Menerima sijil penghargaan sebagai EXCO DPPNT untuk sessi 2009/11 daripada Tmbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ust Saiful Bahri Mamat.
Di hadapan saya kini ada tugas baru yang di pikulkan ke bahu. Tentulah setiap kali di amanahkan tugas baru, kita berazam akan melaksanakan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan yang ada. Ia adalah medan jihad. Setiap tugas yang di berikan adalah peluang untuk kita mencapai kelebihan janji Allah kepada orang yang terjun ke medan jihad. Cita-cita syahid hanya boleh di capai apabila kita gugur di tengah medan, bukannya gugur sebagai pemerhati dan pengkritik.
Namun di sana terselit rasa takut jika melihat kepada kemampuan yang ada pada diri ini. Mampu ke memikul tugas yang begitu mencabar. Lebih-lebih lagi pada sessi ini akan berhadapan dengan Pilihanraya umum akan tiba bila-bila masa daripada sekarang.
Daripada awal blog ini di wujudkan adalah untuk menjadi catitan sepanjang di amanahkan sebagai Ketua DPPKS. Setelah selesai tugas tersebut saya berhasrat menghentikan blog ini dan menyimpannya sebagai kenangan.
Namun dengan tugas baru di hadapan ini, rasanya medan ini perlu terus di hidupkan. Banyak lagi keperluan untuk menyatakan sikap dan merangsang pandangan supaya lebih kritikal. Sekurang-kurang ia dapat di jadikan tempat meluahkan perasaan yang terbuku terhadap segala perkembangan semasa yang sangat mencabar ketika ini.
Mehnah dan fitnah adalah adat perjuangan. Musuh kita adalah sistem taghut yang di pertahankan oleh UMNO yang memerintah negara kita sekarang. Sistem ini perlu di tentang dan di hapuskan. Sesiapa sahaja yang menghalang, maka merekalah yang menjadi musuh kita. Sesiapa yang mengajak kerjasama untuk meruntuhkan sistem ini, maka kita sambut kerjasama itu selama ianya memberi saham kepada keruntuhan sistem yang kita lawan.
Maka tidak timbul permusuhan kita dengan UMNO menjadi permusuhan peribadi dengan mana-mana individu yang menjadi pemimpin mereka. Kerana yang kita tentang adalah sistem, bukannya individu. Oleh itu kita tidak perlu berdendam dengan sesiapa sahaja atas nama peribadi. Samada terhadap musuh yang kita tentang, lebih-lebih lagi sesama anggota pasukan jemaah yang menjadi batu bata yang sepatutnya saling kuat menguatkan antara satu sama lain...
No comments:
Post a Comment