Tuesday, June 30, 2009

DPPKS Sepintas Lalu

Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu ( DPPKS ) di tubuhkan pada tahun 1983 berikutan persempadanan semula kawasan Pilihanraya pada tahun tersebut.

Sebelum berlaku persempadanan semula itu, sebahagian kawasan DUN nya berada dalam Parlimen Besut dan sebahagian lagi dalam Parlimen Ulu Nerus yang di mansuhkan.

Kini kawasan Parlimen Setiu terdapat empat DUN iaitu N.05 Jabi, N.06 Permaisuri ( dulu DUN Setiu ), N.07 Langkap dan N.08 Batu Rakit.

Sejak di tubuhkan hingga kini, DPPKS telah di pimpin oleh 6 orang Ketua dengan 10 orang Setiausaha seperti berikut;

Ketua

  1. USTAZ MAHMOOD SULAIMAN 1983 – 1985
  2. USTAZ ZAHARI MOHAMAD 1985 – 1987
  3. USTAZ MOHD PAUZI MUDA 1987 – 1999
  4. USTAZ ABD ZAMAN MOHAMAD 1999 – 2003
  5. USTAZ SHAHARIZUKIRNAIN A KADIR 2003 – 2009
  6. USTAZ MOHAMAD NAZARI ALIAS 2009 – Kini

Setiausaha

  1. USTAZ ZAHARI MOHAMAD 1983 – 1995
  2. USTAZ MOHD PAUZI MUDA 1985 – 1987
  3. CIKGU ZAKARIA AWANG TEH 1987 – 1989
  4. CIKGU HASSAN MOHD 1989 – 1997
  5. SDR AZMI MAARUF 1997 – 1999
  6. YM RAJA KHAIRUDDIN R A MAJID 1999 – 2001
  7. SDR HASSAN HITAM 2001 – 2003
  8. SDR MOHD ROSDI IBRAHIM 2003 – 2005
  9. USTAZ MOHAMAD NAZARI ALIAS 2005 – 2007
  10. SDR MUHAMMAD ZAIDAN ABDULLAH 2007 - Kini

Monday, June 29, 2009

Mansuhkan PPMSI

Oleh : Ustaz Nasarudin Tantawi ( Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat )

Mansuhkan PPMSI

1. Kerajaan akan mengumumkan keputusan menyeluruh berhubung kontroversi pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), awal Julai ini.

2. Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan demikian - jaminan yang paling konkrit pernah disampaikan oleh kerajaan - ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Parlimen pagi semalam. Makin banyak pihak mempertikaikan PPSMI akhir-akhir ini sejak ia diperkenalkan pada 2003.

3. Kemuncaknya pada Mac lalu, dengan di ketuai barisan sasterawan Negara terbilang, Dato‘ A Samad Said, puluhan ribuan penentang dasar ini berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan harapan baginda campur tangan dalam PPSMI.

4. Telah banyak bukti – bukti yang dikemukakan serta kajian yang di lakukan oleh pejuang bahasa yang terbukti pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) memberi kesan negatif pada para pelajar khususnya di kawasan pedalaman.
5. Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ] mendesak agar kerajaan mengambil keputusan menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan segera tanpa terus dengan kajian atau penyelidikan kerana ia telah terbukti merosakkan sistem pembelajaran kebangsaan serta menolak kedaulatan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

6. Pada masa yang sama DPPP menegaskan bahawa kita tidak pernah prejudis terhadap bahasa Inggeris malah mengharapkan agar Mata Pelajaran Bahasa Inggeris diperkasa atau dipertingkatkan mutu pembelajarannya , justeru ia adalah bahasa yang perlu dikuasai oleh generasi kita hari .

Sunday, June 28, 2009

Kenali Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

PRK Manik Urai

Suasana PRK Manik Urai semakin hangat. UMNO meneruskan usaha memburukkan emej YAB Tn Guru Dato Nik Aziz dengan isu kenyataan TGNA yang mengatakan UMNO sesat. Sebelum ini melalui isu Kerajaan Perpaduan pun mereka berhempas pulas cuba menggambarkan betapa buruknya TGNA yang tidak suka kepada perpaduan, sedangkan Islam menganjurkan perpaduan.

Kita percaya sebagaimana gagalnya mereka dalam isu perpaduan tersebut apabila ianya di tamatkan oleh kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat dan PAS sendiri pada isnin lepas, begitu juga isu UMNO sesat inipun akan menyebabkan mereka akan semakin haru biru apabila rakyat akan lebih membuat kajian dan berfikir mengapa TGNA mengatakan UNMO sesat.

Akan lebih jelas kepada masyarakat kesesatan dan kerosakan hasil kerja-kerja UNMO selama ini. Natijah daripada itu kita percaya rakyat akan semakin sedar dan tidak lagi percaya kepada mitos 'hanya UMNO yang layak dan mampu memerintah Malaysia'.

UMNO memang menaruh harapan untuk menang di Manik Urai apabila melihat kepada peratusan undi melayu yang tinggi di kawasan tersebut setelah kalah di semua siri PRK di semenanjung selepas PRU ke 12 . Apatah lagi PRK sebelum ini melibat kawasan ramai pengundi bukan melayu yang dikatakan menyebabkan kekalahan mereka.

Namun begitu kita yakin dengan senario yang berlaku dalam negara kita hari ini, kemenangan tetap berpihak kepada PR. Keyakinan rakyat kepada UBN semakin hari semakin terhakis. Samada kawasan pengundi bukan Melayu mahupun di kawasan Melayu seperti PRK K. Terengganu pada Januari yang lepas. Walaupun K. Trg mempunyai sejumlah pengundi bukan Melayu, tetapi keputusan PRK itu menunjukkan kemenangan yang di capai oleh PAS bukan di sebabkan oleh undi mereka. Sebaliknya daripada kajian yang di buat, undi bukan melayu tidak begitu berpihak kepada PAS di PRK K. Trg tersebut.

Oleh itu penolakan terhadap UBN bukanlah atas faktor undi melayu atau bukan melayu. Tetapi di sebabkan oleh majoriti rakyat sudah tidak ada lagi keyakinan kepada kepimpinan UMNO itu sendiri. InsyaAllah senario ini akan berterusan dan memberi keyakinan untuk PR mengambil alih kerajaan pusat pada PRU ke 13 nanti.

Pemuda PAS Setiu akan dan telah turut sama menyumbangkan tenaga kerja untuk kemenangan calon PAS di Manik Urai. Kita mengikut jadual tugas yang telah di atur oleh Perhubungan PAS Terengganu, di mana Setiu telah menghantar rombongan pertama pada 22-25 Jun yang lepas dan rombongan kedua akan bertugas pada 1-4 Julai ini.

Walaupun hanya satu DUN yang tidak seluas mana, petugas Kawasan Negeri Kelantan sendiripun telah mencukupi, tetapi atas dasar semangat berjemaah dan sokongan moral kepada jentera pilihanraya tempatan, kita turut sama membantu apa sahaja kerja yang boleh kita buat.

Saturday, June 27, 2009

Lagi Gambar sekitar MEMBARA 4

Suasana pengunjung. Termasuk yang berseluar pendek turut menyaksikan acara-acara MEMBARA tahun ini.
Pengarah program, Zulkifli Mat Jusuh ( tengah ), sebelah kiri beliau adalah Pengadil acara tarik tali, Pak Teh Din ( Sudin Awang ) dan Syafik Muhamad, pemuda Bukit Cempaka.
Hoi cepat lah sikit..... mungkin itu yang di laungkan oleh Kamal Shahril, pemuda Pecah Rotan sebelum acara tarik menarik tali.....

Lawatan / Perjumpaan dengan Pemuda Permaisuri

Malam tadi perjumpaan antara AJK Pemuda PAS Kawasan dengan Pemuda DUN Permaisuri berjaya di adakan dengan kehadiran tuan rumah lebih kurang 20 orang.

Mereka adalah wakil daripada Pemuda Cawangan masing-masing. Setiap satu cawangan di wakili oleh satu atau dua orang. Mareka secara automatiknya adalah AJK Pemuda DUN.

Saya fikir selepas daripada ini ( untuk dua DUN yang belum di lawati, Langkap dan Batu Rakit ) penyertaan hendaklah di luaskan lagi kepada semua ahli pemuda cawangan-cawangan. Ini adalah memandangkan perlu pemuda cawangan mengenali kepimpinan pemuda kawasan mereka supaya rasa kebersamaan dan tidak kekuk apabila terlibat dengan program-program kawasan selepas ini.

Dalam majlis malam tadi saya cuba menekankan beberapa perkara yang sangat perlu di beri perhatian untuk di selesaikan segera berhubung soal mengemaskan organisasi dan tarbiyyah di kalangan pemuda. Hasil yang akan kita perolehi daripada kesungguhan yang kita curahkan adalah Nasrun minallah wa fathun karib......... Kemenangan yang di janjikan oleh Allah.

Sebaliknya jika kita perpuas hati dengan kadar kerja yang kita telah dan sedang lakukan ketika ini, maka hasilnya pun hanya setakat apa yang kita dapat pada hari ini, iaitu kekalahan. Ini kerana masyarakat belum mempercayai kita untuk menjadi kerajaan melihat kepada kelemahan dan kekurangan yang ada pada kita, akibat kurangnya kesungguhan dalam melaksanakan tanggung jawab kerja-kerja jemaah.

Cuba

Sempat mencuba motor yang di gunakan untuk pertandingan motor lasak MEMBARA 4. Motosikal cup yang di modified begitu kreatif....

Sebenarnya saya sedang mencuba untuk upload rakaman vedio ketika pertandingan motor ini, tetapi mungkin kerana tidak ada kemahiran, beberapa kali cuba masih tidak berjaya.... hu hu

Program Ziarah MEMBARA

Sebagaimana kebiasaan program ziarah veteran PAS di buat di cawangan MEMBARA di adakan. Tahun ini kami menziarahi Hj Wan Endut, seorang veteran PAS Kg Bukit Nenasi.
Beliau yang pernah belajar pondok di Kelantan pada tahun 50'an dahulu, banyak memberi nasihat dan menceritakan pengalaman-pengalaman yang sangat berguna kepada kami jenerasi baru.
Sewaktu di temui, beliau yang lebih mesra di panggil Ayah Ngah baru pulang dari kebun dan kami hanya berbual di tangga surau berhampiran rumah beliau.

Wednesday, June 24, 2009

Brainstorming Dewan Pemuda PAS setiu 2009


Tahun ini Brainstorming di adakan di Pusat Latihan Desa, Machang, Kelantan pada 13 Jun 2009 yang lepas.
Para peserta terdiri daripada AJK Pemuda Kawasan dan Harian Pemuda DUN-DUN. Program bermula jam 4 petang berakhir 12.30 tgh mlm.
Selepas Isyak adalah sessi bersama YB Zulkifli Mamat yang banyak memberi motivasi dan tunjuk ajar bagaimana nak menjayakan objektif yang di bincangkan pada sebelah petang tadi.
Di akhir program, sessi bergambar beramai-ramai dengan YB Zul.

Awal Kalam

Assalamualaikum......
Blog ini di wujudkan sebagai catatan sepanjang menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu sessi 2009/2011. InsyaAllah sekadar mampu akan merakamkan segala aktiviti DPPKS bagi sessi ini di samping ulasan sekadarnya tentang isu-isu semasa di Setiu sendiri mahupun peringkat Nasional dan antarabangsa.

Akan di bantu InsyaAllah oleh rakan-rakan AJK DPPKS yang akan menyumbang berita dan tulisan pelbagai sudut - Tarbiyyah, tazkirah dan lain-lain lagi......

Tuesday, June 23, 2009

Ust Azhar & Azhan Atan

Ust Azhar Idrus dan Sdr Azhan Atan di Majlis MEMBARA 4, 18 Jun 2009.

Lagi gambar bakal menyusul InsyaAllah...........

Alhamdulillah...

Semua menyatakan rasa lega dan bersyukur di atas kebijaksanaan pimpinan menyelesaikan isu UG yang berkecamuk seketika baru ni.

UMNO yang cuba menangguk di air keruh juga terpaksa mengakui bahawa mereka akan terus gagal mengambil peluang menaikkan semula emej kotor mereka. Bahkan melalui isu UG itupun makin terserlah keburukan dan niat jahat mereka untuk memecahkan rakyat mengikut asabiyyah masing-masing dan seterusnya memerintah mengikut kemahuan dan kepentingan mereka.

Adalah sangat di harapkan oleh semua orang yang cintakan Islam, ukhuwwah yang sedia wujud di kalangan pimpinan itu akan menghasilkan kejayaan yang gemilang buat Islam di masa mendatang ini.

Sementara mereka-mereka yang menjadi penyebab kepada pergolakan dalaman yang berlaku seketika baru-baru ini akan bertaubat dan jika mereka masih berdegil dan berusaha meneruskan usaha permusuhan mereka, mudah-mudahan Allah akan dedah dan singkirkan mereka dengan tipu daya yang cuba di lakukan. Sama ada unsur tersebut daripada musuh luaran atau daripada dalaman PAS sendiri.

Isu UG Dah Selesai.....

Setelah isu UG di katakan telah selesai dengan pengishtiharan Majlis Presiden Pakatan Rakyat semalam, artikel di bawah ini rasanya perlu di jadikan bahan renungan dan kenangan.

Sebaik ketibaan TG Presiden daripada lawatan kerja di eropah, beliau terus sibuk dengan beberapa mesyuarat penting yang menghasilkan beberapa keputusan. Walau apapun natijah daripada keputusan dan tindakan selepas ini, antara penyakit sebenar yang melanda jemaah sekarang adalah apa yang cuba di jelaskan oleh penulis di bawah. Moga Allah segerakan dedah siapa punya angkara yang menjadi mastermind dalam kemelut yang berlaku...

Catatan London

oleh : Muhaimin Sulam ( sekarang berada di England )


  1. Balik dari London. Aku dengar balik rakaman perbincangan dengan Tuan Guru. Lebih sejam perbincangan itu.

  1. Satu demi satu aku dengar berkali-kali rakaman itu. Adaperkara baru dan ada yang lama diberitahu oleh Tuan Guru Presiden. Yang lama, aku tak mau ulang lagi.

  1. Konsep Kerajaan Perpaduan adalah idea Presiden PAS yang harus dilihat pada latar belakangnya mengapa idea itu dilontarkan. Seperti juga idea Projek 16 September. Itu adalah idea Anwar Ibrahim sendiri. Rahsia dalam rahsia (istilah aku). Memanglah dalam hal ini, akupun setuju dengan Anwar. Tak kan nak heboh semua tentang perincian projek itu. Ini projek politik, bukan projek perumahan yang lengkap maklumatnya. Masalahnya, apabila ahli semua nak tahu apa pemimpin buat. Apa yang pemimpin fikir. Apa yang pemimpin impikan.

  1. Bagi Tuan Guru, Projek 16 September mestilah menguntungkan Islam. Majoriti yang menyokong mestilah daripada ahli Parlimen muslim. Ini bermakna, Projek 16 September mesti mendapat sokongan kuat daripada ahli Parlimen UMNO.

  1. Dalam siasatan oleh beberapa ahli Parlimen PAS (tak perlu sebut nama), antara lima ahli Parlimen BN yang hendak menyokong Projek 16 September, tidak begitu meyakinkan. Walaupun Anwar dakwa ada lebih 20 ahli Parlimen BN akan menyeberang.

  1. Pertemuan dengan pimpinan Umno selepas PRU 12 samada secara gelap atau terang, itu dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim dan juga beberapa pimpinan PAS. Yang gelap, diterang-terangkan. Yang terang, digelap-gelapkan oleh tangan yang tidak bertanggungjawab. Hati sudah gelap.Tidak mahu menerima penjelasan yang mudah.

  1. Mengapa boleh berlaku begini? Sebab ada `orang kita’ lebih senduk dari kuah (istilah aku) bila melihat idea orang lain. Kagum dengan parti lain. Tanpa melihat sejarah perjuangan parti yang tidak pernah khianat dalam berjuang. Terlalu ghairah dengan undi yang diterima dari bukan Islam semasa PRU 12. Takut hilang sokongan daripada mereka.

  1. Ada ‘cerita lain’ yang timbul daripada isu idea Kerajaan Perpaduan. Idea itu dijadikan alasan untuk menimbulkan keributan dalam parti. Cerita lain. Tuan Guru kata, kita sebagai manusia memang ada kelemahan. Tuan Guru sendiri sebut, beliau juga ada melakukan kesilapan. Itu kelemahan sebagai manusia. Cuma jangan kesilapan diselesaikan dengan kesilapan lain.

  1. Di penghujung pertemuan itu, aku minta pimpinan PAS 'lebih bijaksana' dalam melakukan tindakan terutama tindakan 10 ahli parlimen PAS membuat kenyataan di Parlimen. Aku sebenarnya tidak mahu sebut istilah `lebih bijaksana' itu. Macamlah kami kat sini hebat sangat. Nak nasihat orang yang lebih hebat. Tapi Tuan Guru berkata, ‘kena sebut itu (lebih bijaksana)!' Mungkin Tuan Guru kata begitu, untuk memberikan ingatan.

  1. Satu lagi, beliau menjelaskan beberapa parti dan gerakan Islam di Jordan, Turki, Indonesia, Kuwait berpecah, hilang pengaruh setelah menang kerana merasa partinya kuat, pendiriannya betul, menghukum musuh berlebihan dan sebagainya. PAS jangan sampai begitu.

10. Itu sahaja. Bacalah dengan jiwa yang tenang, lapang dan berhikmah.


Monday, June 22, 2009

MEMBARA Kali ke 4

Medan Pemuda Batu Rakit ( MEMBARA ) kali ke 4 di adakan di Bukit Nenasi, Batu Rakit. Program bermula 18 Jun, 9.15 malam dengan Persembahan Hiburan Islam oleh Sdr Azhan Atan ( Juara Akademi Nasyid TV9 2008 ) dan Ceramah oleh Ust Azhar Idrus, Penceramah yang popular di Terengganu sekarang.

Pada sebelah pagi 19 Jun pula di mulai dengan munajat ( Qiamullail ) seawal 4.30 pagi di ikuti kuliah subuh dan Larian Amal yang menjadi acara tetap MEMBARA. Selepas sarapan sedikit motivasi oleh Ketua Pemuda Kawasan di ikuti pula acara sukan ( Sepak raga bulat dan Exploring )

Selepas Jumaat para tetamu semua peringkat mengunjungi tapak program meraikan jamuan rakyat. Tepat pukul 3.15 petang bermula acara baru MEMBARA iaitu sukan motor lasak yang mendapat sambutan hangat terutama Mat-Mat Motor yang sangat teruja dengan persembahan peserta.

Berikut adalah gambar yang bermula dengan sukan motor lasak, acara tarik tali dan acara penutup pada sebelah malamnya. Gambar acara sebelum itu akan menyusul nanti InsyaAllah.
Salah satu aksi pertandingan motor lasak yang melibatkan 5 orang peserta setiap cawangan.
Urusetia tetap setia memastikan acara berjalan lancar dengan sentiasa berbincang sesama sendiri sepanjang program.
Antara penonton dan peserta yang menyaksikan acara tarik tali.
Juru acara majlis pada sebelah petang, Motor lasak dan tarik tali. Sdr Dzakaria Md Salleh, Setiausaha / Urusetia Program.
Berasal dari Selangor, kahwin dengan orang Batu Rakit. Pernah berkhidmat dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Terengganu masa PAS menjadi kerajaan satu ketika dulu. Sekarang tinggal di Batu Rakit dan berkhidmat sepenuhnya dengan Pemuda DUN untuk memenangkan PAS di Batu Rakit.
Peserta dari Bukit Cempaka.
Bersama Ust Soufi, Tim Ketua Pemuda DUN.
Pasukan Juara bersedia membuat tarikan.
Pasukan Caw Pecah Rotan yang menjadi Juara acara Tarik Tali pada tahun ini.
Ini pula tarikan pasukan Caw Bukit Cempaka, Juara bertahan yang menjadi Naib Johan pada tahun ini.
Tarikan Pasukan Urusetia yang tewas dengan pasukan jemputan PAS Cawangan tuan rumah, Bukit Nenasi.
Berucap di majlis penutup sebelum penyampaian hadiah.
Sdr Zulkifli Mat Jusuh ( berbaju merah ),Pengarah program MEMBARA tahun ini.
Penerima hadiah utama Larian Amal, sebuah basikal, Peserta daripada Bukit Nenasi.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN Batu Rakit, Ust Hj Mohamad Yaakob sedang menyampaikan hadiah kepada peserta.
Hj Shamshudin Wahab, bekas calon PAS Bt Rakit turut menyampaikan hadiah-hadiah
Juara acara tarik tali, ketua Pemuda Pecah Rotan sedang menerima hadiah berupa piala pusingan dan hamper.
Ini pula wakil tuan rumah PAS cawangan Bukit Nenasi yang berjaya mengalahkan Urusetia untuk acara tarik tali.

Sunday, June 21, 2009

Brainstorming PAS Setiu 2009

Sessi Brainstorming PAS Kawasan Setiu di adakan pada 20 Jun 2009 di Ulu Seladang, Setiu.
Selaku Ketua Dewan Pemuda Kawasan membentangkan hasil bengkel pada program ini.
Dato' Abu Bakar Chik membuat pengisian di akhir program.

Brainstorming Dewan Pemuda PAS setiu 2009

Tahun ini Brainstorming di adakan di Pusat Latihan Desa, Machang, Kelantan pada 13 Jun 2009 yang lepas.
Para peserta terdiri daripada AJK Pemuda Kawasan dan Harian Pemuda DUN-DUN. Program bermula jam 4 petang berakhir 12.30 tgh mlm.
Selepas Isyak adalah sessi bersama YB Zulkifli Mamat yang banyak memberi motivasi dan tunjuk ajar bagaimana nak menjayakan objektif yang di bincangkan pada sebelah petang tadi.
Di akhir program, sessi bergambar beramai-ramai dengan YB Zul.

Wednesday, June 17, 2009

Syeikh Dr Fathi yakan selamat dikebumikan


Oleh: akhisalman

"Seperti mana yang telah diketahui syeikh Fathi yakan telah meninggal pada hari sabtu 13/6 jam 4.45 petang di hospital otel deo disebabkan serangan angin ahmar yang menyerang otaknya. Berita lanjut tentang kematiannya telah saya tulis dengan detail pada sabtu lepas dalam blog saya .

Jenazah Syeikh Dr Fathi Yakan pengasas Jamaah Islam (cawangan ikhwanul Muslimin) di lubnan telah selamat dikebumikan di bandar Tarablas selatan Lubnan selepas solat asar kelmarin. Jenazah beliau telah diiringi secara rasmi dan manusia dalam keadaan kesedihan memenuhi masjid Tinal (tempat jenazah disembahyangkan).

Diantara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل

"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Terdapat kecelaruan berita kewafatannya. Untuk mengetahuinya dan sedikit sejarah beliau boleh lihat dalam blog saya


Ulasan: Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:

مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ


"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

Rujukan: Ikhwanonline dan Mukhtasar Jami'u Bayanil ilmi wa Fadlih oleh Ibnu Abdul Bar.

Tuesday, June 9, 2009

Stadium Runtuh: Pelik ke?


Sewaktu berkempen dalam PRU 11, 2004 yang lalu, Dato' Seri Idris Jusuh pernah menyatakan jika UMNO menang, rakyat Terengganu akan melihat pembangunan yang tak pernah di lihat. Memang beliau sedikit sebanyak mengotakan janji tersebut apabila beliau berjaya menjadi MB Terengganu selama sepenggal. Antara yang masyhur ialah Taman Tamadun Islam yang didirikan didalamnya Masjid Kristal di tepi sungai Terengganu iaitu di Pulau Wan Man. Yang jelas sekarang rakyat Terengganu lihat sendiri bahawa projek tersebut boleh di umpamakan seperti membuang saja-saja duit rakyat RM beratus juta tersebut ke dalam Sungai Terengganu. Memang tak pernah di lihat.... orang guna duit begitu banyak untuk mengkayakan beberapa individu tertentu di kalangan mereka.

Stadium di Gong Badak itupun adalah projek beliau. Oleh kerana nak buat stadium lain dari yang lain, maka bumbung tanpa tiang di bina tanpa mengambil kira faktor cuaca basah dan lembab negara Malaysia berbanding negara yang sedikit turun hujan. Tetapi yang utamanya ialah apabila rasuah yang membarah dalam UMNO itu lah yang menjadi penyebab apabila peruntukan yang sepatutnya cukup untuk membina stadium itu sesuai dengan model tersebut, dalam perjalanan untuk sampai kepada kontraktor yang buat kerja di kenakan persen-persen tol yang berlapis-lapis, menyebabkan pertamanya kos melambung naik ketahap yang tak sepatutnya dan yang kedua kos yang tak sepatutnya itupun masih tidak mencukupi untuk membiayai bangsal-bangsal tol tersebut. Akibatnya berlakulah apa yang berlaku perkara yang tak pernah di lihat oleh manusia mahupun jin..... Stadium yang begitu canggih, di gemakan sentero alam sebagai paling moden, di guna baru setahun ranap menyembah bumi. Lebih memalukan stadium itu di namakan dengan nama DYMM Sultan Terengganu yang menjawat Jawatan Yang Dipertuan Agung sekarang. Oh negeriku...

Kenangan Muktamar

Alhamdulillah tahun ni sekali lagi saya dapat turut serta mengikuti perjalanan Muktamar PAS Pusat sebagai Perwakilan Kawasan Setiu pada 5-7 Jun 2009 yang lepas di Stadium Melawati, Shah Alam. Saya juga di amanahkan sebagai Perwakilan Dewan Pemuda PAS Terengganu pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat pada Rabu dan Khamis, 3 & 4 Jun di Taman Melewar. 
Ust Nasharudin Mat Isa, Tim Presiden sedang berucap.
Ust Wan azhar, Perwakilan Terengganu.
Aminudin Umat, SU PAS Kawasan Setiu yang baru.
Dari tempat duduk. Sebelah atas sana adalah para pemerhati.
Ketika acara menyatakan sokongan bubar DUN Perak. Semua Perwakilan berdiri menyatakan sokongan.
Bersama Ckg Shukrimun dan YB Dr Alias Razak, Perwakilan Kuala Nerus.
Selesai sudah Muktamar.
Perwakilan bersalaman dengan Saf Pimpinan di atas pentas utama.
Selamat Tinggal Stadium Melawati untuk Muktamar tahun ini. Rasanya ini tahun terakhir jadi perwakilan setelah tiga tahun berturut-turut.... tahun depan bagi pada orang lain pula insyaAllah.
Muktamar Pemuda pada Khamis, 4 Jun 2009 di Dewan Fadzil Noor, Taman Melewar.
Sebagai Perwakilan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.
Saf depan Perwakilan Pemuda Terengganu di ketuai oleh YB Ust Mohd Nor Hamzah ( KP Trg ), Wan Sukhairi W Abdullah ( Timbalan ), Ust Ridzuan Hashim ( Naib ) dan Ust Wan Faizul W Abbas ( SU ).

Monday, June 8, 2009

Kerana Harta Pusaka

Kejadian berlaku di Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nanas, Pontian minggu lepas.

Seorang bernama Tahir bin Zainal (41) telah mati apabila diparang oleh adik kandungnya sendiri pada jam 1.40ptg semalam. Kejadian dikatakan berpunca daripada masalah perebutan dan pembahagian pusaka Allahyarhamah ibu mereka.
Tahir Bin Zainal, yang dikatakan tidak berpuashati, telah pergi ke rumah pusaka tinggalan Allahyarhamah bersama isterinya dan cuba membuka pintu namun tidak berjaya. Beliau kemudiannya balik kerumahnya yang terletak lebih kurang 50 metre daripada tempat tersebut dan membawa bersamanya kuku kambing (sejenis senjata tangan). Beliau kemudian dilihat cuba memecah masuk rumah pusaka tersebut.
Perbuatan beliau dilarang oleh abang dan adik beliau yang datang bersama dengan isteri masing-masing. Lalu berlaku pergaduhan apabila si adik cuba menghalang. Menggunakan kuku kambing tersebut Tahir cuba menyerang adiknya.
Si adik terus lari kerumahnya dan datang kembali dengan parang dan tanjak kelapa sawit. Apabila abangnya Tahir cuba menyerang beliau sekali lagi, si adik lantas melibas parang tersebut yang terkena ke bahagian belakang Tahir. Beliau terus rebah dan kesakitan akibat kecederaan.
Si adik tadi kelihatan menyesal dengan perbuatannya terus memangku abangnya Tahir sambil menangis kesal. Bagaimanapun Tahir tidak dapat diselamatkan dan mati dipangkuan adiknya. Jenazah dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.
Saya memang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga malang tersebut. Namun saya berasa peristiwa saperti ini tidak sepatutnya berlaku. Sebab itulah Islam telah menetapkan hukum supaya kita semasa masih hidup ini membuat wasiat dan menetapkan pembahagian harta pusaka menurut peruntukkan hukum faraid. Malahan Rasulullah berpesan supaya kita membuat wasiat tiap kali sebelum tidur kerana kekhuatiran bila kita bangun pagi esok sudah "maarobbuka".
Kita juga perlu ingat bahawa pertengkaran, pergaduhan dan pertikaian mengenai harta pusaka akan menyebabkan roh ibubapa kita tersiksa. Sedangkan yang mereka harapkan daripada kita adalah doa seorang anak yang soleh yang insyallah boleh membantu mereka dialam barzakh itu. Namun apa yang mereka terima adalah penyiksaan atas sikap tamak anak-anak.
Sebagai iktibar dan pengajaran untuk kita, hendaklah kita membuat wasiat bagi harta kita walaupun tidak banyak. Ini akan dapat mengelakkan daripada berlaku salah faham dan pertikaian perebutan pusaka bila kita tiada kelak. Bagi yang tidak tahu menulis wasiat, sudah banyak agensi dan pakar yang menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat ini.
Bagi mana-mana harta yang kita hendak berikan kepada mana-mana penama tertentu, saya nasihatkan supaya membuatnya melalui hibah atau pemberian semasa hidup. Bagitu juga jika kita menjualkan sesuatu harta kepada mana-mana anak semasa hidup, eloklah mendapat persetujuan dan makluman waris yang lain supaya tidak timbul salah faham kemudian hari nanti. Sudah beberapa kes saya kendalikan termasuk di Mahkamah dimana waris tidak berpuas hati dengan penjualan harta kepada waris tertentu yang lain dalam keadaan mereka tidak diberitahu. Apatah lagi jika harta itu dijual dengan murah dibawah harga pasaran.
Bagi kita anak-anak yang mempunyai soal perwarisan dan pusaka, banyak-banyaklah berlapang dada dan bertolak ansur. Adakalanya kita tidak memerlukan harta pusaka itu, tetapi ada diantara adik-beradik kita lebih memerlukan.. Ataupun mereka yang lebih menjaga harta itu semasa hidup si arwah. Ataupun adik-beradik kita yang perempuan lebih memerlukan. Apalah salahnya kita berlapang dada dan bertolak ansur dan memberikannya kepada mereka. Apatah lagi harta itu pun bukan hasil usaha kita.
Apa yang penting, ingatkan ibubapa kita yang telah pergi. Penat lelah mereka membesarkan kita; dan harapan mereka semasa di alam barzakh mengharapkan doa daripada kita anak-anak mereka.
Moga ALLAH memberkati dan mengampunkan kita semua; serta memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita..ameen.

( Dipetik daripada blog YB Zulkifli Nordin. Moga kita dapat ambil tauladan daripada kisah tersebut )

Followers