Thursday, September 24, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1436h

Hari raya korban tahun ni tergerak untuk buka laman blog yang sekian lama terbiar sepi ini. Pagi tadi selepas khutbah raya seperti biasa di Surau Pecah Rotan, sempat sembelih seekor lembu korban ahli jemaah.

Apa yang menarik pemilik lembu ini adalah seorang pemuda yang telah agak berusia tetapi masih bujang. Saban tahun dia berkorban satu bahagian daripada lembu yang di belanya sendiri, manakala bahagian selebihnya adalah untuk sesiapa sahaja yang mahu sertai terutama saudara mara dan sahabat handai dengan bayaran yang sangat minima.

Walaupun usia beliau telah menjangkau 37 tahun tetapi setiap kali di tanya soal kahwin beliau lebih senang mendiamkan diri tanpa respon apa-apa. Sehingga orang yang cuba membantu menemukan jodoh kepada beliau jadi putus asa lantaran sikap 'senyap' beliau berhubung soal tersebut.

Usahkan anak, isteripun belum ada, tetapi dengan panggilan mesra 'Pok Ya', beliau tidak pernah marah bahkan sentiasa tersenyum dan bersedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan beliau. Memang Pok Ya sejak zaman remaja lagi terkenal dengan rajin membantu orang. Sering menjadi 'mangsa' suruhan ahli jemaah surau untuk membantu apa sahaja kerja-kerja kebajikan.

Maka tidak pelek lah sekarang beliau di amanahkan sebagai Ketua Unit Amal DUN Batu Rakit dan AJK PASTI DUN. Dengan harapan PRU14 nanti PAS  kembali menang di DUN Batu Rakit, tugas-tugas Unit Amal menjadi semakin penting untuk memastikan gerak kerja kebajikan khususnya Khidmat Masyarakat dapat di gerkkan semaksima mungkin.

Sekarang saya sedang merisik seseorang untuk di jadikan teman hidup beliau. Harap ada respon segera supaya kehidupan beliau lebih teratur dan lebih bersemangat.


Followers