Showing posts with label PAS Trg. Show all posts
Showing posts with label PAS Trg. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Jutaan terima kasih daripada Pengarah PGU 5.0

Marang : Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Pengarah Program Pas Ganti Umno (PGU) 5.0 di DUN Jabi Setiu, hari ini menzahirkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang terlibat menjayakan program tersebut.


Beliau mendedikasikan ucapan terima kasih itu kepada PAS Kawasan Setiu sebagai tuan rumah, petugas-petugas PAS dari pelbagai lapisan pangkat dan semua ahli PAS dan PR dari seluruh pelusuk Terengganu.
“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Kawsan Setiu dan seluruh jentera yang telah bersusah payah mengembeling tenaga bagi menjayakan program ini.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan kariah Masjid Pekan Jabi diatas kerjasama yang telah diberikan. Kami memohon kemaafan sekiranya ada kelemahan kami sewaktu program ini berlangsung.
Juga kepada pasukan keselamatan yang membantu melicinkan perjalanan program ini,” katanya.
Ustaz Mohd Nor sangat berpuashati dengan perjalanan PGU 5.0 ini secara keseluruhannya dan tidak menolak kemungkinan akan ada lagi PGU seterusnya sekiranya tiada pilihanraya umum selepas oktober ini.
Ditanya mengenai kemasukkan tiga orang tokoh dalam program itu semalam, beliau menyatakan ianya adalah isyarat jelas PAS diterima oleh semua lapisan masyarakat.
“Kemasukan Tengku Paduka (Tengku Ibrahim) ini jelas memperakui bahawa PAS menjulang institusi istana apabila kerabat diraja sanggup bersama-sama PAS.
Manakala penyertaan saudara Amzad yang mewakili golongan profesional ke dalam PAS ini sebenarnya menzahirkan keyakinan mereka iaitu PAS layak memerintah dan memimpin.
Jadi tuduhan PAS parti ajaran sesat telah memberikan kesan positif bukan kepada Umno tetapi kepada PAS dimana golongan cerdik pandai malah yang dalam Umno sendiri seperti Datuk Osman, tahu bahawa tuduhan itu hanyalah bohong,” tegas beliau lagi.
Semalam dalam program PGU 5.0 itu tiga orang tokoh anak Terengganu telah mengisytiharkan diri menyertai PAS.
Mereka ialah Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim ibni al Marhum Sultan Ismail Nasirudin Shah atau lebih dikenali sebagai Ku Duka dikalangan rakyat Terengganu.
Beliau pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 mewakili Parti Melayu Semangat 46 ketika itu.
Tokoh kedua ialah Datuk Osman Abu Bakar bekas wartawan utusan dan pegawai akhbar di Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas kepada tiga menteri pertahanan iaitu Tan Sri Taib Mahmud, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir Mohammad.
Ketiga, seorang profesional muda, saudara Ahmad Amzad bin Mohammad@Hashim, Pengerusi Eksekutif Norstar Technology Pulau Pinang dan juga bekas Pengarah Urusan di MSET Shipbuilding Corperation Sdn. Bhd.
Mereka menyerahkan borang keahlian mereka kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disaksikan oleh Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali dan saf kepimpinan PAS Terengganu.

Wednesday, April 25, 2012

Demontrasi Tanah Rakyat; Lima Memorandum DiSerah Kepada MB

 















KUALA TERENGGANU - Perasaan marah rakyat negeri Terengganu semakin 'meluap-luap' khususnya kepada Menteri Besar (MB), Dato’ Seri Ahmad Said terutama dalam isu-isu tanah rakyat yang dinafikan dan dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Hampir 10,000 rakyat di seluruh negeri berkumpul serta berhimpun secara aman bermula di Padang Majlis Berbandaran Kuala Terengganu (MBKT) dan berarak ke bangunan pentadbiran kerajaan Wisma Darul Iman.

Lima memorandum rakyat  telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Dato’ Seri Ahmad di Wisma Darul Iman, dekat sini, pada Selasa 24 April.

Antaranya, Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang, Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas.

Mereka dibawa bertemu dengan Ahmad yang diiringi oleh Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berhenti rehat sekitar jam 11.00 pagi.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid bersama Adun PAS yang lain turun ‘padang’ bagi menyambut wakil-wakil jawatankuasa tanah berkenaan yang ‘tersekat’ di pintu masuk Wisma Darul Iman.

Tinjauan mendapati ribuan rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Manakala, di hadapan pintu masuk Wisma Darul Iman, rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut menaikan slogan-slogan mengutuk tindakan Umno-BN yang ‘merampas’ tanah rakyat.

Slogan ‘Kami Bantah Rampas Tanah SRIDB’, ‘Kembalikan Tapak Anak Yatim Kami’, ‘Kami Bukan Perompak dan Penjenayah’ dan ‘Kenapa Rampas Hak Kami’ serta banyak lagi dipamerkan oleh para peserta terbabit.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, kerajaan Umno-BN Terengganu ini zalim dan khianat terhadap rakyat sendiri.

“(Tanah) Sekolah rendah yang dirampas oleh kerajaan yang kita rasa amat terkilan, tanahnya dua ekar diluluskan oleh MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) tetapi dirampas (tinggal) seekar,

“yang kedua melibatkan tanah (RTB) Kubang Labi, Kampung Banggol Permairsuri, melibatkan tanah yang diambil untuk I-SHARP tanah yang melibatkan hak orang kampung turut dirampas,

“yang ketiga melibatkan petani (padi) di Kampung Jelapang (Setiu) melibatkan lebih seratus orang yang diusahakan oleh orang kampung,”ujarnya dalam sidang media selepas pennyerahan memorandum tersebut.

Beliau berkata, turut diserahkan adalah memorandum yang melibatkan projek jalan dan jambatan Kampung Jeram yang termasuk tanah penduduk Kampung Banggol Donas yang diambil tanpa dibayar pampasan.

Dalam kes Kampung Banggol Donas, beliau menyelar tindakan kerajaan yang mennafikan hak rakyat seolah-olah sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja.

“Projek lebuhraya yang masuk kampung Banggol Donas tanpa dibayar pampasan dan kelulusan, terus dia masuk (buat projek), ini ada penafian hak rakyat seolah-olah kerajaan sebagai pemerintah dia boleh lakukan apa sahaja,

“(dan) rakyat tidak patut membiarkan begitu sahaja,”tegasnya.

Memorandum yang kelima, menurut Ustaz Satiful adalah melibatkan tanah generasi kedua peneroka Felda yang diserahkan kepada FGVH (Felda Global Venture Holding) yang akan diapungkan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.

Katanya dengan tindakan tersebut menyebabkan bepuluh ribu ekar aset rakyat negeri Terengganu akan hilang begitu sahaja

Hadir sama ketika penyerahan memorandum rakyat kepada Ahmad adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Friday, February 10, 2012

Kesesatan UMNO


Ceramah Oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu di Kg Tanjung Batu Rakit pada 9 Feb 2011

Followers