
Sedar betapa masa kian suntuk, langkahan perlu di lajukan. Dalam kekeliruan zaman dajjal ini membuatkan banyak kesilapan yang tak terduga terpaksa berpusing di tempat yang sama berulang kali.
Mungkin aku terpaksa berpatah balik mencari alam realiti seakan kelabu. Lantaran satu keputusan mesti di buat segera agar kesilapan dapat di elak seminima mungkin.

Monolog diri kian tergagap dek tipisnya harapan. Aku perlu kembali ke dalam diri mencari kekuatan, namun terowong masa lalu yang ku tinggalkan seakan menggamit sayup untuk di ulangi.
Masa seakan pedang yang memancung segala peluang yang mahu di gapai. Segalanya seakan telah berakhir. Segalanya... Dan sampai disinilah aku di ingatkan...
الله ربي ....لا اله الا انت.... سبحانك اني كنت من الظالمين
No comments:
Post a Comment