KEPUTUSAN PRK DUN MERLIMAU 06 MAC 2011 KEPUTUSAN PRK DUN KERDAU 06 MAC 2011 |
Monday, March 7, 2011
Keputusan PRK Kerdau 6 Mac 2011
Friday, January 28, 2011
Beberapa Program












Thursday, January 27, 2011
Tinjauan Tenang

Monday, January 10, 2011
PRK DUN Tenang, Johor
Saturday, October 9, 2010
Thursday, May 13, 2010
Politik Cina ....
SIAPA LEBIH MANJA????Bantuan itu membabitkan RM10 juta untuk semua 60 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) di Sibu, lima sekolah menengah persendirian Cina Sibu (RM5 juta), Sekolah Kebangsaan St Mary Sibu (RM1 juta) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart Sibu (RM2 juta).
Semasa berucap kepada lebih 3,000 warga pendidik Cina pada perhimpunan di Sibu, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti menjadi 'rakan tulen' sekolah Cina di negara ini demi memastikan semua kaum dan rakyat mendapat pendidikan yang saksama dan berkualiti.
Kalau nak bantu sekolah agama Rakyat kerajaan memberi syarat mesti diserah atau diserap dalam kumpulan SABK. Tanpa penyerahan melalui SABK jangan harap kerajaan nak bantu SAR. Biar SAR mampus..namun demi undi masyarakat Cina BN sanggup lakukan apa sahaja terutama di musim pilihanraya.
Bayangkan dengan hanya Pilihanraya kecil BN sanggup berbelanja sebegitu besar, apa pula keuntungan dan laba yang akan dimiliki oleh masyarakat cina dalam PRK 13 nanti? Nampaknya masyarakat melayu akan terus terinaya di bawah pemerintahan Barisan Nasional...
Kalau nak dapat layanan macam Cina , kena ikut cara undi cina...jangan sokong Barisan Nasional... melayu takkan lagi ditipu....
Monday, April 26, 2010
Sunday, April 25, 2010
PRK Hulu Selangor
Saturday, April 17, 2010
Penamaan Calon PRK Hulu Selangor

Hentikan Pilihanraya Kecil

JUMAAT, 16 APRIL 2010 | 1 JAMADILAWWAL 1431H
Sistem pilihanraya di
Bilamana berlaku sebarang kematian kepada wakil rakyat, maka apakah perlu diadakan pilihanraya semula bagi menggantikannya? Saya berpendapat bahawa parti politik yang memenangi pilihanraya umum berhak menamakan terus pengganti, sebagaimana yang dijalankan di negara jiran tanpa memerlukan pilihanraya kecil. Sistem pilihanraya kecil yang diadakan menyebabkan pelbagai masalah berlaku. Wujudnya ketegangan antara para penyokong yang boleh mencetuskan pelbagai kejadian yang tidak diingini seperti kematian dalam tragedi Lubuk Merbau.
Pilihanraya kecil juga menyaksikan pelangaran kepada peraturan pilihanraya, bilamana hampir semua parti yang bertanding menggunakan peruntukan melebihi apa yang dibenarkan oleh undang-undang. Semua parti terpaksa membelanjakan wang ringgit, tenaga dan masa yang banyak setiap kali pilihanraya kecil diadakan, bahkan terkadang ianya boleh mengganggu perjalanan pentadbiran yang sedang berjalan, bahkan peruntukan beberapa PRK terkadang boleh mengatasi peruntukan PRU.
Apa yang lebih
PRK juga terdedah kepada meningkatnya amalan rasuah kepada para pengundi. Lihat sahaja bilamana berlaku kekosongan, kita rasa jijik bilamana pelbagai janji ditabur kepada rakyat, jutaan peruntukan diluluskan, rakyat digula-gulakan setiap kali PRK; sehingga ada kata-kata sinis “Kalau inginkan pembangunan segera, doakan kematian wakil rakyat”. Rasuah dan sogokan dalam pilihanraya mendatangkan kesan yang sangat besar, bilamana jalan mendapatkan kemenangan yangdiasas dengan cara yang tidak betul, akan mendedahkan pelbagai gejala negatif dalam kepimpinan selepasnya. Tindakan sogokan, tekanan, ugutan dalam PRK menyebabkan pengundi tidak lagi memilih wakil mereka secara tenang dan jujur, bahkan ianya banyak dipengaruhi oleh suasana pada hari pengundian.
Meneliti pelbagai kesan yang lahir dari PRK, apakah masih wajar kita meneruskan sistem ini atau kita mula memikirkan kaedah baru, dengan memberikan mandat kepada parti yang memenangi dalam PRU bagi mengganti kekosongan tersebut. Ini bermakna PRU merupakan satu-satunya wadah bagi rakyat menentukan kerajaan yang mereka ingini. Sebarang pembentukan kerajaan hanya berlaku setelah selesai PRU; maka tidak timbul soal ada wakil rakyat yang dibeli, dijual atau dilelong; dan tidak akan berlaku tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU, hanya kerana adanya wakil rakyat yang melompat keluar. Rakyat ingin melihat pemimpin yang jujur, amanah dan setia dalam perjuangan.
Wednesday, April 7, 2010
Mesyuarat Agung dan PRK Hulu Selangor

Tarikh 17 April 2010 yang di pilih oleh SPR sebagai hari penamaan calon PRK Hulu Selangor bertepatan dengan hari Mesyuarat Agung DPPKS yang di putuskan dalam Mesyuarat AJK yang lepas.

