Ada dua perkara yang saya fikirkan bila baca berita dalam SINAR HARIAN di bawah ni.
1. Bila UMNO di katakan SEMAKIN kuat: Memang betul lah selama ini UMNO sangat lemah di Terengganu. Kenyataan tersebut hanya untuk menyedapkan hati sahaja.
2. Bagaimana pula peluang PAS untuk menggantikan UMNO yang lemah itu dalam keadaan mereka masih menguasai kuasa utama yang membentuk pemikiran masyarakat: iaitu MEDIA...?
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad berkata, keadaan tersebut amat ketara berbanding sebelum sidang sebelumnya yang dilihat tidak begitu memuaskan dalam kalangan beberapa ADUN BN menyebabkan Sidang DUN tidak begitu meriah.
Beliau menganggap keadaan itu menunjukkan bahawa UMNO bertambah kuat apabila pemimpin dilihat semakin mengenepikan kumpulan yang dikatakan wujud dalam kalangan UMNO.
“Terengganu sudah makin baik, tiada kumpulan A dan B dan kebanyakannya sudah mengambil bahagian dalam dewan (Sidang DUN). Datuk Rosol dan YB Alias juga sudah ambil bahagian,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
Dari sudut perpaduan katanya, UMNO boleh bersatu sekiranya pemimpin mempunyai kemahuan untuk berubah, namun tidak menolak keadaan itu tetap menjadikan UMNO kuat.
Sementara itu, mengulas berhubung sifat kebencian yang ditanam pembangkang kepada rakyat mengenai UMNO, beliau menganggapnya sebagai perkara biasa.
Menurutnya, perkara itu sudah lama dibawa pembangkang untuk mengikis keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.
“Pembangkang memang sudah kerja dia dan perkara itu sudah lama berlaku sejak dahulu tetapi kita mampu mengatasinya,” katanya.
Beliau berkata, pemimpin UMNO sepatutnya menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan memperbaiki parti supaya ia relevan dengan kehendak semua golongan khususnya golongan muda dan belia.
No comments:
Post a Comment