Wednesday, May 26, 2010

Ustaz Hj Ghazali Ahmad Meninggal Dunia....


Pagi ni saya mendapat berita Al Fadhil Ustaz Hj Ghazali Ahmad, orang lama PAS Kawasan Setiu meninggal dunia.

Ustaz Ghazali adalah guru saya ketika di sekolah rendah dahulu. Beliau terlibat dengan perjuangan Islam seawal PAS di tubuhkan. Pernah merasai dan terlibat menggerakkan kemenangan PAS sebagai kerajaan pada Pilihanyaya 1959 apabila PAS berjaya mencapai kemenangan dan memerintah selama 2 tahun sebelum di tumbangkan melalui undi tidak percaya.

Begitu juga kemenangan PAS menjadi kerajaan tahun 1999 beliau adalah tenaga penting jentera parti samaada di peringkat kawasan mahupun di DUN Batu Rakit sendiri yang di tandingi oleh Dato' Abdu Bakar Chik.

Selepas pencen daripada jawatan guru di sekolah rendah kerajaan, beliau pernah di amanahkan menjadi calon PAS bagi DUN Batu Rakit pada pilihanraya umum tahun 1986 tetapi tewas.

Selepas itu beliau menjadi orang penting PAS Setiu dan pernah menjadi wakil PAS Setiu ke Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri.

Selama Dato' Abu Bakar Chik memimpin PAS Setiu sebagai YDP, Ustaz Ghazali lah Bendahari PAS Kawasan sehinggalah beliau di serang strok dan uzur beberapa bulan selepas PRU 2004.

Selama enam tahun beliau terlantar sakit tidak mampu bergerak kemana-mana, bahkan untuk berdiripun tidak mampu. Bagaimanapun pada pilihanraya 2008 beliau tetap menunaikan kewajipan mengundi dengan di bawa berkerusi roda oleh anak-anak beliau.

Jenazah beliau akan di sembahyangkan pada jam 2 petang hari ini ( 26 Mei 2010 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1431 ) di rumah beliau Kg Darat Batu Rakit, K. Terengganu.

Jasa beliau kepada perjuangan Islam khususnya PAS sangat besar. Moga-moga rohnya di tempatkan bersama para mujahid-mujahid yang di kurniakan kedudukan tinggi di sisi Allah, InsyaAllah.

1 comment:

ذاكية احمد said...

Semoga di tempat d kalangan orang yg beriman dan beramal soleh.. amin yah Allah

Followers