Tuesday, July 7, 2009

Calun PAS Mendahului



PAS mendahului. Itulah kebanyakan ulasan berkenaan penamaan calun PRK Manik Urai semalam. Mendahului dari segi jumlah kehadiran penyokong dan dari segi semangat yang di tunjukkan oleh para petugas.

Sebenarnya bukanlah suatu yang luar biasa sangat keadaan itu. Hari penamaan calun mana-mana pilihanraya kecil biasanya di dominasi oleh penyokong pembangkang. Permatang Pauh, K. Trg, Bukit Gantang dan PRK sebelum itu pun sentiasa di banjiri penyokong Pembangkang.

Kalau sebelum ini Pilihanraya kecil kebanyakannya di menangi oleh BN kerana mempunyai cukup tenaga (dengan menyalahgunakan harta dan kakitangan kerajaan), tetapi selepas PRU 12 keadaan berubah walaupun penyalahgunaan tersebut tetap berlaku. Menandakan gelombang penolakan BN oleh rakyat semakin kuat.

Tetapi gelombang ini akan ada turun naik. Jika tersilap percaturan dan over confiden, ManikUrai bakal menyaksikan mood penolakan terhadap BN ini boleh terencat seketika. Walaupun melihat kepada lemahnya BN di bawah pimpinan Najib sekarang memberi keyakinan bahawa era BN memerintah negara bakal berakhir tidak lama lagi, tetapi kita tidak boleh menafikan mereka masih memiliki segala kemudahan untuk melibas dan mencederakan kita di saat-saat nazak itu.

Manik Urai dalam negeri Kelantan. Di katakan politik orang Kelantan lebih istimewa berbanding orang negeri lain. Mencecah 20 tahun sekarang, kerajaan PAS masih dapat bertahan walaupun satu ketika bermajoritikan satu kerusi sahaja dalam Dewan Negeri.

Tetapi harus di ingat Pilihanraya Kecil mempunyai sejarah tersendiri. Ada yang kita berjaya merampas kerusi daripada BN melalui PRK seperti Arau Perlis dan Telok Pasu satu ketika dulu dan terbaru K. Terengganu, tetapi ada juga kerusi milik kita terlepas apabila di adakan PRK. Bukit Payong, Terengganu pada tahun 90'an dan Pengkalan Pasir, Kelantan pada tahun 2006 (?) antara contoh yang boleh berulang.....

Pada pemerhatian yang di buat, kita berjaya menang sekalipun dengan merampas kerusi yang di miliki BN adalah apabila petugas dan pimpinan dapat memberi tumpuan sepenuhnya memacu jentera tanpa ada masalah dalaman yang mengganggu.

Sebaliknya jika jentera ketika itu di belenggu masalah dalaman, ia boleh memberi kesan kepada kelancaran pergerakan petugas dan menyebabkan sokongan pengundi merosot dan tidak berjaya menyekat serangan musuh.

Ketidakhadiran Timbalan Presiden pada hari penamaan calun kemarin antara yang di perhatikan oleh public. Samada oleh ahli dan penyokong PAS ataupun oleh musuh sendiri yang boleh menggunakan isu tersebut..... Hati-hatilah. Rasanya tak mungkin Ust Nasha ghaib tanpa sebab...

No comments:

Followers