Kami akan bertolak jam 3 petang ini dari jeti Merang. Mengikut jadual sebelum rombongan seramai 15 orang ini masuk ke perkampungan penduduk, kami akan singgah dulu di Taman Laut untuk bersantai dan menikmati keindahan pantai di Pulau Redang.
Pada malamnya satu ceramah umum akan diadakan. Poster telah di tampal merata-rata di sekitar perkampungan dan jeti Pulau Redang. Ceramah akan di sampaikan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ketua Pemuda PAS Terengganu yang akan bersama rombongan kami.
Namun entah di sengajakan atau kebetulan, sebentar tadi saya mendapat panggilan daripada orang Pulau memaklumkan bahawa bekalan elektrik di Pulau telah terputus. Mengikut kebiasaannya jika bekalan terputus pada hari khamis begini, ia akan mengambil masa 2 hari barulah dapat di baiki. Ini bermakna hari sabtu barulah elektrik akan ada semula.
Beberapa bulan lepas rombongan daripada DUN Batu Rakit yang mengadakan ceramah di sana juga cuba di sabotaj oleh UMNO dengan mengadakan majlis ceramah berdekatan dengan tempat ceramah kami. Program yang di adakan secara tiba-tiba itu adalah bertujuan menghalang penduduk daripada mendengar penerangan yang di sampaikan penceramah kita.
Mengikut cerita beberapa minggu selepas itu anggota polis yang cuba menghentikan majlis UMNO yang di adakan tanpa permit tersebut ( Ceramah PAS mendapat permit polis ) telah di tukar ke tempat lain.
Jadi apabila berlaku terputusnya bekalan elektrik sebagaimana di maklumkan sebentar tadi, hanya beberapa jam sebelum kami bertolak, ia memberi satu persepsi bahawa ada kemungkinan terdapat usaha untuk menghalang kedatangan rombongan Pemuda PAS Setiu daripada bertemu dengan penduduk Pulau.
Bagaimanapun mungkin ia adalah secara kebetulan sahaja. Kami akan buat keputusan sebentar lagi. Jika ada kemudahan untuk menggunakan generator, program akan di teruskan InsyaAllah.
Pulau Redang adalah salah satu UPU dalam DUN Batu Rakit. Terdapat lebih kurang 600 pengundi
No comments:
Post a Comment