Friday, December 25, 2009

Qardhawi: Jauhi segala sesuatu yang berhubungan dengan Natal

Di Petik dari http://nanbinjai.blogspot.com/2009_12_01_archive.html#241774648889503240

Inilah taujih yang disampaikan oleh Syeikh Yusuf Al Qardhawi di stesyen televisyen Qatar, baru-baru ini.

Kandungan taujihnya dengan jelas dan tegas melarang umat Islam untuk terlibat dalam kegiatan Natal. Berikut petikannya.

"Saudara-saudara,

Saya ingin berbicara tentang apa yang sedang terjadi di sekeliling kita sekarang ini.

Saya ingin bertanya bagaimana bentuk rupa masyarakat kita hidup di negara dimana ada muslim dan Kristian.

Apa yang terjadi di pusat perniagaan dan di jalan-jalan Doha (misalnya); semua perayaan yang disebut kelahiran Yesus atau Natal? Seolah-olah kita hidup di negara Eropah, Kristian.

Bahkan kita tidak merayakan kelahiran ketika Nabi Muhammad saw tetapi kita merayakan Natal?

Pokok Natal, 4 atau 5 meter, yang didirikan di pusat perniagaan. Dan tempat perniagaan itu dimiliki oleh keluarga muslim.

Apa ini? Ini bererti bahawa umat ini meninggalkan identitinya yang muslim. Islam menginginkan kita untuk mempertahankan keunikan Islam.

Orang Kristian mencegah kita membangun kubah masjid dan mereka melarang pembangunan masjid.

Seramai 41 peratus yang disurvei di Perancis menyokong dihalang pembangunan masjid, sementara 47% menyokong larangan membina kubah serta masjid.

Apakah umat Islam di Eropah dan Amerika serta jutaan mereka di beberapa negara dapat merayakan Ramadan dan hari raya Islam di pusat bandar, seperti beberapa orang Kristian di Arab dan negara muslim dan bandar di Jazirah Arab?

Bolehkah dibayangkan apa yang terjadi dengan umat itu?

Saya menyeru kepada para pemilik pusat perniagaan itu. Orang yang ingin membeli akan datang, mengapa anda berpura-pura untuk merayakan sebuah agama yang bukan milik anda, ketika mereka mencegah kita dari melakukan ritual kita?

Mereka mencegah kita dari membangun kubah masjid yang indah, yang dianggap sebagai sebahagian daripada infrastruktur yang indah, terlepas dari aspek agama.

Saudara-saudara,

Saya ingin menyampaikan pesan, dan memperingatkan umat Islam bahawa hal ini— adalah dilarang, memalukan, dan tidak bagus.

Ini menunjukkan kebodohan dan ketidaktahuan kita tentang Islam." (sa/memri tv)

Wednesday, December 23, 2009

Enjin Hilang-PAS Mahu Najib Letak Jawatan


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Dato’ Seri Najib Tun Razak meletakan Jawatan serta merta berhubung kes kehilangan enjin pesawat pemintas F5E. PAS memandang serius kes yang berlaku pada tahun 2007 iaitu ketika Najib masih lagi Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.

Selaku Menteri beliau bertanggungjawab penuh diatas kecuaian terbesar yang berlaku dalam sejarah pentadbiran Kementerian Pertahanan. Sewajarnya beliau meletakan jawatan pada tahun 2008 iaitu ketika kehilangan enjin berkenaan disedari hilang bagi memberikan laluan kepada siasatan menyeluruh kes ini.

Jelas beliau cuba merahsiakan perkara ini dari rakyat bagi memastikan laluan mudah agar dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Kelicikan politik beliau dalam menyembunyikan kes ini jelas memperlihatkan agenda beliau itu.

Kes kehilangan ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia adalah simbolik disebalik kegagalan sistem pertahanan negara dibawah pentadbiran Najib.

Dibawah pentadbiran Najib, kita sudah lali mendengar kisah ruang udara negara diceroboh, helikopter nuri terhempas, kapal terbang terhempas, dan juga kisah-kisah perbelanjaan Kementerian Pertahanan yang dihalang untuk di Audit oleh Jabatan Audit negara.

Keselamatan negara merupakan tanggungjawab terpenting sesebuah kerajaan. Bagaimana rakyat dapat hidup dengan aman bila mana sistem keselamatan negara dilihat terlalu rapuh ekoran wujudnya pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan masa depan politik peribadinya.

Zaman Najib menjadi menteri pertahanan juga menyaksikan munculnya projek Angkawan Negara yang berakhir dengan kisah Pelancong Angkasa. Program Latihan Khidmat Negara juga dicipta dengan begitu banyak tragedi sedangkan manfaat yang diterima kurang dari 10 peratus dan masalah sosial generasi muda hari ini kian membarah. Zaman beliau begitu banyak kecuaian, kerugian, penipuan dan pembaziran.

Oleh itu PAS tegas, agar Najib meletakan jawatan. Jika 2 unit enjin pesawat yang besar boleh hilang dari kawalan pasukan keselamatan negara, esok lusa apa pula yang hilang jika Najib masih kekal menjadi Perdana Menteri

Ust. Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat

Negara Dalam Bahaya

Oleh: Ustaz Nasaruddin Tantawi

Negara dalam Bahaya
Implikasi Amalan Rasuah

1. Rakyat sekali lagi dikejutkan oleh satu pendedahan yang memalukan negara apabila Menteri Pertahanan Dato' Zahid Hamidi memberitahu bahawa enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 50 juta hilang dan beberapa barangan lain turut lesap .

2. Tidak adalah tempat yang paling selamat di dalam negara kita melainkan kawasan dibawah kawalan Kementerian Pertahanan . Malangnya kementerian ini juga gagal mempertahankan enjin jet pejuangnya , maka apa lagi sandaran keselamatan negara dan rakyat di dalam negara ini ?

3. Memalukan ! inilah sahaja kalimah yang boleh saya lafazkan sewaktu pertama kali ditanya mengenai kehilangan enjin jet pejuang negara pada tahun 2007 yang kini hangat diperkatakan . Sungguh ini memalukan negara justeru menunjukkan sistem kawalan keselamatan negara terlalu rapuh . Apa lah yang boleh diharapkan pada pertahanan negara dan para pejuangnya untuk melindungi keselamatan negara dan rakyat jika enjin jet pejuang mereka boleh hilang dan lesap .

4. Tahun 2007 ini juga mengingatkan saya bagaimana kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat ahli politik kanan menerima rasuah RM 5 juta untuk membebaskan penjenayah yang sangat dikehendaki kerana terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah seperti pelacuran , gengster , ah long dan lain - lain .


5. Persidangan Dewan Negara pernah diberitahu [ pada tahun 2007 ] terdapat tiga kumpulan gengster utama yang telah dikenal pasti wujud di negara ini sejak 2005 dengan jumlah anggota mencecah 17,000 orang. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum berkata kumpulan gengster Ang Bin Hoey mempunyai 122 kumpulan dengan 11,764 anggota, kumpulan Wah Kee mengetuai 40 kumpulan dengan 1,991 anggota manakala Thug Gang mempunyai 123 kumpulan dengan 3,497 anggota.

6. Pada 12 ogos 2007 melalui ruangan tetap Tun Hanif Omar [ bekas ketua polis negara ] mendedahkan di akhbar The Star bahawa terdapat 40% daripada anggota polis terlibat dengan rasuah .

7. Sementara pada 14 February 2004 , Datuk Seri Rais Yatim juga pernah mendedahkan bagaimana 18 kes rasuah yang melibatkan high profile sedang diperingkat akhir siasatan tetapi malang sehingga kini tidak lagi kedengaran sebarang tindakan diambil .

8. Ahli Parlimen Kapar
S Manikavasagam pernah seketika dulu membuat laporan kepada BPR [ kini SPRM ] apabila laman web seorang yang dituduh penjenayah, Michael Soosai yang seketika dulu dipercayai bersembunyi di India , mendedahkan kegiatan sembilan anggota polis yang terlibat secara langsung dengan rasuah.

9. Baru - baru ni kita dikejutkan dengan berita bumbung stadium Sultan Mizan runtuh di Terengganu , kemudian jambatan gantung di Dipang juga runtuh dan mengakibat hilang nyawa beberapa orang pelajar sekolah yang menggunakan jambatan tersebut . Terbaru hentian bas di Kuala Berang juga dilaporkan runtuh . Saya percaya semuanya ini adalah bermula dan berpunca dari amalan rasuah yang membarah .

10. Indeks rasuah negara di peringkat antarabangsa kini di angka 52 . Angka yang sangat memalukan dan jauh ketinggalan dari negara jiran kita Singapore . Lebih malang , tiada usaha yang serius dan berkesan dari kerajaan UMNO dan BN untuk menangani isu rasuah ini malah mereka kelihatan selesa dengan wabak rasuah yang kian menular ini . Akibatnya , keselamatan negara dan rakyat kini terancam dan berada di dalam keadaan bahaya .

Sunday, December 13, 2009

UMNO Khianat

Tengku Razaliegh Hamzah

Beratus Billion harta negara di bazirkan sepanjang era pemerintahan Dr Mahadhir, dedah Tengku Razaleigh Hamzah.

Zaman Pak Lah dan zaman Najib ni pula berapa banyak lagi yang di habiskan tanpa memberi manafaat kepada rakyat..? Bukan ke Pak Lah dan Najib juga PM daripada UMNO sebagaimana Mahadhir?

Monsoon Cup, masjid kristal, stadium runtuh bukan ke antara senarai pembaziran zaman Pak Lah? Tiga item tu pun dah mencecah berapa bilion dah..

Komisen 100 juta pembelian kapal selam, bukan ke kerja Najib walaupun di buat zaman Pak Lah? Dengan kuasa penuh yang ada di tangan Najib sebagai PM sekarang berapa banyak lagi yang akan di sapu harta rakyat... harta kita di negara Malaysia tercinta ini.

Pendapatan negara yang begitu banyak hasil minyak sepatutnya di gunakan untuk kemakmuran semua rakyat. Sebaliknya mengkayakan sebahagian golongan elit pemerintah... ( rujuk senarai 40 terkaya di Malaysia. Siapa sebenarnya yang menguasai kekayaan negara kita? Berapa orang melayu dan siapa melayu yang kaya tu? )

Rakyat terbanyak di bebankan dengan seribu satu jenis cukai yang sebahagiannya tidak masuk akal pun..

Saturday, December 12, 2009

Misteri Taqwa

......

-Bagaimana jika seseorang takut terhadap air.. Fenomena tersebut dinamakan sebagai Hidrophobia. Gejala ini menyaksikan sseorang itu takut untuk berada dengan air,lihat air,mendengar bunyi air dan segala yang berkaitan dengan air.

-Gejala fobia ini selalunya melibatkan pesakit mental yang kronik. Mereka takut untuk berada dengan realiti. Takut dengan masyarakat sekeliling.
-Sifat takut ini membuatkan seseorang itu lari atau menjauhkan diri dari perkara atau sebarang objek atau tanda yang ditakutinya.
-Contoh yang mudah ialah apabila anda takut dengan hantu,anda pasti takut tidur dalam gelap,gementar apabila terdengar bunyi petir dan kilat dll.
-Apabila seseorang takut terhadap sesuatu,pasti akan datang sesuatu perasaan yang dikenali sebagaiHARAPAN

Contoh :

1. Jika beg anda diragut,bagi yang normal nescaya pasti mereka akan menjerit meminta .“Tolong!”. Bagi yang tidak,mereka akan senyum dan memandang sahaja kepada peragut.

2. Apabila anda kehilangan sesuatu,anda meminta agar ada yang akan memulangkannya kepada anda.

-Meminta pertolongan ini dinamakan sebagai berharap. Semakin takut,semakin sukar keadaan yang di alami akan meyebabkan kita semakin mengharap dan semakin besar pengharapan kita. Jika entiti atau elemen tempat kita berharap itu tipis maka sangat tipislah harapan kita dan sebaliknya pula jika tempat kita berharap itu besar maka semakin besarlah harapan kita sehinggalah kita tidak akan terlintas untuk berputus asa. Bagi orang muttaqin,disebabkan itulah apabila mereka mati dalam keadaan berharap pada Allah maka mereka tahu bahawasanya harapan mereka tidak pernah sia- sia. Oleh itu mati bukanlah alasan untuk mereka takut. Tetapi bagi orang biasa,mati adalah titik tamat yang sangat mereka ingin hindari kerana pada mereka mati tidak membawa apa-apa makna.

TAQWA

-Ianya bermaksud takut dan berharap. Berharap beerti lebih daripada percaya kerana anda yakin ia telah berada di tempatnya tetapi percaya masih lagi membuatkan anda anda ragu-ragu atau sangsi.
-Gejala taqwa membolehkan anda berasa Allah sentiasa berada di samping anda dan seterusnya memastikan anda menjaga akhlak dan tingkah laku anda tidak kira di mana jua anda berada.
-Anda tiada rasa takut dan ragu-ragu di hati. Segala amal anda penuh dengan ketenangan dan harmoni.
- Inilah golongan Muttaqin dan juga digelar Muqarrabin.
Sebaik-baik ketakutan adalah pada Allah dan ianya akan membuatkan anda semakin hebat dan unggul di hadapan manusia. Tidak kira walau siapa pun anda.

KESIMPULAN

Takutlah kepada Allah. Bukan kepada manusia yang tidak punya apa-apa meskipun mereka ini Tok Guru,ulama,PM,Menteri atau siapa jua.

Sumber : Klik disini

Thursday, December 10, 2009

Lawatan Ke Cawangan


Setelah bertangguh beberapa bulan, bermula awal minggu ini program turun ke cawangan-cawangan kategori A bermula. Kategori A adalah cawangan yang mempunyai organisasi yang lengkap dengan pengurusan yang baik.

Cawangan Kg Che Long, DUN Permaisuri menjadi cawangan pertama di lawati pada Isnin yang lepas. Alhamdulah objektif lawatan di buat boleh di katakan berjaya walaupun hanya 5 orang wakil AJK Dewan Pemuda Kawasan yang hadir.

Pada hari ini kami akan turun pula ke cawangan Chalok Barat, DUN Langkap di ikuti esok ke cawangan Gong Pasir, Jabi dan seterusnya cawangan-cawangan lain selepas ini.

InsyaAllah siri lawatan ini akan di teruskan dengan cawangan gred B pula iaitu cawangan yang kurang lengkap pembentukan organisasi tetapi mempunyai ahli-ahli pemuda yang ramai. Cawangan sebegini kebiasaannya tidak mempunyai pemimpin yang mampu menguasai pemuda di cawangan tersebut. Atau dalam bahasa kampungnya tidak mempunyai 'kepala' untuk melaksanakan aktiviti kepemudaan.

Matlamat sessi ini yang kita gariskan sewaktu brainstorming baru-baru ini adalah untuk memastikan organisasi pemuda semua peringkat di perkemaskan sebaik mungkin bagi melancarkan gerakan lebih berkesan khususnya untuk menghadapi PRU 13 yang kemungkinan di adakan pada sessi akan datang iaitu 2013.


Tuesday, December 1, 2009

Do'a Tuan Guru...

Dinsman
Bila mengikuti isu Do'a Tuan Guru Nik Aziz, saya teringat beberapa tahun dulu pernah penyair Dinsman menyampaikan sajak di Stadium Sultan Ismail Kuala Terengganu. Ketika itu baru sahaja Kerajaan Pusat merampas dan merompak Royalti minyak milik rakyat Terengganu.

Tajuk Sajak yang di bacakan ialah "Memang BARUA". Barua adalah isu yang di ciptakan oleh Media yang di ucapkan oleh TGNA yang di tujukan kepada UMNO dan PM ketika itu.

Memang Barua

Memang Barua
(meminjam ungkapan Nik Aziz)
Oleh DINSMAN

Ya, memang barua
minta maaflah tuan-tuan dan puan-puan
kasar sikit
tapi kalau lembut macam perkataan “ehsan” pun
apa gunanya ‘kan!
Memang kata Nik Aziz itu tepat
dan mereka bising kita guna kata-kata kasar
seolah-olah mereka itu tahu beradab
Hey tahu beradab apanamanya itu
hak rakyat dan hak kerajaan Terengganu
dirampas dirompak berbilion ringgit nilainya?

Memang barualah mereka
Betul! Saya minta maaf tuan-tuan dan puan-puan
kita hanya kata – mereka melenting bising
tapi mereka merompak betul
mereka merompak tuan-tuan mereka menyamun
masya-Allah – terang-terang
apa lagi yang lebih jahat daripada itu?
tersangatlah jahat tersangatlah zalim
Saya nak tanya tuan-tuan dan puan-puan
Royalti minyak Terengganu itu hak siapa?
( --------------------- )
Betullah mereka itu lanun
sanggup mereka buat kerja sejahat itu
mereka sanggup sejahat itu tuan-tuan dan puan-puan
dulu Anwar Ibrahim difitnah lucah satu negara
hingga anak-anak kecil pun terdedah lucah
kemudian mereka samun hak rakyat satu negeri
hak orang Melayu hak orang Islam

Saya hanya bersajak tuan-tuan dan puan-puan
tetapi bayangkanlah Tok Guru Hadi Awang
dan saf pimpinannya terpaksa berusaha bekerja
bagi mengatasi kekurangan itu
bukan kecil kekurangannya tuan-tuan
tetapi hari ini terbukti
sudah dua tahun lebih
kerajaan pimpinan ulamak Terengganu
terus bertahan dan terus maju – insya-Allah

- Tahniah Tok Guru Menteri Besar
- Tahniah para pimpinan PAS
dan Alternatif Terengganu


(Dibaca kali pertama 29 Mac 2002 di hadapan puluhan ribu rakyat dan pemimpin Terengganu yang berkumpul di Stadium Kuala Terenggan, meraikan pentadbiran PAS Terengganu melampaui dua tahun; dan esoknya di Malam Kesenian Islam, Taiping, Perak. Dan disiarkan pertama kali dalam majalah TAMADUN)

Itulah juga yang berulang hari ini. TGNA cuma berdo'a.. (mereka sangat takut dengan do'a!). Sedangkan mereka benar-benar merompak dan merampas hak Royalti minyak milik Kerajaan dan rakyat Kelantan... Kita cuma bercakap dan berdo'a, tapi mereka buat sungguh... Sepatutnya Demo di buat untuk menuntut hak rakyat tersebut di beri kepada yang berhak, tapi sebaliknya Demo bibuat membantah "DO'A". UMNO memang Barua!

Followers