Friday, July 10, 2009

Harapan Kemenangan

Berdasarkan maklumat yang ada, tidaklah sukar untuk PAS mempertahankan DUN Manik Urai. Hubungan rapat calon PAS dengan masyarakat setempat antara faktor yang sangat besar untuk memenangi hati pengundi pada 14 Julai nanti.

Sebagai pendokong parti tentulah kita berdoa dan mengharapkan kemenangan itu. Lebih-lebih lagi sebarang perselisihan sesama sendiri yang ada di kalangan pimpinan semakin dapat di leraikan. Itulah yang di harapkan oleh seluruh pendokong PAS yang benar-benar ikhlas ingin melihat kemenangan Islam di bumi tercinta.

Malam tadi pun MTD Batu Rakit, dengan kehadiran petugas daripada cawangan-cawangan mengadakan Munajat Perdana sempena PRK Manik Urai.

Program bermula 9.45 malam itu di mulakan dengan tazkirah ringkas daripada Ust Hj Mohamad Yaakub, Pengerusi MTD diikuti solat hajat dan doa munajat selepas itu yang di pimpin oleh Ustaz Hj Nik Razin Nik Mat, adinda Tuan Guru Nik Abd Aziz yang tinggal di DUN Batu Rakit dengan memegang jawatan selaku Ketua Portfolio Ulama DUN.

'Walaupun kita tidak berkesempatan berada di Manik Urai menyumbangkan tenaga, namun kita tetap bersama dengan seluruh petugas yang bertungkus lumus memenangkan PAS di sana dengan Solat Hajat dan Munajat di tempat kita' itulah antara tazkirah yang di sampaikan oleh Ust Mad malam tadi.


No comments:

Followers