Tuesday, June 21, 2011

Mana Peruntukan...

Petani mohon bayaran insentif

MERANG – Seramai 50 petani dari Merang, Telaga Papan, Lembah Bidong dan daerah Setiu memohon Jabatan Pertanian menyelesaikan pembayaran insentif yang tertunggak sejak Oktober hingga Disember tahun lalu.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengeluar Buah-buahan dan Sayur-sayu-ran Terengganu, Mohd Ariff Mohamad berkata, pembayaran insentif tertunggak itu bukan sahaja menimbulkan tanda tanya kepada petani, malah menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan aktiviti penanaman seperti biasa.

“Apa yang menghairankan, peruntukan dalam bidang pertanian seperti yang diluluskan dalam bajet baru-baru ini sangat besar tetapi sehingga kini tunggakan itu tidak dapat diselesaikan.

“Masalah ini bukan hanya berlaku kepada petani di daerah Setiu sahaja tetapi turut berlaku kepada petani daerah lain di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sebelum ini masalah itu pernah diajukan kepada pegawai pertanian tetapi mereka tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan hati petani.

“Kita masih boleh bertolak-ansur dengan keputusan kerajaan yang menyatakan bahawa pembayaran insentif tahun ini tidak akan dibayar kepada petani tetapi biarlah tunggakan tahun lalu dijelaskan terlebih dahulu.

“Walaupun pembayaran insentif tidak lagi dibayar kepada petani kita mengharapkan Jabatan Pertanian dapat memberi bantuan input pertanian seperti baja, racun dan keperluan pertanian kepada petani kecil,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ariff berkata, bayaran balik ganti rugi tanaman yang ditenggelami air akibat banjir pada Mac lalu juga masih belum dibayar walaupun senarai nama petani yang terlibat sudah diserahkan kepada pihak berkaitan.

“Justeru, sebagai wakil petani, saya sangat mengharapkan pihak terbabit menyegerakan pembayaran ganti rugi agar petani dapat menggunakan pampasan tersebut untuk penanaman semula sebelum Ramadan nanti,” katanya.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai masalah itu, Sinar Harian menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris.

Asha’ari berkata, tunggakan pembayaran insentif kepada petani yang masih belum dijelaskan itu sebenarnya sudah diambil tindakan namun pihaknya masih menunggu pembayaran daripada pihak kementerian.

“Ini sebab, pembaya-ran insentif ini bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri jadi kita harap petani bersabar kerana setiap masalah sentiasa diberi perhatian.

“Saya difahamkan pe-runtukan yang disalurkan melalui Agro Bank sudah habis digunakan untuk membayar insentif kepada petani sebelum ini dan perlu menunggu bajet lain. Saya harap mereka tidak akan membuat sebarang spekulasi negatif dan sekiranya terdapat baya-ran tertunggak ia akan diselesaikan segera,” katanya.

No comments:

Followers