Sunday, May 1, 2011

Muktamar DPPNT kali ke 42

YB Ust Nasharudin Mat Isa sedang menerima tabik hormat daripada anggota Unit Amal Terengganu sebelum majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kali ke 42 pada 30 April 2011 semalam.

Ini adalah penyertaan terakhir saya sebagai AJK DPPNT di Muktamar Tahunan Pemuda PAS Negeri setelah di lantik selama dua penggal. Penggal pertama 2007/09 berketuakan Ust Azman Syafawi dan penggal 2009/11 ini di ketuai YB Ust Mohd Nor Hamzah.

Penggal ini juga saya di amanahkan menjadi ketua lujnah Kebajikan DPPNT. Sekadar kemampuan yang tidak seberapa, saya cuba melaksanakan beberapa program dengan kerjasama ketua-ketua lujnah kebajikan pemuda kawasan-kawasan. Antaranya program Sekampit Beras sempena Ramadhan, Bantuan kepada petugas parti sempena cuti sekolah dan pelancaran skuad Prihatin peringkat negeri untuk di sambung pula oleh kawasan-kawasan.

Untuk sessi 2011/13, Ustaz Mohd Nor masih kekal mengetuai DPPNT di bantu Ustaz Ridzuan Hashim sebagai Timbalan dan Ust Kamaruzzaman Abdullah sebagai Naib Ketua.
Terima kasih dan penghargaan daripada saya kepada sahabat-sahabat dalam DPPNT yang memberi banyak juga tunjuk ajar dan bimbingan selama dua penggal saya menjadi AJK, khususnya kepada Ust Azman dan juga Ust Mohd Nor.

No comments:

Followers