Monday, July 18, 2011

PAS ikut telunjuk DAP - DAP ikut telunjuk PAS?

Berikut adalah penjelasan dari pihak DAP sendiri berkenaan tuduhan UMNO yang mengatakan PAS ikut telunjuk DAP.

Roketkini.com 18 Julai 2011 - Apabila kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat melaksanakan usaha kebaikan dan keadilan untuk semua kaum dan agama, ia sudah tentu akan mendedahkan kelemahan dan kepincangan UMNO dan Barisan Nasional.

Untuk menutup kegagalan sendiri, maka UMNO-BN melalui media kawalan mereka cepat-cepat menabur fitnah untuk memperlekehkan kejayaan Pakatan Rakyat. Melalui propaganda adu domba, perencanaan mereka sama saja seperti fitnah zaman Perang Dingin.

Kepada orang Melayu dikatakan “PAS ikut kata DAP”; kepada orang bukan Melayu dikatakan “DAP ikut telunjuk PAS”

– semuanya dengan hasrat supaya rakyat yang mereka anggap tidak faham atau tidak mempunyai akses teknologi maklumat akan terus merasa takut dan bimbang.

Yang terbaru adalah isu kerajaan negeri Pakatan Kedah pimpinan PAS yang memperjelaskan keputusannya membenarkan pusat-pusat hiburan beroperasi di negeri itu sepanjang bulan Ramadan untuk orang bukan Islam sahaja.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang: “Orang UMNO buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan di kalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk.”

Benar sekali penjelasan beliau kerana dalam kesibukan media kawalan UMNO-BN menabur fitnah, mereka tidak sedar bahawa negeri-negeri pimpinan UMNO telah membenarkan orang Islam masuk keluar pusat-pusat hiburan pada setiap masa, termasuk pada bulan Ramadan.

Seperti mana yang menjadi budaya UMNO-BN, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat nampak, media kawalan pemerintah pusat terus cuba membohongi rakyat.

UMNO-BN tidak peduli tentang usaha dialog antara kaum serta agama. Sedangkan Pakatan Rakyat sentiasa cuba mencari jalan tengah untuk memastikan keadilan dan kebenaran diamalkan bersama untuk kepentingan semua rakyat.

Sebagimana yang dicadangkan oleh Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik, kerajaan negeri perlu mewujudkan satu badan pemantau jika ia mahu memastikan orang Islam tidak masuk ke pusat hiburan selaras dengan penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

“Undang-undang boleh digubal, tapi kalau tidak buat penguatkuasaan atau pemantauan, macam mana? Kita juga tidak mahu orang Islam masuk pusat hiburan dan kita juga mahu orang Islam sendiri menghormati agama mereka,” katanya.

Daripada memfitnah PAS dan DAP, kerajaan UMNO-BN patut melihat cermin dan bertanya kepada diri sendiri, apa yang akan dilakukannya kepada pusat-pusat hiburan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada bulan Ramadan ini?

Adakah ia akan menutup semuanya dan menghalang hak orang bukan Islam untuk memasukinya, atau ia juga mahu “ikut telunjuk DAP” dengan membenarkan hanya orang bukan Islam memasuki premis-premis berkenaan?

[Roketkini.com]

Sunday, July 10, 2011

Coretan BERSIH 2.0

"Ana masih berada dalam masjid Jame'. Di luar terlalu ramai anjing-anjing berkeliaran". Begitulah sms daripada seorang sahabat yang saya terima sekitar 11 pagi semalam 9 julai 2011. Apa yang di maksudkan sebagai anjing itu adalah polis samada yang berpakaian seragam ataupun SB yang menyamar sebagai orang awam yang begitu ramai di sekitar tempat himpunan.

Mengapa begitu sekali buruk gelaran terhadap polis sehingga di katakan sebagai anjing. Setiap kali di adakan himpunan rakyat, polis di pergunakan semahunya oleh mereka yang berkuasa seolah-olah mereka tidak boleh hidup jika tidak mengikut arahan untuk membantai rakyat.

Polis telah menjadi gila segilanya sehingga langsung tidak boleh atau mahu berfikir bahawa mereka di perbodoh dan di jadikan seperti anjing yang bertindak tanpa akal. Langsung tidak malu dan aib mereka menyerang rakyat yang tidak mempunyai apa-apa senjata untuk melawan bahkan rakyat yang hadir itupun tidak ada sedikitpun hasrat untuk melawan polis.

Malunya anak cucu mereka nanti bila melihat baculnya polis menyembur, menembak gas pemedih mata, memukul, menggari dan berbagai keganasan di lakukan kepada mereka yang sedikitpun tidak melawan....

Gambar-gambar ini boleh menceritakan betapa polis yang lengkap bersenjata berhadapan dengan rakyat yang bertangan kosong...Polis yang sedia berperang dengan rakyat...
Polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat telah menjadi musuh. Mereka sepatutnya di hargai sebaliknya di cemuh dan semakin di benci akibat kebodohan mereka menjadi alat untuk mempertahankan kezaliman pemerintah.
Rakyat berbagai kaum berhimpun dengan aman untuk menuntut Pilihanraya yang bersih bagi mendapatkan hak kehidupan yang lebih baik di negara bertuah ini...
Pimpinan PAS, PKR dan DAP yang turun bersama membela hak rakyat.
Salah satu ketumbukan himpunan yang di gerakkan bagi bersatu menyatakan hasrat supaya rakyat di beri peluang memilih kepimpinan negara dalam pilihanraya yang benar-benar bersih.

Himpunan BERSIH kali ini mencatat banyak sejarah. Sekatan awal oleh polis dengan menangkap siapa sahaja yang memakai baju kuning bersih beserta amaran bertalu-talu oleh polis dan semua agensi kerajaan yang berkaitan menggambarkan ketakutan yang bersangatan oleh mereka yang berkuasa.

Kali ini juga buat pertama kali tangkapan besar-besaran di buat ketika himpunan dengan lebih 1400 orang telah di tahan termasuk Presiden PAS sendiri. Belum pernah Presiden PAS di tangkap ketika mana-mana himpunan sebelum ini. Sepatah kata Tuan Guru Presiden setelah di bebaskan, inilah mukaddimah sebenar kejatuhan kerajaan BN. InsyaAllah kata-kata itu akan menjadi realiti selepas ini..

Saya berada di pintu masuk pusat tahanan di PULAPOL jalan Semarak lebih kurang pukul 6 petang dan bertolak balik daripada KL selepas maghrib setelah sebahagian tahanan daripada Setiu seramai 10 orang di bebaskan daripada tempat tahan tersebut. Ketika itu 4 lagi belum bebas tetapi telah mendapat jaminan akan di bebaskan dalam masa tidak lama selepas itu.

Sebelum itu kira-kira pukul 7.30 saya telah menerima berita bahawa Tuan Guru Presiden PAS juga telah di bebaskan. Alhamdulillah, setelah menerima berita daripada kawan-kawan semuanya berada dalam keadaan baik, maka kami (saya, YDP dan Tim. YDP Setiu) pun beredar untuk pulang dan selamat sampai lebih kurang jam 2.30 pagi di rumah.

Monday, July 4, 2011

Khianat Pemimpin Melayu....



Serah Tanah Tanpa Darah

1. Antara minat aku di UK ialah membeli buku lama. Salah satunya, The Nelson, Universal Hand-Atlas yang diterbitkan dalam tahun-tahun 20an. Pada mukasurat 335, wilayah yang hari ini disebut Israel ditulis dengan Palestine. Manakala mukasurat 168 dan 167, wilayah Malaysia disebut Straits Settlements, Malacca and Naning dan Singapore. Tiada lagi istilah Malaya atau Tanah Melayu.

2. Tanggal 30 Jun 2011, sejalur lagi tanah Malaysia pupus dari peta Singapura. Tanah KTM dan stesyen Tangjung Pagar tinggal dalam kenangan. Penyerahan tanah diwarna warnikan sebagai langkah yang bijaksana dalam pelaburan masa hadapan.

3. Samalah hikayat malang Sultan Kedah menyerahkan Pulau Mutiara kepada Francis Light (1786), Tun Razak mengurniakan kuasa politik orang Melayu di Pulau Mutiara kepada GERAKAN. Atau termaterinya Perjanjian Pangkor 1874. Atau penyingkiran Singapura pada 1965 oleh Tunku Abdul Rahman serta sekutunya. Malah ada berpuluh-puluh (mungkin ratusan) contoh untuk dinyatakan.

4. Serahkan tanah tanpa darah bagi memastikan kuasa terus kekal dalam dada.

5. Melayu tidak belajar dari sejarah. Pemimpin Melayu yang berkuasa hanya mencipta sejarah malang buat bangsanya.

Sumber : http://muhaiminsulam.blogspot.com/2011/07/serah-tanah-tanpa-darah.html

Iktibar Ketakutan Firaun...


Oleh: Pak Dee Jantan

Apabila Firaun terdengar tilikan ahli sihir bahawa akan lahir seorang lelaki yang akan bangun mencabar dan menjatuhkannya, maka Firaun jadi gabra dan ketakutan yang amat sangat. Lalu dia mengarahkan supaya pasukan polis dalam kerajaannya membunuh semua kanak-kanak lelaki yang baru dilahirkan. Ditakdirkan Allah SWT, Firaun dijatuhkan oleh lelaki yang membesar dalam istananya sendiri iaitu Nabi Musa.

Ketakutan Firaun lebih kurang sama dengan ketakutan Najib dan BN sekarang menghadapi kebangkitan rakyat. Punya gila babi punya undang-undang pakai baju kuning pun jadi satu kesalahan, sebut BERSIH pun kena tangkap lebih kurang macam gila babi punya Firaun buat undang-undang tak boleh lahirkan anak lelaki.

Buat ceramah tak boleh, bercakap tak boleh, pakai baju tak boleh, jual baju tak boleh… ada saja kaitan dengan Bersih semua kena tangkap masuk lokap. Pagi ini 14 orang aktivis PR ditangkap polis kerana pakai dan jual baju Bersih, apa punya zalim BN.

Apakah kebebasan bersuara akan dihapuskan di Malaysia dan Malaysia sedang menuju kepada sebuah pemerintahan ala Komunis di mana semua rakyat wajib penganut fahaman parti yang memerintah?!

Berfikirlah semua rakyat Malaysia…

sumber Disini :http://kedahla.blogspot.com/2011/07/bn-gabra-macam-firaun-kelaku-macam.html

Followers