas hati masih bising apabila calun yang mereka pilih telah kalah, tetapi tahun ini secara keseluruhan ahli PAS sedia menerima keputusan pemilihan yang di buat oleh perwakilan.
Hanya pihak lawan PAS iaitu UMNO yang nampak agak gelisah dan cuba melakukan provokasi supaya timbulnya keluh kesah di kalangan ahli PAS. Namun tindakan mereka semakin menampakkan kedangkalan dan dapat di baca oleh orang PAS.
Suasana tenang ini mungkin di sebabkan kerana ahli PAS semakin matang ataupun mungkin yang bising dua tahun lepas itu telah menang pada pemilihan tahun ini. Maka tidak ada lagi yang perlu di bisingkan. Sementara sebahagian besar ahli PAS adalah mereka yang memahami konsep wala' dan taat kepada parti dan kepimpinan.
Sepatah kata Tuan Guru presiden, kepimpinan PAS yang menang pada kali ini adalah pasukan untuk menghadapi pilihanraya. Dengan penuh harapan semua ahli PAS mudah-mudahan pada PRU yang akan datang PAS mampu melonjakkan diri dan menjadi pilihan rakyat menerajui negara, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment