Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

Wafatnya Ulama Munculnya Golongan Bodoh

Baru-baru ini seluruh umat Islam di bumi Nusantara amnya dan di Kelantan khususnya dilanda kesedihan kerana meninggalnya satu-satunya ulama dan juga umarak iaitu Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat. Beliau dipanggil mengadap Ilahi setelah menghabiskan masa hidupnya menegakkan agama Allah menempuh segala halangan dengan sabar dan menyebarkan ilmu Supaya masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Walaupun ada pepatah melayu mengatakan patah tumbuh hilang berganti, kehilangan tokoh ulamak TGNA ini tiada galang gantinya.
Walaupun begitu kita sepatutnya bersyukur kerana bumi bertuah ini masih lagi mempunyai ulama yang diiktiraf oleh ulama sedunia iaitu Tuan Guru Hj Abd Hadi bin Awang. Dengan perginya TGNA beliau seolah-olah berjuang keseorangan dalam menegakkan syariat Islam apabila mendapat tentangan golongan bodoh dari kalangan pemimpin yang dipercayainya selama ini. Golongan yang bodoh ini muncul apabila membelakangkan ulama dalam jemaah Islam tetapi mengambil kesetiaan terhadap penentang syariat Islam. 

Munculnya golongan bodoh setelah wafatnya ulama dan ulama yang tersisa berada dalam kumpulan sedikit adalah merupakan tanda-tanda hari kiamat yang diriwayatkan dalam beberapa hadis berikut.

Dalam Ash-Shahiihain, dari Anas bin Malik radliyallaahu ‘anhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : 

من أشراط الساعة أن يُرْفَعَ العلم، ويَثْبُتَ الجهلُ.

Termasuk tanda-tanda hari kiamat adalah diangkatnya ilmu dan tetapnya kebodohan”.[1]

Al-Bukhari meriwayatkan dari Syaqiiq, ia berkata : “Aku pernah bersama ‘Abdullah dan Abu Musa. Mereka berkata : Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda :

إن بين يدي الساعة لأيَّاماً يُنزَلُ فيها الجهلُ، ويُرْفَعُ العلم.

Sesungguhnya menjelang hari kiamat kelak, akan ada hari-hari yang diturunkanya kebodohan dan diangkatnya ilmu”.[2]

Berkata Ibnu Baththaal rahimahullah :

وجميع ما تضمَّنَهُ هذا الحديث من الأشراط قد رأيناها، فقد نقص العلم، وظهر الجهل، وأُلْقِي الشحّ في القلوب، وعمّت الفتن، وكثرَ القتل.

Seluruh tanda-tanda tentang hari kiamat yang terdapat dalam hadits ini telah kita lihat. Sungguh, ilmu telah berkurang, kebodohan merajalela, sifat kikir telah dijatuhkan/dijangkitkan dalam hati (manusia), firnah telah tersebarnya, dan pembunuhan banyak terjadi”.[3]

Ibnu Hajar mengulas hal itu dengan berkata :

الذي يظهر أن الذي شاهده كان منه الكثير، مع وجود مقابله، والمراد من الحديث استحكام ذلك، حتى لا يبقى مما يقابله إلا النادر، وإليه الإشارة بالتعبير يقبض العلم، فلا يبقى إلا الجهل الصرف، ولا يمنع من ذلك وجودُ طائفة من أهل العلم، لأنهم يكونون حينئذ مغمورين في أولئك.

Yang nampak, tanda-tanda hari kiamat yang disaksikannya itu memang sudah banyak terjadi, bersamaan dengan adanya realiti yang sebaliknya. Dan yang dimaksud oleh hadits adalah dominannya hal-hal tersebut sehingga tidak tersisa hal yang tidak seperti itu melainkan sedikit. Inilah yang diisyaratkan oleh hadits dengan ungkapan : ‘diangkatnya ilmu’; tidaklah tinggal/tersisa kecuali hanyalah kebodohan. Namun hal itu tidaklah menghalangi untuk tetap adanya sekelompok ahli ilmu (ulama) di tengah umat, karena pada waktu itu mereka tertutup oleh dominasi masyarakat yang bodoh akan ilmu agama”.[4]
Diangkatnya ilmu terjadi dengan diangkatnya (diwafatkannya) para ulama, sebagaimana ditunjukkan dalam hadits ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radliyallaahu ‘anhuma, ia berkata : Aku telah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

إن الله لا يَقْبِضُ العلمَ انتزاعاً ينتزعُه من العباد، ولكنْ يقبِضُ العلم بقبض العلماء، حتى إذا لم يبقَ عالماً؛ اتَّخذ الناس رؤوساًَ جُهَّالا، فسُئِلوا ؟ فأفتوا بغير العلم، فضلّوا وأضلوا.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengangkat ilmu dengan sekali cabutan dari manusia. Namun Allah akan mengangkat ilmu dengan mewafatkan para ulama. Hingga ketika tidak tersisa lagi seorang berilmu (di tengah mereka), manusia mengangkat para pemimpin yang jahil. Mereka ditanya, dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Hingga akhirnya mereka sesat dan menyesatkan (orang lain)”.[5]

An-Nawawiy berkata :

هذا الحديث يُبَيِّنُ أن المراد بقبض العلم في الأحاديث السابقة المطلقة ليس هو محوُه من صدور حفَّاظه، ولكن معناه : أن يموتَ حملتُه، ويتخذ الناس جُهَّالا يحكمون بجهالاتهم، فيضلُّون ويُضِلُّون.

Hadits ini memberikan penjelasan akan maksud ‘diangkatnya ilmu’ - sebagaimana tertera dalam hadits-hadits secara mutlak – bukanlah menghapuskannya dari dada para penghapalnya. Namun maknanya adalah : wafatnya para pemilik ilmu tersebut. Manusia kemudian mengambil orang-orang bodoh yang menghukumi sesuatu dengan kebodohan mereka. Akhirnya mereka pun sesat dan menyesatkan orang lain”.[6]

Dan yang dimaksud dengan ‘ilmu’ di sini adalah ilmu mengenai Al-Kitab (Al-Qur’an) dan As-Sunnah, yang itu merupakan ilmu warisan para nabi ‘alaihis-salaam. Dan ulama adalah pewaris para nabi. Oleh karena itu, kepergian mereka sama dengan perginya ilmu, matinya sunnah, berkembangnya bid’ah, dan meratanya kebodohan.

Adapun ilmu keduniaan, maka itu merupakan tambahan. Bukanlah ia yang dimaksud dalam hadits-hadits, dengan alasan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam : “Mereka ditanya, dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Hingga akhirnya mereka sesat dan menyesatkan (orang lain)”. Kesesatan hanyalah terjadi karena kebodohan dalam agama. Dan ulama yang hakiki adalah ulama yang mengamalkan ilmu-ilmu mereka, mengarahkan dan menunjukkan umat ke jalan lurus dan petunjuk. Ilmu tanpa disertai amalan tidaklah banyak bermanfaat. Bahkan dapat menjadi bencana bagi pemiliknya. Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dengan lafadh :

وينقص العمل

Dan amal pun berkurang”.[7]

Berkata Al-Imam Muarrikh (ahli sejarah) Islam Adz-Dzahabi setelah menyebutkan sekelompok ulama : 

وما أوتوا من العلم إلا قليلاً، وأما اليوم؛ فما بقي من العلوم القليلة إلا القليل، في أناس قليل، ما أقل مَن يعمل منهم بذلك القليل، فحسبنا الله ونعم الوكيل.

Tidaklah mereka diberikan ilmu melainkan sedikit. Adapun hari ini, tidaklah tersisa dari ilmu-ilmu yang sedikit tersebut melainkan lebih sedikit lagi di tangan orang-orang yang jumlahnya sedikit pula. Dan betapa sedikit lagi orang-orang yang beramal dengan ilmu mereka yang sedikit itu. Hasbunallaahwani’mal-wakiil (Semoga Allah mencukupkan kita, dan Dia-lah sebaik-baik Pelindung)". [8]
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[1] Shahih Al-BukhariyKitaabul-‘Ilmi, Baab Raf’il-‘Ilmi wa Qabdlihi wa Dhuhuuril-Jahli (1/178 – bersama Fathul-Baariy) dan Shahih MuslimKitaabul-‘Ilmi, Baab Raf’il-‘Ilmi wa Qabdlihi wa Dhuhuuril-Jahli wal-Fitan fii Aakhiriz-Zamaan (16/222 – bersama Syarh An-Nawawiy).
[2] Shahih Al-Bukhari, Kitaabul-Fitan, Baab Dhuhuuril-Fitan (13/13 – bersama Fathul-Baariy).
[3] Fathul-Baariy (13/16).
[4] Fathul-Baariy (13/16).
[5] Shahih Al-Bukhariy, Kitaabul-‘Ilmi, Baab Kaifa Yaqbidlul-‘Ilm (1/194 – bersama Fathul-Bariy), dan Shahih Muslim, Kitaabul-‘Ilmi, Baab Raf’il-‘Ilmi wa Qabdlihi wa Dhuhuuril-Jahli wal-Fitan(16/223-224 – bersama Syarh An-Nawawiy). 
[6] Syarhun-Nawawiy li-Shahih Muslim (16/223-224).
[7] Shahih Al-Bukhariy, Kitaabul-Adab, Baab Husnil-Khuluq was-Sakhaa’ wa Maa Yakrahu minal-Bukhl (10/456 – bersama Fathul-Baariy).

Friday, October 1, 2010

Masjid Babri

TAPAK MASJID BABRI DIBAHAGI DUA

22 Syawal 1431 H | 1 Oktober 2010

NEW DELHI – Sebuah mahkamah India semalam memutuskan tapak Masjid Babri abad ke-16 di Ayodhya dibahagi dua dengan dua pertiga menjadi milik penganut Hindu dan satu pertiga untuk masyarakat Islam.Keputusan mahkamah itu disiarkan oleh stesen televisyen di negara itu.

“Semua tiga pihak iaitu Muslim, Hindu dan Nirmhoi Akhara (pertubuhan agama Hindu) diisytiharkan pemegang bersama hartanah dalam perbalahan itu,” kata Hakim S. U Khan dalam satu penghakiman yang disiarkan di laman web Mahkamah Tinggi Allahabad.

Masjid Babri yang dibina pada kurun ke-16 itu dimusnahkan penduduk Hindu pada 1992 sehingga mencetuskan rusuhan terburuk di India sehingga mengakibatkan 2,000 orang terbunuh.

Lebih 200,000 anggota polis dikerah di seluruh India semalam bagi membuat rondaan dan kawalan sebelum mahkamah membuat penghakiman.

Peguam Jawatankuasa Bertindak Masjid Babri, Zafaryab Jilani berkata, pihaknya akan membuat rayuan berhubung penghakiman itu.

“Kami tidak menerima formula satu pertiga itu dan kami akan (mengemukakan rayuan) ke Mahkamah Agung,” katanya. – Agensi

Thursday, April 29, 2010

Kes Tembak Mati Remaja: PDRM Diminta Beri Penjelasan

Oleh Haji Nasrudin Hassan

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) berasa kesal dengan tindakan seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati seorang remaja yang berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dalam satu kejadian yang berlaku di Seksyen 11, Shah Alam Selangor awal pagi kelmarin yang mana kejadian ini dapat dielakkan sekiranya pihak polis lebih berhati-hati dan profesional dalam menjalankan tugas

Remaja malang tersebut yang juga merupakan pelajar Sek.Men Seksyen 9, Shah Alam dikatakan cuba melarikan diri daripada sekatan polis menyebabkan polis melepaskan tembakan dari belakang dikepala yang mengakibatkan suspek mati serta merta ditempat kejadian.

Persoalannya, relevenkah tindakan pihak polis terhadap mangsa yang hanya berusia 15 tahun dan tidak bersenjata itu? Mengapakah pihak polis tidak memastikan dengan lebih teliti terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan yang drastik seperti ini? Bukankah pihak polis telah dilatih untuk menghadapi situasi seperti ini? Adakah ini sebagai jalan mudah pihak berkuasa dalam menjalankan tanggungjawab? Mengapa pihak polis didakwa cuba mengelak untuk memberitahu keadaan sebenar apabila ditanya oleh abang mangsa? Bagaimana dengan dakwaan bahawa rakan suspek yang menyerah diri telah dipijak dan dibelasah beramai-ramai oleh pihak polis?

Semua persoalan ini harus dijawab oleh PDRM secepat mungkin. DPPP mengesa agar siasatan secara terperinci dan telus dijalankan. Jangan hanya cepat bertindak sekiranya melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan jika melibatkan orang awam, banyak birokrasi yang berlaku. DPPP dengan ini mendesak agar pihak PDRM memberikan penjelasan berhubung insiden ini dan meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia umumnya dan keluarga mangsa khasnya jika didapati pihak polis cuai dalam menjalankan tugas dan tindakan tegas harus diambil. Dan semasa siasatan berlangsung, pegawai tersebut hendaklah digantung dari tugas tanpa gaji dan bukannya sekadar memindahkan pegawai tersebut ke lokasi lain

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Sunday, January 10, 2010

Bakar Gereja: Apa Agenda sebaliknya?

Tajuk tulisan Muhaimin Sulam, bekas pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat yang sekarang berada di England sangat menarik untuk di ambil perhatian. Kenyataan Menteri Dalam Negeri kemarin bahawa mungkin ISA akan di gunakan jika perlu berhubung pembakaran gereja juga perlu di perhatikan....

Setengah Juta RM Untuk Membakar
Jumaat pertama aku di UK ialah di sebuah chapel kecil Hospital Carmerthen. Sudah dua kali aku berbuka puasa di gereja St. Mary. Sebelum aku pergi demonstasi Palestin di London tahun lalu, aku dan keluarga pergi ke forum tentang Palestin di Unitarian Church, Swansea. Jika berkesempatan, kami mungkin akan solat terawih tahun ini di St. Helen Church yang telah dibeli untuk dijadikan sebuah masjid.

Minggu hadapan, kawan aku Adli akan berbincang dengan ketua paderi Univesiti of Wales untuk menyusun program dialog dengan mereka. Ia tiada kena mengena isu di Malaysia. Masjid Universiti aku pun sebenarnya adalah asalnya sebuah bangunan Chapel. Mungkin mereka begitu liberal atau aku sendiri semakin liberal.

Dalam peperangan sekalipun, gereja adalah tempat yang dilarang untuk dimusnahkan. Ini sudah termaktub dalam adab berperang dan diistiharkan dalam Konvesyen Geneva tentang perang.

Walau bagaimanapun memberikan sumbangan setengah juta RM kepada gereja yang dibakar boleh menyemarakkan api yang masih belum padam. Persembahan berita tentang isu ini hanya akan meneruskan agenda yang masih belum tamat. Ada banyak perkara lain yang perlu diutamakan selain daripada penyelesaian dengan duit.

Wednesday, November 4, 2009

Masjid RM3 Juta Bocor Sebelum Dirasmi

Dipetik drpd : http://www.buletinonline.net/

Batu Rakit, SETIU - Belum lagi dirasmikan, Masjid Lingai di sini, sudah menghadapi masalah siling bocor sehingga menyebabkan ada beberapa bahagian siling kapur di masjid berkenaan mulai tertanggal.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/masjidLingai.jpgMenurut penduduk, masjid itu mula dibina pada 2007 dengan kos kira-kira RM3 juta dan mula digunakan pada 1 Syawal lalu.

Mereka mendakwa, masalah siling bocor di masjid itu sudah dikesan berlaku sejak ia mula digunakan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, banyak kesan air hujan masuk melalui siling masjid dan ia menyebabkan beberapa bahagian silingnya mula menjadi hitam dan hanya menunggu masa untuk jatuh.

Seorang ahli kariah yang ingin dikenali sebagai Mohamad Abdullah berkata, setiap kali hujan lebat, air akan membanjiri bahagian luar ruang utama masjid melalui beberapa bahagian siling.

”Sebelum ini pernah berlaku kebocoran sehingga menyebabkan bahagian luar ruang utama masjid basah. Terbaru, pada minggu lalu ketika hujan lebat, beberapa keping siling kapur pula jatuh.

”Sebagai kariah di masjid ini, takkan kami hendak biarkan masjid ini begini sahaja. Malah, masalah ini tidak sepatutnya berlaku dengan nilai dan kos yang telah diperuntukkan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lingai, Nafi Baharim, 49, ketika dihubungi Sinar Harian mengakui berlakunya masalah siling bocor di masjid berkenaan.

”Perkara ini telah diajukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kami sudah mengenal pasti punca kebocoran yang berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, Nafi tetap bimbang jika masalah siling bocor itu tidak diatasi PBT dengan sebaik mungkin, tidak mustahil ia akan mengakibatkan kejadian lebih serius pada masa akan datang.

Followers