Wednesday, November 28, 2012

Jangan polemikkan Isu Perlantikan Perdana Menteri

Oleh:
Ustazah Izzah Masturah Binti Eshmaeel
Ahli Jawatankuasa Ulamak Pelapis PAS (Pusat)
Muktamar PAS yang selesai melabuhkan tirainya telah mencetuskan satu isu baru apabila ditegaskan bahawa calon yang terbaik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang adalah Tuan Guru Presiden PAS sendiri. Pelbagai respon telah timbul sama ada menyokong cadangan ini atau sebaliknya. Kritikan terhadap pandangan yang dilontarkan tersebut adalah satu perkara biasa yang pasti akan berlaku dalam membincangkan mana-mana pandangan yang timbul apatah lagi sekiranya isu yang terbabit adalah isu siapakah Perdana Menteri Malaysia akan datang sekiranya Allah memberikan keizinan kepada Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya terdekat.

Ada tiga kritikan paling utama yang dimainkan oleh media UMNO dan media PAS sendiri dalam membidas cadangan tersebut iaitu:
  • Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantik YAB Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,
  • Perdana Menteri akan datang akan diambil daripada parti yang memenangi majoriti tertinggi keputusan pilihan raya dan
  • Dewan Ulamak tidak menyentuh isu-isu besar sebaliknya menimbulkan isu yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.
Berhubung dengan kritikan bahawa Dewan Ulamak telah menongkah arus kerana Pakatan Rakyat sebenarnya telah bersetuju untuk melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang, masyarakat diajak untuk menilai sejauh manakah kebenaran dakwaan wujudnya persepakatan di kalangan Pakatan Rakyat bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahimlah Perdana Menteri Malaysia akan datang. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sebenarnya belum ada satu ketetapan rasmi yang diambil oleh Pakatan Rakyat berhubung isu ini. Ini bermakna kenyataan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri akan datang yang digembar-gemburkan selama ini hanyalah pandangan peribadi yang dilantunkan oleh DAP, KEADILAN dan turut juga disambut oleh beberapa pimpinan PAS. Akhirnya pandangan yang pada asalnya bersifat peribadi dan bukannya hasil keputusan rasmi Pakatan Rakyat telah berubah menjadi seakan-akan satu pegangan muktamad bagi Pakatan Rakyat sehingga masyarakat Malaysia secara umum turut terkeliru dan turut berkeyakinan bahawa isu Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri adalah hasil kesepakatan seluruh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Sebenarnya pandangan untuk melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri masih boleh untuk dipertimbangkan. Namun untuk memuktamadkan pandangan ini sebagai satu-satunya pandangan yang mesti dipegang tanpa melalui perbincangan meja bulat adalah satu usaha yang tidak wajar kerana ini akan menatijahkan satu kesilapan fakta dan akan menutup ruang perbincangan terhadap isu siapakah Perdana Menteri akan datang. Oleh itu, tidak pelik disuarakan pendirian bahawa individu yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang sekiranya Allah memberikan keizinan adalah Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri.

Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna kita memandang rendah kelayakan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai salah seorang calon Perdana Menteri akan datang. Isu perbincangannya adalah antara dua orang calon yang layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang iaitu Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, siapakah di kalangan mereka berdua yang paling layak untuk menjawat jawatan tersebut.

Pihak media Pakatan Rakyat khususnya Harakah juga memaparkan bahawa isu siapakah Perdana Menteri akan datang sebenarnya tidak sepatutnya timbul kerana Perdana Menteri hanya akan dipilih daripada parti yang mempunyai majoriti kemenangan dalam pilihan raya. Hujah yang dikemukakan ini adalah bersifat tidak adil apabila ia hanya untuk membidas cadangan tersebut dan tidak pula digunakan untuk menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan KEADILAN, DAP dan segelintir pimpinan PAS selama ini yang terang-terangan menyatakan kepada rakyat bahawa Perdana Menteri Malaysia akan datang adalah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, pandangan bahawa Perdana Menteri hanya akan dipilih oleh parti yang akan memenangi majoriti kerusi dalam pilihanraya akan datang juga tidak boleh dijadikan sebagai ukuran bagi Pakatan Rakyat. Ini kerana pertandingan akan datang adalah perlawanan antara Barisan Nasianal dengan Pakatan Rakyat. Para pengundi yang akan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat akan memangkah calon PAS, DAP dan KEADILAN kerana PAS, DAP dan KEADILAN adalah rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Setiap pengundi akan berusaha keras untuk memenangkan calon yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat sekalipun parti yang didokongi oleh pengundi berbeza dengan parti yang disertai oleh calon yang diundi. Sekiranya Perdana Menteri akan dipilih daripada parti yang paling tinggi kemenangannya dalam pilihan raya, maka ini adalah satu tindakan yang tidak tepat kerana ada calon yang memangkah parti tertentu sebenarnya bukanlah ahli parti itu.

Antara kritikan lain yang turut dipaparkan di media ialah Dewan Ulamak PAS Pusat sepatutnya lebih menumpukan isu-isu yang lebih menguntungkan Pakatan Rakyat dalam usaha ke Putrajaya bukannya menumpukan isu-isu remeh seperti siapakah Perdana Menteri Malaysia akan datang. Perlu dijelaskan bahawa isu siapakah pemimpin tertinggi bagi satu negara bukanlah satu perkara remeh bahkan ini merupakan antara isu paling penting dalam politik. Kita dipaparkan oleh sejarah Islam bagaimana para sahabat Rasulullah s.a.w. yang begitu menyayangi baginda telah bergegas meninggalkan jenazah baginda lalu terus menuju ke Saqifah Bani Saidah bagi membincangkan siapakah yang akan menjadi Khalifah umat Islam selepas kewafatan baginda. Akhirnya sebahagian para sahabat yang menguruskan jenazah baginda manakala sebahagian sahabat yang lain pula berada di pentas perbincangan siapakah Khalifah. Sekiranya isu siapakah pemimpin tertinggi negara adalah satu isu kecil, selayaknya para sahabat seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar hendaklah menguruskan terlebih dahulu jenazah Rasulullah yang mulia seterusnya barulah membincangkan isu siapakah Khalifah setelah baginda selesai dimakamkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa pendirian berani yang diutarakan untuk mencalonkan Presiden sebagai Perdana Menteri mempunyai peratus yang besar untuk menjadi bahan jajaan media pro UMNO untuk memperlihatkan kononnya kesatuan Pakatan Rakyat sudah mula goyah. Itu merupakan perkara biasa yang akan sentiasa dimainkan oleh pihak-pihak media yang terbabit. Walau bagaimanapun kalaulah hanya kerana takutkan pandangan yang dilontarkan di dalam muktamar akan dimanipulasi oleh UMNO menyebabkan kita langsung tidak berani menyatakan pandangan kita, maka semestinya segala isu-isu pedas dan panas yang ditimbulkan oleh para perwakilan berupa kritikan membina kepada PAS tidak wajar sama sekali untuk diutarakan di dalam muktamar baru-baru ini kerana isu-isu panas tersebut juga sebenarnya sangat berpotensi untuk menjadi pisang goreng UMNO.

Para pendokong  PAS sepatutnya memandang isu yang dilontarkan ini di dalam muktamar baru-baru ini sebagai satu pendirian berani yang dikemukakan untuk berhadapan dengan arus tidak rasmi yang mendokong Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Pandangan yang berbeza tidak sepatutnya dianggap sebagai tindakan yang merugikan PAS dan Pakatan Rakyat.

Kita memuji tindakan berani beberapa individu besar di dalam KEADILAN dan DAP yang bertegas untuk tetap mencalonkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang. Mereka tetap konsisten dengan pandangan mereka sekalipun penegasan mereka ini juga sebenarnya boleh dijadikan alasan oleh pihak UMNO dalam membuktikan kononnya Pakatan Rakyat sudah mula berantakan. Konsepnya adalah masing-masing mempunyai pendirian dan selagi mana pandangan tersebut tidak dirasmikan lagi sebagai pandangan muktamad seluruh Pakatan Rakyat, maka selagi itulah ia berhak untuk diperdebatkan secara sihat. Namun yang menghairankan adalah di saat rakan-rakan PAS dari KEADILAN dan DAP tetap teguh dengan pendirian mereka, tiba-tiba ahli PAS sendiri pula yang tidak berani untuk menyatakan ketegasan mereka bagi mencalonkan Presiden PAS yang begitu berautoriti dan disegani oleh setiap lapisan masyarakat sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang hanya dengan alasan mahukan perpaduan Pakatan Rakyat terus utuh.

UMNO semestinya akan sentiasa mengintai sebarang isu yang berlaku seputar Pakatan Rakyat untuk dikambinghitamkan oleh mereka. Tugas media PAS khususnya Harakah dan media Pakatan Rakyat yang lain pula adalah memurnikan isu yang cuba dimainkan oleh media UMNO agar polemik yang sengaja dikeruhkan oleh UMNO dapat dijernihkan dengan penonjolan sisi lain yang menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat. Apa yang berlaku tidak demikian. Selepas isu siapakah Perdana Menteri akan datang timbul di muktamar baru-baru ini, beberapa penulis media pro Pakatan Rakyat tanpa sengaja telah melatah apabila mereka telah mengambil tugasan media UMNO dalam mengeruhkan lagi isu yang timbul. Kita memuji tindakan Ketua Pemuda PAS Malaysia dan kartunis Rossem yang pandai mengambil peluang yang menguntungkan Pakatan Rakyat apabila mereka menghidangkan kepada umum bahawa Najib Tun Razak hari ini tidak lagi tersenarai sebagai Perdana Menteri akan datang apabila calon-calon yang diperdebatkan hari ini hanya berlegar pada dua nama saja;  Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah calon yang paling layak sekali untuk dinaikkan sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang. Ahli PAS hendaklah mempunyai jati diri dan rasa bangga dengan perjuangan PAS dalam menobatkan Islam di Malaysia. Tidak sepatutnya bagi ahli PAS yang lebih mengenali presidennya tidak memberikan sokongan dalam mencalonkan Dato' Seri Tuan Guru Presiden sebagai calon Perdana Menteri Malaysia akan datang.

Monday, November 19, 2012

Ulasan Muktamar




Satu ulasan yang agak menarik berkaitan muktamar PAS ke 58 oleh blogger Anak Sengat.

MEROBEK BENTENG LAWAN

Muktamar PAS 58 dilabuhkan dengan gemilang. Perbahasan yang dinilai sangat bermutu. Kebijaksanaan perwakilan menyelami mesej presiden terserlah melalui perbahasan. Halatuju perjuangan PAS digarap dengan sangat bermutu...  Walaupun jangkaan pemerhati bahawa muktamar PAS ke 58 akan panas dengan isu dalaman dan rakan PR rupanya hanya igauan umNO Bn dan sekutunya.

Pujian menggunung terhadap pergulungan Presiden diterima luar dan dalam. Bukan menghairankan, ketokohan Tg Presiden sebenarnya tertonjol semula, setelah ditenggelamkan dengan isu yang dicipta  dalam beberapa muktamar sebelumnya. Ucapan Tg Presiden jika dinilai dengan hati yang jujur memang sangat menyerlah tahun demi tahun. Ia berkait rapat terhadap suasana semasa terutama isu yang dimainkan media.

 Ketokohan TG Presiden tenggelam dalam beberapa muktamar lalu kerana pergolakan dalaman, namun kini ketokokohan tersebut terserlah kembali apabila pimpinan dilihat berpadu khususnya bagi menghadapi PRU 13. Sifat Tg Presiden yang menolak cadangan menjadi PM juga dilihat menjadikan ketokohanya sebagai pemimpin berjiwa besar semakin terserlah.

Bertuahnya PAS sebagai sebuah gerakan Islam memiliki seorang pemimpin yang mewakafkan dirinya untuk perjuangan Islam. Di harapkan sifat dan kegigihan Presiden menjadi contoh kepada pimpinan lain samada ulama atau bukan ulama. Ia juga wajar menjadi tauladan bagi pejuang PAS di semua peringkat.

Ucapan muktamar ke 58 adalah ucapan pengerahan untuk semua peringkat melaksanakan kerja.. Ia bukan medan pujian yang melenakan. Ia juga bukan medan menyingkap kesilapan untuk dicanangkan. Ia medan tindakan bagi menghambat " syaitan dikenali"...

Beberapa isu yang cuba dimainkan oleh media penjilat seperti isu Nurul Izzah, Siapa Perdana Menteri dan umNO parti Murtad sewajarnya tidak dilayan secara keterlaluan. Masanya menyerang dan bukan bertahan... masanya merobek benteng lawan dan bukannya bercakaran dan saling menyalahkan..

Sunday, November 11, 2012

Tulisan Tiga Bloggers Berkaitan Isu Melayu Murtad

Sumber 1 http://wartashubhi.blogspot.com/2012/11/melayu-boleh-murtad-cina-pun-boleh.html

Melayu boleh murtad, Cina pun boleh!

Macam mana nak masuk Islam?, mengucap dua kalimah syahadah dan beriktikad bahawa Tiada Tuhan yang layak aku memperhambakan diri dengan penuh ekstrem selain daripada Allah, dan Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atasnya) adalah Rasul Allah. Maka jadilah orang itu muslim.

Macam mana pulak nak keluar Islam?. Mungkin ada yang berpendapat tak boleh memandai hukum orang kafir atau murtad kerana itu urusan Allah. Pendapat sebegitu cukup popular di negara kita. Terutamanya mereka yang rasa gerun menghukum kafir pada saudara lain yang dianggap muslim.

Walau apapun pendapat orang lain. Saya tetap dengan pandangan jika berlaku mana-mana daripada 3 perkara berikut di bawah, dan ia terang berlaku di depan anda, maka selayaknya anda menghukum orang tersebut kafir. namun itu bukan bermakna anda layak menghukum kesalahan murtad tersebut kerana ianya adalah urusan pemerintah.


Anda, samada Melayu, Cina, Arab, Turki, India, atau apa jenis bangsa sekali pun memang boleh katuh murtad. Bukan bermakna anda dibolehkan untuk murtad, tapi memang jika anda masuk Islam, maka anda juga boleh keluar Islam dengan melakukan salah satu daripada 3 perkara berikut:

  1. Perbuatan. Apa saja aksi yang menghina Allah, Rasul, atau apa-apa saja yang menyentuh hal ehwal agama. Contohnya memijak naskah Al-Quran. Atau sujud pada Tokong Hindu yang anda terserempak samada sengaja atau tidak (melainkan akal tak waras).
  2. Perkataan. Kata apa saja perkataan yang menghina dan bertentangan dengan agama seperti mencarut pada Tuhan, melawak tuduh kawan terlalu busuk hingga Tuhan pun tak sanggup bau dan lain-lain seumpamanya.
  3. Kepercayaan. Ini tak perlu diterangkan sebab anda sendiri tahu apa yang anda percaya. Jika anda percaya Tuhan serupa macam makhluk atau anda percaya Syaitan lebih kuat dari Allah sebab berjaya sesatkan orang sedangkan Tuhan mahukan semua orang jadi baik dan lain-lain seumpamanya.
Kalau saya dengar lihat atau tahu sesiapa saja yang di ketahui muslim melakukan salah satu daripada yang disebutkan di atas, confirm saya declare makhluk tu kafir tanpa ragu tanpa belas kasihan samada dia suka atau tak suka, samada orang lain nak marah kat saya dan tuduh memandai hukum orang kafir dan sebagainya, lantak kau oranglah sebab saya berpegang teguh dengan perkara tersebut.
Panjang mukadimah di atas! masalah sebenar hanyalah nak bagi tau, memang Melayu boleh murtad. kalau di negara kita, melayu lebih besar kemungkinan untuk murtad berbanding cina sebab Melayu diketahui selama ini mengaku islam.
Walaupun hakikatnya majoriti besar yang mengaku Islam itu tak pernah solat atau  pandang remeh dengan ajaran agama. Tapi sebab kita dibesarkan dengan doktrin bahawa Melayu itu islam dan islam itu melayu, di negara kita maka, siapa saja melayu samada hina agama, tak tahu syahadah, tak reti sebut Allah, tak pernah tahu apa itu Tuhan dan lain-lain, kita tetap declare dia Melayu dan islam. itu cukuip pelik dan songsang.
Hakikatnya kita sudah lama mengamalkan ajaran tiada paksaan dalam beragama. Kita tak pernah perduli apa orang Melayu lain buat samada mereka amalkan islam atau tidak, samada sembah tokong atau kubur, kita lepaskan pada Melayu sebagai pilihan bebas mereka sendiri.
Begitu juga jika terdapat segelintir Melayu yang benar-benar mengamalkan islam, taat bersolat, taat berpuasa, taat membuat kebajikan dan taat berdakwah mengajak kebaikan dan mencegah kejahatan, itu pilihan bebas orang Melayu tersebut.
Namun kalau dihalusi, ada sedikit tidak bebas untuk melayu taat seperti itu menjalankan aktiviti dakwah mereka. Ada sedikit halangan bila ada segelintir melayu islam mahu mencegah kemungkaran. Alasan kenapa tindakan mereka itu tidak direstui adalah...jangan pandai-pandai menghukum, semua orang ada akal dan tahu menjaga dirinya sendiri. kalau ada artis nak tunjuk buah dadanya di atas pentas, tak payah hukum sebab semua orang bebas mengamalkan apa yang diyakininya....maka sebab itu, Melayu yang Taat itu akan disuruh berhenti dari menjadi Mufti. Alahai politik....! tak habis

TIDAK: Tiada kebebasan agama buat kami yang sudah Islam (8/11/12)

Thursday, November 08, 2012



Dalam laman Free Malaysia Today dipaparkan identiti wanita yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah dalam satu forum bertajuk : ““Islamic state: Which vision? Whose responsibility?”,  tempoh hari. Respon ahli parlimen itu telah mencetuskan kontroversi sehingga mengakibatkan beliau terpaksa beri penjelasan dan penerangan tentang apa sebenarnya maksud ulasan beliau itu.
Siapakah wanita itu? Namanya Siti Kasim seorang peguam yang merupakan ahli jawataknuasa hak asasi Majlis Peguam.

Soalannya menurut pengakuan beliau adalah: ……. whether freedom of religion should be extended to the Malays….( samada kebebasan agama boleh terpakai ke atas orang-orang Melayu)
Kalau soalan itu diajukan kepada saya, sudah pastilah jawapannya TIDAK kerana ayat:

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”  al Baqarah  : 256
hanya merujuk kepada mereka yang belum Islam yang tidak boleh dipaksa memeluk Islam. Ini sebagaimana diperjelaskan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz di dalam facebooknya:

Ayat 'tiada paksaan dalam berugama' adalah merujuk kepada hak non muslim untuk kekal dalam ugama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih ugama masing-masing. Tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa non muslim untuk memeluk ugama Islam.
TETAPI, jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak hak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya.

Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim?
Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar ugama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain??

Semoga jelaslah semua pihak yang perlu dijelaskan. Semoga jangan diulangi kenyataan-kenaytaan yang Cuma boleh memerangkap dan merugikan diri dan agama kita.
 

Sumber 3 : http://ibnmustaffa.blogspot.com/2012/11/anak-sulong-anwar-memang-bodoh.html

ANAK SULONG ANWAR MEMANG TAK CERDIK.

People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays, says Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar. ”When you ask me, there is no compulsion in religion… how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally.” she said.

Sumber diatas adalah dari MalaysiaKini.

Sumber di bawah juga adalah dari MalaysiaKini.

She was speaking at a forum on “Islamic State: Which version; Who’s responsibility?” in Subang Jaya this morning.The Lembah Pantai MP was responding to a question from the floor on whether Malays should have religious freedom like non-Malays.
“Malay” is defined under Section 160(2) of the federal constitution as a person who professes Islam, habitually speaks the Malay language and conforms to Malay customs. Ultimately, she said, what should be sought is “quality” where Muslims’ faith is strong.
Apa MalaysiaKini nak kata tentang perkara diatas itu?
Samada MalaysiaKini memang sebuah akhbar yang menyokong kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu, atau MalaysiaKini sudah menjadi alat oleh 'rakan-rakan' untuk menjatuhkan anak sulong Anwar Ibrahim, itu saya tidak tahu.
Namun apa yang penting, saya kata, disebabkan peristiwa ini, memang sah telah membuatkan PR dalam keadaan bertahan. Satu perkara yang tidak elok untuk sebuah organisasi politik untuk menang pilihanraya.
Apa yang saya hendak kata, saya tidak akan mengutuk umno jika mereka men'spin' cerita tentang anak sulong Anwar Ibrahim ini. Kerana memang kerja mereka untuk buat cerita memburukkan Pakatan Rakyat. Mana ada dalam dunia ini umno memuji PR walau apa yang PR buat itu baik untuk semua.
Apa yang hendak saya kata ialah, anak sulong Anwar Ibrahim dan MalaysiaKini telah buat kerja bodoh menyusahkan PR. Ketika ini. Dan mungkin ketika hari berkempen PRU13. Memang sudah pasti, cerita ini akan sentiasa dimainkan oleh umno, melalui media cap ayam mereka, seperti mana Mahathir dan Anwar buat cerita tengkolok salib pada tahun 1990 dahulu terhadap Tengku Razaleigh.
Saya hendak nasihat sedikit kepada ahli politik PR, jika nak bercerita tentang Islam, biar ianya dari ilmu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Bukan ikut pandai dan nafsu nak kempen untuk menang pilihanraya. Jika audien didepan kita jenis liberal dan berwatak sister in islam, jangan terbawa-bawa dengan apa yang mereka mahu walau kamu semua tahu apa yang mereka mahu itu adalah salah dari hukum Islam. 
 Tolong jangan jadi umno.
Kepada sesiapa yang beranggapan Melayu adalah tidak semestinya orang Islam, tolong keluar dari Malaysia dan menetap di Singapura. Kerana perlembagaam Malaysia mengatakan Melayu itu adalah seorang manusia yang berketurunan Melayu DAN beragama Islam.
Oleh itu, jangan jadi tak cerdik macam anak sulong Anwar Ibrahim. Cakap ikut mulut, bukan ikut iman.

Followers