Friday, February 26, 2010

Maulidul Rasul


Hari ini adalah cuti umum sempena sambutan Maulidurrasul. Marilah sama-sama kita memperbaharui tekad dan azam untuk menjadikan Rasullullah itu sebagai ikutan sepanjang hidup kita.

Sebagai menunaikan Syahadah atau ikrar beserta pengakuan bahawa Allah sebagai tuhan, kita juga mengakui bahawa Nabi Muhammad adalah Utusan Allah yang akan kita turuti sunnah dan pengajaran baginda. Kita akan pertahankan pengakuan itu dan membuktikan dengan perjuangan untuk hidup dan mati kita beramal dengan Islam yang di ajarkan baginda.

Islam yang di ajar oleh Rasulullah adalah satu cara hidup yang sempurna bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga soal mentadbir dan memerintah dunia. Disaat kita mengingati kelahiran Baginda ini, marilah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh ( BERJIHAD ) untuk memastikan seluruh ajaran Islam itu di amalkan dalam kehidupan kita termasuk memastikan sistem pemerintahan negara yang mengurus kehidupan kita mengikut Syariat Islam yang di ajar oleh Baginda.

Wednesday, February 24, 2010

Hari Keluarga DUN Batu Rakit


InsyaAllah setelah lebih kurang 15 tahun tidak mengadakan Hari Keluarga DUN, pada 13 Mac ini pihak JKPR Batu Rakit akan menganjurkan program tersebut secara besar-besaran. Program ini akan melibatkan seluruh ahli dan penyokong PAS dalam DUN Batu Rakit termasuk Pemuda dan Muslimat semua peringkat umur. Persiapan dan promosi ke arah menjayakan Hari keluarga ini sedang giat di jalankan oleh AJK Panitia yang di lantik.

Kebetulan saya telah di amanahkan sebagai Pengarah kepada program yang akan di buat di Perkarangan Surau/ Markas Kg Tanjung Batu Rakit itu. Tentulah harapan yang sangat tinggi di letakkan supaya program besar seperti ini tidak akan mengecewakan peserta dan pengunjung untuk melihat kemeriahan dan pengisian yang bermakna buat mereka.

InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, mengikut aturcara yang telah di persetujui, perasmian akan di buat sebelah pagi oleh Ybgh Ust Satiful Bahri Mamat, Tim. Pesuruhjaya PAS Negeri dan majlis penutup dan penyampaian Hadiah akan di sempurnakan bersama oleh Ust Saharizukirnain A Kadir, Naib YDP PAS Kawasan Setiu di samping Ust Mohd Pauzi Muda, YDP Kawasan yang juga merupakan tuan rumah di DUN Batu Rakit.

Selain itu berbagai acara berbentuk kekeluargaan di sediakan seperti acara sukaneka dan motivasi keluarga muslim.

Tuesday, February 23, 2010

Semarakkan Semula Program Usrah


Antara keputusan yang di buat dalam mesyuarat DPPKS dua malam lepas adalah menyusun atur jadual Usrah semua peringkat pemuda di kawasan Setiu. Bermula Usrah AJK DPPKS yang akan di teruskan dengan jadual baru iaitu setiap khamis awal bulan, pemuda DUN pula setiap jumaat giliran 4 DUN. Minggu pertama DUN Batu Rakit, kedua Langkap, ketiga Permaisuri dan minggu terakhir DUN Jabi. Ketua Pemuda Kawasan dengan di bantu Ketua Lujnah Tarbiyyah akan menjadi Naqib kepada setiap usrah DUN tersebut.

Sementara cawangan pemuda pula di mulakan dengan cawangan gred A iaitu cawangan yang telah di lawati sepanjang bulan Disember dan Januari yang lepas. Cawangan gred A adalah cawangan yang mempunyai organisasi yang lengkap dan ada aktiviti. Setiap AJK DPPKS dan AJK DUN yang layak akan menjadi naqib kepada cawangan yang di tentukan oleh DUN masing-masing. Dalam mesyuarat akan datang akan di minta lapuran lengkap daripada DUN-DUN berkenaan jadual usrah dan naqib setiap cawangan tersebut.

Adalah di harapkan susulan yang lain akan di buat selepas ini daripada lujnah-lujnah yang lain bagi memantapkan cawangan-cawangan gred A ini. Sementara cawangan gred B akan di perkasakan selepas Mesyuarat Agung tahunan yang akan di adakan awal April nanti InsyaAllah.

Gerakan secara terancang ini di harapkan mampu untuk menghidupkan kembali cawangan pemuda di kawasan Setiu khususnya menjelang PRU ke 13 nanti InsyaAllah. Kawasan Setiu akan dapat di menangi kembali dan seterusnya PAS akan kembali menjadi kerajaan di negeri Terengganu. Itulah harapan besar yang di letakkan oleh setiap pencinta Islam untuk hidup di bawah naungan hukum Allah di bumi tercinta ini...

Saturday, February 20, 2010

Putar Belit Berita


Macam ada satu agenda yang sangat rapi untuk menjatuhkan reputasi Presiden PAS. Sebaik keluar berita kehebatan Tuan guru presiden menyelamatkan nyawa orang lemas di Pantai Rusila, serta merta Utusan Malaysia menyiarkan balik kenyataan Tuan Guru minggu sebelumnya ( bukan kenyataan barupun.. ) kononnya memuji UMNO.

Berita yang di putar belitkan itu pula di sambut dengan ulasan yang sangat provokatif oleh beberapa orang blogger pro PAS seolah-olah Utusan telah menjadi akhbar resmi PAS yang betul 100%.

Memandangkan lontaran batu api minggu lepas bersambut baik, maka Utusan meneruskan lagi dengan berita kononnya Presiden PAS membantah campurtangan Australia dalam kes Mahkamah Anwar Ibrahim. Tidak ada tujuan lain selain untuk memberi gambaran bahawa TG Presiden nak berbaik dengan UMNO. Itulah sahaja peluru yang mereka ada untuk menjatuhkan Presiden PAS. Tapi mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya tersilap peluru.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang di kenali oleh kawan dan lawan semenjak dahulu adalah orang yang sangat keras penentangannya terhadap UMNO. Mereka akan kecewa apabila di dapati nanti usaha mereka akan gagal, InsyaAllah..

Kalau sebelum ini, menjelang pemilihan 2009 mereka tumpukan serangan kepada Timbalan Presiden, kini mungkin telah masuk fasa seterusnya iaitu serangan diret kepada Presiden. Mungkin target Muktamar 2011, di mana pemilihan kepimpinan PAS semua peringkat akan di laksanakan.

Berita HARAKAH berkaitan.... sila klik

Utusan Malaysia putar belit Lagi Kenyataan Presiden PAS

Oleh: terengganukini
"Tidak cukup dengan memutar belit Kenyataan Presiden PAS dua hari yang lalu.Hari ini sekali lagi Utusan Malaysia meneruskan kerja jahat yang sama.

Dengan tajuk Kes liwat Anwar: Hadi selar anggota Parlimen Australia kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas merasmikan Perhimpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu, di Markas Tarbiyah PAS Kuala Ibai, jelas untuk terus melagakan pimpinan PAS itu dengan kompenan Pakatan Rakyat yang lain.

Keratan Akhbar Online.

Klip Video Sidang Media Presiden PAS
Bah. 1/2

Sunday, February 14, 2010

Keroh Dalam berjemaah


Oleh Ustaz Izwan

1) Saya teringat ungkapan "Kekeruhan dalam jamaah, lebih baik dari kejernihan ketika bersendirian".

2) Bila berada dalam jamaah, kita tidak lari dari pelbagai masalah. Yang penting bagaimana kita mengurus masalah itu, agar ianya tidak menjadi beban untuk kita terus bergerak.

3) Di antara punca ahli gerakan Islam futur(tercicir) dalam perjuangan Islam, apabila tidak sanggup menghadapi masalah, tidak sabar dengan kerenah ahli yang ada, dan mengambil tindakan bersendirian tanpa merujuk keputusan jamaah.

4) Oleh itu, ukhuwwah perlu menjadi sebati dalam diri ahli gerakan Islam. Bila sahabat diumpat, sanggup menafikan umpatan yang tidak benar.

5) Serendah-rendah nilai ukhuwwah ialah bersangka baik, manakala yang paling hebat-al-Ithar, iaitu melebihkan diri sahabat berbanding dirinya sendiri.

6) Manis dalam berjuang apabila ahli gerakan Islam bersatu hati, tiada dengki dan khianat serta semua kerja dipikul bersama. Bahkan umpama madu, bila kesalahan diri dicerminkan oleh sahabat melalui nasihat yang berhikmah. Pahit dalam gerakan Islam ialah segala macam konflik dalaman dan apabila ada yang merasakan dirinya sempurna dan tidak boleh ditegur.

7) Kunci kepada istiqamah dalam perjuangan ialah sabar dan thabat di atas apa jua yang melanda, kerana pastinya setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.

Saya ambil artikel ni di sini.

Wednesday, February 10, 2010

Permit Himpunan


Hari ni saya telah di minta oleh pihak polis ke Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan tanpa permit. Jika gagal hadir, perintah tangkapan akan di keluarkan. Begitulah mengikut surat yang di hantar kepada saya seminggu yang lepas.

Saya sendiri tidak tahu perhimpunan manakah yang di maksudkan oleh pihak polis. Mengikut kenyataan surat tersebut, saya perlu memberi kenyataan berhubung satu report yang di buat di Balai Polis Batu Rakit. Tarikh report tidak di sebut.

Seingat saya banyak perhimpunan yang saya hadiri. Tak pasti samada perhimpunan itu ada permit atau tidak. Semenjak lepas PRU Mac 2008 yang lepas urusan permit di DUN saya telah di serahkan kepada orang lain yang menguruskan setelah saya tidak lagi bertugas di Pejabat DUN. Untuk perhimpunan di tempat lain, lebih-lebih lagilah saya tidak mengetahui samada mempunyai permit atau tidak.

Samaada berpermit atau tidak, saya rasa bertanggung jawab untuk menjayakan apa-apa perhimpunan. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang tanggung jawab kita sebagai rakyat dan ummat Islam tentang perlunya perubahan berlaku kearah kehidupan yang lebih baik. Samaada berhubung soal ekonomi, lebih-lebih lagi berhubung soal keselamatan agama dan akidah sebagai orang Islam. Saya akan berusaha untuk hadir, samaada sebagai pengisi program himpunan, mahupun sebagai penyokong untuk meramaikan himpunan tersebut.

Walaupun di katakan ada akta polis yang melarang himpunan tanpa permit, tetapi di sana ada juga jaminan di dalam perlembagaan negara berhubung soal kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan sebagai seorang rakyat dalam negara yang di katakan merdeka ini.

Salah ke jika kita sebagai warganegara berusaha menyelamatkan harta rakyat yang di rompak dan di bazirkan sebegitu banyak oleh mereka yang berkuasa pada hari ini. Atas nama pembangunan kononnya, mereka rompak duit rakyat dengan peruntukan projek yang tak masuk akal. Mereka meletakkan harga berlipat kali ganda berbanding kos sebenar projek yang di buat. Wang rakyat yang sepatutnya mampu menyelesaikan masalah rakyat, mengalir kepada dua tiga kerat mereka yang menguruskan projek pembangunan.

Amat menyedihkan apabila melihat projek yang menelan ratusan juta RM yang habis begitu sahaja dengan tiada langsung manfaat yang di perolehi rakyat. Projek monsoon cup, Masjid Kristal Pulau Wan Man, Stadium runtuh dan sebagainya lagi yang menelan belanja ratusan juta setiap satu.

Berapa ramai antara kita yang berpendapatan kurang daripada RM50,000 setahun. Apatah lagi bagi yang pendapatan kurang daripada RM 1000 sebulan ( sekitar 10,000 sahaja setahun ). Tentulah wang ratusan juta itu terlalu banyak bagi kita. Tetapi wang yang begitu banyak di agihkan hanya kepada beberapa orang kemudian di buang begitu sahaja menjadi gajah puteh di Pulau Duyung, Pulau Wan Man. Sementara stadium dan sebagainya lagi runtuh dan rosak akibat di bina tidak mengikut spesifikasi yang betul untuk kos yang kecil, sedangkan keuntungan kos sepatutnya pun telah berlipat kali ganda.

Isu Akidah dan keruntuhan moral serta akhlak rakyat jangan di ceritakan lagi lah. Kadar perceraian yang sangat tinggi bagi pasangan yang baru berkahwin sebagaimana kenyataan tim. EXCO kerajaan baru ni sudah cukup memberi gambaran betapa parahnya masaalah sosial masyarakat kita. Masalah sosial berpunca daripada masaalah akidah. Apabila pemerintah menjadikan kebendaan sebagai asas pentadbiran, soal hukum hakam agama tidak lagi di pandang penting.

Rakyat di ajar dengan rasuah. Cukup hanya dengan tiga empat ratus ringgit seorang untuk mengekalkan sokongan kepada mereka, lalu mereka membiarkan rakyat hidup mengikut kemahuan dan kehendak masing-masing. Tidak ada undang-undang yang mengawal akhlak mereka, akidah mereka dan agama mereka.

Jenayah semakin bertambah. Walaupun rekod jenayah yang di keluarkan oleh polis sekian-sekian banyak, tetapi realiti dalam masyarakat, kadar jenayah jauh lebih tinggi berbanding rekod yang di keluarkan oleh polis. Polis hanya menyatakan rekod yang di adu dan di siasat oleh mereka. Sedangkan berapa banyak lagi jenayah yang di biarkan begitu sahaja samada tidak di adu atau tidak di siasat meskipun di buat aduan.

Saya pernah menulis sebelum ini berkenaan polis disini , disini dan disini.

Semua itu menjadikan saya terpanggil untuk menyedarkan masyarakat yang terdiri daripada kaum keluarga dan bangsa saya untuk sedar dan kembali semula kepada ajaran Islam yang menjadi agama yang akan menyelamatkan kita samaada kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi menyelamatkan kita di akhirat nanti..

Saturday, February 6, 2010

KETUA PEMUDA LAWAT RUMAH MANGSA KEBAKARAN



Kuala Terengganu, 31 Januari-Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu , yang juga Adun Bukit Payung, meluangkan masa jam 2 petang semalam untuk melawat rumah mangsa kebakaran AJK Pas Seberang Baruh, Nik Ahmad Kamil di kampungnya Seberang Baruh Kiri.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.45 pagi memusnahkan keseluruhan tingkat atas rumah terbabit. Kata tuan rumah, Nik Ahmad Kamil, ketika kejadian, beliau berada di tingkat bawah manakala anak perempuannya berada di salah satu bilik di tingkat atas. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dicatatkan.

Kebakaran dipercayai berlaku akibat litar pintas dari bilik salah seorang anak lelakinya yang ketika itu tiada di rumah.

Ustaz Mohd Nor mengambil kesempatan itu untuk menyampaikan sedikit sumbangan kewangan sebagai mewakili Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyampaikan sumbangan , boleh berbuat demikian dengan menghubungi saudara Wan Mohd Faizul di talian 0139277330 atau terus masukkan sumbangan ke akaun bank Dana Ta'awun DPPNT Maybank Islamic bernombor 563064113837. Sila maklum kemasukan sumbangan tuan puan kepada ustaz Nazari ( ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPPNT ) di talian 019 9108432 ( atau hantar sms butiran kemasukan sumbangan " Kebakaran 31 Jan" dengan menyatakan jumlah, tarikh dan tempat-cawangan bank ).

Melayu Ke Mamak Yang Tunjuk Perasaan Ni?

mamak kacukan melayu ka dia ni?

Bukan setakat bakaq 'roti nan', dengan memorandum sekali 'hangus' depa bakaq..tu diaa, bila dah marah, 'mamak' mestiiii...marii !! kah..kah..kah !

pandikar gunung keriang
- Kononnya selepas solat Jumaat tadi, sekumpulan kecil jemaah yang kebanyakannya terdiri dari mamak Penang yang perasan diri mereka Melayu telah mengadakan demonstrasi di sebuah masjid India Muslim di Jalan Macalister, Georgetown. Mereka mengadakan tunjuk perasaan kononnya kerana membantah layanan tidak mesra Kerajaan Negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Gan Kong Meng. Penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk, yang antaranya berbunyi: "Lim Guan Eng, jangan uji kesabaran kami.
Melayu adalah tuan negeri ini!."

Penunjuk-penunjuk perasaan yang bernaung di bawah sebuah NGO yang menamakan diri mereka Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim telah menyampaikan ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng.

Beberapa perkara yang membuatkan saya tergelak mengenai demonstrasi ini ialah pertamanya, kebanyakan yang hadir ialah dari kalangan Mamak Penang yang membantah layanan tidak mesra kerajaan negeri terhadap kaum Melayu.

Presiden DPMPP itu pun dari namanya sudah boleh teka dia Melayu atau Mamak. Tapi tak apalah jika ramai Mamak simpati dengan orang Melayu, kerana itu hak mereka. Lagi pun apalah salahnya jika Mamak (saya pun ada darah Mamak Penang juga!) perasan diri mereka Melayu?

Kedua yang membuat saya tergelak ialah bila penunjuk perasaan itu membawa sepanduk "Melayu adalah tuan negeri ini". Yang membuat saya rasa kelakar ialah mereka yang berkata tuan negeri Pulau Pinang adalah orang Melayu, tapi Ketua Menterinya sejak 50 tahun dulu belum pernah seorang pun Melayu.

Ketika UMNO menguasai majoriti kerusi Pulau Pinang pun, Melayu tidak pernah jadi Ketua Menteri, apa lagilah kini bila DAP menguasai majoriti kerusi. Mengapa orang-orang ini tidak pernah berjuang untuk menjadikan Melayu sebagai Ketua Menteri sejak 50 tahun dulu? Lawak sungguh!


Ketiga, yang membuat saya tergelak ialah polis boleh pula keluarkan permit untuk tunjuk perasaan itu! Kalau yang minta kerajaan yang menguasai negeri itu (PR), bukan main susahnya nak dapat permit. Mentang-mentanglah yang minta tu NGO yang nama pun tak pernah dengar, terus saja bagi. Lawak...lawak

Sumber Disini

Wednesday, February 3, 2010

Penjelasan Pengerusi J/K Disiplin PAS


Ulasan Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung keputusan JK Disiplin parti yang cuba di kelirukan ......


Mudah-mudahan sedikit sebanyak menambahkan kepada kita bahan untuk menilai apa yang sedang berlaku kepada perjuangan yang penuh mehnah ini.

Followers