Saturday, July 11, 2009

Bai'ah dengan Presiden

"Islam adalah satu yang sangat istimewa buat manusia. Satu nikmat yang di kurniakan oleh Allah kepada orang-orang yang dipilihnya. Apabila kita berada dalam PAS kita menikmati keindahan Islam itu melalui penghayatan dan pengorbanan mempertahankannya".

Demikian antara mutiara kata yang terungkap oleh Tuan Guru Presiden PAS dalam Majlis Bai'ah EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bagi sessi 2009-2011 dengan Presiden PAS itu pada petang semalam selepas solat jumaat di Dewan Pejabat PAS Kawasan Marang.

Semua EXCO DPPNT hadir dan bersalam sambil pelukan erat dengan Tuan Guru menandakan Bai'ah untuk menjalankan amanah Jemaah memimpin Dewan Pemuda sessi ini, bahkan seterusnya sehidup semati dengan perjuangan ini sampai bila-bila.

Majlis selepas itu di teruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh Ust Nasarudin Tantawi, Ketua Dewan pemuda PAS Pusat dalam slot Munaqasyah Ucaptema Ketua Pemuda.

Kehadiran ahli-ahli Pemuda Kawasan dan DUN, walaupun tidaklah begitu ramai tetapi agak mengesankan dengan pengisian yang sangat bermakna oleh Ketua Pemuda Pusat tersebut.

.............Malangnya tidak ada kamera untuk ambil gambar. Maaf, terlupa.. atau memangnya kamera rosak belum di baiki lagi........


No comments:

Followers