Wednesday, December 31, 2008

Ajaib


Semua ciptaan Allah ada keajaiban tersendiri. Cuma jika sesuatu yang telah biasa di lihat dan terjadi di sekeliling kita, tidak lagi keajaiban itu terasa. Sekali sekala melihat perkara luar biasa terjadi, maka ia akan menjadi perhatian dan kepelikan. Begitulah dengan anak kelapa dalam gambar di atas. sebiji buah kelapa telah menumbuhkan dua pohon atau dua tunas atau dua cabang. Banyak pulak atau nya....

Anak kelapa itu adalah daripada benih kelapa kapal atau kelapa renek yang saya tanam menghiasi pagar rumah saya.

Tuesday, December 30, 2008

1430 Hijriah

Hari ni hari kedua tahun baru hijriah. Setiap detik berlalu bermakna masa yang kita ada semakin mengecil. Kematian menjelang bila-bila masa, sedangkan persediaan pula semakin hari di rasakan semakin kurang berbanding dengan ruang dan peluang yang di sediakan oleh Allah kepada kita.

Bila tiba tahun baru, walaupun bilangan tahun hidup semakin bertambah pada angka, tetapi hakikatnya masa semakin suntuk untuk membuat persiapan dan bekalan menghadapi alam akhirat. Kita sentiasa di peringatkan oleh Al Quran - وتزودوا فإن خير الزاد التقوى Berbekallah. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah bekalan Taqwa.

Bukan soal azam tahun baru, tetapi taqwa menuntut setiap saat dan waktu yang ada perlu di pastikan sentiasa berada dalam keadaan taat kepada perintah Allah dengan mengikut sunnah tinggalan Rasul, samaada suruhan atau tegahan keduanya. Sebut memanglah mudah, bahkan semua orang boleh sebut, tetapi realitinya nak berpegang kepada perintah tersebut di zaman ini terasa bagai menggenggam bara api.

Dalam negara yang tidak di urus tadbir mengikut perihtah wahyu ini, serba serbi bagai ada yang tak kena. Kiri kanan depan belakang kita berhadapan dengan perkara kontra dengan agama. Sudut politiknya, sudut ekonominya, pendidikannya dan sebagainya lagi......

Harapan..? Memang kita di ajar supaya sentiasa meletakkan harapan kepada Allah. itulah salah satu sayap yang di sebut oleh Imam Ghazali untuk menuju keredhaan Ilahi. Khauf dan Roja' iaitu Takut dan Harap. Mudah-mudahan kembalinya kita nanti di terima oleh Allah Rabbul Jalil..

Palestin

Saya terpanggil juga denga episod terbaru yang berlaku di Tebing Barat Gaza. Kedurjanaan yang tiada batasan. Berikut adalah tulisan Ustaz Nasarudin Tantawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di dalam blog beliau untuk kita kongsi bersama.

DERITA GAZA
APA UPAYA KITA ?


Biar Gaza beribu batu dari sini tetapi deritanya bagai di depan mata . Malang sungguh bagi muslim yang masih mampu diam membatu diri menyaksi penderitaan Gaza .

Benar kita tidak sampai tangan dan kaki tapi sekurang - kurangnya kita ada berbuat sesuatu untuk bersama penderitaan mereka .

Paling tidak kita mendoakan mereka agar segera bebas dari penderitaan , hulurkan bantuan kewangan untuk meringankan penderitaan mereka , suarakan bantahan kepada dunia khasnya Amerika untuk menunjuk kebersamaan kita dengan penderitaan ummat Palestine dan tidak lupa kita mendesak agar seluruh ummat Islam bangkit dan pemimpin - pemimpin ummat Islam berbuat sesuatu untuk mengajar Israel Alaihi Laknatullah .

OIC mesti digesa agar mengambil langkah berkesan untuk menyelamatkan ummah seagama dan seaqidah . Kenapa tentera ummat Islam boleh dihantar ke Perairan Somalia , ke Bosnia sebelumnya dan ke seluruh negara untuk misi pengaman antarabangsa tetapi tidak ke Palestine .

Ummahku , apakah derita Gaza tidak pernah mendekap dihati kalian ? atau kalian tidak pernah dapat menghayati apa ertinya derita ?

Bangkitlah ummahku . Marilah kita kita titipkan doa buat mereka tanpa jemu dan bosan jua tanpa buruk sangka kepada Allah swt Tuhan Yang Maha Kaya lagi Lagi Maha Perkasa .

Insyaallah esok ( selasa : jam 11 am ) Dewan Pemuda PAS Pusat akan menggerakkan ummat Islam prihatin untuk berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika bagi membantah kekejaman sekutu rapatnya ( rejim Israel )di Gaza .

Saya mengharapkan agar kita semua dapat keluar beramai - ramai menyatu hati bersama ummat Islam di seluruh dunia menyuarakan bantahan di samping kita mengadakan solat hajat agar Israel segera dihukum dan dibinasakan .
posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi

Cakna

Lubang besar yang menakung air, sangat bahaya kepada kanak-kanak yang suka bermain di tempat sebegini.

Rosak teruk. Jalan ini rosak dan berkeadaan begini sejak banjir dan hujan lebat pertengahan atau awal November lepas. Hampir dua bulan, masih belum di buat apa-apa tindakan oleh pihak yang berkenaan. Entah kemana perginya JKKK atau mereka-mereka yang sewaktu dengannya yang sepatutnya menjaga hal ehwal dalam kampung.
Jalan tanah merah telah menjadi sebuah parit kecil akibat hujan lebat baru-baru ini.

Mengikut penduduk yang menggunakan jalan ini, sepatutnya jalan yang telah di guna sejak 30 tahun ini telah lama di turap dengan tar. Tetapi di katakan oleh kerana di sebabkan politik pihak JKKK buat tidak peduli walaupun bukan hanya penduduk yang tinggal di sepanjang jalan ini saja yang melaluinya. Ramai yang menggunakan jalan ini, termasuk JKKK juga kerana jalan ini penghubung daripada jalan utama ke kebun dan sawah padi penduduk. Walaupun hanya 10 buah rumah penduduk yang terlibat, sepatutnya ia sudah cukup besar jika di ambil kira jumlah kenderaan yang melaluinya setiap hari. Lagipun bukan semua sepuluh buah rumah ini menyokong pembangkang. Hampir separuh daripadanya adalah penyokong tegar UMNO walaupun tidak berjawatan.Kelihatan sebuah rumah PPRT yang di duduki oleh seorang penyokong UMNO

Jalan ini di bina adalah hasil usaha penduduk sendiri. Penduduk sendiri berpakat membeli tanah merah dan batu dengan mengeluarkan belanja sendiri. Setiap tahun bila bila musin hujan jalan akan rosak, setiap kali itulah mereka bergotong royong memulihkan kembali. Daripada cerita mereka terasa seolah-olah kerajaan sekarang begitu miskin sehingga nak baiki jalan pun penduduk terpaksa keluar belanja sendiri.

Inilah nasib rakyat Terengganu yang di dikriminasikan oleh kerajaan sendiri. Bermula daripada atas sehingga peringkat JKKK. Mereka tidak peduli soal kebajikan rakyat secara keseluruhan. Jika ada keuntungan peribadi barulah mereka laksanakan apa-apa projek atas nama kepentingan rakyat. Jalan tersebut terletak dalam kawasan JKKK Kg Hilir, Darat Batu Rakit, dalam DUN Batu Rakit dan Parlimen setiu.

Kerajaan kaya, Rakyat miskin..........

Thursday, December 25, 2008

Hujan

Batu rakit di landa hujan. Bukan. Bukan Batu Rakit saja. Memang musim hujan belum habis lagi. Masih musim tengkujuh, walaupun seminggu dua baru ni cuaca agak panas. Di Pantai Timur memang begitu di penghujung tahun begini. Pantai Barat tak pasti pula samaada sehari dua ni hujan ataupun tidak. Cuma walaupun musim ini biasanya banyak berlaku bencana sebelah Pantai Timur, tetapi baru-baru ini yang runtuh tanahnya sehingga banyak rumah musnah adalah di Lembah Kelang.

Entah apa yang nak di bebelkan berkenaan hujan ni. Tapi bila termenung melihat titisan air yang menyirami bumi, kadangkala lebat dan adakalanya rintik-rintik ini, terasa betapa kita manusia sebenarnya sangat berharap kepada ketentuan takdir Allah dalam mengatur kehidupan. Hujan adalah simbol kepada rezeki, jika di eksploitasikan daripada kesuburan tanah yang di timpa hujan. Hujan juga boleh membawa bencana apabila manusia tidak mengusahakan dan tidak mengurus sebaiknya alam ini sehingga berlaku takungan air yang boleh menyebabkan banjir atau tanah runtuh. Namun semua gerak yang berlaku di alam ini adalah atas kehendak Allah. Jika Allah mahu makmurkan sesuatu tempat, di suburkan tempat tersebut melalui gerak hidup manusia, sementara jika tempat tersebut mahu di musnahkan oleh Allah, di tentukan musabbabnya melalui kealpaan dan amalan buruk oleh manusia sendiri.

Peri pentingnya kita mengatur hidup ini mengikut petunjuk pencipta kita. Seluruh peristiwa yang berlaku di alam ini sebenarnya sangat memadai untuk kita jadikan alasan kukuh untuk tidak memandai-mandai dalam membuat peraturan hidup dalam bidang apapun. Betapa lemahnya kita manusia, sehingga nak menahan air hujan yang lembik dan cair itupun tak mampu sehingga terjadinya banyak bencana akibatnya. Bencana boleh berlaku di mana-mana. Di negara kuasa besar dunia seperti Amerika ataupun di negara kecil Sri Langka.

Esok 26 Disember juga mengingatkan satu tragedi besar melanda alam di abad ini. Sunami yang melanda hanya beberapa detik, mengorbankan ratusan ribu manusia terutamanya telah menenggelamkan bandar Acheh, baru beberapa tahun yang lepas berlaku. Memang satu yang sangat mengesankan apa yang di gambarkan oleh Hadis Nabi SAW bahawa ketika akan berlaku kiamat nanti, ada manusia sedang berjual beli di pasar, ada yang sedang memasak makanan, sedang berehat-rehat dan ada yang sedang menyuap makanan ke mulut, tiba-tiba kiamat berlaku dan memusnahkan segalanya. Itulah gambaran kecil yang di pamerkan ketika Sunami di Acheh berlaku. Tidak ada tanda, tiada amaran, tiba-tiba bencana datang tanpa dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan diri.

Hujan masih turun, tapi banyak lagi urusan yang perlu di selesaikan hari ini. PRK K. Terengganu menggamit seluruh tenaga di kerahkan supaya manusia dapat di selamatkan daripada kehancuran apabila menolak hukum Allah. Rakyat perlu di ingatkan supaya turut bersama Jemaah Islam, menyokong dan mengundi Parti Islam, supaya Islam dapat di jadikan panduan dalam mengatur kehidupan masyarakat dan negara.

"Sesungguhnya Agama di sisi Allah, hanyalah Islam"

Wednesday, December 24, 2008

Hudud

Timbul lagi isu Hudud. Satu kebaikan bila keluarnya isu ini ialah masyarakat akan bertambah maklumat tentang hukum Allah berkenaan Hudud ini. Akan ada penjelasan-penjelasan tentang kebaikan dan hebatnya hukum Allah bila di laksanakan.

Kebetulan isu ini timbul atau sengaja di timbulkan menjelang Pilihanraya kecil K. Terengganu. UMNO akan cuba menggunakan isu ini semaksima mungkin untuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat. Sekurang-kurang melemahkan gerak kerja anggota Pakatan membantu calon PAS dalam PRK tersebut. Ataupun menarik simpati masyarakat Melayu bahawa PAS terlalu bergantung kekuatan dengan mengharap sokongan DAP dan PKR untuk berjaya apabila perlu mendapat persetujuan anggota lain untuk melaksanakan Hudud. Lalu orang melayu perlu menyokong UMNO bagi mempertahankan Islam, kononnya.

Hudud adalah hukum yang di tentukan oleh Allah bagi kesejahteraan hidup manusia. Mengawal manusia supaya sentiasa menjaga batas susila sebagai hamba Allah dan menyedari adab-adab bermasyarakat sesama manusia dan makhluk lain.

Kita tetap yakin perkemkembangan yang berlaku, kini dan akan datang sebenarnya adalah proses yang Allah tentukan bagi IsyaAllah bila sampai masanya nanti akan wujud kembali negara Islam di akhir zaman ini......

Wednesday, December 17, 2008

Polis Dan Kita

Perjumpaan Pimpinan PAS Terengganu dengan Ketua polis Negeri baru-baru ini.

Zaman sekolah dulu bila di tanya oleh cikgu, antara cita-cita bila dewasa nanti ialah nak jadi polis. Waktu petang pula sesama kawan-kawan ( masa tu tak ada lagi video game dsbnya. Main cuma dalam semak dan padang sekolah je. ) seringkali juga main sorot-sorot dan juga polis lawan penjahat. Maka berebutlah antara kami siapa nak jadi polis. Masih terbayang jelas bagaimana pistol yang di buat sendiri daripada kayu yang di jadikan senjata polis menembak orang yang berada di pihak musuh. Dan betapa bangganya apabila dalam permainan tersebut polis mendapat kemenangan. Jika sebaliknya polis yang kalah, maka orang yang berada di pihak polis akan minta lawan sekali lagi sehingga menang, walaupun ketika itu waktu sudah begitu hampir maghrib.

Seorang bapa saudara saya akhirnya berjaya bekerja sebagai anggota polis dan kini sedang bertugas di negeri Kelantan. Di peringkat awal apabila di panggil berkursus menjadi polis, beliau menjadi kebanggaan keluarga. Lebih-lebih lagi beliau adalah orang pertama daripada kampung kami yang bekerja sebagai anggota polis.

Senario di atas saya catitkan di sini sebagai gambaran rasa hormat dan bangganya kita dengan tugas serta tanggung jawab pihak polis menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat kita. Lebih-lebih lagi apabila kita membaca kisah-kisah mengenai pengorbanan yang di lakukan oleh polis sehingga kadang-kadang sanggup menggadai nyawa ketika bertugas menjaga keamanan daripada di ganggu gugat oleh penjenayah dan subversif.

Pagi tadi ketika lalu di hadapan sebuah balai polis di tempat saya, terlihat beberapa orang pimpinan PAS berada di balai berkenaan bersama dengan anggota keselamatan parti. Bila di tanyakan salah seorang daripada mereka, saya di maklumkan pada malam tadi polis telah menahan beberapa orang pelajar yang mengadakan program bermalam beberapa hari di markas PAS sempena cuti sekolah ini. Program tersebut adalah tamrin ( dalam bahasa sekolahnya di sebut KEM ) biasa bagi pelajar sekolah semasa cuti-cuti begini. Bahkan sekarang ini terlalu banyak Kem-Kem yang di anjurkan oleh pelbagai pihak di pelbagai tempat.

Saya belum dapat gambaran lebih jelas motif tahanan yang di buat. Adakah kerana ianya di buat di markas PAS atau pun pelajar-pelajar tersebut menganggu penduduk sekitar. Tapi melihat lokasi tempat program tersebut, langsung tidak munasabah jika penduduk sekitar rasa terganggu kerana ianya brjauhan daripada rumah penduduk, lebih-lebih lagi pelajar-pelajar tersebut adalah pelajar sekolah menengah. Sementara jika penahanan di buat kerana program di adakan di markas PAS juga adalah satu yang tak masuk akal.

Seorang sahabat yang mengulas perkara tersebut mempersoalkan mengapa polis mengambil tindakan begitu. Kes-kes kecurian, samun, pusat-pusat penagihan dadah, judi dan lepak apabila dibuat aduan kepada polis, begitu lambat polis bertindak. Bahkan teringat saya kepada aduan yang di buat oleh seorang sahabat saya satu ketika dulu apabila rumahnya di naiki pencuri pada waktu malam, bila di tangkap pencuri tesebut dan menelefon polis, polis cuma menyuruh sahabat tadi menghantar sendiri pencuri tadi ke balai. Apabila berkali-kali di beritahu masalah tersebut barulah polis datang beberapa jam selepas itu. Banyak lagi kes-kes aduan berkenaan jenayah yang begitu lambat bahkan tidak ada tindakan langsung daripada pihak polis.

Melihat juga tindakan polis mengganggu program-program parti seperti ceramah, demontrasi aman dan sebagainya (Kes Batu Buruk, Batu Enam & Batu rakit ), juga menangkap dan menahan individu tertentu berdasarkan politik, maka rasa hormat kepada polis semakin terhakis. Di tambah pula dengan cakap-cakap rasuah yang begitu banyak di kalangan anggota polis.

Terfikir juga jika perkara ini berterusan, mungkin sampai satu peringkat nanti polis tidak lansung di hormati lagi bahkan di benci oleh masyarakat umum. Polis di takuti kerana kuasa menahan dan menangkap orang, bukan lagi di sanjung kerana membenteras jenayah. Bahkan semakin berleluasa sekarang cakap-cakap bahawa polis bukan lagi bekerja mencegah jenayah, tetapi kerja polis sekarang sebagai pelindung kepada penjenayah. Tentulah cakap-cakap tersebut tak dapat di elakkan apabila ketua polis negara sendiri pernah di dakwa terlibat rasuah walaupun di nafikan selepas itu. Kes-kes rasuah dan jenayah bersekala besar yang di lakukan oleh kepimpinan negara bahkan pimpinan utama negara yang di ketahui oleh rakyat, tidak di buat tindakan yang memuaskan hati rakyat oleh pihak polis. Bahkan banyak penyelewengan yang terang-terang di lihat pun, polis tidak bertindak apa-apa bila melibatkan orang-orang tertentu. Tidak sedikit cakap-cakap yang mengatakan punca masalah dadah tidak dapat di selesaikan adalah kerana yang terlibat mengedarkan dan membenarkan pengedaran dadah adalah di kalangan polis sendiri. Ini di kuatkan dengan beberapa kes tangkapan yang dibuat terhadap anggota polis yang terlibat dengan berbagai kes yang di siarkan oleh media.

Kita bukannya mahu menuduh yang bukan-bukan kepada polis, tetapi polis sendiri perlu membuktikan cakap-cakap tersebut adalah tidak betul. Bukan dengan menangkap orang yang bercakap tetapi mereka mesti membuktikan dalam tindakan mereka supaya di lihat bersih oleh masyarakat.

Seperti di sebutkan di awal tadi bahawa tugas polis menjaga keamanan masyarakat adalah sangat di sanjung. Tetapi jika perkembangan-perkembangan semasa yang mencemarkan imej polis seperti menjadi alat untuk menyelamatkan kuasa perasuah dan penjenayah negara berterusan, rasa benci dan permusuhan dengan polis oleh rakyat akan semakin merebak dan sampai satu peringkat polis akan di kenali sebagai penjenayah dan rakyat akan bertempur dengan polis secara besar-besaran.

Kita harap perkara tersebut tidak akan berlaku.......

Thursday, November 27, 2008

Siapa Lelaki Dayus

Saja nak kongsi dalam blog ni sebuah artikel lama yang saya simpan dalam folder koleksi bahan tarbiyyah di komputer saya. Mudahan dapet di jadikan peringatan bersama.

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.
Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.
Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?
ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1) Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )
Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah
Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Nabi SAW bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.
'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
17 Julai 2007
p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

Monday, November 24, 2008

Ijtima' PAS Kawasan Setiu

Sabtu kemarin 22 Nov 08, satu program Ijtima' di adakan peringkat kawasan Setiu melibatkan berbagai peringkat organisasi parti. Majlis bermula dengan Ucapan Perasmian oleh Dato' Hj Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu di ikuti Pembentangan Kertas Kerja 1 bertajuk "Menambah Keahlian PAS" oleh Setiausaha Perhubungan yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri, Hj Yahya Ali.Kertas Kerja kedua pula di bentang oleh Pengarah JPN negeri Kelantan YB Haji Fatah Harun membincangkan soal bagaimana menarik masyarakat supaya mengundi PAS. Walaupun kehadiran tidaklah mencecah seribu peserta, tetapi program sebelah petang tetap mendapat sambutan dengan menampilkan tiga tokoh yang hebat sebagai ahli panel Forum. Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Nasaruddin Tantawi dan YB Siti Zailah Md yusof sememangnya pemidato yang tidak asing, yang mampu memberi kepuasan kepada hadirin apabila mengupas tajuk "Pendidikan Islam asas kekuatan Masa Depan Jemaah".
Kelihatan salah seorang penerima "Anugerah Tokoh" yang di sampaikan oleh Dato' Pesuruhjaya selepas majli perasmian. Sebahagian Peserta Ijtima

Monday, November 17, 2008

Gambar Boleh Menceritakan.......

Cikgu-Cikgu PASTI DUN Batu Rakit. Ada yang lama sejak PASTI di tubuhkan di tempat mereka dan ada baru kerana menggantikan cikgu lama yang berhenti.

Penyampaian hadiah....

Sebahagian Ibu/Bapa dan murid-murid PASTI yang hadir.

Lagi gambar hadirin..

Pertandingan mewarna sebelum majlis bermula di adakan dalam bangunan PASTI

Ihtifal PASTI DUN Batu Rakit 2008





Wednesday, November 5, 2008

Lancar DANA TAAWWUN DPPNT.



Pelancaran Dana ini di buat oleh Haji Mohd Sabu yang menjadi penceramah utama serta Ustaz Azman Syafawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu( DPPNT )

Ini adalah ceramah pertama saya bersama pimpinan utama. Sebelum ini adalah sekali dua ceramah kecil-kecilan dalam kampung. Dana Taawwun adalah di bawah Lujnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang di pengerusikan oleh Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir, Bekas ADUN Jabi di zaman Kerajaan PAS Terengganu, 1999-2004.

Tuesday, September 23, 2008

Bersama Menyertai PAS

Suasana kekalutan politik dalam negara dan dunia hari ini sepatutnya menginsafkan kita bahawa perlunya kembali kepada fitrah kejadian tuhan, iaitu kembali menghayati agama.

Lantaran itulah Presiden PAS menyeru ahli dan penyokong UMNO supaya memikirkan dengan serius untuk sama-sama bergabung dan menyertai perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS. UMNO ternyata telah gagal memastikan rakyat menjadi orang beragama setelah memerintah lebih 50 tahun. Sampai satu tahap kini kebanyakan rakyat Malaysia memikirkan perlu di tukar bukan saja PM tetapi parti UMNO itu sendiri.

Ini kerana jika hanya menukar PM, sebagaimana pertukaran daripada TUN Dr Mahadhir kepada DS Abdullah sekarang, tidak mampu melakukan perubahan melalui wadah UMNO yang terkenal di penuhi perasuah dan pemodal-pemodal yang menindas rakyak bawahan.

Dato' seri presiden PAS sudah membuka jalan, menyeru seluruh rakyat bersama dengan Islam melalui parti PAS yang mempunyai rekod yang sangat konssisten mempertahankan Islam samaada ketika menjadi kerajaan mahupun sebagai pembangkang.

Monday, September 22, 2008

Lumrah UMNO, diangkat ketika berpangkat – YDP PAS Setiu

Ditulis oleh Wartawan Buletin
Wednesday, 20 August 2008

Setiu - Sudah menjadi lumrah UMNO, mengangkat mana-mana pemimpin yang berpangkat dan berkuasa dan begitu juga sebaliknya, mereka akan membuang pimpinan mereka sendiri, apabila tidak lagi mempunyai kuasa.

“Lihat apa yang belaku kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekarang sudah menjadi seperti ‘kera sumbang’,”kata Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda ketika mengulas isu terbaru yang melibatkan UMNO Bahagian Setiu. (Ustaz Pauzi (tengah) sewaktu penamaan calon Pilihanraya Umum lalu)

Kelmarin, bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd. Yusop Majid telah kalah dalam merebut jawatan peringkat paling bawah, iaitu Ketua UMNO Cawangan Banggol, Setiu.

Kekalahan Yusop dianggap ‘pelik’ kerana beliau selaku Ketua Penerangan UMNO Bahagian langsung tidak dihormati oleh ahli-ahli UMNO bawahan, kalah kepada seorang bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

“Itulah tabie’e UMNO yang berjuang kerana kuasa dan pangkat, apabila mereka mempunyai kuasa dan pangkat maka ramailah pengikut yang ‘nak tumpang sekaki’,

“berbeza dengan kita (PAS), pemimpin dipilih atas ilmu yang dimiliki selain kewibawaan dan pengalaman mengurus jamaah,”kata Ustaz Pauzi yang dihubungi melalui SMS pagi ini.

Buletinonline difahamkan Yusop Majid yang juga turut kalah dalam cubaan beliau untuk merebut Naib Ketua UMNO Cawangan.

Kekalahan Yusop yang juga seorang peguam kepada hanya seorang Pengerusi JKKK dilihat oleh Setiausaha PAS Kawasan Setiu, Ustaz Nazari Alias sebagai sesuatu yang memalukan.

Ustaz Nazari berkata UMNO kini menjadi sebuah parti ‘ringgit dan sen’, tidak mempunyai pendirian dan hala tuju.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya rata-rata pemilihan UMNO samada diperingkat cawangan atau pun yang lebih tinggi dikuasai oleh rasuah politik.

Pengerusi UMNO Terengganu Dato’ Ahmad Said, awal bulan ini mengakui gejala rasuah politik yang melibatkan sogokan wang berleluasa dalam pemilihan jawatan.

Justeru itu, beliau menyeru supaya orang-orang yang faham tentang ugama dikampung-kampung di daerah Setiu menjauhkan diri dari UMNO atau meninggalkan UMNO sekiranya masih menjadi ahli.

“Orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu pun sudah tidak percaya lagi kepada UMNO, apa lagi kita orang-orang Islam,

“terlalu banyak gejala rasuah yang berlaku dalam UMNO, baik dalam kerajaan atau pun dalam pemilihan parti itu sendiri,”tambah Ustaz Nazari.

Tuesday, September 16, 2008

Ulamak dinobatkan di Perlis di bulan Ramadhan

Oleh : Roslan SMS

Diambang ulangtahun kejayaan Tentera Badar tanggal 17 Ramadhan, PAS dengan izin Allah dikurniakan satu kemenangan yang amat bermakna. Sebentar tadi Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan yang Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin adalah calon yang memenangi kerusi DUN Sangglang di Perlis tanpa perlu diadakan pilihan raya kecil.

Pada PRU ke 12 lalu SPR mengisytiharkan yang calon BN Abdullah Hassan memenangi kerusi tersebut dengan kelebihan 149 undi sedangkan Ustaz Hashim mendakwa rekod sebenar SPR menunjukkan yang beliau memperolehi 3,333 undi iaitu mengalahkan Abdullah yang memperolehi 3,286 dengan kelebihan 47 undi.

Dengan keputusan ini bermakna Ustaz Hashim yang sebelum ini telah mewakili Sanglang selama 2 penggal akan terus mewakili kerusi tersebut dan dengan itu PAS kini mempunyai 2 wakil di Perlis berbanding BN 13.

Syukur kehadrat Alllah swt dan syabas sahabat-sahabat di Perlis. Ustaz Hashim juga adalah Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Sementara itu Mahkamah Persekutuan turut mengesahkan kemenangan calon PAS Ustaz Dato Hj Harun Taib. bagi kerusi DUN Manir, Terengganu. Mahkamah telah menolak dengan kos permohonan calon BN Wan Sagar Wan Embong untuk membatalkan kemenangan Harun atas dakwaan kononnya wakil Harun telah melakukan kesalahan pilihanraya semasa berkempen.

Ustaz Harun memenangi kerusi tersebut baru-baru ini dengan kelebihan 406 undi. Ustaz Harun adalah AJK PAS Pusat dan AJK Majlis Syura Ulamak PAS.

Kemelut Pas : Kenapa Jadikan Anwar Sebagai Bala Pas

Oleh Mohd Sayuti Omar

SEDAR atau tidak sedar, setuju atau tidak setuju, projek 16 September kini menjadi seperti api dalam sekam memakan dan memamah keharmonian Pas selama ini. Projek itu telah menjadi bala kepada Pas meretakkan ukhwah sesamanya. Projek berkenaan yang sepatutnya tidak ada sangkut paut dengan Pas kerana ia adalah agenda peribadi PKR dan penasihatnya Anwar Ibrahim, namun kini menjadi isu yang mengeruhkan suasana dalam Pas.

Pas seharusnya memerhati dari jauh berhubung projek berkenaan tanpa menyusahkan diri dengannya. Pas boleh mengaut keuntungan daripada projek itu tanpa ikut sama mencelup tangan hingga sampai ke pangkal lengan dalam projek berkenaan. Cara itu lebih baik kerana kalau ia tidak berlaku Pas tidak akan terkena bau busuknya.

Gara-gara projek itu kini Pas semacam retak. Ada dua pendapat saling bertentangan berhubung dengannya. Satu pihak mempercayainya hidup-hidup kepada projek berkenaan dan satu pihak lagi menolaknya mentah-mentah. Kedua pihak ada sebab dan hujah tersendiri untuk menerima dan menafikannya.
Strategi politik

Pertentangan berhubung projek ini yang membawa kepada pertentangan kepercayaan bukan saja kepada strategi politik itu tapi membabitkan keyakinan kepada Anwar itu sendiri sedkit sebanyak terobek.

Ia semakin merebak apabila pertentangan itu bukan berlaku dari kalangan individu bawahan tetapi sudah terarah kepada pembentukan dua kelompok yang kontras dalam Pas; yang menyokong Anwar dan yang menentang Anwar.

Hari ini perwujudan kelompok itu sangat jelas dan sudah menjadi sebutan dengan berbagai nama ataupun gelaran. Kedua kelompok ini masing-masing membicara mengikut gaya dan keyakinan tersendiri dan tidak mahu bertemu untuk membincang secara bersama lagi. Ia juga menampakkan konflit sesama sendiri yang cenderung kepada keadaan yang meruncing jika tidak disedari segera kedua pihak.

Pergeseran dan perbezaan pendapat tidak menjadi masalah. Pas selalu mengalami pergeseran dalam mencari kesimpulan berhubung sesuatu isu. Tetapi kalau pergeseran kerana menegakkan batang tubuh manusia di luar parti itu ia menghairankan. Ia agak ganjil sedikit! Bila masa pula Pas bertindak menjadi NGO menjaga hak asasi seseorang?

Anwar adalah individu di luar Pas. Kenapa Pas harus menjadikan batang tubuhnya sebagai pemecah belahkan Pas? Beliau tidak ada kaitan dengan Pas. Sedangkan apa yang berlaku kini ialah disebabkan Anwar. Di sinilah kesilapannya dan menampakkan kurang matangnya siasah Pas.
Perkara ini tidak boleh disembunyikan lagi. Ia semakin ketara dan nyata. Walaupun ada pihak dalam Pas yang ingin mendamai dan menyembunyikannya namun tidak berhasil. Kerana kedua terlibat mempunyai pengaruh yang besar ke atas satu sama lain. Keyakinan dan ego (amarah) manusia menjadikan manusia lupa kepada amanah dan tanggungjawab perjuangan dan menjaga kepentingan ahli Pas.

Mereka yang bersetuju dengan projek 16 September ini atau tepatnya terpesona dengan Anwar ialah Husam Musa, Naib Presiden Pas, (beliau boleh dianggap sebagai ketua), Kamaruddin Jaaffar, Setiausaha Agung, Zulkifly Ahmad, Pengarah Strategi Pas, Mohd Hatta Ramli, Bendahari Agung Pas, Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Pas, Syed Azman Syed Mohamad AJK Pas, Abdul Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam. Mereka ini dibantu oleh Dr Mariah Mahmood dan Dr Lo' Lo' Ghazali keduanya AJK Pas Pusat.

Dijadikan perkakas

Dan kelompok ini merasakan mereka merdeka dan menang apabila Musyidul Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat sebagai memberi mata dan sedia membentangkan belakangnya untuk dijadikan perkakas usang oleh kelompok ini.

Manakala pihak yang tidak setuju dan tidak yakin dengan projek berkenaan ialah Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden, Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas. Mereka ini dibantu oleh Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am Pas, Harun Taib bersama beberapa tokoh veteran Pas Terengganu, Kedah, Kelantan, Johor dan lain-lain.

Disebabkan Mustafa dilihat vokal dan menjadi penasihat politik Abdul Hadi Awang maka beliau dicap sebagai ketua di sebelah sini.

Jelas kalau dilihat kepada klasifikasi ini ia menggambarkan Pas kini sudah berpecah dua kumpulan dan di mana kekuatan kedua pihak kelihatan sama gagah kerana keduanya diketuai oleh pucuk pimpinan Pas tertinggi.

Pada dasarnya kedua kelompok ini ada hujah dan alasan kenapa mereka menolak dan menyokongnya. Namun sayang hujah dan alasan ini tidak dapat mempengaruhi di antara satu sama lain sebaliknya keyakinan ini mereka saling bertentangan.

Pada hemat saya, puak yang menyokong Anwar atau yakin dengan projek peralihan kuasa 16 September (esok) itu mereka sedar hakikat kekosongan angan-angan itu. Tetapi kenapa mereka sokong ialah kerana motif lain. Saya tidak kira Husam Musa (arkitek baru Pas) buta dan jahil mengenai hal ini. Beliau tentu sekali nampak dan bermain politik untuk kepentingan partinya dan juga dirinya di sebalik menyokong projek itu.

Daripada apa yang dilakukan, menjelaskan Husam seakan sedang menguji sejauh mana kehebatan dirinya dengan isu berkenaan. Cara beliau menggerakkan isu itu dan bermain politik dengannya seakan beliau sedang membuat persiapan untuk masa depan politiknya. Secara tidak langsung kini umum sudah melihat semacam ada perlumbaan pengaruh antara Husam dengan tokoh-tokoh tertentu dalam Pas. Jangan terkejut kalau pada pemilihan pucuk pimpinan Pas tahun depan Husam akan mencabar Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden!

Demikian juga dengan kumpulan yang tidak yakin dengan projek berkenaan. Mereka tidak setuju bukan kerana projek itu projek Mat Jenin; tetapi kerana alasan-alasan lain yang sangat jelas dan konkrit kepada mereka. Di sini saya nampak mereka bukan tidak suka kepada projek berkenaan tetapi tidak boleh menerima sikap dan keperibadian pengilham projek berkenaan, Anwar Ibrahim.
Adapun mengapa mereka tidak bersedia menerima Anwar ialah kerana masalah peribadi yang dihadapi Penasihat PKR itu. Tuduhan liwat ke atas Anwar atau sejarah politik Anwar dizaman gemilangnya dalam BN dulu yang menghentam dan menganiaya Pas menyebabkan mereka sukar untuk menerima Anwar. Dalam erti kata lain gara-gara sejarah hitam dan parut itu mereka hilang penghormatan kepada Anwar.

Tikaman Anwar

Tentu berlain dengan mereka yang tidak mengenali Anwar dan baru mengenalinya seharian dua ini, tidak merasai betapa sakitnya tikaman Anwar terhadap Pas sebelum ini. Mungkin kesan dan sejarah itu menyebabkan mereka berhati-hati untuk menerima Anwar. Mungkin dalam hal ini bagaimana peritnya Nik Aziz terhadap Umno yang menendang Pas keluar BN mungkin begitulah juga peritnya kelompak ini kepada Anwar.

Apa yang berlaku ini walaupun melibatkan Anwar, penasihat PK itu tidak boleh disalahkan. Beliau tidak berdosa dalam hal ini. Anwar tidak memangil dan meminta secara rasmi agar menyokongnya. Pihak yang menyokongnya mahu menumpang tuah dan auranya. Mereka mengira Anwar boleh melakukan sesuatu termasuk meruntuhkan kerajaan BN yang menjadi harapan bersama.

Dalam menangani kemelut ini pada hemat saya Pas kurang berhati-hati dan tidak ceramat. Sepatutnya Pas selesai dengan cara baik dan tidak membuka ruang perbezaan dan konflit antara satu sama lain dengan lebih luas. Perselisihan itu berlaku menampakkan keretakan dalam Pas. Kematangan Pas selama 52 tahun juga boleh dipertikaikan.

Misalnya teguran Nik Abdul Aziz Nik Mat ke atas Mustafa Ali yang meluahkan pandanganya tidak percaya kepada projek itu tidak bijaksana. Nik Aziz sebagai Mursyidul Am tidak sepatut membuat teguran terbuka begitu dengan mengedarkan kenyataan akhbar mengkritik Mustafa Ali ke dalam blog dan internet.

Tindakan itu tidak fatanah dan bertentang dengan ciri kepimpinan para sahabat yang menjadi idola dan teladan pemimpin Pas. Nik Aziz agak emosional dalam melayani kerenah Mustafa Ali itu. Nik Aziz patut lebih menjaga kedudukannya sebagai Mursyidul Am di mana jawatan tertinggi dalam hirerki Pas daripada turut menjadi broker atau proksi kepada puak yang menyokong Anwar dan sanggup singsing jubah turun padang.

Dalam perhatian saya mengenai isu sokongan kepada Anwar ini Nik Aziz menggunakan sepenuhnya baju dan jubahnya sebagai Mursyidul Am Pas untuk menyokong bekas TPM itu. Pandangan Majlis Syura pun dilanggarnya! Perangai ini sungguh aneh. Beliau seakan lebihkan kepada Anwar daripada menjaga perasaan dan kepentingan pemimpin Pas sendiri. Nik Aziz harus sedar dan jangan mudah nyanyuk bahawa Pas itu adalah hak jemaah dan bukan kepunyaannya. Sehebat mana ilmunya dan sebesar mana pengaruhnya ia tetap dipayungi oleh Pas.

Dalam apa juga keadaan dan berdepan dengan krisis dan perbalahan beliau tidak wajar berpihak dan patut berada di tengah. Jawatan Mursyidul Am itu sendiri adalah sebagai penasihat dan pemberi kata putus. Ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya apa lagi mengikut sentimen dan apa lagi kalau sanggup bercakap dengan menggunakan air liur orang lain.

Kini tidak ada siapa lagi yang boleh menjadi orang tengah dan penasihat yang adil dan dihormati dalam Pas apabila Mursyidul Am Pas sendiri boleh dipertikaikan keadilan dan tanggungjawabnya. Perkembangan ini agak malang bagi Pas. Dalam Umno dituduh berkecamuk, Pas juga nampaknya terikut sama bercelaru dengan bergaduh dan singgung menyinggung sesama sendiri sampai terselak barang dalam kain. Barangkali sudah begitu takdir Allah!

Majlis Iftar Pemuda DUN

Jika Ramadhan tahun lepas sebelum PRU Pemuda DUN buat majlis Iftar di restoran dengan hidangan Nasi Ayam, tahun ini kami adakan di Surau kecil tepi rumah saya. Jangkaan hadhir cuma 50 orang, tapi jangkaan itu nyata meleset bila satu periuk besar tom yam cuma tinggal kuah. Ingatkan baru lepas PRU ni program tiada sambutan lagi. Rupanya dengan perkembangan dan pergolakan semasa, petugas-petugas kita masih lagi bersemangat. Mungkin menunggu kerajaan baru 16 sept?

Walau apapun petang 10 Ramadhan yang ceria itu memberi isyarat yang meyakinkan bahawa Pemuda Batu Rakit masih tetap bertenaga meneruskan perjuangan. Terimakasih kepada sahabat-sahabat yang hadir hari tu dan kepada yang tak cukup lauk ke atau apa-apa kekurangan saya sebagai tuan rumah mohon maaf banyak-banyak.

Sebenarnya program tu, walaupun di buat di perkarangan rumah saya dan memangpun idea saya, tapi ia adalah hasil sumbangan sahabat-sahabat AJK Pemuda DUN. Bukan apa, saya tak mahu ia jadi majlis peribadi saya. Biarlah kita rasa majlis tu majlis kita bersama, iaitu majlis Pemuda DUN. Sebab itulah saya buka ruang untuk semua AJK memberi sumbangan bagi menjayakan majlis tu. Alhamdulillah, ia telah berjaya walaupun agak kelam kabut sikit kerana kehadiran yang tidak di jangka...

Monday, September 15, 2008

16 September

Rasanya nak jugak berkongsi rasa berkenaan kehadiran 16 sept esok. Kalau dunia tak kiamat petang ni, 16 sept pasti sampai. Bukan kerana nak raikan sangat tarikh Sabah Serawak menyertai Malaysia tu, tapi tarikh tu di gembar gemburkan bakal menjadi satu tarikh yang sangat penting, bakal merubah lanskap politik negara yang telah banyak kali berubah sebenarnya.

Mungkin sejarah lalu tak perlu lagi di kenang, lantaran keghairahan untuk berada di bawah pentadbiran baru Malaysia. Siapa Anuar Ibrahim, siapa Lim Kit Siang dan siapa-siapa lagi tak penting, asalkan BN mesti di jatuhkan dahulu. Lalu keghairahan itu melahirkan pelbagai tindakan oleh pelbagai peringkat kepimpinan Parti mahupun ahli-ahli.

Ya.. bila kita ingatkan sejarah, nanti orang kata kita tak perlu berdendam, tak perlu nak ungkit lagi cerita lama. Manusia boleh berubah mengikut keadaan. Memang betul pun kita tak perlu berdendam dengan sapa-sapa. Dendam boleh merosakkan hati kita, menyebabkan kita jadi tak temteram.

Ini bukan soal dendam. Manusia tetap manusia. Walau di mana, bangsa apa pun dan bila-bila zaman manusia tetap mempunyai fitrah kejadian yang sama. Al Quran banyak menceritakan perangai manusia melalui kisah umat-umat zaman dahulu. Ada yang menjadi pengikut Nabi-Nabi dan kebanyakan manusia menjadi penentang dengan berbagai sebab yang ada kait-mengait antara satu sama lain.

Ramadhan ini kita menjadi pembaca setia Al Quran berbanding bacaan-bacaan lain. Sepatutnya Al Quran ini menjadi penyuluh kepada tindak-tanduk dan sikap kita. Kita boleh mengenali siapa yang berada di atas jalan kebenaran dan siapa dalam kekeliruan menafsir taraf kehambaan kita kepada Allah.

Kita sangat perlukan perubahan. Air yang bertangkung itu, lama kelamaan akan menjadi busuk. Itulah ungkapan arwah Ustaz Fadhil Noor satu ketika dahulu. Memang manusia perlu sentiasa berubah seiring perubahan masa. Daripada muda ke usia tua, daripada jahil kepada bertambah ilmu kehidupan dari masa ke semasa dan dari itu ke dari ini. Semua manusia hendakkan perubahan itu berlaku daripada kekurangan kearah yang lebih baik dan bertambah baik. Daripada yang tidak betul kepada kebenaran.

Sesungguhnya kebenaran itu datangnya daripada tuhanmu... Allah mengingatkan kita melalui firmannya, bahawa kita adalah makhluk yang terikat dengan kehendakNya. Fitrah manusiapun terikat dengan ciptaan Allah. Bagaimanapun kita rasa baik, jika Al Quran kata tak baik, kita hendaklah didik diri kita ikut Quran. Lantaran itu sebarang perubahan yang hendak di buat hendaklah menjadikan Al Quran sebagai panduan, atau dalam erti kata lain meletakkan Islam sebagai dasar perubahan yang hendak di buat.

Balik kepada 16 sept yang akan kita lalui esok jika umur masih panjang. Bakal Perdana Menteri baru yang di sebut-sebut, DS Anuar Ibrahim mempunyai sejarah perjuangan yang sangat menarik. Bermula sebagai pimpinan pelajar di era 70 an sehinggalah berada hampir di puncak kuasa hujung 90 an dan sekarang di katakan bakal menerajui negara bermula tanggal 16 sept, esok. Beliau adalah di antara tokoh-tokoh besar dan hebat yang pernah lahir dalam negara kita tercinta ini. Kelebihan yang beliau miliki jarang terdapat pada orang lain menyebabkan beliau di kagumi, sehingga bagi sesetengah orang di puja sebagai tokoh yang tiada tolok bandingnya.

Layak ke Anuar jadi PM? Bukan soal Anuar ke sapa-sapa. Apabila kita Islam, asas kita telah sebutkan di atas bahawa penilaian kita adalah Al Quran sebagaimana hukum hakan dan sejarah yang tercatat di dalamnya. Bacalah sejarah Anuar Ibrahim kemudian suluhlah dengan Al Quran, adakan perubahan yang hendak di bawa kearah kebaikan (kebenaran Islam) atau sebaliknya. Bukan soal dendam, tapi sejarah tidak akan menipu kita...

Wednesday, August 20, 2008

Muktamar PAS Pusat ke 54 di Ipoh

Tahun ini muktamar PAS Pusat di adakan di Ipoh, Perak. Kebetulan sekali lagi saya di amanahkan sebagai Perwakilan mewakili PAS Kawasan.

Terimakasih di ucapkan kepada keluarga dan rakan yang membantu sehingga saya mampu berada di Ipoh bermula 13 ogos yang mana Perasmian Muktamar Pemuda pada malam tersebut sehinggalah Muktamar melabuhkan tirainya jam 3 petang hari ahad 17 Ogos 2008.

Dihadapan Stadium Indera Mulia, Ipoh, tempat berlangsungnya Muktamar.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat pada 14 Ogos 2008.

Muktamar Penuh. Kelihatan barisan kepimpinan tertinggi PAS, TG Dato' Seri Abdul Hadi Awang, TG Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr Haron Din, Ust Nasharudin Mat Isa dan Ust Mohd Daud Iraqi.

Perwakilan Setiu, Cikgu Safinah Jusoh, Wan Ramlah Abd Rahman, Ust Mohd Pauzi Muda dan Saya di hujung sekali.

Di Kerusi Perwakilan

Bergambar kenangan sebaik selesai Muktamar.

Muktamar PAS ke 54 di Ipoh

Tulisan yang agak menarik berkaitan Muktamar 54 PAS Pusat oleh seorang penulis terkenal Mohd Sayuti Omar (MSO)

Tahniah Kepada Barisan Kepimpian Pas

BARANG kali saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang terharu dan sebak apabila menyaksi dan mendapat tahu muktamar Pas ke -54 yang di Ipoh Perak selama empat hari berakhir dengan selamat, jaya dan berlangsung dalam suasana penuh semangat keIslaman yang tinggi.

Tidak ada apa-apa kontroversi yang berlaku pada muktamar berkenaan.

Di sinilah unit dan istimewanya Pas sebagai jemaah Islamiyah. Dalam apa keadaan dan suana sekalipun Pas dapat mengekalkan rekodnya sebagai jemaah profesional yang berpegang pada prinsip ukhwah Islamiyah sejati dan tidak mudah diganggu gugat oleh anasir luar yang senantiasa mencemburui Pas.

Sebenarnya tahap politik dan ukhwahan Islamiyah para pemimpin dan seluruh ahli sangat tinggi!

Semua isu yang sebelum ini dikira boleh menghagatkan muktamar berkenaan dan dikatakan berpotensi untuk menimbulkan pergeseran sesama sendiri diselesai dengan baik dan jaya. Empat tunggak prinsip dan dasar Pas seperti mana termaktub dalam perlembagaan asal Pas benar-benar dihayati dan dilaksanakan oleh ahli Pas. Pas mencari penyelesaian kepada maslaah dan kekeliruan yang timbul seperti menarik rambut dalam tepong. Syabas.

Secara ikhlas saya nyatakan, saya begitu bimbang pada muktamar kali ini takut ada sesuatu insiden tidak elok akan berlaku. Desas desus yang kedengaran sebelum ini sangat mewalangkan hati. Kerana itulah sebelum bertolak ke Ipoh saya berdoa agar tidak akan tercetus apa-apa insiden pada muktamar itu. Saya tidak mahu melihat kuntuman bunga kejayaan dan kewangian yang mula merebak dalam Pas kini musanah di tengah jalan.

Justeru itu sebelum Muhammad Daund Iraqi membaca doa selamat untuk muktamnar, selepas ucapan perasmian oleh Presiden Abdul Hadi Awang, saya awal-awal lagi sebaik melangkah masuk ke dewan muktamar pada hari perasmian telah berdoa panjang. Mengharap biarlah muktamar itu dibimbing Allah s.w.t. dari awal hingga akhir. Allah menyejukkan hati dan mendamaikan semua yang hadir.

Betapa ketika berada dalam dewan muktamar hati saya begitu terharu bercampur bahagia apabila melihat kepada para perwakilan dan pemerhatian yang memenuhi dewan. Saya jadi terkutik dan diam! Mereka saya anggap sebagai bunga-bunga dan putik Islam yang sedang berkembang dan bertunas bakal mewangi ke seluruh alam. Di bahu merekalah tergantungnya harapan nusa, bangsa dan agama!

Di pentas pula saf kepimpinan Pas berada segak dengan pakaian tersendiri. Dari wajah mereka yang terpamer seolah terpancar cahaya keimanan dan ketakwaan yang tinggi. Saya yakin dan percaya hati-hati mereka yang berada di dalam dewan khasnya di pentas sudah ditapis oleh Allah. Kalau hati mereka tidak ditapis tidak mungkin mereka terbuka hati dan betah (kalis) untuk bersama Pas.
Kerana itu saya yakin barisan kepimpinan yang ada hari ini mampu untuk mengemudikan Pas sebagai wadah siasah yang progresif dan sesuai untuk rakyat dan negara ini. Mereka sedikit sebanyak telah diuji dengan pelbagai cabaran, kuasa, pangkat dan bujukkan namun akhirnya mereka tetap menggunakan akal dan formula yang menjadi amalan parti mereka sejak setengah abad lalu. Mereka tidak mudah terjuna dengan tawaran madiyyah itu.

Dalam barisan kepimpinan hari ini bermula dari Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Dewan Pemuda, Ketua Dewan Muslimat tidak ada siapa yang terkurang satu pun. Semuanya relevan dan unggul sebagai pemimpin Pas dan pemikul ad-den. Demikian juga dengan barisan Ahli jawatankuasa Agung serta pegawai-pegawai parti, Setiauaha Agung, Bendahari Agung adalah pemimpin terpilih yang ikhlas, jujur dan gigih berjuang untuk Islam menerusi Pas. Komitmen dan iltizam mereka tidak boleh dipertikaikan.

Kerana itu kalau muktamar yang berlangsung selama empat hari itu berjalan dengan baik adalah kerana kebijaksanaan saf kepimpinan Pas. Tidak ada sesiapa antara mereka yang cuba menonjolkan kepentingan diri atau pun mencari pangkat melainkan ikhlas dan jujur menggerak parti untuk mencapai mardthatilah. Setelah masing-masing berusaha akhirnya mereka bersedia menyerahkan kepada ketentuan jamak. Inilah baik dan bijaknya Pas.

Sekali lagi tahniah dan syabas kepada Pas. Semoga mereka akan terus mengekalkan rekod tanpa kalah - rekod tidak boleh diadu dombakan oleh musuh, rekod persefahaman yang tinggi dan rekod bersedia ditegur oleh sesiapa jua. Saya bersetuju dengan kata-kata Setiausah Agung, Kamarudin Jaaffar, muktamar adalah medan tempat berbalah mencari kebenaran dan kebaikan. Hendaknya Pas akan kekal dengan amalan dan prinsip ini.

Sesudah muktamar berakhir dan semuanya akan kembali bekerja semula mengikut peranan dan tugas masing-masing. Perjuangan jauh dari berakhir! Jabatan salam di hari perpisahan hendaknya tidak akan terlepas dan kehangatan telapak tangan kawan masing-masing akan terus kekal abadi di dalam jiwa. Dan persefahaman di Ipoh hendaklah dijadikan titik tolak kepada menjanakan semangat bukan saja menguatkan Pas tetapi menjadikan Pas sebagai peneraju politik negara Malaysia di masa akan datang. Yakinlah dan bersiap sedialah Islam akan menang akhirnya. [d'kota.kl 6:30 am 18/08/08]

Lagi Gambar MEMBARA 2008

Program tahunan pemuda DUN Batu Rakit kali ke 3 di adakan agak lewat pada tahun ini berikutan PRU yang di hadapi pada mac, di ikuti Mesyuarat Agung Kawasan, barulah dapat di adakan program ini pada 25 & 26 Julai 2008 yang lepas. Di harapkan pada tahun hadapan MEMBARA dapat di buat lebih awal sekitar Mei InsyaAllah.

Program ziarah veteran PAS di Cawangan tuan rumah MEMBARA, Caw Bukit Cempaka. Antara orang tua pejuang Islam yang sempat mengenali dan sempat berguru dengan Arwah Tok Ku Paloh. Banyak menyampaikan nasihat dan pesanan kepada kami generasi baru ini.
Ini pula antara pengasas PAS Cawangan yang tetap setia bersama perjuangan Islam. Kami kunjungi beliau yang sedang berada dalam kebun sayur untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar menelusuri perjuangan yang panjang ini.
Pak Omar yang menghidapi penyakit kencing manis ini pun adalah veteran PAS cawangan. Berita yang di terima selepas seminggu ziarah ini di adakan, Pak Omar kembali kerahmatullah akibat penyakit yang di deritai ini. Al fatihah.
Antara acara menarik MEMBARA pada kali ini adalah acara pertandingan bolasepak 5 sebelah yang mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 20 pasukan daripada seluruh DUN. Masih ada cawangan yang merungut kerana pasukan mereka tidak di terima lagi kerana masalah jadual yang terlalu padat dan masa.
Johan larian Amal daripada pemuda Cawangan Darat Batu Rakit. Jauh meninggalkan peserta lain.
Menyampaikan sedikit ucapan sebelum penyampaian hadiah dan cenderamata pada majlis penutup program yang di adakan pada sebelah malam.Medal kemenangan dalam pertandingan Bolasepak 5 sebelah yang di adakan pada sebelah petang. Wakil Bukit Nenasi menerima medal.
Wakil Pasukan Maras turut mendapat medal bolasepak 5 sebelah.
Ini pula Hamper dan piala pusingan hadiah johan pertandingan tarik tali antara cawangan yang menjadi acara tetap MEMBARA.

Ini dia penerima cabutan bertuah utama berupa sebuah Talifon bimbit untuk cabutan 10 peserta pertama Larian Amal yang di adakan pada sebelah pagi. Adik Anizam meskipun mendapat no 3 ketika larian, bertuah kerana menjadi penerima hadiah utama. Tahniah.

Larian Amal merentas desa sejauh hampir 4 kilometer juga menjadi acara tahunan bermula MEMBARA 2007.

MEMBARA 2008

Gambar-gambar sekitar MEMBARA 3 yang di adakan di Kg Bukit Cempaka, Batu Rakit.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu merangkap Ketua lujnah Tarbiyyah DPPNT di pilih merasmikan MEMBARA pada tahun ini.















Ketua Pemuda DUN sedang berucap

Ust Mohd Yaakub turut menyampaikan taujihat kepada pemuda-pemuda DUN pada majlis perasmian ini. Ust Mohd Souffi Ismail, Timbalan Ketua Pemuda DUN sebagai Pengerusi majlis.

Followers