Thursday, July 30, 2009

Bertindak Menentang Kezaliman


Tajuk di atas pernah menjadi Tema Muktamar PAS Pusat dalam tahun 80'an dulu. Saya tak begitu pasti tahun sebenarnya. Cuma saya ingin mengajak semua sekali supaya membaca tulisan terbaru Ketua DPPP, Ust Nasarudin Tantawi berkenaan menentang kezaliman. Kezaliman ISA, kezaliman pembunuhan dan segala bentuk kezaliman mesti di tentang.

Kezaliman terbesar ialah penolakan terhadap Islam sebagai Addin iaitu panduan hidup manusia samada penolakan secara total mahupun penolakan secara terpilih yang menyebabkan pincangnya kehidupan sebagai manusia, makhluk Allah......

Persediaan Untuk Ke Himpunan Mansuh ISA

Sila klik link ini untuk persedian, panduan serta peta dan link ini untuk mengetahui lokasi berhimpun mengikut negeri. Jangan lupa PENUTUP HIDUNG.

Polis Larang Hadir Himpunan Mansuh ISA

Himpunan mansuh ISA sabtu ini telah di nyatakan oleh pihak polis sebagai perhimpunan haram. Lebih-lebih lagi apabila satu pihak lagi akan turut sama berhimpun pada hari yang sama untuk menyokong ISA. Pihak yang menyokong itu pula telah di kenali sebagai golongan samseng yang menamakan diri mereka sebagai pejuang melayu. Maka untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak di ingini, maka polis telah melarang semua pihak untuk menghadiri perhimpunan pada hari tersebut.

Ada kemungkinan pihak pro ISA itu tidak akan hadir dengan alasan patuh kepada arahan polis, lalu di momokkan bahawa pihak anti ISA ini adalah golongan yang tidak mematuhi undang-undang berbanding mereka. Mungkin juga mereka tetap juga akan hadir dan membuat provokasi supaya berlaku insiden yang tidak di ingini lalu di persalahkan pihak anti ISA sebagaimana yang telah di nyatakan oleh Ibrahin Ali al kataki baru-baru ini.

Himpunan anti ISA ini sebagaimana himpunan-himpunan yang pernah di anjurkan sebelum ini adalah himpunan aman. Berlaku masalah apabila di ganggu polis. Sejarah telah membuktikan belum pernah himpunan anjuran rakyat ini samada ceramah pada malam hari atau siang hari berlaku perkara yang menyusahkan orangramai kecuali apabila ianya di ganggu oleh pihak polis. Polislah yang mencetus masalah.

Kalau pihak pro ISA hadir pada himpunan sabtu ini, merekalah yang akan mencetuskan masalah jika ada masalah. Bukan kita kata, tapi mereka sendiri telah membuat kenyataan begitu. Sepatutnya polis menghalang pihak pro ISA daripada turut berhimpun pada hari tersebut jika tidak mahu perkara yang tidak di ingini berlaku.

Samada ini adalah lakonan atau apa sahaja, seluruh rakyat perlu hadir dan menyatakan bantahan terhadap akta yang sangat tidak bertamaddun itu. Ini merupakan peluang untuk menyatakan bantahan kita bahawa akta itu perlu di hapuskan segera daripada menghantui dan menjajah pemikiran rakyat negara kita.

Kita telah tegaskan berkali-kali bahawa himpunan kita adalah himpunan aman. Kita jamin jika tidak ada gangguan daripada mana-mana pihak sama ada polis atau samseng penarik kereta pada hari tersebut, tidak akan berlaku perkara yang tidak di ingini.

Sebaliknya jika polis yang sepatutnya menjaga keamanan, tetapi menjadi barua pihak tertentu mula mencetuskan masalah, maka kita akan menganggap itu adalah pengorbanan dan perjuangan untuk memastikan keadilan dapat di tegakkan di tanahair tercinta ini.

Wednesday, July 29, 2009

Pemuda DUN Batu Rakit 2004-2009 - 1

Saya mengambil alih sebagai Ketua Pemuda DUN Batu Rakit selepas PRU 11 pada 2004. Setelah bertungkus lumus mempertahankan Kerajaan yang di menangi oleh PAS pada nov 99, kemudian kembali menjadi pembangkang selepas Mac 2004, hampir semua peringkat jentera parti seluruh negeri menjadi lumpuh. Lebih setahun kemudian barulah sedikit demi sedikit semangat dan organisasi parti dapat dipulihkan semula.

Sememangnya kekalahan 2004 sangat mengesankan dan memberi pengalaman yang tidak ternilai kepada kami. Bagaimanapun kami di peringkat pemuda DUN, walaupun dalam keadaan semangat petugas yang sangat rendah ketika itu terus mengatur gerakkerja dan hanya rehat beberapa bulan sahaja bagi membetulkan semula minda sebagai pembangkang. ( Sebenarnya belum sempat lagi pun untuk set minded sepenuhnya sebagai kerajaan masa memerintah hari tu. Rata-rata petugas parti masih merasakan diri sebagai pembangkang. Baru nak set sebagai kerajaan, tiba-tiba pulak jadi pembangkang balik. Agak bercelarulah jadinya.)

Perkara pertama yang saya lakukan adalah mengajak sahabat-sahabat pemuda yang masih bersedia untuk mengadakan usrah. Tidak ramai yang sahut. Ust Sofi, Ust Badri, Ust Yaakub dan Adnan. Kami berlima memulakan langkah menyusun dan meneruskan perjalanan Pemuda DUN.

Ust Sofi adalah ketua sebelum saya dan sehingga sekarang masih bersama berganding bahu meneruskan perjuangan. Ust Badri saya lantik sebagai setiausaha hampir setahun sehinggalah beliau minta tarik diri apabila di tawarkan sebagai guru JQAF. Demikian juga Ust Yaakub, beberapa bulan kemudian menyepi dengan alasan mahu menumpukan kepada bisnes dan kemudian di tawarkan kerja sebagai pegawai di pejabat MAIDAM ( Ust Yaakub adalah bekas pegawai khidmat di Pej DUN masa menang). Sdr Adnan pula Istiqamah bersama Pemuda DUN sehingga tamat sessi 2009 apabila faktor umur tidak lagi memihak kepada beliau. Adnan adalah bendahari pada mulanya, kemudian di amanahkan sebagai ketua penerangan sehingga 2009.

Bermula dengan 5 orang inilah kami mula mengadakan usrah dan merancang program sehingga menjelang Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu ( DPPKS ) april 2005, kami berjaya menambahkan ahli usrah kami menjadi 14 orang. Selepas Mesyuarat Agung DPPKS pada tahun tersebut yang di adakan di Batu Rakit, saya di amanahkan sebagai Setiusaha DPPKS sekaligus Ketua Pemuda DUN apabila melihat perkembangan yang agak baik berlaku kepada Pemuda DUN Batu Rakit.

Dengan kesungguhan dan kejasama daripada rakan-rakan Pemuda DUN, kami terus melaksanakan beberapa program, terutama program dalaman sepanjang tahun 2005. Hari Keluarga Pemuda DUN, Rehlah ke Kelantan, Tamrin Qiadah, Bolasepak 9 sebelah dan pelbagai program lagi.

Kemuncaknya kami berjaya mengadakan program himpunan pemuda DUN yang kami namakan Medan Pemuda Batu Rakit atau ringkasnya MEMBARA kali pertama pada bulan mac 2006.

Aqil Hay dan Abdul Alim, bekas vokalis Soutul Amal mengadakan persembahan pada MEMBARA pertama 2006.

Sambutan MEMBARA yang julung kali di adakan di Perkarangan Surau Pengkalan Atap sangat menggalakkan sekali. Di saat kebanyakan pihak takut mengadakan ceramah dan program besar ketika itu kerana tidak ada sambutan, kami menjemput Aqil Hay membuat persembahan dengan bayaran RM1500 di samping penceramah-penceramah lain pada malam kedua program. Walaupun derma malam pertama itu hanya sekitar RM1200, tetapi sokongan daripada para penderma sebelum dan sepanjang program dua hari itu membolehkan kami menyelesaikan segala perbelanjaan sehingga lebihannya kami dapat membeli satu set kanopi untuk kegunaan kami dan boleh di sewakan untuk sebarang majlis jamuan.
Kesungguhan dan pengorbanan sahabat-sahabat pemuda ketika itu sangat tinggi. Siang malam kami berkerja. Maklumlah ini adalah pengalaman pertama menganjurkan program besar tanpa bantuan mana-mana pihak. Kami letakkan asas supaya ia dapat di jadikan acara tahunan dalam kalendar pemuda DUN Batu Rakit. Alhamdulillah pada bulan Jun yang lepas kami berjaya meneruskan MEMBARA buat kali ke empat berturut-turut.

Bersambung.......

Tuesday, July 28, 2009

Kurang Jenayah ke 20 peratus?

Kenyataan PM DS Najib semalam nak mengurangkan jenayah jalanan kepada 20 peratus menjelang 2010 adalah sangat melucukan dari satu sudut. Tetapi dari sudut yang yang lain adalah gambaran sebalik kepada jenayah sebenar dalam negara kita.

Lucu kerana dah berapa kali retorik sedemikian di laungkan oleh pelbagai pihak dalam kerajaan. Polis, JPJ, Menteri, PM Dollah dan sekarang PM Najib. Hasilnya? Jenayah makin bertambah.

Gambaran sebenar daripada kenyataan tersebut adalah punca sebenar bertambahnya jenayah adalah rasuah. Pagi ini dalam radio IKIM.FM ketika membincangkan isu tersebut, seorang pemanggil menyatakan kalau nak benteras jenayah kena selesaikan dulu soal PATI atau pendatang tanpa izin. Katanya itulah punca jenayah. Mungkin betul kebanyakan jenayah di lakukan oleh PATI. Tetapi kalau di kaji lebih jauh bagaimana PATI boleh ada sebegitu ramai di negara kita? Tanyalah pihak keselamatan, Polis ke Kastam ke.... Jawapannya adalah RASUAH.
Rasuah adalah sinonim dengan kerajaan BN. Itulah intipati kepada ajaran BN kepada rakyat yang telah mendarah daging kepada seluruh sistem pemerintahan negara. Daripada pemberian RM10 kepada pengundi untuk menang pilihanraya umum sehinggalah pemberian jutaan ringgit untuk mendapatkan projek-projek kerajaan. Tidakkah kenyataan Najib semalampun adalah untuk memastikan CCTV dapat di pasarkan oleh tokeh-tokeh yang membiayai kemenangan mereka mengekalkan kuasa...? Itulah punca dan jenayah terbesar dalam negara kita....

Monday, July 27, 2009

Ketua Pemuda Batu Rakit yang baru


Berselang beberapa hari tak update kerana kesibukan.

Mesyuarat Pemuda DUN pada selasa 21 Julai 09 telah membuat pengesahan perlantikan Sdr Zulkifli Mat Jusuh selaku Ketua Pemuda DUN Batu Rakit yang baru. Zul adalah setiausaha Pemuda DUN sejak 4 tahun yang lepas dan memegang jawatan selaku Ketua Lujnah Sukan DPPK Setiu sejak 2007.

Cadangan untuk melantik Ketua baru bagi Pemuda DUN telah di fikirkan sejak Mesyuarat Agung DPPKS pada april lepas. Tetapi sementara menunggu beliau benar-benar bersedia memikul beban itu, saya masih meneruskan peranan sebagai ketua pemuda sehinggalah usrah yang di adakan pada 15 julai lepas saya serahkan secara resmi tugas tersebut kepada beliau sebelum di sahkan dalam mesyuarat baru-baru ini.

Sdr Zul berusia 34 tahun adalah bekas pelajar Maahad Darul Quran, Rusila sehingga peringkat sanawi. Sekarang bekerja sendiri, baru sahaja mendirikan rumah tangga pada mei yang lepas.

Dengan pengalaman bersama Pemuda DUN Batu Rakit sejak di bangku sekolah lagi, saya percaya beliau mampu untuk mengembelingkan tenaga pemuda khususnya untuk melaksanakan segala program parti yang berkaitan pemuda.

Sunday, July 26, 2009

Blog Kedai Kopi

"Pak Awie... nak ke mana tu?" saya menyapa seorang tua yang melalui jalan di depan rumah. Kebetulan pagi kemarin saya sedang merapikan pokok-pokok hiasan yang telah menjadi semak di sepanjang pagar rumah saya.

Soalan tersebut sememangnya telah di ketahui jawapannya. Itulah rutin setiap pagi Pak Awie, jiran yang tinggal di hujung lorong rumah saya. Pak Awie akan melalui rumah saya dengan berjalan kaki sejauh hampir 2 kilometer, keluar untuk bersarapan di kedai kopi dalam kampung. "Bukan banyakpun makanan yang di makan," kata pak awie. "Paling banyakpun secawan teh, dua ketul kuih. Boleh je kalau suruh cucu belikan. Tapi kalau tak pergi sendiri kedai kopi, tak boleh" tambahnya lagi.

Pak awie telah tua sebenarnya, dah bongkokpun. Tetapi kebiasaan ke kedai kopi menyebabkan pak awie menggagahkan diri yang uzur berjalan sejauh itu. "Kalau tak ke kedai kopi setiap pagi rasa kosong je hari tu. Tak tahu apa-apa perkembangan yang berlaku di sekeliling kita." kata pak awie.

Itulah dunia blog orang kampung, bahkan pekan-pekan kecil juga. Segala perkembangan yang berlaku dalam kampung dan sekelilingnya dapat di ketahui dan di ikuti di kedai kopi. Itulah pusat maklumat utama mereka. Bukan mereka tak tengok tv, baca surat khabar. Bahkan sebahagian mereka adalah pengikut tetap berita tv pada malamnya, sehingga tertinggal kuliah di surau masjid kerana nak tengok berita jam 8. Itulah yang akan menjadi modal untuk perbahasan pagi esoknya.

Kebiasaannya kedai kopi yang menjadi tumpuan apabila ada seorang dua pembahas-pembahas atau penyampai berita yang popular. Apabila orang seperti ini ada dalam kedai tersebut, maka adalah pula penyampuk dan penambah resepi menjadikan riuh rendah dengan pelbagai isu. Daripada isu artis sehinggalah isu pemilihan Presiden Amerika. Termasuk juga segala isu yang berlaku dalam kampung tersebut.

Biasanya isu-isu politiklah yang sering di perdebatkan. Bukan apa, kerana isu politik biasanya isu pertembungan antara parti-parti. Apabila timbul isu politik biasanya akan panas, lebih-lebih lagi jika ada dua pihak bertentangan. Bertepuk meja dan meninggikan suara adalah biasa dapat di lihat dalam keadaan itu.

Selesai satu dua isu, merekapun pulang dengan rasa puas. Atau kalau yang tidak bekerja pagi tu, sehingga jam 10 atau 11 pagi baru pulang.

Kalau golongan profesional atau orang bandar besar, biasanya maklumat mereka perolehi melalui blog-blog internet, tetapi bagi orang kampung dan golongan pertengahan, kedai kopilah blog mereka......

Bagi ahli politik pula kedai kopi adalah tempat untuk berjumpa dengan orang ramai. Adalah penting juga bagi pemimpin masyarakat, walaupun daripada golongan ustaz untuk menjengok kedai kopi walaupun sekali sekala. Walaupun kadang kala sembang kedai kopi terlalu berlebihan dan melampau-lampau, tetapi imej pemimpin kadang kala di tentukan oleh kedai kopi. Pemimpin yang tidak jengok kedai kopi di katakan sombong dan tidak peduli rakyat dan perkara tersebut jika di ulang berkali-kali oleh persidangan di kedai kopi, ia akan memberi kesan kepada sokongan umum kepada pemimpin tersebut.

Oleh itu kepada mana-mana ahli politik dan juga pimpinan masyarakat perlu menggunakan medium blog kedai kopi untuk meningkatkan imej dan sokongan rakyat bagi parti yang mereka wakili lebih-lebih lagi bagi pejuang Islam. Tonjolkan imej Islam dan pastikan kecenderungan publik kedai kopi memihak kepada Islam melalui peribadi kita... bukannya memihak kepada individu melalui parti kita.

Saturday, July 25, 2009

Abe Uji di Merang, Setiu.


Abe Uji, YB baru yang menang di Manik Urai baru ni sudi datang ke Setiu meraikan majlis jamuan sempena kemenangan PAS di Manik Urai. Buletin Online melapurkan.....

Tuesday, July 21, 2009

Himpunan Mansuh ISA

Photobucket
Satu lagi Himpunan besar akan dianjurkan di ibu kota. Tarikh 1 Ogos 2009 bakal mencatat satu lagi sejarah bagi memastikan perubahan terus berlaku dalam sistem pentadbiran negara kita.

Akta ISA telah begitu lama dibahaskan oleh semua lapisan masyarakat kita dan telah di akui oleh semua pihak ianya adalah satu akta yang tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat bertamadun. Jika masih ada akta seperti itu, bermakna masyarakat tersebut masih lagi berfikiran primitif dan jumud.

Tidak sepatutnya ada lagi akta yang membenarkan rakyat ditahan sesuka hati tanpa ada bukti yang menunjukkan orang yang di tahan itu bersalah. Jika ada bukti, sepatutnya hadapkan sahaja orang tersebut ke mahkamah. Ap[abila seseorang yang di tahan tidak boleh di bawa ke mahkamah menunjukkan tahanan tersebut dibuat dengan tidak ada bukti yang boleh mensabitkan kesalahan tersebut. Maka penahanan sebegitu adalah satu kezaliman yang tiada taranya.

Lebih-lebih lagi apabila seseorang yang di tahan itu memakan masa yang begitu lama sehingga 8 atau 10 tahun. Kehidupan anak isteri yang menderita sepanjang tempuh tahanan dan selepasnya adalah suatu yang tidak dapat di terima oleh akal yang waras, hanya kerana pihak kerajaan MENGANGGAP bersalah tanpa ada apa-apa bukti yang menunjukkan ada kesalahan yang di lakukan.

Sewajarnya bagi rakyat yang bertamadun merasa malu dan terhina apabila dalam negara mereka masih wujud akta seperti ini. Ayuh semua kita turun pada 1 ogos ini bagi menyatakan solidariti semua golongan rakyat mendesak pihak yang berkuasa supaya memansuhkan segera akta yang kejam ini.

Tunjukkan bahawa kita masyarakat yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan maju. Bukan material sahaja yang maju, tetapi sentiasa di perbodohkan oleh kenyataan-kenyataan menipu oleh mereka yang menguasa kepimpinan negara untuk mengekalkan kuasa yang mereka miliki.

Apa yang menyedihkan apabila membaca kenyataan yang di buat oleh mantan PM, Tun Abdullah Badawi bahawa ISA satu akta yang sepatutnya di hapuskan kerana memberi kuasa yang terlalu luas kepada pihak berkuasa menahan siapa sahaja tanpa bicara. Mengapa semasa berkuasa dahulu Tun tidak melakukan apa-apa untuk menghapuskan akta itu. Sekarang apabila kuasa sudah hilang barulah membuat kenyataan yang sudah tidak lagi berupaya merubah keadaan.

Walau bagaimanapun melihat kepada kesedaran yang di tunjukkan oleh pelbagai pihak termasuk bekas PM tersebut dan juga termasuk parti-parti komponen BN sendiri seperti Pemuda parti Gerakan, kita berharap Himpunan 1 ogos ini akan memberi impak besar kearah penghapusan akta tersebut.

Pimpinan PAS samaada PAS Pusat mahupun Dewan Pemuda Pusat telah mengarahkan semua ahli dan penyokong supaya hadir ke perhimpunan ini. Maka tidak ada sebab kepada kita untuk menguzurkan diri. Sami'na wa ata' na. Kami dengar dan kami taat, InsyaAllah.

Pameran Daftar Pemilih suku ke 2 2009

SPR telah mengumumkan bermula hari ini 21 Julai 09 Rang daftar pemilih bagi suku ke 2 akan di pamerkan untuk tuntutan dan bantahan.

Kita mengharapkan para pemuda semua peringkat turut mengambil langkah pro aktif membuat semakan bagi mengenal pasti mereka yang di masukkan ke dalam daftar pemilih di tempat masing-masing benar-benar pemilih yang sah. Begitu juga mereka yang telah di daftarkan nama mereka dalam tempuh 3 bulan lepas, hendaklah di pastikan telahpun berada dalam senarai yang di pamerkan itu sebelum ianya di sahkan.

Pemuda Setiu melalui Penyelaras Pemuda DUN-DUN di harapkan mengambil tindakan segera berhubung perkara tersebut. Maklumat berhubung senarai nama boleh di rujuk kepada Setiausaha UPU atau DUN masing-masing.

Wednesday, July 15, 2009

Esok, 16 Julai 09 Boleh Semak Arah Kiblat

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA

Semak Arah Kiblat esok ( 16 Julai 2009 )

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA

Menang dengan Majoriti Kecil

Calon PAS Haji Fauzi Abdullah diisytiharkan menang dengan majoriti 65 undi. Fauzi memperolehi 5348 undi, calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5283 undi. Sejumlah 90 undi rosak. Jumlah keseluruhan undi ialah 10,722 atau 87.22 %.

Kemenangan PAS memang di jangkakan namun jumlah majoriti yang kecil ini menimbulkan persoalan setelah melihat begitu yakinnya pimpinan khususnya JPN Kelantan menghadapi PRK ini. Apatah lagi sehingga pukul 3 petang apabila tempoh pengundian hampir tamat semalam, Pengarah PRK, YB Fatah Haron masih lagi melaungkan keyakinan dengan menyatakan kita AKAN menang dengan majoriti hampir 2000.

Ust Nasarudin Tantawi dalam ulasan awalnya mengaitkan dengan peristiwa Hunain apabila tentera Islam berada dalam keadaan terlalu yakin menyebabkan kekalahan peringkat awalnya di pihak Islam.

Walaupun kita menang di MU, ia tetap di lihat gagal meneruskan momentum kemenangan daripada rentetan PRK selepas Mac 08 yang kita menang kesemuanya dengan pertambahan majoriti. Di samping kawasan yang kita pertahankan kemenangan di Permatang Pauh, di Bukit Selambau, di Bukit Gantang seterusnya Penanti, bahkan kawasan yang kita berjaya rampas kerusi tersebut daripada UMNO di Kuala Terengganu. Kesemuanya berlaku pertambahan undi dan majoriti yang ketara.

Ada pimpinan PAS Kelantan cuba menutup kekurangan undi itu dengan mengatakan berlaku rasuah dan pembelian undi yang ketara di kalangan pengundi oleh BN. Persoalannya bila pula BN tidak menggunakan kaedah itu dan adakah di PRK sebelum ini tidak berlaku pembelian undi? Bukankah kita juga yang mengungkapkan selama ini bahawa UMNO dengan rasuah adalah sinonim dan hidupnya UMNO itu adalah dengan rasuah?

Sepatutnya kita mengakui kelemahan diri dan tidak terlalu angkuh dengan kemenangan yang di kurniakan Allah. Panjangnya usia pemerintahan bukan bermakna hebatnya kita, bahkan itu adalah peluang yang di beri Allah untuk menguji kesungguhan melaksanakan perintahnya.

Usia lebih 50 tahun pemerintahan UMNO di negara kita yang masih mengguna pakai perlembagaan penjajah, walau atas nama kemerdekaan tidak boleh di jadikan alasan bahawa Allah meredhai pemerintahan itu. Selagi Undang-Undang Islam belum di laksanakan, maka tetap wajib keatas setiap orang yang beriman berusaha dan berjuang bagi memastikan hukum Islam di jadikan Hukum rujukan tertinggi dalam negara.

Begitu juga usia kemenangan PAS di Kelantan bukanlah satu tiket kepada kita mendabik dada kehebatan kita mempertahankannya, walaupun banyak perubahan di lakukan, tetapi sehingga 20 tahun ini masih belum berjaya meletakkan hukum tertinggi Kerajaan Kelantan adalah bersumberkan Islam. Islam hanya menjadi dasar PAS tetapi perlaksanaan hukum tersebut masih belum berjaya sepenuhnya melalui kerajaan.

Walaupun kegagalan itu berpunca daripada halangan apa sekalipun tetapi selagi Undang-Undang Islam belum berjaya di laksanakan sepenuhnya, maka kewajipan perjuangan kita belum tamat. Kita boleh beralasan bahawa perlaksanaan hukum Islam adalah berdasarkan kemampuan semasa. Itulah juga yang menjadi alasan kepada UMNO untuk tidak melaksanakannya di peringkat negara.

Demi mempertahankan kuasa pemerintahan, perlaksanaannya perlu di tangguh kepada satu masa yang sesuai apabila tidak ada lagi halangan-halangan di hadapan? Bila halangan itu akan hilang jika ianya tidak di rempuh, walaupun risiko rempuhan itu adalah kecederaan dan kehilangan? Perjuangan kita adalah untuk memerintah dan melaksanakan Islam bukan semata-mata menguasai kerajaan dengan memperolehi segala peluang yang lain melalui penguasaan itu.

PRK Manik Urai telah berlalu dengan kemenangan berpihak kepada kita. Kita tetap bersyukur kerana dalam keadaan apa sekalipun kemenangan adalah sangat perlu kita capai bagi menjulang Islam. Walaupun ianya tidak menjejaskan kedudukan dalam DUN, tetapi tidak sekali-kali kita akan beri peluang UMNO untuk meneruskan kerja jahat mereka merosakkan Aqidah ummat ini dengan penolakan mereka kepada Islam.

Kepada pimpinan, di harapkan selepas postmortem menyeluruh di buat, baiki dan kemaskan semula saf kita. Satukan balik fikrah, tautkan kembali ukhuwwah. Jangan ada lagi selepas ini berlaku Timbalan Presiden di halang menyertai mana-mana gerak kerja parti. Bahkan di MU baru ni, Presiden sendiripun hampir di halang sama. Adalah sangat memilukan pendokong parti apabila keretakan itu di dedahkan dengan begitu ketara.

Peristiwa pemecatan Khalid Al Walid daripada jawatan Panglima Perang sewajarnya di ambil iktibar. Apabila timbul tanggapan kemenangan yang di capai oleh tentera Islam secara besar-besaran ketika itu di sebabkan oleh Khalid, maka Saidina Omar mengambil langkah menukar Panglima Perang. Bukan di sebabkan benci kepada Khalid, tetapi kerana mahu menjaga kemaslahatan Ummah, supaya tidak berlaku pemujaan terhadap individu.

Tuesday, July 14, 2009

UMNO dan Rasuah

Umno dan rasuah berpisah tiada. Mereka yang di sabitkan kesalahan rasuah oleh lembaga disiplin UMNO sendiri masih menjadi Ketua Pemuda, masih menjadi Ketua Menteri dan masih memegang jawatan-jawatan penting berkaitan rakyat dan kepentingan negara. Ertinya kepentingan negara sekarang di kendalikan oleh perasuah.

Perdana Menteri DS Najib ketika masih lagi menjadi Timbalan PM dahulu pernah di tuduh terlibat rasuah membeli persenjataan bagi Kementerian Pertahanan. Sehingga sekarang masih belum di bersihkan lagi melalui badan yang beroutoriti seperti Mahkamah dan Tribunal yang di percayai.

Isu penggelapan kes pembunuhan Altantuya masih di perkatakan. Yang di hukum ialah orang yang melaksanakan arahan untuk membunuh. Sedangkan orang yang mengarah masih bebas menguasai Kerajaan.

Sehingga sekarang pun DS Najib masih belum di bersihkan daripada persepsi terlibat dengan pembunuhan itu. Ia adalah persepsi rakyat. Puncanya adalah mereka yang di bicarakan dan di tuduh membunuh dalam kes ini adalah orang yang mempunyai hubungan secara langsung dengan PM yang ketika itu TPM. Bukan sebarangan orang boleh menggunakan senjata yang di gunakan untuk meletupkan model Monggolia itu di samping beberapa kaitan yang sangat munasabah untuk rakyat beranggapan sebegitu rupa.

Itu adalah persepsi rakyat keseluruhannya. Termasuk orang UMNO sendiripun mempunyai persepsi begitu. Tinggal lagi orang UMNO ini tidak begitu peduli sangat tentang Jenayah yang di lakukan oleh pemimpin mereka. Samada pemimpin mereka perasuah ke, pembunuh ke atau apa sahaja pun, bagi mereka asalkan periuk nasi tak terjejas, apatah lagi menambahkan lagi punca rezeki bagi mereka, pemimpin tersebut tetap di sokong dan dipilih.

Bahkan mereka berbangga berketuakan seorang yang gedebe dan berani melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. Tidak seperti pemimpin PAS yang sentiasa berjaga-jaga bahkan takut untuk bertindak pada perkara yang bercanggah dengan tatasusila dan agama itu sendiri.

Yang terbaru Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yasin cuba merasuah penundi Manik Urai dengan janji membina jambatan jika UMNO menang PRK yang di adakan hari ni. Di samping janji itu semua orang tahu betapa banyaknya wang yang di gunakan UMNO setiap kali pilihanraya samada kecil mahupun PR umum.

Malam nanti kita akan tahu samada rakyat di MU sanggup menelan rasuah yang cuba di sogokkan ke mulut mereka atau pengundi MU sedar dan faham bahawa janji itu adalah sogokan rasuah dan perlu di tolak kerana rasuah bercanggah dengan agama yang menjadi antara punca terbesar kemunduran dan keruntuhan satu-satu tamadun.

Sunday, July 12, 2009

KPO Pemuda Peringkat Kawasan Setiu


Kursus Pengurusan Organisasi ( KPO ) Pemuda peringkat Kawasan Setiu yang dibuat pengisian oleh Setiausaha Pemuda Negeri, Sdr Wan Faizul Wan Abbas dan Penolong Setiausaha, Ust Mohd Nasir Abd Razak itu berjaya di adakan petang semalam sebagaimana di rancang.

Kehadiran majlis mencapai target yang di kehendaki iaitu sekitar 50 orang peserta terdiri wakil pemuda cawangan termasuk SU dan Ketua Pemuda Cawangan-Cawangan.

Selepas ini program ini akan di bawa ke peringkat Dun masing-masing pula supaya pendedahan tentang pengurusan organisasi ini dapat di fahami oleh setiap peringkat dengan lebih mendalam lagi, InsyaAllah.

Saturday, July 11, 2009

Lawatan DPPKS ke DUN Langkap

Lawatan DPPKS ke DUN Langkap malam tadi berbeza dengan majlis-majlis yang di adakan sebelum ini. Biasanya jemputan majlis jam 9.30, pukul 10 belum tentu dapat bermula. Tetapi malam tadi 9.32 majlis di mulai dan berakhir 11.15 malam. Majlis di adakan di Markas Sungai lerek.

Tuan rumah hanya di wakili 5 cawangan sahaja yang hadir, walaupun jumlah kehadiran lebih 20 orang peserta. Sementara beberapa orang AJK DPPKS tidak dapat hadir. Ada yang berada di Manik Urai dan ada berkeuzuran. Bagaimanapun majlis berjalan dengan baik sebagaimana di rancang.

Antara perkara penting yang perlu di ambil perhatian ialah soal organisasi pemuda DUN yang masih belum sempurna. Dengan keadaan geografi DUN Langkap yang jauh antara satu kampung dengan kampung yang lain tambah menyukarkan untuk mengadakan perjumpaan di peringkat DUN.

Mengikut SU DUN, jika kita mahu menyampaikan surat kepada setiap cawangan dalam DUN Langkap, kita perlu mulakan sebaik matahari naik. Sehingga jatuh matahari sebelah petangnya, belum tentu semua surat tersebut dapat di serahkan kepada SU setiap cawangan. Itu adalah gambaran betapa luas dan sukarnya perhubungan dalam DUN Langkap.

Menyedari kesukaran itulah, pengorbanan dan kesungguhan para petugas di Langkap perlu di hargai dan jika apa-apa masalah yang di kemukakan perlu di beri perhatian sewajarnya.

Walau bagaimanapun mereka perlu usahakan supaya perkara yang paling basic, soal pembentukan organisasi di semua peringkat perlu di selesaikan segera. Ini adalah supaya sebarang pergerakan selepas ini lebih mudah dari segi hubungannya.

Bai'ah dengan Presiden

"Islam adalah satu yang sangat istimewa buat manusia. Satu nikmat yang di kurniakan oleh Allah kepada orang-orang yang dipilihnya. Apabila kita berada dalam PAS kita menikmati keindahan Islam itu melalui penghayatan dan pengorbanan mempertahankannya".

Demikian antara mutiara kata yang terungkap oleh Tuan Guru Presiden PAS dalam Majlis Bai'ah EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bagi sessi 2009-2011 dengan Presiden PAS itu pada petang semalam selepas solat jumaat di Dewan Pejabat PAS Kawasan Marang.

Semua EXCO DPPNT hadir dan bersalam sambil pelukan erat dengan Tuan Guru menandakan Bai'ah untuk menjalankan amanah Jemaah memimpin Dewan Pemuda sessi ini, bahkan seterusnya sehidup semati dengan perjuangan ini sampai bila-bila.

Majlis selepas itu di teruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh Ust Nasarudin Tantawi, Ketua Dewan pemuda PAS Pusat dalam slot Munaqasyah Ucaptema Ketua Pemuda.

Kehadiran ahli-ahli Pemuda Kawasan dan DUN, walaupun tidaklah begitu ramai tetapi agak mengesankan dengan pengisian yang sangat bermakna oleh Ketua Pemuda Pusat tersebut.

.............Malangnya tidak ada kamera untuk ambil gambar. Maaf, terlupa.. atau memangnya kamera rosak belum di baiki lagi........


Friday, July 10, 2009

Harapan Kemenangan

Berdasarkan maklumat yang ada, tidaklah sukar untuk PAS mempertahankan DUN Manik Urai. Hubungan rapat calon PAS dengan masyarakat setempat antara faktor yang sangat besar untuk memenangi hati pengundi pada 14 Julai nanti.

Sebagai pendokong parti tentulah kita berdoa dan mengharapkan kemenangan itu. Lebih-lebih lagi sebarang perselisihan sesama sendiri yang ada di kalangan pimpinan semakin dapat di leraikan. Itulah yang di harapkan oleh seluruh pendokong PAS yang benar-benar ikhlas ingin melihat kemenangan Islam di bumi tercinta.

Malam tadi pun MTD Batu Rakit, dengan kehadiran petugas daripada cawangan-cawangan mengadakan Munajat Perdana sempena PRK Manik Urai.

Program bermula 9.45 malam itu di mulakan dengan tazkirah ringkas daripada Ust Hj Mohamad Yaakub, Pengerusi MTD diikuti solat hajat dan doa munajat selepas itu yang di pimpin oleh Ustaz Hj Nik Razin Nik Mat, adinda Tuan Guru Nik Abd Aziz yang tinggal di DUN Batu Rakit dengan memegang jawatan selaku Ketua Portfolio Ulama DUN.

'Walaupun kita tidak berkesempatan berada di Manik Urai menyumbangkan tenaga, namun kita tetap bersama dengan seluruh petugas yang bertungkus lumus memenangkan PAS di sana dengan Solat Hajat dan Munajat di tempat kita' itulah antara tazkirah yang di sampaikan oleh Ust Mad malam tadi.


Thursday, July 9, 2009

PPSMI di hapuskan 2012

( Update )
Saya bersetuju dengan Pengerusi Teras, Haji Azmi A Hamid dan Sasterawan Negara A Samad said. Mengapa sampai 2012 baru nak di hentikan PPSMI. Sudah 6 tahun dasar ini di laksanakan dan merugikan bukan sahaja belanja yang besar bahkan ratusan ribu anak-anak sekolah yang ketinggalan dua matapelajaran yang di ajar dengan bahasa inggeris. Perlu ke tunggu 2 tahun lagi yang boleh menyebabkan puluhan, mungkin ratusan ribu lagi pelajar terpaksa mengharungi kesukaran dalam pelajaran mereka.

Mengapa tidak di hentikan segera, atau selewat-lewatnya sehingga akhir tahun ini. Ini bukan soal bisnes dan duit semata-mata. Ini adalah soal masa depan anak-anak kita yang bersekolah.

Ataupun mungkin ada helah di situ.. Mereka tak boleh marah jika ada andaian yang meragui adakah benar Kerajaan nak hapuskan PPSMI ataupun ia hanya untuk menghentikan bantahan buat masa ini. Keputusan boleh berubah semula nanti. 2 tahun memungkinkan kajian-kajian semula, atau apa yang sering berlaku jika ada pertukaran menteri maka dasar satu-satu kementerian boleh berubah. Tidak mungkin ke nanti jika ada keperluan perubahan kabinet maka dasar ini akan di kaji semula dengan berubahnya menteri.

Walaupun itu hanyalah andaian-andaian, tetapi dengan menangguhkan sehingga 2012 untuk menghapuskan dasar ini adalah suatu yang menambah kelirukan murid yang belajar, mahupun guru yang mengajar... Walau bagaimanapun kita tetap bersyukur sekiranya dasar ini benar-benar di hapuskan walau terpaksa menunggu 2 tahun lagi.

Wednesday, July 8, 2009

Bila Pas Bermain Politik Sesama Sendiri

oleh : Mohd Sayuti Omar

APAKAH kebenaran dan kejujuran juga sudah terhakis dalam Pas? Di manakah ajaran dan prinsip Islam yang menuntut seseorang itu berkata benar! Berkata benarlah meskipun pahit! Itu adalah ajaran Islam yang didokong dan diperjuangkan oleh Pas. Kalau orang-orang Pas juga tidak mempraktikan itu maka Pas juga sama dengan parti lain yang dituduh macam-macam oleh Pas.

Semalam apabila Pengarah Pilihan Raya Pas Manik Urai merangkap Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), Abdul Fatah Haron mengatakan dan menjelaskan ketiadaan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pada hari penamaan calon dan tidak menjejak kaki ke Manik Urai sehingga hari ini adalah kerana 'malu mata', adalah sungguh menyesalkan sekali.

Menurut Fatah ketiadaan Nasharudin itu kononnya atas kehendak Nasharuddin sendiri dan tidak ada siapa yang melarangnya untuk datang. Sebagai seorang pemimpin parti Islam dan besan kepada Mursyidul Am Pas, kenyataan dan penjelasan Fatah itu sungguh memalukan dan songsang.

Apakah untung dan labanya kalau Fath menceritakan hal dan sebab sebenar kenapa Nasharudin tidak muncul di Kuala Krai dan Manik Urai. Usahlah melindungi sesuatu yang bersifat ianya berbau kerana lama kelamaan ia akan dihidu juga oleh orang ramai suatu hari nanti.

Apa salahnya Fatah menceritakan hakikat sebenarnya bahawa ketiadaan Nasharudin itu adalah kerana adalah atas kehendak Pas sendiri. Tidak timbul soal 'malu mata' dalam soal ini. Sebagai seorang pejuang Islam tidak berlaku itu kepada Nasharuddin saya rasakan.

Dari maklumat yang sampai ke telinga saya, ketiadaan Nasharudin itu adalah atas kehendak Pas Kelantan sendiri. Dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas pada 25 Jun telah memutuskan untuk tidak membenarkan Nasharudin hadir pada hari penamaan calon atau diharamkan menjejak kaki di Manik Urai hingga selesai pilihan raya kecil itu.

Bukankah Fatah sendiri atas sifatnya sebagai Pengarah JPN Kelantan, sebagai ketua Pas Kawasan Rantau Panjang dan merangkap sebagai besan kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat turut sama berada dalam mesyuarat berkenaan. Mustahil kalau Fatah tidak faham dengan arahan dan order yang ditetapkan dalam mesyuarat berkenaan.

Fatah perlu menjelaskan kesilapan kenyataan itu. Kenyataan Fatah itu bersifat cuba memburuk atau menambahkan lagi keburukan kepada Nasharudin. Sebagai parti mengaku mengamalkan prinsip Islam cara itu tidak baik. Fatah kena ralat kenyataan itu dan menceritakan hakikat sebenarnya. Janganlah menimbulkan kekeliruan sesama sendiri.

Tidak salah kalau Fatah memberi tahu apa yang diputuskan. Nik Aziz juga tidak akan marah, malah saya rasa Tok Guru itu suka kerana mesyuarat itu dipengerusikan olehnya sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan. Ahali-ahli Pas yang membenci Nasharudin juga akan suka dengan tindakan dan keputusan Pas Kelantan itu. Jadi kenapa harus bermain politik disebalik arahan dan keputusan itu?

Janganlah Pas juga hendak terus berpolitik sesama sendiri. Ahli yang cetek pengetahuan dan hanya mengharap maklumat dari cakap-cakap di bawah akan keliru dengan tindak tanduk dan sikap Fatah itu. Lebih teruk lagi ahli akan menyalahkan Nasharudin. Cara Fatah jelaskan itu seakan hendak memburukkan Nasharuddin. Ya kalau benci kepada Nasharudin kenapa harus diperpanjangkan.

Apakah situasi demikian tidak boleh disamakan dengan satu fitnah mentah-mentah kepada Nasharuddin. Semua orang beriman dengan Muhammad s.a.w. tahu hukum fitnah!

Saya percaya kalau tidak ada larangan itu Nasharudin akan muncul di Kuala Krai dan turut bertungkus lumus di Manik Urai. Tetapi kerana ada larangan demikian, beliau tentu sekali mendiamkan diri dan memerhati pilihan raya itu dari juah atau menerusi blog kerana menghormati larangan berkenaan.

Jadi di sini soal Nasharuddin tidak muncul di Manik Urai kerana malu mata itu tidak timbul. Saya juga difahamkan keputusan melarang Nasharudin itu disampaikan sendiri kepadanya. Pas Kelantan telah menghantar tiga wakil bagi memaklumkan perkara itu kepada Nasharuddin. Kenapa sampai tiga wakil, berat sangat kes ini?

Kalau dihantar seorang wakil pun sudah memadai. Atau kalau memaklumkan keputusan itu dengan telefon pun cukup. Nasharudin bukan seorang yang keras pedal dan sukar untuk diajar. Dia tahu di mana bumi dipijak dan di mana langit dijunjung. Nampaknya apa yang Pas Kelantan lakukan terhadap Nasharudin langsung tidak menghormati Nasharudin sebagai Timbalan Presiden Pas.

Pas Kelantan janganlah 'manggak' sangat. Jangan kita bermegah dengan kekuatan kita. Kalau Allah s.w.t. nak balikkan sesuatu itu cukup dia hanya mengatakan 'kun fayakun' saja, maka jadilah. Saya bimbang dengan pergolakan dan politiking di dalam Pas kini akhirnya menyebabkan Pas Kelantan dihadiahkan musibah tidak terhingga oleh Allah s.w.t. Dan kalau Pas sudah tidak suka kepada Nasharudin nyatakan kepadanya dan biarlah keputusan itu istiqamah. [jln pahang 10:45 am 08/07/09]

Tuesday, July 7, 2009

Calun PAS Mendahului



PAS mendahului. Itulah kebanyakan ulasan berkenaan penamaan calun PRK Manik Urai semalam. Mendahului dari segi jumlah kehadiran penyokong dan dari segi semangat yang di tunjukkan oleh para petugas.

Sebenarnya bukanlah suatu yang luar biasa sangat keadaan itu. Hari penamaan calun mana-mana pilihanraya kecil biasanya di dominasi oleh penyokong pembangkang. Permatang Pauh, K. Trg, Bukit Gantang dan PRK sebelum itu pun sentiasa di banjiri penyokong Pembangkang.

Kalau sebelum ini Pilihanraya kecil kebanyakannya di menangi oleh BN kerana mempunyai cukup tenaga (dengan menyalahgunakan harta dan kakitangan kerajaan), tetapi selepas PRU 12 keadaan berubah walaupun penyalahgunaan tersebut tetap berlaku. Menandakan gelombang penolakan BN oleh rakyat semakin kuat.

Tetapi gelombang ini akan ada turun naik. Jika tersilap percaturan dan over confiden, ManikUrai bakal menyaksikan mood penolakan terhadap BN ini boleh terencat seketika. Walaupun melihat kepada lemahnya BN di bawah pimpinan Najib sekarang memberi keyakinan bahawa era BN memerintah negara bakal berakhir tidak lama lagi, tetapi kita tidak boleh menafikan mereka masih memiliki segala kemudahan untuk melibas dan mencederakan kita di saat-saat nazak itu.

Manik Urai dalam negeri Kelantan. Di katakan politik orang Kelantan lebih istimewa berbanding orang negeri lain. Mencecah 20 tahun sekarang, kerajaan PAS masih dapat bertahan walaupun satu ketika bermajoritikan satu kerusi sahaja dalam Dewan Negeri.

Tetapi harus di ingat Pilihanraya Kecil mempunyai sejarah tersendiri. Ada yang kita berjaya merampas kerusi daripada BN melalui PRK seperti Arau Perlis dan Telok Pasu satu ketika dulu dan terbaru K. Terengganu, tetapi ada juga kerusi milik kita terlepas apabila di adakan PRK. Bukit Payong, Terengganu pada tahun 90'an dan Pengkalan Pasir, Kelantan pada tahun 2006 (?) antara contoh yang boleh berulang.....

Pada pemerhatian yang di buat, kita berjaya menang sekalipun dengan merampas kerusi yang di miliki BN adalah apabila petugas dan pimpinan dapat memberi tumpuan sepenuhnya memacu jentera tanpa ada masalah dalaman yang mengganggu.

Sebaliknya jika jentera ketika itu di belenggu masalah dalaman, ia boleh memberi kesan kepada kelancaran pergerakan petugas dan menyebabkan sokongan pengundi merosot dan tidak berjaya menyekat serangan musuh.

Ketidakhadiran Timbalan Presiden pada hari penamaan calun kemarin antara yang di perhatikan oleh public. Samada oleh ahli dan penyokong PAS ataupun oleh musuh sendiri yang boleh menggunakan isu tersebut..... Hati-hatilah. Rasanya tak mungkin Ust Nasha ghaib tanpa sebab...

Saturday, July 4, 2009

Jagalah Islam

"Jagalah Islam untuk diri kita, untuk keluarga kita, untuk masyarakat kita, untuk negara kita dan untuk ummat kita seluruhnya. Kerana hanya dengan jaga Islam kita akan selamat. Untuk diri sendiri dan keluarga, kita boleh jaga sendiri, bagaimana nak jaga Islam untuk masyarakat dan negara? Kenalah pilih pemimpin yang boleh jaga Islam. Kalau pilih pemimpin yang tidak kenal dan tidak beramal ikut Islam, bagaimana boleh dia nak jaga Islam dalam masyarakat dan negara?

Kita jangan berasa kecil, kita adalah satu ummat yang besar. Sembahyang kita di sini, sama dengan sembahyang saudara kita ummat Islam di Mekah, di Afrika, di Amerika, di China bahkan di seluruh dunia. Begitu juga dengan amal ibadat yang lain. Jangan merasa lemah dan hina dengan berpegang pada Islam... "

Itu adalah antara petikan dan intipati khutbah jumaat di masjid yang saya hadiri semalam yang di sampaikan oleh seorang khatib yang boleh di kategorikan tua tetapi mampu berkhutbah, bukannya membaca khutbah. Jarang Imam tua dapat berkhutbah seperti itu walaupun dengan patah-patah perkataan yang lambat keluar tetapi agak mengesankan.....

Thursday, July 2, 2009

Ada Lagi Ke Isu UG?

Api yang padam cuba di hidupkan semula. Seolah rasa tak puas hati apabila isu ini cuba di tamatkan beberapa kali di ungkit dan di ungkit lagi. Seingat saya beberapa kali Tg Presiden PAS menyatakan isu ini tak perlu berbangkit lagi. Ianya telah di tarik balik sebaik tampuk kepimpinan negara bertukar daripada Pak Lah kepada Najib.

Tetapi apabila ianya di ungkit dan masih di hidupkan oleh mereka yang berkenaan, terpaksa Presiden menjawab apabila di tanya dan di asak oleh wartawan. Menyebabkan isu itu terus panas dan menyala di satu ketika. Hampir membakar, tetapi berjaya dipadam seketika. Kini di tiup kembali supaya menjadi bara dan menyala semula.

Siapa yang meniupnya? Jika Media UMNO yang meniup rasanya sudah tidak di layan lagi setelah kenyataan bersama Pimpinan PR minggu sudah.

Tetapi dengan timbul balik isu ini sejak semalam, semakin jelas siapa sebenarnya yang meniupkan api permusuhan ini.

Apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mencabar Pemuda UMNO untuk berdiskusi sebagai menyambung cabaran Mursyidul Am yang mencabar Presiden UMNO berdebat, maka ianya digunakan juga untuk menghidupkan isu ini.

Ketua Pemuda PAS di serang sebagaimana mereka menyerang Timbalan Presiden baru ni seolah Ketua Pemuda PAS nak masuk UMNO.

Kita ahli dan petugas di peringkat bawah ini sangat mengharapkan mereka yang bertanggungjawab supaya menghentikan usaha memecahbelahkan jemaah ini, samada orang berkenaan sendiri yang sedia berubah atau Jawatankuasa Disiplin Parti membuat siasatan dan memanggil mereka.

Wednesday, July 1, 2009

Ceramah Umum

Walaupun ramai petugas berada di Manik Urai, program Penerangan di Kawasan tetap di teruskan.

Tarikh : 2 Julai 2009
Hari : Khamis
Tempat : Kg Pak Kancil ( Putra Jaya ) Setiu, Terengganu.
Penceramah
1. Ustaz Rozali Muhammad
2. Ustaz Budak
3. Wakil Pimpinan PAS Kawasan Setiu

Semua di jemput hadir ( terutama yang tinggal berhampiran lokasi tersebut ).

AJK DPPKS 2009-2011

BIL

JAWATAN

NAMA

1

Ketua

Mohamad Nazari bin Alias

2

Timbalan Ketua / Luj ICT

Aminudin bin Umat

3

Naib Ketua / Tarbiyyah

Mohd Sopi bin Ismail

4

Setiausaha

Muhammad Zaidan bin Abdullah

5

Bendahari / Luj Kebajikan

Ahmad Amir bin Mustaffa

6

Pengarah JPR

Mohd Bukhari bin Mukhtar

7

Ketua Penerangan

Arman Noramir bin Abdul Wahab

8

Lujnah Ekonomi

Mohd Rafei bin Long Hassan

9

Lujnah Sukan & Kebudayaan

Mohd Zulkifli bin Mat Jusuh

10

Lujnah Jab. Kerajaan & Swasta

Salim bin Said

11

Lujnah Pembangunan Mahasiswa

Sulaiman bin Yaacob

12

Lujnah Pembangunan Remaja

Hj Anuar Mohamad

13

Lujnah AMAL

Abu Sufian bin Ibrahim

14

Jabatan PASTI

Souti bin Mat Yaman

15

Ahli Jawatankuasa

Mat Saluwi bin Sulung

16

Ahli Jawatankuasa

Adnan bin Omar

17

Ahli Jawatankuasa

Norisabri bin Ismail

18

Ahli Jawatankuasa

Suharmizi bin Hamzah

19

Ahli Jawatankuasa

Dzakaria bin Mohd Salleh

20

Ahli Jawatankuasa

Mohd Nordin bin Abdullah


Blog Peribadi?

Ada yang bertanya bila saya SMS memaklumkan blog ini kepada sahabat-sahabat, adakah blog ini laman resmi Pemuda PAS Setiu atau blog peribadi.

Sebenarnya tak timbul soal resmi tak resmi. Di tajuk dah di nyatakan bahawa ini adalah catatan saya selaku Ketua Pemuda Setiu sessi ini. Setakat mampu ( ke setakat rajin? ) saya akan cuba untuk memberikan info berkenaan aktiviti Pemuda Setiu sessi ini, khususnya aktiviti saya sendiri dan rakan-rakan AJK setakat yang boleh di dedahkan.

Apa yang di harapkan adalah respon dan cadangan daripada para pengunjung bagi menambahkan kreativiti program yang di jalankan supaya tercapai hasrat dan sasaran dakwah, Al Amru bil Ma'ruf wannahyu anil mungkar....

Kepada pengunjung sudilah kiranya meninggalkan komen di ruangan yang ada dengan cadangan dan kritikan yang membina, mudah-mudahan dapat di manfaatkan oleh kita bersama. Samada terhadap aktiviti yang di laporkan mahupun pandangan dan komentar isu semasa yang di bicarakan seadanya.

Terima kasih kepada yang sudi mengunjungi.....

Himpunan Pemuda Pakatan

Followers