Monday, May 3, 2010

Mesyuarat Agung DPPKS, Muktamar DPPNT & DEMO APCO

1

"Orang berjuang mesti bersedia di musuhi. Nabi Muhammad sebagai contoh tauladan terbaik dan manusia terbaik pun ada musuh dan terpaksa berperang untuk memperjuangkan Islam. Amat malang jika kita pada hari ini tidak mahu berjuang kerana alasan tidak mahu bermusuh dengan orang lain. Mana lebih baik kita ataupun Nabi Muhammad? Walaupun kita ni bertaraf Imam ataupun Ustaz, adakah kita lebih pandai daripada Nabi utusan Allah?"

Itulah antara yang di sebut oleh Al Fadhil Ustaz Hj Ahmad Kamal Ali, Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung DPPKS 22 Mac yang lepas yang di adakan di Surau Mujahidin, Merang.

Mesyuarat Agung Pemuda PAS Setiu yang kali pertama di adakan pada waktu malam tersebut di hadiri sekitar 150 orang perwakilan dan pemerhati. Jika pada tahun lepas tidak sampai 100 orang yang hadir, maka kehadiran Mesyuarat Agung pada kali ini di kira agak ramai, lebih-lebih lagi tahun ini bukan tahun pemilihan AJK baru.

2

Berikutan DEMO membantah APCO yang di buat oleh DPPNT di Masjid Pengadang Baru 16 April yang lepas, maka DPP Setiu turut menganjurkan satu DEMO yang sama di peringkat kawasan sebaik selesai solat Jumaat di masjid Jabi 30 April baru-baru ini.

DEMO ini bagi memberi penjelasan dan membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat Islam supaya peka dan sedar campurtangan Yahudi bukan sahaja telah meresap dalam masyarakat umum, tetapi telah masuk begitu jauh dalam pentadbiran negara sebagai penasihat kerajaan dan mengawal sistem maklumat di tempat paling strategik iaitu dalam PDRM itu sendiri.

Ini adalah perkara yang sangat malang apabila kita yang siang malam bermohon melalui sembahyang kita, supaya di jauhkan daripada kejahatan Yahudi , tiba-tiba kerajaan yang ketua negara bernama dengan nama Islam dan mengaku beragama Islam mengambil Yahudi sebagai penasihat mereka.

Turut menjayakan DEMO pada hari tersebut adalah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu yang menyampaikan khutbah jumaat sebelum itu dan Dr Azman Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu yang turut memberi ucapan.

3

Muktamar DPP Terengganu di adakan di Maahad Darul Quran, Masjid Rusila di rasmikan oleh Ustaz Idris Ahmad, ketua penerangan PAS Pusat. Antara yang di sentuh oleh ustaz Idris adalah tanggungjawab bekerja untuk Jemaah dan menjadi satu kesalahan besar apabila kita terus membiarkan UMNO berkuasa dan melakukan penyelewengan yang mesrosakkan negara kita.

Kehadiran boleh di katakan sangat kurang memberangsangkan. Selain jumlah perwakilan kawasan-kawasan yang tidak mencukupi kouta di tetapkan, EXCO Pemuda negeri pun ramai yang tidak hadir termasuk ketua-ketua pemuda kawasan ada yang tidak hadir.

Perkara tersebut perlu di beri perhatian untuk masa akan datang memandangkan Pemuda sentiasa di letakkan harapan tinggi bagi meneruskan momentum kebangkitan ummah.

4

Masalah saya tidak mempunyai kamera. Setiap program yang saya hadiri sekarang tidak dapat di rakam. Hanya berharap ihsan rakan-rakan memberikan gambar sekiranya mereka turut sama hadir dan mengambil gambar. Kadang-kadang saya ciluk gambar dalam blog orang lain untuk di jadikan hiasan dan rekod di blog ini.

Semenjak kamera digital yang di beli oleh pemuda DUN Batu Rakit yang selalu saya gunakan satu masa dahulu rosak, saya belum lagi mampu untuk menggantikan ataupun membaiki kerosakan itu.

Gambar di bawah adalah ihsan daripada Sdr Aminudin, SU PAS Kawasan Setiu yang merakam suasana DEMO di Masjid Jabi jumaat lepas......



No comments:

Followers