Showing posts with label DUN Batu Rakit. Show all posts
Showing posts with label DUN Batu Rakit. Show all posts

Thursday, September 24, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1436h

Hari raya korban tahun ni tergerak untuk buka laman blog yang sekian lama terbiar sepi ini. Pagi tadi selepas khutbah raya seperti biasa di Surau Pecah Rotan, sempat sembelih seekor lembu korban ahli jemaah.

Apa yang menarik pemilik lembu ini adalah seorang pemuda yang telah agak berusia tetapi masih bujang. Saban tahun dia berkorban satu bahagian daripada lembu yang di belanya sendiri, manakala bahagian selebihnya adalah untuk sesiapa sahaja yang mahu sertai terutama saudara mara dan sahabat handai dengan bayaran yang sangat minima.

Walaupun usia beliau telah menjangkau 37 tahun tetapi setiap kali di tanya soal kahwin beliau lebih senang mendiamkan diri tanpa respon apa-apa. Sehingga orang yang cuba membantu menemukan jodoh kepada beliau jadi putus asa lantaran sikap 'senyap' beliau berhubung soal tersebut.

Usahkan anak, isteripun belum ada, tetapi dengan panggilan mesra 'Pok Ya', beliau tidak pernah marah bahkan sentiasa tersenyum dan bersedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan beliau. Memang Pok Ya sejak zaman remaja lagi terkenal dengan rajin membantu orang. Sering menjadi 'mangsa' suruhan ahli jemaah surau untuk membantu apa sahaja kerja-kerja kebajikan.

Maka tidak pelek lah sekarang beliau di amanahkan sebagai Ketua Unit Amal DUN Batu Rakit dan AJK PASTI DUN. Dengan harapan PRU14 nanti PAS  kembali menang di DUN Batu Rakit, tugas-tugas Unit Amal menjadi semakin penting untuk memastikan gerak kerja kebajikan khususnya Khidmat Masyarakat dapat di gerkkan semaksima mungkin.

Sekarang saya sedang merisik seseorang untuk di jadikan teman hidup beliau. Harap ada respon segera supaya kehidupan beliau lebih teratur dan lebih bersemangat.


Monday, March 15, 2010

Hari Keluarga DUN 13 Mac 2010

Hari Keluarga PAS DUN Batu Rakit yang di adakan Sabtu kemarin mendapat sambutan begitu hangat sekali. Meskipun pada awalnya terdapat kebimbangan kerana pada hari tersebut terlalu banyak majlis kenduri kahwin ( musim cuti sekolah ), tetapi sambutan yang di berikan oleh ahli-ahli PAS tetap membanggakan.

Mungkin kerana telah begitu lama DUN Batu Rakit tidak mengadakan hari keluarga, menyebabkan masing-masing tertunggu-tunggu program tersebut dan mengenepikan sebarang halangan untuk turut sama menjayakan program yang sangat bermakna ini.

Ini adalah satu isyarat yang sangat kuat bahawa semangat penyokong dan ahli PAS masih menyala untuk memperkuatkan parti dan memastikan kemenangan perjuangan ini di masa akan datang.

Tahniah kepada AJK Panitia yang bertungkus lumus menjayakan program termasuk semua Pimpinan DUN dan Cawangan yang memberi kerjasama penuh daripada awal sehinggalah program berakhir.

Berikut beberapa keping gambar yang sempat di ambil oleh rakan-rakan....
Acara menaikkan bendera sambil nyanyian lagu resmi PAS sebelum ucapan perasmian oleh Ust Satiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.
Turut serta adalah beberapa orang anggota Unit Amal Dun.
Majlis di pengerusikan oleh Sdr Mohd Fadhol Ismail. Unit IT Penyelaras Pemuda DUN.

Pengarah program menyampaikan ucapan aluan.... Malangnya gambar ucapan perasmian Ust Saiful belum sampai lagi untuk di masukkan di sini.
Penyampaian hadiah oleh Pengarah MTD di hujung program
Antara penerokaan acara baru, Pertandingan azan antara surau dalam DUN Batu Rakit.
Pertandingan azan terdapat tiga kategori, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Malangnya gambar acara kanak-kanak sahaja yang ada.
Acara yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Lempar belon suami Isteri...
Ini di pihak isteri...
Acara biasa dalam sukanekalari dalam guni kanak-kanak perempuan.
Pertandingan memakai kain pelikat sebelah tangan
Urusetia pendaftaran sibuk di sebelah pagi...
Antara acara awal, pertandingan pakai kain pelikat.
Pertandingan mewarna diadakan dalam surau.

Masih banyak lagi acara yang di jalankan pada hari tersebut samada tidak di rakam, atau gambar belum lagi di hantar kepada saya untuk di masukkan di sini.

Antaranya acara muslimat, pertandingan memasak, menggubah dlln. InsyaAllah saya cuba abadikan di sini apabila gambar-gambar tersebut sampai pada saya nanti.

Followers