Showing posts with label Lawatan. Show all posts
Showing posts with label Lawatan. Show all posts

Sunday, November 28, 2010

Musafir Ke Kota Bharu


Khamis lepas seharian berkunjung ke Expo Cheng Ho di Kota Bharu. Sebagaimana kenyataan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang mengatakan Expo tersebut berjaya, saya juga turut merasakan demikian.

Ia berjaya menarik ramai pengunjung. Penuh sesak tapak Expo dengan orang ramai pada hari tersebut. Kejayaan terbesarnya adalah menaikkan emej Kerajaan Negeri dan PAS di mata kaum lain khususnya kaum China. Saya dapati ramai orang China yang mengunjungi Expo tersebut tanpa rasa kekok. Apatah lagi bila di pamerkan sejarah kehebatan pelayaran Cheng Ho yang beragama Islam. Ia boleh membuka minda masyarakat China yang mungkin sebelum ini tidakpun mengetahui bahawa tokoh Tanah Besar China tersebut beragama Islam.

Pagi Jumaat pula sempat mengikuti kuliah di Medan Ilmu yang di sampaikan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz. Seperti biasa biarpun kuliah beliau tidak begitu panjang, tetapi banyak benda yang boleh di kutip sebagai mutiara pegangan hidup. Lebih-lebih lagi Tuan Guru baru sahaja pulang dari menunaikan Fardhu Haji dan turut sama mengajak hadirin melaungkan talbiah pada pagi tersebut.

Selepas kuliah dan menikmati ayam goreng RFC di Mall baru dekat Pasar Besar Siti Khadijah, saya bertolak pulang dengan puas meskipun ada yang dihajati dalam misi ke Kota Bharu pada kali ini tidak berhasil...

Thursday, May 27, 2010

Lawatan DPPKS Ke Pulau Redang


Kami akan bertolak jam 3 petang ini dari jeti Merang. Mengikut jadual sebelum rombongan seramai 15 orang ini masuk ke perkampungan penduduk, kami akan singgah dulu di Taman Laut untuk bersantai dan menikmati keindahan pantai di Pulau Redang.

Pada malamnya satu ceramah umum akan diadakan. Poster telah di tampal merata-rata di sekitar perkampungan dan jeti Pulau Redang. Ceramah akan di sampaikan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ketua Pemuda PAS Terengganu yang akan bersama rombongan kami.

Namun entah di sengajakan atau kebetulan, sebentar tadi saya mendapat panggilan daripada orang Pulau memaklumkan bahawa bekalan elektrik di Pulau telah terputus. Mengikut kebiasaannya jika bekalan terputus pada hari khamis begini, ia akan mengambil masa 2 hari barulah dapat di baiki. Ini bermakna hari sabtu barulah elektrik akan ada semula.

Beberapa bulan lepas rombongan daripada DUN Batu Rakit yang mengadakan ceramah di sana juga cuba di sabotaj oleh UMNO dengan mengadakan majlis ceramah berdekatan dengan tempat ceramah kami. Program yang di adakan secara tiba-tiba itu adalah bertujuan menghalang penduduk daripada mendengar penerangan yang di sampaikan penceramah kita.

Mengikut cerita beberapa minggu selepas itu anggota polis yang cuba menghentikan majlis UMNO yang di adakan tanpa permit tersebut ( Ceramah PAS mendapat permit polis ) telah di tukar ke tempat lain.

Jadi apabila berlaku terputusnya bekalan elektrik sebagaimana di maklumkan sebentar tadi, hanya beberapa jam sebelum kami bertolak, ia memberi satu persepsi bahawa ada kemungkinan terdapat usaha untuk menghalang kedatangan rombongan Pemuda PAS Setiu daripada bertemu dengan penduduk Pulau.

Bagaimanapun mungkin ia adalah secara kebetulan sahaja. Kami akan buat keputusan sebentar lagi. Jika ada kemudahan untuk menggunakan generator, program akan di teruskan InsyaAllah.

Pulau Redang adalah salah satu UPU dalam DUN Batu Rakit. Terdapat lebih kurang 600 pengundi

Thursday, December 10, 2009

Lawatan Ke Cawangan


Setelah bertangguh beberapa bulan, bermula awal minggu ini program turun ke cawangan-cawangan kategori A bermula. Kategori A adalah cawangan yang mempunyai organisasi yang lengkap dengan pengurusan yang baik.

Cawangan Kg Che Long, DUN Permaisuri menjadi cawangan pertama di lawati pada Isnin yang lepas. Alhamdulah objektif lawatan di buat boleh di katakan berjaya walaupun hanya 5 orang wakil AJK Dewan Pemuda Kawasan yang hadir.

Pada hari ini kami akan turun pula ke cawangan Chalok Barat, DUN Langkap di ikuti esok ke cawangan Gong Pasir, Jabi dan seterusnya cawangan-cawangan lain selepas ini.

InsyaAllah siri lawatan ini akan di teruskan dengan cawangan gred B pula iaitu cawangan yang kurang lengkap pembentukan organisasi tetapi mempunyai ahli-ahli pemuda yang ramai. Cawangan sebegini kebiasaannya tidak mempunyai pemimpin yang mampu menguasai pemuda di cawangan tersebut. Atau dalam bahasa kampungnya tidak mempunyai 'kepala' untuk melaksanakan aktiviti kepemudaan.

Matlamat sessi ini yang kita gariskan sewaktu brainstorming baru-baru ini adalah untuk memastikan organisasi pemuda semua peringkat di perkemaskan sebaik mungkin bagi melancarkan gerakan lebih berkesan khususnya untuk menghadapi PRU 13 yang kemungkinan di adakan pada sessi akan datang iaitu 2013.


Followers