Thursday, May 27, 2010

Lawatan DPPKS Ke Pulau Redang


Kami akan bertolak jam 3 petang ini dari jeti Merang. Mengikut jadual sebelum rombongan seramai 15 orang ini masuk ke perkampungan penduduk, kami akan singgah dulu di Taman Laut untuk bersantai dan menikmati keindahan pantai di Pulau Redang.

Pada malamnya satu ceramah umum akan diadakan. Poster telah di tampal merata-rata di sekitar perkampungan dan jeti Pulau Redang. Ceramah akan di sampaikan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ketua Pemuda PAS Terengganu yang akan bersama rombongan kami.

Namun entah di sengajakan atau kebetulan, sebentar tadi saya mendapat panggilan daripada orang Pulau memaklumkan bahawa bekalan elektrik di Pulau telah terputus. Mengikut kebiasaannya jika bekalan terputus pada hari khamis begini, ia akan mengambil masa 2 hari barulah dapat di baiki. Ini bermakna hari sabtu barulah elektrik akan ada semula.

Beberapa bulan lepas rombongan daripada DUN Batu Rakit yang mengadakan ceramah di sana juga cuba di sabotaj oleh UMNO dengan mengadakan majlis ceramah berdekatan dengan tempat ceramah kami. Program yang di adakan secara tiba-tiba itu adalah bertujuan menghalang penduduk daripada mendengar penerangan yang di sampaikan penceramah kita.

Mengikut cerita beberapa minggu selepas itu anggota polis yang cuba menghentikan majlis UMNO yang di adakan tanpa permit tersebut ( Ceramah PAS mendapat permit polis ) telah di tukar ke tempat lain.

Jadi apabila berlaku terputusnya bekalan elektrik sebagaimana di maklumkan sebentar tadi, hanya beberapa jam sebelum kami bertolak, ia memberi satu persepsi bahawa ada kemungkinan terdapat usaha untuk menghalang kedatangan rombongan Pemuda PAS Setiu daripada bertemu dengan penduduk Pulau.

Bagaimanapun mungkin ia adalah secara kebetulan sahaja. Kami akan buat keputusan sebentar lagi. Jika ada kemudahan untuk menggunakan generator, program akan di teruskan InsyaAllah.

Pulau Redang adalah salah satu UPU dalam DUN Batu Rakit. Terdapat lebih kurang 600 pengundi

Wednesday, May 26, 2010

Ustaz Hj Ghazali Ahmad Meninggal Dunia....


Pagi ni saya mendapat berita Al Fadhil Ustaz Hj Ghazali Ahmad, orang lama PAS Kawasan Setiu meninggal dunia.

Ustaz Ghazali adalah guru saya ketika di sekolah rendah dahulu. Beliau terlibat dengan perjuangan Islam seawal PAS di tubuhkan. Pernah merasai dan terlibat menggerakkan kemenangan PAS sebagai kerajaan pada Pilihanyaya 1959 apabila PAS berjaya mencapai kemenangan dan memerintah selama 2 tahun sebelum di tumbangkan melalui undi tidak percaya.

Begitu juga kemenangan PAS menjadi kerajaan tahun 1999 beliau adalah tenaga penting jentera parti samaada di peringkat kawasan mahupun di DUN Batu Rakit sendiri yang di tandingi oleh Dato' Abdu Bakar Chik.

Selepas pencen daripada jawatan guru di sekolah rendah kerajaan, beliau pernah di amanahkan menjadi calon PAS bagi DUN Batu Rakit pada pilihanraya umum tahun 1986 tetapi tewas.

Selepas itu beliau menjadi orang penting PAS Setiu dan pernah menjadi wakil PAS Setiu ke Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri.

Selama Dato' Abu Bakar Chik memimpin PAS Setiu sebagai YDP, Ustaz Ghazali lah Bendahari PAS Kawasan sehinggalah beliau di serang strok dan uzur beberapa bulan selepas PRU 2004.

Selama enam tahun beliau terlantar sakit tidak mampu bergerak kemana-mana, bahkan untuk berdiripun tidak mampu. Bagaimanapun pada pilihanraya 2008 beliau tetap menunaikan kewajipan mengundi dengan di bawa berkerusi roda oleh anak-anak beliau.

Jenazah beliau akan di sembahyangkan pada jam 2 petang hari ini ( 26 Mei 2010 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1431 ) di rumah beliau Kg Darat Batu Rakit, K. Terengganu.

Jasa beliau kepada perjuangan Islam khususnya PAS sangat besar. Moga-moga rohnya di tempatkan bersama para mujahid-mujahid yang di kurniakan kedudukan tinggi di sisi Allah, InsyaAllah.

Thursday, May 13, 2010

Politik Cina ....













Jika dalam PRK Hulu Selangor, BN menang dengan undi Melayu dan kecewa dengan undi Cina , maka sekolah Cina yang mendapat habuannya. Di Perak pula, Zamry dengan kerajaan haramnya menyalurkan RM 50 ribu untuk MCA yang juga Cina. Hari ini dilaporkan Cina Sibu pulak yang dapat ..Bukan sikit RM 18 juta.... sini

Bukan dengki tapi nak bagi tau rakan semelayu ku khususnya di Perak yang kata Nizar ikut cakap Cina... kini Bangsa Cina yang bijak berpolitik jauh lebih untung bila tak undi BN. Najib dengan gerombolannya tahu perangai orang melayu... cukup dengan sehelai dua kain dan sekati dua gula...melayu akan setia..SIAPA LEBIH MANJA????

Apa yang melayu dapat dengan undi BN hanyalah serbuk yang tumpah setelah isi dikaut untuk memujuk Cina. Sekolah persendirian Cina mendapat limpahan keuntungan termasuk sekolah persendirian;

Bantuan itu membabitkan RM10 juta untuk semua 60 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) di Sibu, lima sekolah menengah persendirian Cina Sibu (RM5 juta), Sekolah Kebangsaan St Mary Sibu (RM1 juta) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart Sibu (RM2 juta).

Semasa berucap kepada lebih 3,000 warga pendidik Cina pada perhimpunan di Sibu, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti menjadi 'rakan tulen' sekolah Cina di negara ini demi memastikan semua kaum dan rakyat mendapat pendidikan yang saksama dan berkualiti.

Kalau nak bantu sekolah agama Rakyat kerajaan memberi syarat mesti diserah atau diserap dalam kumpulan SABK. Tanpa penyerahan melalui SABK jangan harap kerajaan nak bantu SAR. Biar SAR mampus..namun demi undi masyarakat Cina BN sanggup lakukan apa sahaja terutama di musim pilihanraya.

Bayangkan dengan hanya Pilihanraya kecil BN sanggup berbelanja sebegitu besar, apa pula keuntungan dan laba yang akan dimiliki oleh masyarakat cina dalam PRK 13 nanti? Nampaknya masyarakat melayu akan terus terinaya di bawah pemerintahan Barisan Nasional...

Kalau nak dapat layanan macam Cina , kena ikut cara undi cina...jangan sokong Barisan Nasional... melayu takkan lagi ditipu....

Monday, May 10, 2010

Apa Tindakan?


* Surat khabar tugasnya bongkar tapi siapa yang bertanggungjawab untuk benteras? Kalau kena tangkap pun, berbaloikah hukumannya?

Kegiatan minum arak turut dikesan

KUALA TERENGGANU - Taman Awam Pantai Batu Burok di sini yang disediakan untuk beriadah dan beristirahat telah disalahgunakan segelintir remaja bagi melakukan aktiviti tidak bermoral.

Taman bersebelahan Stadium Hoki Negeri itu seolah-olah sudah ‘ditempah’ pasangan kekasih yang kemaruk cinta dan menjadikan taman itu sebagai ‘hotel sementara’ untuk melepaskan nafsu berahi, terutama pada hujung minggu.

Keadaan ini menyebabkan pengunjung terutama keluarga dan orang awam lain berasa segan untuk membawa keluarga bersantai ke situ, bimbang terserempak dengan remaja yang mungkin sedang melakukan aksi panas bersama pasangan masing-masing.

Pasangan tidak bermoral ini juga dilihat langsung tidak mempunyai perasaan malu berpeluk-pelukan dan bercumbuan secara terbuka, malah ada sesetengah daripadanya bersikap lebih berani dengan melakukan pelbagai aksi ghairah walaupun pada waktu siang.:

Peniaga yang enggan namanya dikenali berkata, pasangan kekasih ini sudah tidak hairan dengan persekitaran dan disebabkan itu, walaupun menyedari kehadiran orang awam, mereka masih boleh melakukan perbuatan tidak senonoh itu dengan selamba.

“Saya menjual ais krim di sini dengan motosikal dan akan mengelilingi kawasan ini banyak kali. Terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang melakukan kerja tidak senonoh sudah menjadi perkara biasa setiap hari di sini dan mereka seolah-olah tidak hairan atau malu dengan kehadiran saya.

“Kadang kala, melihat kegiatan maksiat berleluasa ini, menyebabkan saya terfikir dan keliru dengan imej sebenar negeri kita sebagai negeri Darul Iman,” katanya.

Menurutnya, perniagaannya juga semakin terjejas berikutan orang awam terutama yang membawa keluarga tidak lagi datang ke sini, mungkin kerana meluat dan jijik melihat perlakuan tidak bermoral pasangan kekasih ini.

Tambah mengejutkan, taman awam itu bukan sahaja dicemari dan dikotori kegiatan pasangan tidak bermaruah, tetapi turut menjadi tempat kaki botol melepak.

Tinjauan Sinar Harian menemui botol-botol arak ‘bergelimpangan’ di setiap sudut di celah pokok dan ada juga yang sengaja dipecahkan, mungkin bagi menghilangkan bukti kegiatan berkenaan.

Tukang sapu yang juga enggan namanya disiarkan berkata, melihat kepada bukti botol arak itu, dia percaya aktiviti tidak sihat ini aktif pada waktu malam terutama pada malam minggu.

“Boleh dikatakan hampir setiap pagi, ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di taman ini, saya akan terjumpa botol arak yang dibuang di merata tempat dan ada juga dipecahkan di laluan pejalan kaki.

“Paling ketara pada pagi Sabtu, jumlah botol arak yang ditinggalkan berganda daripada hari biasa dan melihat bukti ini, saya yakin banyak lagi aktiviti malam yang kita tidak tahu berlaku di sini. Apa yang pasti semuanya adalah aktiviti tidak sihat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata, setakat hari ini, pihaknya masih belum menerima maklumat berkaitan aktiviti minum arak di sini melainkan kegiatan maksiat sahaja.

“Insya-Allah, kami akan kerahkan bahagian penguat kuasa untuk turun padang memantau permasalahan ini dan maklumat berterusan daripada orang ramai amat dialu-alukan dalam usaha menangani masalah sosial remaja hari ini,” katanya.

Maafkan kami, Betulkah Begitu YB??

Dipetik dari : http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1829:maafkan-kami-yb-betulkah-begitu-yb&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/ybramlan.JPGJabi, SETIU - Kemewahan dan gaya hidup luar (biasa) dari kemampuan berbanding pendapatan seorang Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN), kini sudah menjadi buah mulut orang kampong dan masyarakat sekitar kawasan ini.
(Gambar - YB, bersama rakan-rakan seangkatan, YB Khazan pun tak kurang hebatnya!)

Baru memasuki penggal kedua sebagai YB, rakyat yang melalui Jalan Kg Tanah Merah, dekat sini, pasti melihat dengan penuh curiga, sebuah rumah mewah yang didirikan dari kayu cengal, sedang dalam pembinaan.

Menurut maklumat daripada mereka yang mahir dalam bidang pertukangan dan pembinaan, rumah YB itu, binaan sebesar itu dengan penggunaan kayu cengal sepenuhnya, secara keseluruhannya termasuk pagar dan pintu pagarnya, dianggarkan menelan kos melebihi setengah juta ringgit.

YB juga dilihat memiliki tiga kenderaan mewah, sebuah Toyota Harrier, sebuah Honda CRV dan sebuah motosikal (mewah) berkuasa tinggi

Yang hebat, dimaklumkan, YB membeli ketiga-tiga kenderaan tersebut hampir serentak, kalau tidak bersekali, dengan jarak masa yang tidak jauh berselang, antara satu pembelaian dengan yang lain.

Kalau ditinjau latar belakang YB sebelum ini adalah hanya seorang bekas guru, tidak mungkin YB tiba-tiba ‘mendapat bonus’ yang memungkinkan, YB boleh menikmati semua kemudahan dunia itu.

Maka rakyat pun mula menjadi berbual di kedai-kedai kopi; mampukah seorang YB yang baru memasuki penggal ke 2 menjadi wakil rakyat, bukan pula seorang Exco, hanya sebagai ADUN sahaja, dapat memiliki semua ini?

Lainlah kalau sebelum ini beliau seorang tokoh korporat atau ahli perniagaan berjaya.

Nampaknya walaupun masyarakat Jabi rata-ratanya adalah masyarakat luar bandar yang masih agak ketinggalan, YB Jabi tidak ketinggalan untuk memasuki senarai wakil rakyat BN yg membina kemewahan mendadak.

Rakyat tentunya tidak boleh dipersalahkan kalau mereka ingin bertanya, "Maafkan kami YB. Dari mana semua kemewahan ini?,"sebagaimana diceritakan kepada Buletinonline.

Thursday, May 6, 2010

Al falah UPU Maras: Bolasepak Persahabatan

Sempena Al Falah UPU Maras, DUN Batu Rakit, di adakan perlawanan bolasepak persahabatan antara Pemuda PAS DUN dengan pemuda cawangan.
Pemuda DUN duduk berbaju Hijau dan Pasukan Maras berbaju hitam.
Gambar masa permainan tak sempat ambil. Terus sampai hadiah..... Sdr Zulkifli menerima cenderahati mewakili pasukan Pemuda DUN.
Pengurus pasukan Maras menerima cenderahati
Salah seorang pemain di pakaikan medal sebagai tanda kenangan

Bolasepak Persahabatan

Sempena Al Falah UPU Maras, DUN Batu Rakit, di adakan perlawanan bolasepak persahabatan antara Pemuda PAS DUN dengan pemuda cawangan.
Pemuda DUN duduk berbaju Hijau dan Pasukan Maras berbaju hitam.
Gambar masa permainan tak sempat ambil. Terus sampai hadiah..... Sdr Zulkifli menerima cenderahati mewakili pasukan Pemuda DUN.
Pengurus pasukan Maras menerima cenderahati
Salah seorang pemain di pakaikan medal sebagai tanda kenangan

Monday, May 3, 2010

Mesyuarat Agung DPPKS, Muktamar DPPNT & DEMO APCO

1

"Orang berjuang mesti bersedia di musuhi. Nabi Muhammad sebagai contoh tauladan terbaik dan manusia terbaik pun ada musuh dan terpaksa berperang untuk memperjuangkan Islam. Amat malang jika kita pada hari ini tidak mahu berjuang kerana alasan tidak mahu bermusuh dengan orang lain. Mana lebih baik kita ataupun Nabi Muhammad? Walaupun kita ni bertaraf Imam ataupun Ustaz, adakah kita lebih pandai daripada Nabi utusan Allah?"

Itulah antara yang di sebut oleh Al Fadhil Ustaz Hj Ahmad Kamal Ali, Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung DPPKS 22 Mac yang lepas yang di adakan di Surau Mujahidin, Merang.

Mesyuarat Agung Pemuda PAS Setiu yang kali pertama di adakan pada waktu malam tersebut di hadiri sekitar 150 orang perwakilan dan pemerhati. Jika pada tahun lepas tidak sampai 100 orang yang hadir, maka kehadiran Mesyuarat Agung pada kali ini di kira agak ramai, lebih-lebih lagi tahun ini bukan tahun pemilihan AJK baru.

2

Berikutan DEMO membantah APCO yang di buat oleh DPPNT di Masjid Pengadang Baru 16 April yang lepas, maka DPP Setiu turut menganjurkan satu DEMO yang sama di peringkat kawasan sebaik selesai solat Jumaat di masjid Jabi 30 April baru-baru ini.

DEMO ini bagi memberi penjelasan dan membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat Islam supaya peka dan sedar campurtangan Yahudi bukan sahaja telah meresap dalam masyarakat umum, tetapi telah masuk begitu jauh dalam pentadbiran negara sebagai penasihat kerajaan dan mengawal sistem maklumat di tempat paling strategik iaitu dalam PDRM itu sendiri.

Ini adalah perkara yang sangat malang apabila kita yang siang malam bermohon melalui sembahyang kita, supaya di jauhkan daripada kejahatan Yahudi , tiba-tiba kerajaan yang ketua negara bernama dengan nama Islam dan mengaku beragama Islam mengambil Yahudi sebagai penasihat mereka.

Turut menjayakan DEMO pada hari tersebut adalah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu yang menyampaikan khutbah jumaat sebelum itu dan Dr Azman Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu yang turut memberi ucapan.

3

Muktamar DPP Terengganu di adakan di Maahad Darul Quran, Masjid Rusila di rasmikan oleh Ustaz Idris Ahmad, ketua penerangan PAS Pusat. Antara yang di sentuh oleh ustaz Idris adalah tanggungjawab bekerja untuk Jemaah dan menjadi satu kesalahan besar apabila kita terus membiarkan UMNO berkuasa dan melakukan penyelewengan yang mesrosakkan negara kita.

Kehadiran boleh di katakan sangat kurang memberangsangkan. Selain jumlah perwakilan kawasan-kawasan yang tidak mencukupi kouta di tetapkan, EXCO Pemuda negeri pun ramai yang tidak hadir termasuk ketua-ketua pemuda kawasan ada yang tidak hadir.

Perkara tersebut perlu di beri perhatian untuk masa akan datang memandangkan Pemuda sentiasa di letakkan harapan tinggi bagi meneruskan momentum kebangkitan ummah.

4

Masalah saya tidak mempunyai kamera. Setiap program yang saya hadiri sekarang tidak dapat di rakam. Hanya berharap ihsan rakan-rakan memberikan gambar sekiranya mereka turut sama hadir dan mengambil gambar. Kadang-kadang saya ciluk gambar dalam blog orang lain untuk di jadikan hiasan dan rekod di blog ini.

Semenjak kamera digital yang di beli oleh pemuda DUN Batu Rakit yang selalu saya gunakan satu masa dahulu rosak, saya belum lagi mampu untuk menggantikan ataupun membaiki kerosakan itu.

Gambar di bawah adalah ihsan daripada Sdr Aminudin, SU PAS Kawasan Setiu yang merakam suasana DEMO di Masjid Jabi jumaat lepas......



Followers