Showing posts with label Bagan Pinang. Show all posts
Showing posts with label Bagan Pinang. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

Perutusan Presiden PAS

Kenyataan Media Presiden PAS berhubung kekalahan di Bagan Pinang. Sila Klik di sini

Selepas PRK Bagan Pinang...

Telah 3 hari berlalu PRK Bagan Pinang dan keputusan telah di maklumi semua. Kekalahan dalam mana-mana Pilihanraya kepada PAS bukanlah suatu yang pelik pun. Lebih-lebih lagi pilihanraya kecil dan lebih-lebih lagi di Negeri Sembilan yang PAS tak pernah menang sebelum ini.

Namun selepas PRU 12, setelah anak sulung kemenangan PAS di DUN Paroi melalui YB Taufek, PRK Bagan Pinang semacam memberi satu harapan untuk di teruskan momentum kebangkitan PAS di negeri tersebut.

Walau bagaimanapun PRK yang baru berlalu memberi satu ingatan bahawa bukan semudah itu kemenangan boleh di capai di negeri selatan yang berakar umbi dan di dominasi UMNO sekian lama. Lebih-lebih lagi calon UMNO pula bukanlah sembarangan tokoh yang boleh di perkecilkan.

Selepas keputusan di umumkan telah begitu banyak ulasan di buat oleh pelbagai pihak. Tentunya secara rasmi PAS Pusat juga akan membuat postmortem dan akan mengumumkan antara hasil yang di capai. Banyak faktor kekalahan kita yang di perkatakan samada oleh pemimpin serta penyokong UMNO mahupun oleh pimpinan dan penyokong kita sendiri melalui pelbagai media massa.

Di sini saya tidak berhasrat untuk memanjangkan ulasan punca kekalahan samada luaran ataupun dalaman. Dari luaran sememangnya bukan suatu yang pelik apabila musuh akan melakukan apa sahaja untuk mengalahkan kita meskipun melanggar undang-undang atau tatasusila, kerana dasar UMNO itu sendiri yang bersumberkan sikular yang tidak perlu merujuk kepada agama mahupun adat untuk melakukan apa-apa tindakan.

Dari segi dalaman pula, selagi pergantungan dengan Allah tidak mantap, kita akan bergantung dengan kekuatan makhluk atau material yang tidak seberapa. Kita akan kalah dan menang mengikut keadaan, bukan mengikut kebenaran Islam yang kita perjuangkan.

Apa yang ingin saya singgung disini adalah tentang gambaran masyarakat di Bagan Pinang khususnya dan umum masyarakat melayu / Islam di negara kita sekarang.

Melihat gambar-gambar yang terpapar di blog-blog mereka yang mengulas PRK, terutama gambar hari mengundi ahad lepas, amat merunsingkan fikiran. Apa yang membuatkan saya termenung adalah apabila melihat gambar anak-anak muda yang masih bersekolah serta remaja yang bakal menentukan pembentukan masyarakat Malaysia di masa depan. Penampilan mereka, pakaian mereka, akhlak dan tutur kata mereka.... sama ada lelaki atau wanita, bentuk masyarakat apakah yang mahu di bina oleh pemerintah sekarang untuk generasi akan datang.

Kontinjen Terengganu yang turun membantu di UPU Telok Kemang di tempatkan di Masjid Lama yang di jadikan surau. Kami makan dan tidur di masjid itu. Sepanjang berada di masjid itu kami di maklumkan hanya tiga orang sahaja penduduk tempatan yang berjemaah disitu. Bahkan di hari-hari biasa hanya seorang dua sahaja yang datang untuk berjemaah. Bukan saja di masjid lama itu, bahkan masjid baru yang tersergam besar berhampiran itupun, ketika hari biasa tidak lebih 5 orang sahaja jemaah yang bersolat waktu. Cacatan seorang blogger yang saya baca di blog Al Banjari mungkin boleh memberi gambaran lebih jelas tahap agama masyarakat Bagan Pinang secara umumnya.

Jika inilah masyarakat yang ada, apakah pelik apabila kita tawarkan Islam kepada mereka berbanding UMNO yang menawarkan kebendaan yang menipu itu, maka mereka memilih untuk menolak tawaran kita.......

Thursday, October 8, 2009

InsyaAllah Ke Bagan Pinang Lagi.....

Pagi tadi saya terima sms memaklumkan peristiwa yang berlaku malam tadi di Markas Induk Pemuda di Bagan Pinang. Sms tersebut secara jelas adalah forward daripada Ketua DPPP mengarahkan seluruh pemuda datang membantu jentera parti di sana.

Saya menghubungi beberapa sahabat dan mengarahkan pemuda-pemuda dun supaya bersiap sedia dan berusaha seramai mungkin untuk pergi ke Bagan Pinang menjelang hari mengundi.

Berikut adalah petikan kenyataan Media yang di buat oleh DPPP di Ibu Pejabat PAS tengahari tadi.....

Ekoran kejadian tersebut juga, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Untuk Kenyataan penuh yang di siarkan dalam Harakahdialy, sila klik di sini.

InsyaAllah petang ini saya dan sahabat-sahabat pemuda Setiu akan bertolak menyahut seruan tersebut..... Allahu Akbar!

PRK Bagan Pinang: Ulasan Presiden

Tuesday, October 6, 2009

Catatan PRK Bagan Pinang

Jeneral PAS di PRK Bagan Pinang, Sdr Salahudin Ayub ( Pengarah PRK ), di apit oleh Dr Zulkifli ( Pengarah Operasi ) dan Ust Abd Halim Abd Rahman ( Pengarah Pilihanraya PAS Pusat )

Sempat membantu Jentera Parti di Bagan Pinang pada PRK ini. Tetapi di atas keterbatasan yang ada hanya sekejap sahaja dapat bersama sahabat-sahabat ziarah dari rumah ke rumah bertemu pengundi. Kontijen Terengganu di tugaskan membantu UPU Telok Kemang.

Sebahagian besar pengundi tinggal di rumah-rumah taman. Tetapi sebahagian besar penghuni taman-taman itu pula bukanlah pengundi di situ. Sebahagiannya adalah Tentera dan sebahagian lagi datang dari serata pelusuk tanahair bekerja di kawasan peranginan di situ. Menyebabkan sukar untuk mengenali rumah-rumah pengundi yang berdaftar di UPU berkenaan.

Saya sempat menziarahi satu taman, Taman Bukit Perdana, satu lokaliti di UPU Telok Kemang. Rumah di Taman tersebut sekitar 80 buah, sedangkan pengundi tempatan yang nak di cari cuma 8 orang sahaja. Begitulah juga dengan taman-taman yang lain. Saya di maklumkan oleh BG terdapat satu taman pengundi cuma 3 orang..

Sambutan pengundi kepada kami secara keseluruhannya amat baik. Walaupun ada antaranya mengaku sebagai ketua cawangan UMNO dan AJK Wanita UMNO, tetapi mereka tetap melayan kami dan mendengar apa yang nak kami sampaikan.

Kita berusaha dan berdoa, mudah-mudahan Allah membuka pintu hati mereka untuk mengundi calon PAS pada PRK ini. Masyarakat kita pada hari ini banyak di tipu oleh media milik UMNO. Samada media elektronik mahupun media cetak, mereka cuba menutup maklumat yang benar daripada di ketahui oleh rakyat berkenaan pentadbiran negara pada hari ini.

Jika rakyat memperolehi maklumat hanya daripada media yang di kuasai oleh BN yang hanya melaporkan perkara yang baik berkenaan BN, mereka tidak mengetahui bagaimana pengkhianatan dan penyelewengan yang di lakukan oleh pemimpin-pemimpin BN kepada agama, bangsa dan negara kita sepanjang pemerintahan mereka sejak merdeka.

Tugas kitalah menyampaikan maklumat tersebut. Kalau di waktu-waktu lain kita tidak berpeluang menemui semua pengundi, musim pilihanrayalah biasanya kita menumpukan seluruh perhatian untuk mengajak pengundi mendapatkan maklumat yang betul seterusnya memberi sokongan kepada agenda perubahan yang kita bawa. Lebih-lebih lagi bila berlaku pilihanraya kecil yang mana tumpuan jentera parti seluruh negara dapat di gerakkan kepada hanya satu kawasan DUN atau satu parlimen.

Malang kepada saya apabila masalah rakaman peristiwa masih tak dapat di buat melalui gambar. Sejak rosaknya kamera milik pemuda DUN Batu Rakit hari tu, tidak ada lagi gambar yang boleh di jadikan bahan sejarah melalui pengalaman sepanjang perjuangan ini.....

Dua keping gambar berikut adalah ehsan Setiausaha PAS Kawasan untuk di jadikan kenangan selepas makan pagi, jumaat, 2 Okt yang lepas.

Dari kanan, Sdr Wan Hasan ( Pengerusi MTD Permaisuri ), Ust Mohd Pauzi ( YDP Setiu ), Sdr Sudin Awang ( AJK Setiu ), Ust Mohd Sopi, Sdr Sauti Mat Yaman- berdiri ( AJK Setiu dan Pengerusi PASTI Setiu ).

Dari kanan - Sdr Aminudin ( SU Kaw Setiu ), Sdr Sudin, saya, Sdr Wan Hasan dan Sdr Abdullah ( AJK MTD Jabi )

Sunday, September 27, 2009

Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan di Bagan Pinang

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/PRKBaganPinang1%20014.jpg












BAGAN PINANG – Pemuda Pakatan Rakyat (PR) memulakan paluan gendang perang lebih awal dari jentera Barisan Nasional (BN) dengen melancarkan jentera pemuda Pakatan Rakyat di kampung Bagan Pinang dekat sini petang tadi, 26 September.


Ketiga-tiga ketua sayap parti komponen PR hadir dalam Majlis Perasmian dan Pelancaran Jentera serta Pejabat gerak-gempur bersepadu Pemuda Parti Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi menyeru semua pemuda supaya turun beramai-ramai dan bekerja dengan optimis, tanpa bersikap terlalu yakin (over confident)

Manakala Ketua DAPSY, Anthony Loke Siew Fook, melahirkan keyakinan pengundi-pengundi Cina di Bagan Pinang akan memilih calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Turut berucap adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar, yang menggesa supaya pemuda Pakatan Rakyat bergerak pantas tanpa membuang masa untuk menjalankan gerak kerja kempen bagi mengalahkan UMNO dan BN.

Monday, September 14, 2009

PRK Bagan Pinang 11 Oktober

Pilihanraya kecil kerusi N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11Oktober depan hari Ahad, hari mengundi manakala hari penamaan calon pada 3 Oktober. Demikian diumumkan oleh Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf tengahari tadi.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian Adun berkenaan Mohd Azman dari BN pada 7 September lalu.

Followers