Sunday, September 27, 2009

Rasuah : Malaysia Semakin Teruk

KUALA LUMPUR, 27 Sept:
Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke 47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikeluarkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.

Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.

Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 billion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 15000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.

Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.

Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep "check and balance" (semak dan imbang)

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil dari usaha memerangi rasuah itu. _

Sumber : Harakahdaily.net

Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan di Bagan Pinang

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/PRKBaganPinang1%20014.jpg












BAGAN PINANG – Pemuda Pakatan Rakyat (PR) memulakan paluan gendang perang lebih awal dari jentera Barisan Nasional (BN) dengen melancarkan jentera pemuda Pakatan Rakyat di kampung Bagan Pinang dekat sini petang tadi, 26 September.


Ketiga-tiga ketua sayap parti komponen PR hadir dalam Majlis Perasmian dan Pelancaran Jentera serta Pejabat gerak-gempur bersepadu Pemuda Parti Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi menyeru semua pemuda supaya turun beramai-ramai dan bekerja dengan optimis, tanpa bersikap terlalu yakin (over confident)

Manakala Ketua DAPSY, Anthony Loke Siew Fook, melahirkan keyakinan pengundi-pengundi Cina di Bagan Pinang akan memilih calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Turut berucap adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar, yang menggesa supaya pemuda Pakatan Rakyat bergerak pantas tanpa membuang masa untuk menjalankan gerak kerja kempen bagi mengalahkan UMNO dan BN.

Thursday, September 24, 2009

Selepas Ramadhan...

Membaca minda Azizi Hj Abdullah lewat tulisan beliau yang terbaru, adalah menifestasi kepada resah gelisah seluruh orang mukmin dalam negara kita. Hanya mereka yang tidak beriman atau yang lemah imannya sahaja yang tidak merasa apa-apa melihat suasana yang ada sewaktu sambutan hari raya saban tahun.

Kita selalu menyebut bahawa hari raya adalah hari kemenangan setelah sebulan berada dalam tarbiyyah Ramadhan. Tetapi sambutan hari kemenangan itu langsung tidak menggambarkan kejayaan atau kemenangan. Keseluruhan pengisian perayaan di penuhi dengan hiburan yang entah apa-apa. Kalau ada rancangan agamapun, yang di ulang adalah kemenangan. Siapa yang menang? Yang menang adalah Syaitan yang terus menguasai manusia selepas Ramadhan berlalu..
[82.jpg]
Seperti yang selalu di ungkapkan oleh kepimpinan ( baca di sini dan di sini ) bahawa kita bukannya anti hiburan. Hiburan sangat perlu kepada manusia. Sebagaimana makanan perlu kepada tubuh badan, begitulah hiburan perlu kepada jiwa. Kalau makanan ada halal dan haram, begitu juga hiburan. Makanan jika berlebihan meskipun halal, akan memudaratkan tubuh badan. Hiburan jika berlebihan akan merosakkan rohani dan mematikan hati.

Melihat kepada hiburan yang menjadi hidangan menyambut hari raya di negara kita sekarang, langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada mengingatkan kita kepada tanggungjawab kepada agama. Bahkan tambah menjauhkan manusia daripada menghayati kehidupan beragama. Pergaulan bebas, pendedahan aurat, penggunaan bahasa lucah dan merapu, menyindir golongan beragama dan sebagainya lagi ( Azizi Abdullah menulis dengan senarai yang lebih panjang ).

Tanggungjawab siapakah untuk membetulkan keadaan tersebut? Nak harapkan pemerintah yang di terajui UMNO? Sepatutnya merekalah.... kerana mereka selalu mendakwa UMNO juga parti Islam dan mereka juga orang Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan ( mereka puasa ke? ). Tetapi bukankah apa yang di hidangkan kepada masyarakat Malaysia pada hari ini dalam semua dasar yang sedang berjalan, termasuk dasar hiburan adalah di tentukan oleh mereka? Merekalah yang menghendaki masyarakat kita di jamu dengan hiburan yang sedemikian rupa, sebagaimana merekalah juga yang menjamu masyarakat dengan makanan hasil rasuah yang menjadi darah dan daging kepada dasar pemerintahan mereka.

Untuk mengharapkan kepada pemimpin UMNO ( walaupun yang bertitle ulama), badan-badan yang menjadi badan sokongan kepada UMNO seperti YADIM dan sebagainya dan mereka yang menjadi pengampu kepada UMNO untuk membetulkan keadaan yang ada, samalah dengan mengharapkan tikus membaiki labu yang dirosakan oleh mereka.

Besarnya tanggungjawab yang ada di depan kita. Teringat pula ungkapan pimpinan gerakan Islam bahawa kerja yang perlu di buat lebih banyak daripada masa yang kita ada.....

Tuesday, September 22, 2009

Majlis Pemuda Sempena Ramadhan & Idulfitri

Petang 26 Ramadhan, Pemuda DUN Batu Rakit mengadakan majlis Iftar Pemuda di hadapan Pej DUN. Kehadiran di luar jangkaan sehingga nasi minyak dan lauk petang tu habis licin dan cukup-cukup sahaja.

Sebelum Iftor di adakan majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada pemuda-pemuda yang terpilih samada bujang ataupun telah berkeluarga daripada seluruh cawangan-cawangan dalam DUN. Hampir 30 hamper berupa barang-barang keperluan harian telah di agihkan untuk menceriakan hari raya mereka yang termasuk golongan yang berpendapatan rendah tersebut.

Sebelum itu pada hari Isnin di adakan majlis sumbangan untuk guru-guru PASTI juga di Pejabat DUN.
Antara guru PASTI yang hadir

Pemuda DUN Batu Rakit 2004-2009 - 2

Saya tidak katakan Sof Pemuda DUN yang saya bentuk selama beberapa tahun ini adalah sof yang begitu mantap. Tetapi sekurang-kurangnya saya telah asaskan kekuatan bagi pembinaan seterusnya di masa hadapan.

Sememangnya proses tarbiyyah manusia bukan satu kerja yang mudah. Tugas ini memerlukan hubungan yang begitu kuat dengan rabbul aalamin yang mencipta manusia itu sendiri. Lantaran itulah murabbi yang melaksanakan tugas tarbiyyah ini mestilah juga mereka yang mempunyai hubungan dengan anugerah daripada Allah seperti Rasul-Rasul Alaihimussalam.

Di akhir zaman begini, dengan begitu jauhnya kita daripada zaman kenabian, semua kita memerlukan tarbiyyah. Sama ada pemimpin mahupun pengikut adalah sama-sama perlu di tarbiyyah mengikut peringkat masing-masing. Untuk mengharapkan suatu yang sempurna daripada proses itu tentulah amat payah, bahkan tidak mampu di capai oleh siapapun di zaman ini.

Pimpinan besar dalam jemaah sekalipun seperti Mursyidul Am dan Presiden, mahupun tokoh-tokoh tarbiyyah dalam jemaah masih lagi banyak kelemahan dalam soff yang mereka bentuk berbanding generasi awal yang menempa kegemilangan bagi ummat ini.

Sepanjang sekitar enam tahun memimpin Pemuda DUN Batu Rakit, saya cuba mendedahkan kepada mereka kerja-kerja jemaah yang seharusnya mereka bersungguh melakukan untuk menggerakkan perjuangan. Pada peringkat awal ada yang bersungut lantaran kertas kerja yang saya bentang di dalam usrah saban bulan dan ada kalanya dua kali sebulan tidak mereka fahami kerana terlalu tinggi bagi mereka.

Sedikit demi sedikit apabila teori dalam kertas kerja itu di bawa keluar melalui aktiviti dan pengisian praktikal, secara tidak langsung mereka mampu menyerap kebingungan dalam memahami istilah-istilah tarbiyyah yang begitu payah di fahami melalui syarahan dan kuliah.

Pun begitu sebagaimana di sebutkan diatas, kesan dan hasil yang di harapkan masih lagi jauh untuk di capai dalam erti kata kesempurnaan. Biarlah saya dan mereka terus belajar erti perjuangan ini mengikut kemampuan dan anugerah Allah. Sebagaimana selalu saya peringatkan kepada mereka bahawa kita mestilah berjuang mengikut kemampuan yang kita ada, bukannya mengikut kemahuan kita. Tentulah ada perbezaan antara kemampuan dengan kemahuan…

Bersambung…… InsyaAllah.

Saturday, September 19, 2009

Sumbangan Hari Raya

Petang 26 Ramadhan, Pemuda DUN Batu Rakit mengadakan majlis Iftar Pemuda di hadapan Pej DUN. Kehadiran di luar jangkaan sehingga nasi minyak dan lauk petang tu habis licin dan cukup-cukup sahaja.

Sebelum Iftor di adakan majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada pemuda-pemuda yang terpilih samada bujang ataupun telah berkeluarga daripada seluruh cawangan-cawangan dalam DUN. Hampir 30 hamper berupa barang-barang keperluan harian telah di agihkan untuk menceriakan hari raya mereka yang termasuk golongan yang berpendapatan rendah tersebut.

Selamat Menyambut Idulfitri....

Thursday, September 17, 2009

Perutusan Idul Fitri Presiden PAS

depan.jpg
Oleh : Presiden PAS


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka.

Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Wednesday, September 16, 2009

Muzik: Berdialog dengan Pemuda PAS

Oleh Shanon Shah
shanonshah@thenutgraph.com

"MINTA maaf ya, ustaz, saya ada pengakuan," kata saya. "Dalam kolum saya, teruk juga saya tibai ustaz tentang pendirian Pemuda PAS berkenaan konsert Michael Learns to Rock."

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan at Tantawi, senyum selamba saja. "Saya tak ambil hati. Kalau macam tu, Datuk Zaid Ibrahim pun mengkritik kami juga." Rakan-rakan Nasrudin dari Pemuda PAS tersenyum dan mengangguk-angguk.

Dengan itu, dialog anjuran musicForum antara saya dan Nasrudin bermula. Ia melihat penglibatan kira-kira 30 orang muda-mudi Melayu Islam yang lain. Masanya lepas solat terawih, dan tarikhnya 2 Sept 2009. Tempatnya di Studio Poket, Pusat Bandar Puchong Utama. Tajuknya, Di mana muzik dalam politik Islam?.

Dengan ikhlas saya mengaku, saya berdebar-debar juga mahu berhadapan dengan Nasrudin. Akan tetapi, walaupun moderator dialog tersebut, Fathi Aris Omar, memperkenalkan saya sebagai seorang pemuzik dan anggota bersekutu Sisters in Islam (SIS), Nasrudin dan kawan-kawannya tidak terkejut. Malah, tidak seorang pun yang memperlekehkan atau mengutuk SIS seperti yang saya biasa lihat di pelbagai blog dan siaran akhbar.

Saya sebenarnya dijemput oleh pihak penganjur sebagai seorang pemenang Anugerah Industri Muzik, jadi bab keanggotaan SIS saya memang tidak masuk tajuk pun.

Saya diminta membuka tirai dialog tersebut, jadi saya mengupas pendapat imam al-Ghazali. Menurut al-Ghazali, kesenian itu sebenarnya merupakan kurniaan daripada Allah yang Maha Berkuasa. Ia menghidupkan jiwa kita untuk kita lebih menghayati keindahan ciptaan Allah. Ini termasuklah bidang muzik dan tarian. Dan inilah yang mendorong saya untuk berkarya sebagai seorang artis beragama Islam.

ImageSaya juga mengupas dua hadis sahih daripada saidatina Aishah, di mana Rasulullah sendiri telah membenarkan Aishah untuk berhibur dan menonton persembahan tarian dan nyanyian. Malah, apabila saidina Abu Bakar menegur penghibur-penghibur tersebut sebagai "serunai syaitan", Rasulullah sendiri berkata, "Biarkan mereka � bukankah ini hari perayaan?"

Malah, belum terdapat ijma yang benar-benar kukuh tentang hukum muzik dalam Islam. Ada ulama yang berkata hanya nyanyian suara saja yang dibenarkan, ada yang berkata hanya instrumen tidak bertali yang dibenarkan, tetapi ada juga yang berkata kesemuanya dibenarkan bergantung kepada niat dan mesej yang terkandung dalam karya muzik tersebut.

Pendirian PAS

Kemudian, pihak Nasrudin dan pemuda PAS yang lain pula memberikan hujah mereka. PAS tidak anti-kesenian. PAS bukan anti-muzik, malah bukan anti-konsert. PAS hanya menentang bentuk-bentuk hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan, dan yang menggalakkan pergaulan bebas yang boleh membawa kepada pelbagai jenis kemudaratan yang lain.

"Saya faham pendirian PAS sebagai sebuah parti Islam," saya membalas. "Tetapi kenapa PAS tidak terangkan saja kepada masyarakat umum pendirian seperti ini? Bukankah itu dakwah PAS? Kenapa respons pertama daripada PAS selalunya menjurus kepada mengharamkan sesuatu yang PAS tidak suka?"

Image[Gambar:Dari kiri ke kanan: Penulis artikel Shanon Shah, moderator Fathi Aris Omar, dan ketua Pemuda PAS Nasrudin (Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)]

Panjang lebar juga jawapan yang diberikan oleh pihak pemuda PAS, tetapi akhirnya naib ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof, tersenyum dan berkata, "Kami pun sentiasa mengalami evolusi dalaman. Kami pun sedang berusaha."

Banyak juga soalan kritikal yang ditujukan kepada PAS oleh mereka yang hadir. Contohnya, insan atau institusi mana yang berkuasa untuk menentukan apa itu "bermoral" dan apa itu "tidak bermoral"? Bukankah pihak berkuasa Islam juga pernah menggunakan alasan "moral" untuk mematahkan sentimen yang mengkritik kerajaan? Apakah PAS tidak mampu bertolak-ansur?

Di sini saya sendiri telah memetik pengalaman Yusuf Islam, yang pernah membuat persembahan dalam konsert HIV/AIDS di Afrika Selatan. Para penghibur lain di konsert tersebut banyak juga mempromosi pendekatan "sekular" untuk menangani HIV/AIDS, tetapi Yusuf Islam tetap berkongsi pentas dengan mereka.

Tetapi sekali lagi saya ingin tekankan keindahan dan keikhlasan dalam dialog antara saya dan Nasrudin. Sepertimana difirmankan Allah dalam Surah An-Nahl, ayat 125: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik." Nasrudin dan saya memang berbahas dengan baik dan manis.

Erti dialog

Tetapi "berdialog" bukannya bererti "tumbang dan setuju seratus-peratus dengan pihak lain". Apabila mengakhiri sumbangan saya terhadap dialog tersebut, saya menekankan lagi sekali bahawa saya tidak bersetuju dengan pendirian PAS. Saya bersetuju dengan hak PAS untuk bersuara dan berdakwah, dan juga menghormati hujah-hujah yang dikemukakan.

Saya berikan analogi ini kepada pihak Pemuda PAS. Sekarang ini pihak Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis hak asasi banyak mengecam akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tapi mungkin satu hari kelak, PAS akan mendapat mandat untuk memerintah negara ini dan akan meluluskan undang-undang hudud.

Apakah PAS akan membenarkan bantahan terhadap undang-undang hudud oleh pihak pembangkang, artis, wartawan dan aktivis? Apakah PAS akan akur jika sebilangan besar rakyat tidak mahukan undang-undang hudud?

Menurut Nasrudin, sudah tentu PAS akan mendengar suara rakyat. Katanya lagi, "Kami berpegang kepada prinsip yang didukung oleh khulafa ar-rashidun. Kalau kami betul, sokonglah kami. Kalau kami salah, perbetulkanlah kami."

Bagi saya, jawapan ini masih perlu dilihat dalam konteks sosio-politik tanahair secara keseluruhan. Sejak 8 Mac 2008, kredibiliti BN semakin merosot, dan pada masa yang sama saham PR semakin naik. Malah, rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam pun sudah sanggup mengundi PAS demi menjatuhkan kerajaan BN.

Dan tidak dapat dinafikan, kerajaan BN juga menggunakan pelbagai taktik kotor dan ganas untuk kekal berkuasa � lihatlah saja rampasan kuasa di Perak, penggunaan meriam air dan gas pemedih mata terhadap demonstrasi anti-ISA, dan sebagainya.

Dalam situasi kini, PAS dan rakan-rakan PRnya sudah nyaris-nyaris menawan puncak kuasa. Dan dalam keadaan seperti ini, memang mudah untuk mana-mana pemimpin politik dari kalangan mereka membuat pelbagai janji manis. Akan tetapi, kita juga perlu menumpukan perhatian kepada pendirian lain yang dibawa oleh parti komponen PR.

Dalam kes PAS, kita perlu mengkaji pelbagai kenyataan para pemimpinnya tentang isu hukuman sebat, pelaksanaan undang-undang hudud, isu pertukaran agama kanak-kanak, pihak yang tidak bersetuju dengan tafsiran Islam PAS, dan juga mazhab minoriti seperti golongan Ahmadiyah. Apakah pendirian PAS dalam isu-isu ini konsisten dengan sistem demokrasi dan masyarakat madani yang ideal?

Image[(Gambar:Menyuarakan pendirian masing-masing (Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)

Kesanggupan kita untuk berdialog bukannya bererti kita berhenti bersifat kritikal antara satu sama lain. Selagi kita bersikap kritikal, selagi itulah masyarakat kita akan menikmati satu sistem semak dan imbang yang kukuh dan berprinsip. Dan selagi itulah kita akan dapat mencari jalan penyelesaian yang benar-benar menghormati perasaan dan pendirian semua pihak yang terlibat.

Oleh itu, amatlah penting jika PAS terus menyuarakan pendiriannya tentang pelbagai isu, dan berikhtiar untuk menyebarkan ideologinya di kalangan umum. Sumbangan PAS terhadap perkembangan demokrasi tanahair kita sangatlah besar. Akan tetapi, kita yang lain pun perlu menyuarakan pendirian kita dan menyumbang kepada perbincangan umum tentang pelbagai isu kemasyarakatan.

Kesimpulannya, kita masing-masing mengidamkan keamanan dan kebahagiaan dalam hidup ini. Pada penghujung dialog saya dengan Nasrudin, kami saling berpeluk dan bersalaman. Saya dapat merasakan keikhlasannya dan saya pasti dia juga dapat merasakan keikhlasan saya. Hakikatnya kami tidak bersetuju dalam beberapa hal, tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Shanon Shah amat berbesar hati kerana dapat berbual, bergurau dan makan sekali dengan kepimpinan Dewan Pemuda PAS._

Perutusan Idul Fitri PJ PAS Terengganu




http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/uhtraya.jpgKita ucapkan selamat menamatkan ibadat puasa yang berkat pada bulan Ramadan ini dan kita mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat di dalam negara kita ini khususnya, dan juga kepada umat Islam di negara lain (seluruh dunia).

Termasuklah kepada bangsa-bangsa agama lain juga kita mengharapkan mereka bergembira di dalam menyambut Aidilfitri dan mengharapkan mereka dan kita semua (orang Islam) dapat merasa betapa nikmatnya (ajaran) Islam (itu) khususnya dari sudut perpaduan, walau pun berlainan bangsa, bahasa, dan berlainan warna kulit.
Tetapi (dalam menyambut Aidil Fitri) kita sangat terasa terikat oleh satu ikatan iaitu ikatan aqidah, ikatan ukhuwwah dan persaudaraan Islam.

Jadi sama-samalah kita berseru supaya Allah SWT menambahkan lagi semangat persaudaraan Islam. Walau pun di mana jua mereka (kita) berada, apa bahasa yang mereka cakapkan (tuturkan).

Seruan khusus saya kepada pejuang-pejuang Islam, sebagai salah seorang ahli parti, saya menyeru semua penyokong-penyokong parti, peminat-peminat parti supaya mereka terus terus menyalakan semangat juang dengan semangat Ramadan ini, di dalam lubuk hati dengan mengharapkan bahawa perjuangan ini adalah satu perjuangan yang suci yang dikehendaki dan dituntut oleh Allah Ta’ala.

Dan segala apa (jua) rintangan yang mereka lalui itu adalah rempah ratus perjuangan sahaja, dan bukanlah menjadi penghalang kepada (mencapai) kejayaan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita. Jadi yakinlah kepada para perjuangan Islam, sesungguhnya walau pun malam itu dilihat gelap tetapi fajar akan menyinsing juga pada bila-bila masa.

Bagi mereka yang belum bersama perjuangan Islam, kita mengharapkan mereka tidak menangguh-nangguhkan waktu untuk bersama-sama (dengan perjuangan Islam) supaya kita bersama-sama mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT dan supaya kita sama-sama memberi saham dalam perjuangan ini.

Kepada mereka yang masih mahu menjadi penghalang dan penentang kepada perjuangan Islam, kita harapkan mereka boleh menggunakan ’renungan tajam’ mereka itu supaya mereka dapat (boleh) melihat sebenarnya, kebaikan Islam dan perjuangan Islam (dan) supaya berhentilah dari terus menerus menentang Islam.

Kepada orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin Umno dan pengikut Umno supaya mereka benar-benar balik kepada agama yang mereka anuti bernama Islam. Jangan (hanya) sahaja mereka bercakap dan mengakui (diri mereka) sebagai Islam tetapi dalam waktu yang sama mereka menentang Islam.

Jadi, oleh sebab itu sudah sampai masanya kepada orang Umno supaya (dia) insaf , dia (berpatah) balik kepada agama dan jangan pakai lagi fahaman-fahaman dari luar yang datang daripada luar Islam dan balik semula kepada usul asal mereka sebagai orang Islam (yang) beramal dengan ajaran Islam.

Kepada anak-anak Terengganu di perantauan kami dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak banyak kain-kain rentang yang dipasang, secomel dan secantik yang dibentangkan oleh parti lawan, kerana kami tidak tahu dia dapat wang daripada mana, (sehingga) mereka dapat menyediakan kain rentang yang cantik, tetapi sekadar wang yang ada pada kami, (kami) buatlah kain rentang ”Selamat Pulang Perantau, Selamat Hari Raya Bersama Keluarga”.
Di samping itu kami harap jangan lupakan kami sebagaimana kami tidak melupakan tuan-tuan dan puan-puan.

Maka kunjungilah kami jika tuan-tuan dan puan-puan sekalian pulang dari perantauan ke tempat sendiri untuk berhari raya. Kami adakan majlis hari raya untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada 3 Syawal tahun ini.

Walau pun tempat kami tidak secantik mana dan makanan tidak selazat mana tetapi sangat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian kerana itu sangat mengembirakan kami pada hari tersebut.

Akhukum FiLlah,

Dato' Ustaz Harun Taib
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Darul Iman

Monday, September 14, 2009

PRK Bagan Pinang 11 Oktober

Pilihanraya kecil kerusi N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11Oktober depan hari Ahad, hari mengundi manakala hari penamaan calon pada 3 Oktober. Demikian diumumkan oleh Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf tengahari tadi.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian Adun berkenaan Mohd Azman dari BN pada 7 September lalu.

Di Penghujung Ramadhan


Begitu panjang di rasakan tempoh masa yang tersenggang sejak posting terakhir tempohari. Bukan tidak ada program Pemuda DUN Batu Rakit sejak itu. Tetapi lantaran tidak lagi berada di posisi hadapan dalam organisasi pemuda di peringkat DUN, maka penglibatanpun agak berkurangan.

Petang ni jam 2 petang akan di adakan majlis penyampaian sumbangan, menghargai jasa guru-guru PASTI DUN Batu Rakit, bertempat di Pejabat DUN, Kg Padang Polis. Seramai 18 orang guru dan pembantu PASTI seluruh DUN di jangka hadir dan saya di minta untuk membuat sedikit pengisian dan menyampaikan sumbangan tersebut.
Sdr Dzakaria Md Salleh
Setiausaha Pemuda Batu Rakit
Sebelum ini telah ada majlis Qiamullail anjuran pemuda DUN yang di adakan di Bukit Cempaka di samping secara berkala di adakan Jaulah Tarawih Pemuda DUN ke Cawangan-cawangan seluruh DUN. Mengikut lapuran oleh SU Pemuda yang baru Sdr Dzakaria, program jaulah tersebut mendapat sambutan sangat baik daripada AJK Pemuda DUN yang turun berterawih ke cawangan terpilih untuk bertemu dan mengenali pemuda-pemuda PAS sempena Ramadhan ini. Kebiasaannya jemaah di surau lebih ramai di bulan ramadhan berbanding di masa-masa lain termasuk pemuda-pemuda.

Pada petang rabu ni pula akan di adakan Iftor jama'e pemuda DUN beserta penyampaian sumbangan kepada pemuda-pemuda yang berkelayakan. Saya di maklumkan penerima sumbangan tersebut di pilih di kalangan pemuda daripada seluruh cawangan-cawangan. Saya juga di jemput ke majlis tersebut untuk menyampaikan sumbangan yang akan di adakan di kedai kopi, hadapan Pej DUN.

Sdr Zulkifli Mat Jusuh
Ketua Pemuda Batu Rakit
Nampaknya sejak saya menyerahkan jawatan Ketua Pemuda DUN kepada kepimpinan baru ini, banyak aktiviti yang di jalankan sebagai penerusan kepada apa yang telah di jalankan sebelum ini. Ada aktiviti baru seperti jaulah terawih yang tak mampu saya buat lantaran hambatan masa. Ini adalah suatu yang baik dan di harapkan semangat dan kesungguhan mereka ini akan berterusan. Tidak hanya semangat bermusim dan terputus apabila berhadapan masalah atau cabaran di hadapan.

Pengalaman lalu perlu di ambil pengajaran sebaiknya. Kebiasaannya cabaran luaran tidak mampu menggugat, bahkan cabaran luar ini kebiasaannya akan memberi suntikan semangat untuk lebih bersungguh dalam melaksanakan program. Tetapi jika timbul masalah dalaman, contohnya tidak puas hati sesama sendiri atau kepada pihak lain dalam jemaah, maka boleh menyebabkan terhenti pergerakan atau mati terus semangat untuk meneruskan perjuangan.

Memandangkan sekarang ini mereka sering bertanyakan itu ini untuk membuat apa-apa keputusan dalam melaksanakan aktiviti mereka, InsyaAllah, saya akan terus memantau mereka dalam tempoh setahun dua ini sebelum mereka benar-benar mampu untuk bergerak dengan laju.

Tuesday, September 8, 2009

Saman Polis

Tiga keputusan Mahkamah secara berturut-turut yang memihak kepada Pimpinan PAS sejak ogos lalu memberi satu isyarat jelas kenyataan bahawa polis dan media di peralatkan oleh BN adalah benar.
YB Dato' Mahfuz Omar
19 ogos lalu mahkamah telah memerintahkan sebuah akhbar membayar gantirugi kepada YB Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS sebanyak RM150k kerana menyiarkan berita palsu berkenaan beliau. Baru-baru ini pula polis telah diperintahkan membayar gantirugi kepada YB Dr Hatta Ramli, bendahari PAS Pusat kerana menahan beliau ketika menyampaikan ceramah pada 2004 yang lalu, kononnya tanpa permit polis. Mahkamah telah memutuskan bahawa penahanan tersebut adalah salah.
YB Dr Hatta Ramli
Yang terbaru setiausaha agung PAS, Dato' Hj Mustafa Ali pula mendapat gantirugi kerana kekasaran polis ketika beliau hadir ke sidang parlimen satu ketika dulu. Polis telah bertindak tanpa mengikut peraturan apabila menahan beliau di perkarangan bangunan parlimen dan di perintahkan oleh mahkamah membayar RM50k kerana kekasaran dan tangkapan tersebut.
Dato' Hj Mustafa Ali di tangkap dengan kasar di perkarangan parlimen
Saya merasakan jika semua tindakan polis yang mengganggu ceramah dan himpunan rakyat di bawa ke mahkamah, saya percaya semua kes tersebut polis akan di perintahkan bayar ganti rugi. Kecederaan, gangguan fizikal dan mental, kerosakan harta benda dan sebagainya lagi sangat banyak berlaku.
http://4.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/SYvlNyO7itI/AAAAAAAAA4o/8xsQs-1aTg8/s1600/fru.bmp
Penggunaan polis FRU itu sendiripun rasanya boleh di pertikaikan di mahkamah. Kerana kesemua majlis anjuran rakyat tersebut, sama ada ceramah atau apa-apa sahaja himpunan tidak pernah pun berlaku apa-apa rusuhan oleh peserta himpunan. Masalah berlaku apabila polis yang mengganggu kerana kononnya himpunan tanpa permit.
Seorang wanita yang ditahan oleh polis ketika menyuraikan perhimpunan mansuhkan ISA di Dataran MPAJ
Persoalannya mengapa tidak di beri permit, sedangkan hak berhimpun dan mendengar ceramah adalah hak rakyat yang merdeka. Sebab itu di katakan tadi bahawa sekatan yang di buat bukan kerana soal keselamatan sebagaimana di dakwa, tetapi adalah kerana ketakutan BN. Polis serta media hanya di pergunakan untuk menyekat rakyat daripada mendapat maklumat sebenar penyelewengan dan pengkhinatan mereka kepada rakyat....

Thursday, September 3, 2009

Setuju Tubuh Kompenan, PAS Sedia Dirombak -Nik Aziz



Nik Aziz sokong parti satukan semua kaum.

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menerima cadangan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bagi menubuhkan satu komponen parti yang boleh disertai setiap lapisan masyarakat sekiranya ia dapat menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan rakyat di negara ini.

Nik Abdul Aziz berkata, Pas juga sedia dirombak asalkan parti yang baru ditubuhkan itu mengamalkan dasar dan prinsip Islam sama seperti yang diperjuangkan parti itu selama ini.

“Kalau tak payah tubuh parti lain, pakai Pas sahaja. Pas sudah memberi kepuasan kepada semua bangsa-bangsa lain kerana Pas wadah bagi Islam.. Saya nak Pas. Tak payah rombak barang yang sudah ada, tapi kalau nak rombak juga boleh, syaratnya parti baru ini dasar utamanya Islam. Kalau tak setuju Islam cakap di mana tak betul Islam. Boleh bubuh (letak) nama lain, tak ada apa, yang penting dasarnya Islam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak sawah sistem penanaman padi intensif (padi organik) di Tunjung dekat sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sekiranya semua parti komponen menerima Pas ia perkembangan baik memandangkan prinsip dan dasar yang diperjuangkan parti itu selama ini telah terbukti mampu menyatupadukan masyarakat.

“Sekiranya tak nak terima Pas, parti baru yang ditubuhkan itu boleh menerima semua parti tidak kira daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.. Tetapi kalau boleh terima Pas lagi baik tak payah kita rombak,” katanya.

Beliau berkata, Pas juga bersedia menerima penyertaan ahli bukan Islam yang ingin menyokong parti itu. “Kami buat Pas. Melayu nak duduk situ boleh, Cina nak duduk situ boleh, semua sekali boleh. Waktu Allahyarham Zulkifli Mohamad, sudah lama bersungut, Pas ini kena terima ahli-ahli yang bukan Islam . Sekadar nak sokong tak ada apa,” katanya.

Hadiah Sempena Merdeka

[Hadiah_Kerajaan.jpg]

Apabila gadis Amerika yang memelihara aurat berjaya

Oleh: Roslan SMS

Saya tertarik dengan laporan akhbar The Star pagi ini berkenaan Majlis Iftar yang dianjurkan oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Washington DC. Memang Obama bukannya Presiden Amerika yang pertama menganjurkan majlis berkenaan kerana ia pernah dianjurkan oleh beberapa Presiden sebelumnya. Tetapi apa yang saya mahu kongsikan di sini adalah peristiwa yang berlaku dalam majlis berkenaan.





Dalam ucapannya Obama turut memperkenalkan kepada mereka yang hadir salah seorang jemputan khasnya iaitu seorang gadis Amerika kulit hitam bernama Bilqis Abdul Qaadir. Beliau menganggap pencapaian Bilqis boleh memberikan inspirasi bukan hanya kepada gadis Muslim yang lain malah seluruh rakyatnya.






Bilqis merupakan pelajar cemerlang yang kini menuntut di Universiti Memphis, dan kecermerlangannya bukan hanya pada bidang akademik malah termasuklah sukan bolajaring sejak dari bangku sekolah lagi. Dan yang hebatnya bagi saya pencapaian ini diperolehi Balqis dalam keadaan beliau memelihara auratnya sebagai seorang Muslimah.

Semoga kejayaan beliau ini akan mengangkat martabat wanita Muslim dan mematahkan tohmahan golongan yang menganggap kewajiban menutup aurat bagi wanita Islam adalah suatu penghalang dan menyekat kemajuan.

Kalau gadis Amerika Syarikat, sebuah negara maju yang dipandang tinggi oleh dunia boleh menempa kejayaan seumpama ini, yang di Malaysia bagaimana? Mudah-mudahan semangat Ramadhan mengetukdan membuka pintu hati kita bagi menerima bahawa yang hak itu hak dan yang batilitu batil, insyallah.

Followers