Thursday, December 30, 2010

Pas Ganti Umno

Harapan rakyat sangat tinggi mahu melihat perubahan pada PRU akan datang. Kepimpinan UMNO seakan hampir pasti sampai ke penghujung menjelang PRU 13 nanti.

Sejak merdeka sudah enam orang Perdana Menteri Malaysia. Semuanya daripada UMNO. Setiap dari mereka mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Biasalah manusia. Namun melihat dan menilai sosok yang menjadi PM sekarang, sangat terasa serba tidak kena.

Naik menjadi PM dengan rekod yang sangat buruk. Berbagai skandal melingkari latar belakang sepanjang berada dalam kabinet Malaysia. Pernah di kaitkan skandal seks dengan artis, skandal mustakizah, skandal komisen pembelian kapal selam dan peralatan perang yang lain ketika menjadi menteri pertahan. Terbesar skandal pembunuhan Altantuya.

Sama ada benar atau tidak penglibatan DS Najib dengan semua skandal yang di katakan dia terlibat itu, tentulah kita tidak mampu sahkan, kecuali mereka yang terlibat sahaja yang mengetahuinya. Namun apabila tidak ada satu kes yang berkaitan itu di bersihkan oleh mahkamah, sedangkan ianya terus di perkatakan, maka imej DS Najib yang cuba di perlihat baik oleh perunding antarabangsa (APCO) itu, seakan tidak begitu memberi kesan.

Selepas di lantik menjadi PM, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, DS Najib masih lagi terpaksa meneruskan tradisi Tun Mahathir berbelanja besar dengan projek-projek mewah. Tradisi ini cuba di sekat di era Tun Abdullah yang menyebabkan orang-orang Mahathir mengamuk sehingga Abdullah terpaksa meletak jawatan.

Yang terbaru ini apabila kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga barang keperluan dengan begitu drastik di hujung tahun, di saat sessi persekolahan baru akan bermula, rakyat di bebani dengan kos sara hidup yang berlipat kali ganda. Apabila bahan asas seperti minyak, gula dan tepung di naikkan harga, maka secara automatik semua barangan lain pun akan melambung naik.

Lantaran itulah apabila Pakatan Rakyat membuat tawaran 10 perkara apabila di pilih oleh rakyat memerintah nanti, ianya mampu memberi alternatif kepada rakyat untuk berubah. Daripada kerajaan yang hanya mementingkan diri sendiri dan mengkaya kan beberapa kerat manusia berbanding rakyat keseluruhannya, rakyat patut memberi peluang kepada parti lain untuk membetulkan semula keadaan hidup masyarakat Malaysia keseluruhannya. Baik dari sudut ekonomi mahupun keadilan sosial, apatah lagi kehidupan beragama.

Tentulah parti lain untuk menggantikan UMNO yang di perlukan oleh rakyat Malaysia adalah parti PAS. PAS telah membuktikan kewibawaannya mampu bertahan sekian lama sebagai antara parti tertua di Malaysia. Samaada sebagai pembangkang mahupun sebagai kerajaan di beberapa buah negeri yang pernah dan sedang di perintah oleh PAS.
Dengan pelbagai kemelut yang melanda negara sekarang, rasanya DS Najib tidak akan mampu bertahan sehingga habis penggal iaitu 2013 atau 2012. Semakin lama, populariti serta sokongan kepada kepimpinan beliau semakin terhakis. Berbanding Tun Abdullah yang menang besar pada penggal pertama menjadi PM, DS Najib yang di lantik menjadi PM selepas PRU ke-12, tahun 2008 mungkin akan berhadapan kekalahan teruk jika menangguhkan lebih lama untuk mengadakan PRU ke-13.

Jika di peringkat global kita melihat sekarang pengaruh Amerika semakin terhakis dan mungkin akan di gantikan dengan kuasa baru untuk menguasai ekonomi dunia. Zaman wang dollar semakin berlalu dan akan di gantikan dengan wang elektronik sepenuhnya nanti. Seiring itu masyarakat dunia pun akan berubah mengikut arus semasa ini. Rakyat Malaysia pun tidak akan terkecuali dengan arus yang melanda ini.

Lantaran itu satu bentuk pemerintahan baru sangat diperlukan oleh rakyat Malaysia. Idologi manusia hanya mampu membina tamadun kebendaan dan telah terbukti gagal membina tamadun kemanusiaan. Untuk membina tamadun kemanusiaan, kita perlu kembali kepada fitrah kejadian manusia iaitu Islam.

Lantaran itu perjuangan mengalahkan UNMO yang beridologikan kebendaan itu mestilah di gantikan oleh golongan yang meletakkan Islam sebagai dasar kehidupan manusia yang merupakan agama fitrah.

No comments:

Followers