Thursday, May 12, 2011

Menjelang PRU 13


Melihat perkembangan mutaakhir, UMNO makin kehabisan peluru. Biasanya isu perkauman dan agama ini di gunakan saat-saat akhir menjelang hari mengundi.

PRU tahun 1990, di saat kemenangan hampir dalam genggaman AGKATAN PERPADUAN UMMAH (APU), gabungan PAS dan Semangat 46 ketika itu, tiba-tiba bila isu perkauman dan agama di tiupkan dua tiga hari menjelang hari mengundi, BN kembali peroleh kemenangan besar dalam PRU tersebut.

Begitulah selalunya setiap kali pilihanraya. Lebih-lebih lagi ketika peluang kemenangan dirasakan tipis memihak kepada BN. Peluru akhir yang akan di gunakan ialah peluru perkauman dan sentimen agama.

Mungkinkah PRU sudah begitu hampir lantaran BN sudah memuntahkan isu perkauman dan agama dengan begitu rakus sekali sekarang?

Dari segi tempoh, masih berbaki sekitar dua tahun atau mengikut kebiasaannya lagi setahun untuk Parlimen di bubarkan. Tetapi jika di lihat kepada tanda-tanda ada kemungkinan juga PRU di percepatkan. Antara tandanya ialah bila Presiden UMNO atas nama Perdana Menteri turun membuat lawatan ke negeri-negeri.

Mungkin juga isu Kristian agama resmi negara yang di timbulkan sekarang ini merupakan bom jangka yang di pasang untuk di letupkan menjelang hari mengundi nanti? BN dengan penasihat zionis UPCO mereka sentiasa mempunyai seribu satu muslihat. Lantaran itu kepimpinan PR khususnya PAS sendiri perlu bersedia dengan kekuatan semampu mungkin untuk berhadapan dengan tipudaya musuh ini.

Jika peluru yang di hamburkan ketika ini di lihat tidak putus-putus, belum habis satu isu, timbul lagi isu lain yang sambung menyambung, kita jangan memandang hanya kepada isu yang di timbulkan. Mungkin di sebalik peluru penabur itu, terdapat sasaran besar yang tanpa kita sedari dek kerana melayan isu yang datang timpa menimpa itu, kita terleka dengan isu utama perjuangan kita sebagai Jemaah Islam.

Tentunya kepimpinan utama jemaah lebih daripada memahami apa yang menjadi kebimbangan kita. Biarpun parti kita sedang melalui proses pemilihan semula kepimpinan semua peringkat, tetapi kekuatan kita sebagai jemaah Islam mampu menyerap tekanan agar persiapan pilihanraya tidak terjejas dengan proses peralihan kepimpinan yang sedang berjalan.

Menjadi tanggungjawab ahli semua peringkat memberi kepercayaan kepada sistem dan organisasi parti melalui kepimpinan ulama' yang di amalkan oleh jemaah kita agar kekuatan parti tidak terjejas dan tumpuan dapat di berikan untuk berhadapan PRU bila-bila masa sahaja ini.

Di samping melayan isu yang di lemparkan, dalam masa yang sama kita juga perlu menyerang dengan senjata yang kita miliki. Senjata utama kita adalah tawakkal. Dengan maksud usaha yang bersungguh-sungguh dan bergantung serta berhubung sepenuhnya kepada Allah swt.

Kita tidak menang dengan kekuatan material samada benda ataupun jumlah yang ramai, tetapi kemenangan kita ialah apabila kita dapat memenuhi ciri-ciri kemenangan antaranya seperti yang tersebut di atas. Antaranya lagi ialah tahap ukhuwwah yang tinggi.

Jika wujud jurang atau renggang antara petugas jemaah walaupun kelihatan kecil sahajapun memungkinkan kelemahan itu menjadi sebab kepada hilang tumpuan terhadap musuh sebenar.

Sama-sama kita fikirkan bagaimana nak mengekalkan kekuatan yang ada dan mengisi kelompangan yang masih wujud sekiranya ada..

No comments:

Followers