Friday, November 27, 2009

TEKS USRAH

Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam ?

Karangan: Fathi Yakan


Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Idul Adha Al Mubarak


Idul Adha mengingatkan kita kepada sejarah dan pengajaran daripada pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS. Sejarah perjuangan yang di mulai dalam keadaan dagang. Bukan sahaja masyarakat umum tidak menerima dakwah baginda, bahkan yang paling kuat menentang adalah ayahdanya sendiri. Kekuatan jiwa dan keyakinan yang begitu teguh terhadap Allah mesti menjadi ikutan jika kita mahukan kejayaan di dunia apatah lagi di akhirat....

Wednesday, November 25, 2009

Saturday, November 21, 2009

Israel Senaraikan Presiden PAS Sebagai Pengganas

Kami Bersama Perjuangan Islam dan Pemimpin Kami...


Tegas saya nyatakan disini , bahawa kami pemuda - pemuda PAS seluruh negara , senantiasa bersama dengan kedua - dua Tok Guru [ Hj. Nik Abdul Aziz dan Hj. Abdul Hadi ] sekaligus menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan mereka sambil mengutuk sekeras - kerasnya sebarang percubaan untuk menjatuhkan mereka dengan cara yang tidak berhemah dan berakhlak .

- Petikan kata-kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasarudin Tantawi di Blog beliau.

Sunday, November 15, 2009

Catatan Kilau dalam Kilat

Beberapa hari kehilangan mood untuk menulis. Bukan tidak ada isu untuk di sentuh. Banyak perkembangan dalam kawasan, negeri, negara dbahkan dunia yang boleh di jadikan bahan cacatan. Namun sebagai pejuang kecil di peringkat bawah ini, sangat sukar menelah kilau dalam kilat yang jika tersilap bacaan boleh mengeruhkan hubungan sesama jemaah.

Musim hujan mungkin boleh di jadikan alasan untuk tidak membuat apa-apa aktiviti jemaah. Namun apabila bersenggang begitu lama beberapa bulan tidak ada apa-apa perkembangan dalam gerak kerja, menjadikan kelemahan ini begitu ketara sekali.

Sebaik lepas Ramadhan, dalam suasana Idulfitri kita di hadapkan dengan PRK Bagan Pinang. Kemudian Ijtima' Kepimpinan Negeri dan seterusnya HIMPIT menjadi tumpuan. Beberapa sahabat bertanya-tanya, apa program atau aktiviti Pemuda peringkat Kawasan?

Apa yang boleh saya katakan... Kalau program rutin kita di hujung tahun ini ialah Ihtifal PASTI yang di buat peringkat DUN-DUN. DUN Permaisuri telah mengadakan Ihtifalnya semalam 14 Nov 2009 di PASTI Putra Jaya. Langkap dan Batu Rakit, 20 Nov 09 ini di Sungai Lerek dan Padang Kemunting sementera Jabi pun akan buat Ihtifal PASTI nya pada minggu ini di Cawangan Bukit Tanah.

Mengikut perancangannya di hujung tahun ini program lawatan ke Cawangan-Cawangan gered A akan di buat sehingga awal Januari tahun hadapan. Cuma di harapkan cawangan berkenaan hendaklah membuat persiapan dengan aktiviti masing-masing samada aktiviti tarbiyyah, penerangan ataupun program berbentuk sukan / kebudayaan sempena lawatan AJK Pemuda Kawasan tersebut. Tarikh-tarikh insyaAllah akan di maklumkan oleh SU dalam masa terdekat.

Sebenarnya banyak program yang di rancang kurang berjaya akhir-akhir ini di sebabkan kurang di berikan tumpuan untuk melaksanakannya akibat pertembungan dengan berbagai program luar samada peringkat negeri mahupun pusat ( cnth : Seminar Memperkasakan Parti baru-baru ini). Walau bagaimanapun Perjuangan ini di laksanakan secara berjemaah. Kekuatan perlu di gembelingkan bagi meneruskan misi membawa Islam agar dapat di jadikan panduan hidup oleh setiap orang khususnya yang bernama muslim.

Setiap posisi amanah mesti berfungsi sebaiknya. Kita sering berbangga dengan jawatan yang di pegang, tetapi di sebalik jawatan itu terlalu berat beban tugas yang perlu di lunasi. Ya Allah, Kau ampunilah aku yang semakin mensia-siakan amanah ini.... Berilah kekuatan agar beban ini tidak menjadikan penyebab kemurkaanmu. Bantulah aku dengan pembantu yang boleh meringankan beban ini....

Monday, November 9, 2009

Sajak

Oleh Muhaimin Sulam

Buat Sang Nakhoda

Kulihat ombak makin bergelora, biarlah bahtera terus berlayar.

nakhoda lebih mengerti bicara laut, angin dan langit
dari aku di seberang benua
mencatat setiap bintang
yang beredar,
sejarah mengajar
kita jua yang jarang belajar:

"Kita selalu berbangga dengan
monyet di hutan
biarpun monyet itu comel, jinak
dan menghiburkan
Jangan bergantung pada ekor
monyet
berdirilah pada kaki sendiri"

06 November 2009 22:51

Swansea

Sunday, November 8, 2009

Seminar Memperkasakan Parti

Semalam 7 Nov 09 sempat juga saya ke Taman Melewar, Pusat Tarbiyyah PAS Pusat, menghadiri Seminar memperkasakan Parti sebagai peserta. Rasanya tulisan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan SMS berikut hampir sama dengan gambaran yang ingin saya tulis buat masa ini. Jadi saya copy dan paste saja buat bacaan dan rekod peribadi saya......

PAS kekal bersatu

Ternyata Seminar Khas Memperkasakan Parti anjuran PAS Pusat siang tadi telah menjadi tumpuan umum. Banyak ulasan dan spekulasi dibuat. Ia telah menghangatkan suasana yang sebelum ini tenang dalam parti. Apapun kehadiran penuh sesak para perwakilan di Dewan Dato Fadzil Nor sejak awal pagi membuktikan yang ahli-ahli dan pimpinan PAS lebih terpanggil untuk mendapatkan penjelasan dan prihatin tentang masa depan parti.

Saya hadir sekitar jam 8.30 pagi dan suasana sudah sesak walaupun program dijadualkan bermula jam 9.30 pagi.

Apabila para pimpinan masuk ke dewan ternyata melihat dua pemimpin tertinggi parti Tok Guru Mursyidul Am dan Tok Guru Presiden duduk mesra berbual dan berbisik-bisik menyejukkan hati saya dan saya yakin begitu juga yang lain yang hadir, ikhlas mahu melihat parti ini terus bertahan, pimpinan dan prinsipnya.

Saya tidak berhajat mengulas apa yang dibahas dan dibincangkan (kerana diperingkat ini pasti ia telah tersebar luas) tetapi secara amnya majlis berlangsung dalam suasana yang sungguh matang dan tertib, walaupun ada yang memilih meninggi suara.

Ayat muqadimmah yang digunakan oleh Presiden dalam ucap uatamanya, surah al Maidah ayat ke 54-56 ternyata memberi kesan besar kepada semua yang hadir. Ayat yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa yang menyeleweng dikalangan kamu dari ugamanya (Islam), niscaya Allah akan mendatangkan suatu golongan dimana Allah mengasihani mereka dan mereka juga mengasihi Allah; mereka bersifat merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kemuliaan (kehebatan) terhadap orang-orang yang menentang Islam, mereka berjihad pada jalan menegakkan agama Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Itu adalah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Ia menghendaki; dan Allah itu maha luas kurniaNya, lagi maha mengetahui.

Sesungguhnya yang menjadi wali kamu ialah Allah, Rasul Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka sentiasa (patuh) kepada Allah.

Dan sesiapa yang berwalikan Allah dan Rasul Nya serta orang-orang yang beriman (yang begitu sifat-sifatnya) maka sesungguhnya golongan (parti) yang menegakkan agama Allah itu akan mendapat kemenangan.”

Ayat ini biasa diulang-ulang dalam majlis PAS, tetapi mengucapkannya pada hari ini ternyata memberi kesan kepada semua yang hadir, yang faham maksud dan rohnya. Bagi saya ayat ini telah menyelamatkan suasana dan menjayakan majlis ini keseluruhannya.

Yang pentingnya seminar pada hari ini menandakan bahawa PAS akan terus berperanan dalam masyarakat dan persada politik negara. Saf kepimpinan dan ahlinya akan kekal bersatu. Malah akan lebih bertenaga lagi. PAS terbit kuat dari seminar ini, insyallah. Berikut adalah petikan ucapan penggulungan Presiden:

“Pemimpin dipilih melalui muktamar parti, pemimpin adalah amanah.

Saya tidak akan membuang baju amanah ini... insyaAllah kita akan mengharungi gelombang perjuangan ini,

Kita ibarat orang-orang yang ada di medan (padang bola), yang lain daripada kita adalah penonton dan pengulas.

Walaupun ada teguran yang keras, suruh pecat kapten, buang pengurus, buang pemain, kita belum lagi habis separuh masa pertama.

Kita adalah kalangan profesional dalam bidang ini, bukan pemain-pemain kampung,"

Allahuakbar!

Seminar Perkasakan Parti : Sidang Media Presiden

Wednesday, November 4, 2009

Masjid RM3 Juta Bocor Sebelum Dirasmi

Dipetik drpd : http://www.buletinonline.net/

Batu Rakit, SETIU - Belum lagi dirasmikan, Masjid Lingai di sini, sudah menghadapi masalah siling bocor sehingga menyebabkan ada beberapa bahagian siling kapur di masjid berkenaan mulai tertanggal.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/masjidLingai.jpgMenurut penduduk, masjid itu mula dibina pada 2007 dengan kos kira-kira RM3 juta dan mula digunakan pada 1 Syawal lalu.

Mereka mendakwa, masalah siling bocor di masjid itu sudah dikesan berlaku sejak ia mula digunakan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, banyak kesan air hujan masuk melalui siling masjid dan ia menyebabkan beberapa bahagian silingnya mula menjadi hitam dan hanya menunggu masa untuk jatuh.

Seorang ahli kariah yang ingin dikenali sebagai Mohamad Abdullah berkata, setiap kali hujan lebat, air akan membanjiri bahagian luar ruang utama masjid melalui beberapa bahagian siling.

”Sebelum ini pernah berlaku kebocoran sehingga menyebabkan bahagian luar ruang utama masjid basah. Terbaru, pada minggu lalu ketika hujan lebat, beberapa keping siling kapur pula jatuh.

”Sebagai kariah di masjid ini, takkan kami hendak biarkan masjid ini begini sahaja. Malah, masalah ini tidak sepatutnya berlaku dengan nilai dan kos yang telah diperuntukkan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lingai, Nafi Baharim, 49, ketika dihubungi Sinar Harian mengakui berlakunya masalah siling bocor di masjid berkenaan.

”Perkara ini telah diajukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kami sudah mengenal pasti punca kebocoran yang berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, Nafi tetap bimbang jika masalah siling bocor itu tidak diatasi PBT dengan sebaik mungkin, tidak mustahil ia akan mengakibatkan kejadian lebih serius pada masa akan datang.

Institusi Keluarga Yang Semakin Longgar..

YB Ramli Nuh
Membaca kenyataan YB Ramli Nuh dalam The Star online Isnin lepas berkenaan kes perceraian di Terengganu agak merisaukan kita.

Pertama, beliau adalah Timbalan EXCO Agama yang di amanahkan menyelesaikan perkara tersebut. Membaca cadangan yang di buat dalam kenyataan itu terasa begitu melucukan. Bagaimana seorang EXCO yang mempunyai segala ruang dan bidang kuasa yang ada boleh membuat cadangan seperti seorang JKKK. ( Nota : EXCO Agama Terengganu ialah YB Khazan Che Mat, ADUN Batu Rakit, dalam parlimen Setiu )

Yang ke dua, masyarakat kita semakin tenat sebenarnya dari sudut hubungan kekeluargaan. Saya teringat kepada buku yang saya baca satu ketika dulu berkenaan resolusi yang di buat oleh freemason untuk melemahkan orang Islam.

Antaranya ialah dengan melemahkan institusi keluarga dan caranya ialah dengan memaksa kaum muslimah supaya keluar daripada rumah walau apa cara sekalipun. Sama ada atas alasan menuntut ilmu atau menekan ekonomi ummat Islam supaya muslimat terpaksa keluar mencari pekerjaan membantu ekonomi keluarga yang tidak mencukupi kononnya.

Selain itu pejuang-pejuang kebebasan wanita hendaklah di aktifkan di seluruh negara ummat Islam agar mempercepatkan proses apa yang di katakan persamaan taraf antara lelaki dan wanita. Di samping jabatan kerajaan dan swasta juga di tuntut supaya di pertingkatkan peranan kaum wanita supaya semakin ramai wanita dapat bekerja dan membangunkan negara.....

Akhirnya berlakulah sebagaimana yang kita alami kini. Pergaulan bebas berlaku di mana-mana sehingga institusi keluarga semakin longgar dan hampir runtuh kini.....

Sunday, November 1, 2009

Terima Kasih Kepada Semua, Dr Megat Suhaimi, Pengarah HIMPIT 10K


KEMAMAN : Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 10K pada 29-31hb. Oktober 2009 di Dataran Tuan Guru, Geliga, Kemaman telah melabuhkan tirainya.

Banyak kenangan samada manis dan pahit telah dilalui oleh para ajk dan peserta sepanjang 3 hari program berlangsung.

Dr. Megat Suhaimi Megat Idrus, Pengarah HIMPIT 10K mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung maupun tidak langsung dalam merealisasikan program tahunan terbesar anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) ini.

"Saya selaku Pengarah HIMPIT 10K mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepasa semua pihak yang terlibat", ujarnya ketika dihubungi oleh wakil www.dppkk.org melalui perbualan telefon.

Difahamkan Pengarah HIMPIT 10 itu berada di Kuala Lumpur sebagai persediaan menyertai satu misi rombongan ke Sri Langka.

Dr Megat juga berkata, "Ahli Jawatankuasa HIMPIT 10K amat terharu dengan sambutan para pemuda seluruh Terengganu, HIMPIT 10K telah disifatkan sebagai penyertaan peserta teramai dalam sejarah sejak ianya dilancarkan sepuluh tahun dahulu".

"Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi, Pesuruhjaya & AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) yang banyak membantu dari segi kewangan, Ketua DPPNT, YB Ustaz Moh Nor Hamzah serta AJK, YDP PAS Kawasan - Kawasan serta AJK, Ketua Dewan Ulama Kawasan - Kawasan serta AJK, Ketua Dewan Muslimat Kawasan - Kawasan serta AJK, Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Hj. Ismail Harun serta Ahli Jawatankuasa, Pengarah Nisa' Kemaman serta ahli jawatankuasa, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Hj. Hanafiah Mat serta ahli jawatankuasa, Ketua & AJK PAS Cawangan Geliga Besar, Pengerusi & AJK Masjid Pasir Minal, Pengerusi & AJK Surau Tuan Hj Muda, Geliga dan tidak ketinggalan kepada semua kepimpinan dan ahli pemuda di semua peringkat Negeri, Kawasan, DUN dan Cawangan", jelas Dr Megat lagi.

"Juga tidak ketinggalan para penderma dan penyumbang yang tidak putus - putus memberi sokongan kewangan, semoga sumbangan ini dirahmati Allah swt", tegasnya sebelum mengakhiri perbualan telefon.

Dr Megat Suhaimi juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada kontingen tuan rumah, Kemaman walaupun sibuk dan letih mengadakan persiapan masih mampu memenangi dua anugerah khas.

Kontingen Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) menjadi Naib Johan dalam dua anugerah khas iaitu Anugerah Peserta Teramai dan Anugerah Kawasan Terbaik Keseluruhan.

"HIMPIT 10K - Orang Muda Geng Kita"

"Terima Kasih Kepada Semua"

"Jumpa Lagi HIMPIT 2010, Insyaallah"

Followers