Showing posts with label Hari Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Hari Keluarga. Show all posts

Friday, January 31, 2014

Hari Keluarga Pimpinan DUN Batu Rakit

Hari Keluarga Pimpinan DUN Batu Rakit terdiri AJK DUN. Pemuda, Muslimat, Guru-Guru PASTI DUN dan AJK Harian Cawangan-Cawangan bersama Keluarga masing-masing.

Diadakan pada 25 Januari 2014 bertempat di Taman Rekreasi Pantai Merang. 

 Unit Amal yang mengendalikan acara sukan kanak-kanak
 Lempar objek ke dalam bakul

 Sessi Taaruf muslimin
 Sessi Taaruf Muslimat

 Dua adik beradik veteran dalam pimpinan PAS Batu Rakit pada sessi taaruf
 Para paserta dan petugas program
Rebut kerusi kanak-kanak lelaki
 Rebut kerusi kanak-kanak perempuan
 Bersedia menyertai acara-acara sukan
 Muslimat bersama dengan anak-anak...
 Dalam sessi taaruf
 Acara yang mendapat perhatian. Beradu kekuatan berkumpulan menolak kereta

 Acara remaja muslimat
 Cabutan bertuah
 Bola beracun muslimin
 Lagi tolak kereta
 Pertandingan pakai kain pelikat sebelah tangan
 Pengerusi DUN pun dapat cabutan bertuah
 Lari dalam guni
 Wakil kumpulan yang menang keseluruhan

Santai pada acara penutup dan penyampaian hadiah..

Monday, March 15, 2010

Hari Keluarga DUN 13 Mac 2010

Hari Keluarga PAS DUN Batu Rakit yang di adakan Sabtu kemarin mendapat sambutan begitu hangat sekali. Meskipun pada awalnya terdapat kebimbangan kerana pada hari tersebut terlalu banyak majlis kenduri kahwin ( musim cuti sekolah ), tetapi sambutan yang di berikan oleh ahli-ahli PAS tetap membanggakan.

Mungkin kerana telah begitu lama DUN Batu Rakit tidak mengadakan hari keluarga, menyebabkan masing-masing tertunggu-tunggu program tersebut dan mengenepikan sebarang halangan untuk turut sama menjayakan program yang sangat bermakna ini.

Ini adalah satu isyarat yang sangat kuat bahawa semangat penyokong dan ahli PAS masih menyala untuk memperkuatkan parti dan memastikan kemenangan perjuangan ini di masa akan datang.

Tahniah kepada AJK Panitia yang bertungkus lumus menjayakan program termasuk semua Pimpinan DUN dan Cawangan yang memberi kerjasama penuh daripada awal sehinggalah program berakhir.

Berikut beberapa keping gambar yang sempat di ambil oleh rakan-rakan....
Acara menaikkan bendera sambil nyanyian lagu resmi PAS sebelum ucapan perasmian oleh Ust Satiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.
Turut serta adalah beberapa orang anggota Unit Amal Dun.
Majlis di pengerusikan oleh Sdr Mohd Fadhol Ismail. Unit IT Penyelaras Pemuda DUN.

Pengarah program menyampaikan ucapan aluan.... Malangnya gambar ucapan perasmian Ust Saiful belum sampai lagi untuk di masukkan di sini.
Penyampaian hadiah oleh Pengarah MTD di hujung program
Antara penerokaan acara baru, Pertandingan azan antara surau dalam DUN Batu Rakit.
Pertandingan azan terdapat tiga kategori, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Malangnya gambar acara kanak-kanak sahaja yang ada.
Acara yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Lempar belon suami Isteri...
Ini di pihak isteri...
Acara biasa dalam sukanekalari dalam guni kanak-kanak perempuan.
Pertandingan memakai kain pelikat sebelah tangan
Urusetia pendaftaran sibuk di sebelah pagi...
Antara acara awal, pertandingan pakai kain pelikat.
Pertandingan mewarna diadakan dalam surau.

Masih banyak lagi acara yang di jalankan pada hari tersebut samada tidak di rakam, atau gambar belum lagi di hantar kepada saya untuk di masukkan di sini.

Antaranya acara muslimat, pertandingan memasak, menggubah dlln. InsyaAllah saya cuba abadikan di sini apabila gambar-gambar tersebut sampai pada saya nanti.

Followers