Tuesday, December 1, 2009

Do'a Tuan Guru...

Dinsman
Bila mengikuti isu Do'a Tuan Guru Nik Aziz, saya teringat beberapa tahun dulu pernah penyair Dinsman menyampaikan sajak di Stadium Sultan Ismail Kuala Terengganu. Ketika itu baru sahaja Kerajaan Pusat merampas dan merompak Royalti minyak milik rakyat Terengganu.

Tajuk Sajak yang di bacakan ialah "Memang BARUA". Barua adalah isu yang di ciptakan oleh Media yang di ucapkan oleh TGNA yang di tujukan kepada UMNO dan PM ketika itu.

Memang Barua

Memang Barua
(meminjam ungkapan Nik Aziz)
Oleh DINSMAN

Ya, memang barua
minta maaflah tuan-tuan dan puan-puan
kasar sikit
tapi kalau lembut macam perkataan “ehsan” pun
apa gunanya ‘kan!
Memang kata Nik Aziz itu tepat
dan mereka bising kita guna kata-kata kasar
seolah-olah mereka itu tahu beradab
Hey tahu beradab apanamanya itu
hak rakyat dan hak kerajaan Terengganu
dirampas dirompak berbilion ringgit nilainya?

Memang barualah mereka
Betul! Saya minta maaf tuan-tuan dan puan-puan
kita hanya kata – mereka melenting bising
tapi mereka merompak betul
mereka merompak tuan-tuan mereka menyamun
masya-Allah – terang-terang
apa lagi yang lebih jahat daripada itu?
tersangatlah jahat tersangatlah zalim
Saya nak tanya tuan-tuan dan puan-puan
Royalti minyak Terengganu itu hak siapa?
( --------------------- )
Betullah mereka itu lanun
sanggup mereka buat kerja sejahat itu
mereka sanggup sejahat itu tuan-tuan dan puan-puan
dulu Anwar Ibrahim difitnah lucah satu negara
hingga anak-anak kecil pun terdedah lucah
kemudian mereka samun hak rakyat satu negeri
hak orang Melayu hak orang Islam

Saya hanya bersajak tuan-tuan dan puan-puan
tetapi bayangkanlah Tok Guru Hadi Awang
dan saf pimpinannya terpaksa berusaha bekerja
bagi mengatasi kekurangan itu
bukan kecil kekurangannya tuan-tuan
tetapi hari ini terbukti
sudah dua tahun lebih
kerajaan pimpinan ulamak Terengganu
terus bertahan dan terus maju – insya-Allah

- Tahniah Tok Guru Menteri Besar
- Tahniah para pimpinan PAS
dan Alternatif Terengganu


(Dibaca kali pertama 29 Mac 2002 di hadapan puluhan ribu rakyat dan pemimpin Terengganu yang berkumpul di Stadium Kuala Terenggan, meraikan pentadbiran PAS Terengganu melampaui dua tahun; dan esoknya di Malam Kesenian Islam, Taiping, Perak. Dan disiarkan pertama kali dalam majalah TAMADUN)

Itulah juga yang berulang hari ini. TGNA cuma berdo'a.. (mereka sangat takut dengan do'a!). Sedangkan mereka benar-benar merompak dan merampas hak Royalti minyak milik Kerajaan dan rakyat Kelantan... Kita cuma bercakap dan berdo'a, tapi mereka buat sungguh... Sepatutnya Demo di buat untuk menuntut hak rakyat tersebut di beri kepada yang berhak, tapi sebaliknya Demo bibuat membantah "DO'A". UMNO memang Barua!

No comments:

Followers