Saya pernah menulis ( klik disini) berkenaan isu UG yang cuba di hidupkan semula sehari dua ini. Mungkin betul sebagaimana ulasan seorang blogger ( klik disini serta disini dan disini).
Usaha terancang tersebut semakin jelas kelihatan apabila peluru yang terbaru di gunakan adalah seorang ahli akademik yang sebelum ini kelihatan pro PAS, Prof. Abd Aziz Bari, seorang pakar undang-undang daripada UIA. Beliau membuat ulasan dalam media mencadangkan supaya Dato' Seri Tg Abdul Hadi Awang, yang menyambut harijadinya yang ke 62 semalam, di singkirkan daripada jawatan Presiden.
Sekadar ingatan, renunglah ayat Allah yang selalu di ratib oleh DS Anwar Ibrahim;
"Dan mereka melakukan perancangan dan Allah juga merancang, sesungguhnya Allahlah sebaik-baik perancang......"
No comments:
Post a Comment