Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

PAS Sebagai Pilihan Utama

Perkembangan politik tanahair semakin bercelaru dan sukar di fahami. Mungkin inilah zaman yang pernah di peringatkan oleh Rasulullah;


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال رسول الله صل الله عليه وسلم إنها ستأتي على الناس سنون خداعة يصدق فيها الكذب ويكذب فيها الصادق ويؤتمن فيها الخائن ويخون فيها الأمين وينطق فيها الرويبضة قيل وما الرويبضة قال السفيه يتكلم فى أمر العامة                       رواه أحمد
Sesungguhnya akan datang kepada manusia beberapa tahun yang menipu. (Dikala itu) pendusta akan di anggap benar dan orang yang benar di anggap pendusta. Orang yang khianat di percayai dan orang yang amanah akan di khianati. Pada masa itu juga akan bercakap-cakaplah al-Ruwaibidhah. Ada yang bertanya, “apakah al-Ruwaibidhah itu?”. Baginda (saw) menjawab, iaitulah si bodoh yang bercakap tentang urusan orang ramai.



 Kekeliruan dalam memahami benar dan salah itu menyebabkan manusia berada dalam krisis nilai yang sangat serius. Akhirnya neraca nilai di letak pada mazhab persepsi yang melihat kecenderungan ramai.

Inilah yang telah di usahakan begitu lama oleh musuh asal manusia iaitu Iblis laknatullah, supaya manusia tidak lagi berpihak pada kebenaran. Sebaliknya menyokong dan bersama dengan siapa atau apa yang menjadi pilihan orang ramai.

Berbalik soal politik tanahair. Melihat semakin beraninya DAP menyerang Islam seolah menggambarkan betapa usaha sikularisma yang di tanam begitu lama semakin berhasil. Sebahagian besar orang Islam di negara kita dah bersedia dari sudut kefahaman dan akidah mereka untuk menolak  ketepi Islam daripada kehidupan mereka.

Dengan biadapnya pemimpin DAP melontarkan ungkapan bahawa DAP lah yang menghalang rakyat Selangor daripada di sesatkan oleh PAS. Apa maknanya ucapan tersebut selain daripada mereka telah sangat yakin bahawa imej buruk yang palitkan pada PAS selama ini, di rasakan telah di terima oleh rakyat secara umumnya. Jika tidak mereka tentu tidak seberani itu menuduh Pemimpin Islam dan Ulama telah sesat berbanding mereka yang bukan Islam.

Ini adalah hasil kerja jahat yang di lakukan oleh UMNO selama berpuluh tahun yang mengajar rakyat bahawa agama hanya Ibadat semata-mata. Soal politik tidak boleh di gunapakai hukum agama. Menyebabkan PAS yang meletakkan dasar perjuangan berteraskan agama telah di pandang sesat oleh masyarakat.

Maka tidak pelik bila tiba masanya sekarang orang Kristian telah berani buat kenyataan terbuka bahawa Ulama telah sesat dan merekalah penyelamat.

Perkara tersebut di tambah burukkan lagi dengan kempen besar-besaran yang di lakukan oleh pengkhianat dalam PAS sendiri yang memberi gambaran buruk terhadap kepimpinan ulama.

Walaupun sebahagian mereka telah keluar PAS dan menubuhkan parti lain, tetapi kesan daripada kempen jahat merekalah yang membuka ruang yang sangat luas kepada DAP menyerang Islam dan kepimpinan Islam. Betapa buruk dan kejinya orang Islam yang bersekongkol dengan orang kafir untuk menyerang orang Islam!

Atas nama ikatan akidah yang sama tidak sepatutnya orang Islam bekerjasama dengan kafir menjatuhkan orang Islam walau seteruk manapun orang Islam tersebut. Apatah lagi yang nak di jatuhkan itu adalah Ulama yang menjadi pemimpin orang Islam.

Apakah lagi gelaran yang selayaknya di beri kepada mereka selain Pengkhianat. Bukan sahaja pengkhianat kepada Jemaah Islam bahkan pengkhianat kepada Islam itu sendiri.

Sepatutnya dengan suasana yang berlaku pada hari ini telah memberi suatu petunjuk bahawa orang Islam di Malaysia kena lakukan sesuatu jika mahu agama mereka selamat.

UMNO memang tak boleh di harapkan lagi untuk menyelamat orang Islam dan melayu. Lebih 60 tahun UMNO memerintah dengan sistem peninggalan penjajah, kedudukan Islam dan melayu di Malaysia semakin tergugat. Ini bukan cakap kosong untuk menyedapkan kempen.

Lihatlah statistik yang di keluarkan oleh berbagai pihak yang ada autoriti berkaitan semua sektor. Bukan sahaja indeks akhlak, murtad, rasuah, dadah, jenayah, juvana, keselamatan, kesihatan dan lain-lain, bahkan sektor popular juga sedang merudum teruk seperti ekonomi yang menjadi tumpuan utama, sukan dan industri hiburan. Semuanya sedang berada pada jurang kehancuran.
Cohtoh statistik..

Telah sampai masanya rakyat Malaysia memberi peluang kepada Islam yang di pimpin oleh PAS melalui kepimpinan yang berkelayakan di kalangan Ulama yang lebih memahami Islam yang sangat sesuai dengan fitrah manusia.

Berilah peluang kepada PAS mengetuai kerajaan Malaysia dalam pilihanraya ke 14 nanti.

Saturday, November 1, 2014

SIKAYA YANG ‘DIMISKINKAN’ OLEH HARTANYA

Sumber: http://genta-rasa.com/2013/08/27/sikaya-yang-dimiskinkan-oleh-hartanya/#more-2630

Percaya tidak, acap kali apabila harta bertambah, kita  seolah-olah rasa bertambah ‘miskin’. Apabila mendapat bonus atau naik gaji misalnya, tiba-tiba semakin banyak yang kita inginkan. Kita merancang untuk membeli kereta baru, menukar perabot baru dan lain-lain. Keinginan kita menjadi semakin besar dan  bertambah.

Akhirnya duit yang bertambah menjadi susut akibat keinginan yang meningkat. Sungguhnya, orang yang miskin, bukan kerana kekurangan harta tetapi mereka yang banyak keinginan! Itulah akibatnya apabila bukan iman yang mengendalikan hidup kita.

Diri kita akan hilang kendali seumpama kereta hilang brek dan tiada kawalan. Kita masih mencari dan terus mencari kemewahan dunia sedangkan usia sebenar semakin singkat dan pertemuan kita dengan Allah semakin dekat. Hati kita tidak pernah kita gilap sebab kita masih ghairah memburu harta yang tidak ada kesudahan dan penghujungnya. Tidak salah memburu harta… burulah. Namun ingat, itu cuba alat, bukan matlamat.

Berhati-hatilah menjaga hati. Jangan pemburuan yang dahsyat itu sampai menjejaskan kesihatan hati kita. Jika dapat, bersyukur. Jika gagal, bersabar. Jangan sekali-kali, apabila harta bertambah, kita jadi semakin kufur dan takabbur. Jangan juga apabila gagal memilikinya, kita rasa putus asa dan kecewa. Sungguh, kufur, takabbur, putus asa dan kecewa itulah parasit yang akan menghilangkan ketenangan di dunia dan akhirat.

Dalam pengalaman hidup kita tentu pernah melihat penghuni rumah besar tetapi hatinya sempit. Air mukanya muram, mudah marah dan pantang terusik… mudah marah dan melenting. Apabila kita bertamu di rumah, layanannya layu dan kemesraan dibuat-buat. Dia sentiasa memonopoli perbualan. Makan dan minum yang dihidangkan, bukan dari hatinya. Semuanya kaku oleh basa-basi yang dicorakkan adat dan kebiasaan semat-mata. Ironinya, sikaya kehilangan ‘sentuhan kemanusiaan’  di rumahnya yang lapang, akibat jiwanya yang  terhimpit. Namun, lihat  betapa ada simiskin yang begitu ceria melayan kita. Rumahnya sempit tetapi ahli keluarganya mempunyai hati yang lapang. Dengan penuh senyuman, kemesraan dan kasih sayang yang sudah serasi dengan jiwanya itulah dia melayan kita. Dia tidak mengajak orang kagum dengan rumah besar yang tidak dimilikinya, tetapi sebaliknya dia ‘membesarkan’ jiwa   dan hati tetamu yang sedang diraikannya. Di rumah yang kecil, terasa luas apabila penghuninya punya ketenangan.

Jiwa kita akan disapa ketenangan oleh tuan rumah yang punya ketenangan. Dia mungkin tidak punya harta, tetapi kaya ilmu dan akhlak. Sikapnya yang sangat suka memberi menyebabkan kita terhibur. Dia memberi senyuman, nasihat, doa dan kata-kata yang mesra. Sungguh, yang baik akan sentiasa kelihatan cantik!

Betapa kita pernah mendengar keluhan, dulu tangan-tangan sering berjabat salam, solat berjemaah dan zikrullah sentiasa bergetar di dalam rumah yang sederhana tetapi apabila rumah bertambah luas, harta bertambah, perabot sudah bertukar dengan yang mahal-mahal… solat jemaah, bacaan Al Quran dan jabat salam yang dulunya menjadi basahan, kini sudah semakin kurang kedengaran dan segala-galanya menjadi semakin tawar dan longgar. Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW bahaya kaya hati alah kaya sebenar, bukan kaya harta.

Orang yang memiliki hati yang begitu, cukup dengan yang sedikit, pemurah dengan yang banyak. Para sahabat Rasulullah ada yang dipuji kemurahan hatinya walaupun miskin hartanya. Sehingga apabila tetamu datang, dikecilkan cahaya lampu rumahnya agar tetamu dapat makan dengan secukupnya sedangkan dia dan ahli keluarga pura-pura sama memakan makanan yang sedikit itu di dalam cahaya yang samar-samar. Sebaliknya sikaya yang kaya harta tetapi miskin jiwa itu sentiasa rasa tidak puas sehingga tega menindas.

Hartanya sudah lebih dari cukup, tetapi dia terus memeras keringat orang lain untuk menjadi lebih kaya. Jika dia memberi, dia memberi dengan muslihat untuk mendapat lebih banyak. Kalau dulu dia punya masa untuk sahabat dan saudara, tetapi kini dia diburu kesibukan yang tidak sudah-sudah… Dulu harta yang cukup, sekarang hartanya tidak cukup-cukup. Tanpa sedar, sikaya yang sedemikian sedang menyusuri jalan Qarun. Jika Qarun ditenggelamkan dalam Laut Mati… tetapi pengikut-pengikut Qarun akan ditenggelamkan dalam hati yang mati.

Hati yang mati sentiasa diburu kesedihan dan ketakutan. Sedih kerana ditinggalkan saudara, sahabat malah oleh anak-anak dan isteri sendiri. Apa tidaknya, siapa yang suka berdamping dengan orang yang sentiasa sibuk, fikirannya sentiasa di tempat lain dan jiwanya yang sentiasa bimbang dan gelisah? Dunia moden menamakan mereka orang yang produktif, tetapi hakikatnya mereka orang yang sakit! Sungguh, alangkah azabnya punya hati yang sedemikian. Hati yang hilang rasa ingin membantu orang lain, hati yang sukar untuk empati kepada kesusahan orang sekeliling, hati yang sudah hilang nikmat persaudaraan dan persahabatan.

Orang yang cuba menukar kualiti jiwa dengan kuantiti harta pasti menderita. Dari Anas bin Malik r.a diriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda:” Anak Adam yang telah pikun (nyanyuk) dan masih menginginkan dua hal; menginginkan harta dan menginginkan panjang usia.” (riwayat Muslim).
Lihat diri kita dan lihat manusia di sekeliling kita… betapa ramai sahabat, saudara, pemimpin, ahli agama dan ahli keluarga malah diri kita sendiri yang telah berubah apabila harta dan wang semakin bertambah. Marilah kita ingatkan kepada mereka dan kita yang sudah lupa, keinginan terhadap harta adalah dahaga yang tidak pernah sirna!

Tuesday, September 9, 2014

PENIPU YANG TERTIPU

Sumber : Blog Anak Sengat

PasMa di tubuhkan. Khabarnya sebagai alternatif kepada PAS yang di katakan nak keluar PR. TG Presiden dan Majlis Syuro dijadikan sasaran sebagai golongan yang bertanggungjawab nak bawak keluar PAS dari PR. Aku pun tak tau nak kata apa puak ni... Tapi teori yang depa pakai adalah teori komunis... ulang penipuan agar ia di percayai betul.


Aku teringat dalam satu ceramah Almarhum Ustaz Fadzil Nor dulu cerita tentang perangai umNO. Dia kata umNO ni menipu sampai depa yang percaya cerita tipu depa sendiri. Almarhum Ustaz Fadzil Nor bawa satu cerita. Dia kata ada seorang pemuda kampung yang nak menipu orang kampung. Diciptanya cerita ada orang nak bagi duit kat Masjid selepas solat jumaat. Cerita itu tersebar ke seluruh kampung . Hari jumaat tu penuh orang di masjid. Pemuda yang mencipta cerita tipu itu pun lalu di masjid. Dia tengok ramai orang di masjid... bila di tanya semua orang kata nak ambik duit. Pemuda itupun akhirnya berbaris sama. Dia pun dah mula percaya ada orang nak bagi duit sebab tengok ramai orang di Masjid... gitu le ceritanya...

Yang jaja cerita PAS nak bersatu dengan umNO ni sejak dulu ialah manusia bernama khalid samad, Dr Zul, Hanifa Myden dan beberapa balaci penulis blog mereka. Dulu mereka jaja cerita UG sampai orang yang tak paham apa itu UG pun percaya UG tu nak kawin dengan umNO. Kononnya nak ambik jawatan MB Selangor. Kini isu Menteri Besar Selangor sekali lagi di jaja. Ia bermula dengan kerja gila PKR yang sanggup hilang Selangor untuk memastikan Azizah isteri Penasihat Umum PKR jadi Mb. Lalu di jaja sesiapa yang tak mahu angkat Azizah jadi MB itu nak kawin dengan umNO.

Pemimpin PAS yang hatinya bersama Anwar pun turut mendendangkan benda yang sama. Penulis balaci yang bencikan TGHH dan MSU pun mula la menyambung cerita tak soheh yang di jual oleh The Malaysian Insider TMI. TMI dah jadi sumber berita untuk pecah belahkan PAS dan memfitnah pimpinan Ulama PAS. Terkini TMI bawa berita kononnya Dr Khairudin Attakiri dedahkan PAS gagal bersama umNO kerana dua ADUN melompat. Ianya fitnah semata mata. Sapa yang baca tulisan itu dan memahami mana berita dan mana ulasan dan fitnah pemberita tentunya takkan menonjolkan kebodohan mereka melainkan sememangnya hati mereka busuk..

Husam Musa yang juga Naib Presiden PAS pun turut sama memainkan berita ini. Tulisan meleret Husam  yang di siarkan baru baru ni hanya membawa maksud dan beberapa tujuan yang mudah di fahami. Selain nak Bagi tahu TG presiden tak de kuasa sebab PAS bukan parti angguk macam umNO, dia  juga nak bagi tau ada agenda sulit nak bersatu dengan umNO. Dalam masa sama dia dah buat keputusan bahawa dua ADUN lompat itu tak perlu di kenakan tindakan.. secara halus..... di sampin beberapa agenda yang tak minat aku nak tulis.

Apa yang sangat pelik ialah , yang di tuduh tak pernah pun walau sekali menyatakan atau menunjukkan nak bersatu dengan umNO, sebaliknya golongan inilah yang bersungguh sangat kata ada yang nak bersama umNO. Nak kata mimpi, mata celik , nak kata gila,... macam ada... gila kuasa... karan projek Kn seakan ada bunyi nafas nya...

Penubuhan PasMa ini seakan menjelmakan TEORI (baca sini) yang aku tulis sebelum ini. ia bukan teori khayalan, tapi hasil maklumat yang aku kumpul dan buat kesimpulan. Ia sedikit tersasar kerana di lihat kumpulan ini terdesak nak PAS keluar dari PR. kini seakan cuba menyingkirkan PAS lebih awal dan tubuhkan parti baru. seakan mereka dah tak mampu tunggu lebih lama... Mungkin benar tulisan veteran politik yang juga bekas pemimpin PAS dan kolumnis Harakah dan Watan ... Tn Hj Subki Latif.. bimbang Anwar menjadi almarhum sebelum merasa jadi Perdana Menteri.

Kepala perancang kerja jahat kepada PAS ini dikatakan  adalah seorang Pakar Strategi dari parti yang di jiwai oleh kelompok yang duduk dalam Pas ini. Mereka menyerang Tg Presiden  dan Syuro kerana  keduanya adalah benteng terakhir pertahana PAS dari kelompok yang ingin merubah wajah dan ruh perjuangan islam Pas. Mereka sanggup menjaja fitnah ke serata alam... Hujahnya mudah... dari sumber dalaman...

Cukuplah fenomena Print Screen perbincangan PAS Pusat, Sumber dalaman itu terus bercerita yang wujud tanpa kefahaman sebenar dan cerita khayalan yang di reka untuk di percayai bersama. Sebagai muslim yang beriman, aku tetap berpegang dengan asas tabayyun setiap berita yang aku terima. Istilah sumber dalaman adalah contoh munafiq yang tak wajar di terima oleh pejuang Islam.  Golongan itu adalah hero bacul dan pelacur politik yang sanggup mereka cipta apa sahaja bagi memenangkan tujuan mereka.

Nampak sangat golongan ini semakin sawan sejak Tg Presiden di tabalkan sebagai pembantu Qardhawi bersama dua ulama dunia yang di akui hebat. Serangan kepada TGHH bukan baru. Ia telah di lakukan berkali kali sehingga di wujudkan agenda langgar Hadi... oleh bloger gila yang hampir di penjara... semuanya tak menjadi... Seakan mereka yang menjadi pencatur selama ini dah mula berang dan mereka sendiri muncul menyerang Presiden sendiri. Penulis Banjingan yang diharapkan sudah tak boleh dipercayai... tuan dan perancangnya sedang muncul satu persatu... seakan lubuk yang sedang dikocak  airnya... ikan kecil yang pening dah lama muncul... kini segala isi perut dalamnya di muntahkan... masih ada seorang dua yang berpegang dengan akar di dasar lubuk... tapi dah goyang... ada yang terkeluar dalam gambar yang menjadi tanda tanya kehadirannya dalam majlis orang lain... boleh tengok dalam Face Book yang dah banyak tersebar.

Aku menanti untuk melihat siapa PasMa dan penggeraknya... Katanya hanya 100 orang dan akan bergerak untuk roadshow, pertamanya di Shah Alam... kenapa Shah Alam.. Biasanya mana mana road Show akan bermula di rumah kerana ada penaungnya... Panel pertamanya ialah Mujahid, Husam dan Ahmad Awang... kenapa mereka??? tajuknya Pas + umNO... tajuk yang wujud dalam hati mereka...(PKR kembali dalam pelukan umNO)... Yang ni aku ulas kemudian...

Aku tulis kali ni sekadar nak bagi tau apa yang aku tulis sebelum ini bukan khayalan.. tetapi apa yang aku terjemahkan dari kertas sulit mereka... Apa yang aku harap dari tulisan ini... agar pejuang PAS yang ikhlas dapat menilai apa yang sedang berlaku ialah memisahkan PAS dari pimpinan TGHH... ulama yang di sanjung dunia kini bersama kalangan ulama lain yang bersamanya serta pendokong dari kalangan bukan ulama yang ikhlas untuk perjuangan Islam... aku sangat yakin, pejuang yang ikhlas ini akan sedar dan tidak tertipu dengan kalangan pimpinan yang sudah berpeluk kawin dengan Anwar dan juak juaknya dalam senyap, walaupun selama ini PAS hanya berkawan dengan PKR dan DAP. 

Aku juga sangat yakin di kalangan ahli PKR yang sudah mula merasai nikmat perjuangan mula muak dengan kerakusan pemimpin mereka... semoga mereka di beri hidayah untuk menganti kalangan khianat yang sedang menyebarkan fitnah kepada TGHH dan pimpinan ulama dalam PAS kini... sebagaimana gurauan yang tidak kosong... Tukar je suka sama suka Khalid Samad dengan Khalid Ibrahim....

Friday, December 6, 2013

Al-Munafiqun : Membongkar Sisi Psikologi Kaum Munafiq


Kearifan Allah Taala meliputi apa yang tersembunyi di langit dan dibumi sekalipun ia tersimpan dalam anotomi seorang manusia bernama “hati”. Firman Allah Taala;

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ
“Dan di kalangan manusia ada yang berkata  mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat, sedangkan mereka sebenarnya tidak beriman.” (Al-Baqarah:8)

Hal ini diperincikan di dalam al-Quran, dalam surah yang khusus, bertemakan keperibadian golongan yang mengelabui kejahatan dengan menampilkan keimanan, iaitu surah “Al-Munafiqun” (Kaum Munafiq). Kebanyakan ulama’ tafsir menyebut bahawa surah “Al-Munafiqun” diturunkan selepas peperangan Mustalaq iaitu pada tahun ke-6 Hijrah. Hal ini dikuatkan dengan redaksi tokoh munafiq, Abdullah bin Ubay dalam ayat ke-8 surah ini;
لَئِن رَّجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأَعَزُّ مِنْهَا الأَذَلَّ
“Sungguh jika kita kembali ke Madinah, nescaya orang-orang mulia mengusir orang-orang yang hina darinya.”

Berkata Syeikh Mohamad Ali as-Sobuni di dalam “Sofwatu at-Tafasir”, “Nifaq (kemunafiqan) tidak dikenal ketika marhalah Makkiyah, tetapi mula dikenal ketika marhalah Madaniyah (selepas penghijrahan Nabi ke Yathrib) iaitu ketika Islam mula bertapak kukuh dan bertambah jumlah penganutnya.” 

Sungguhpun surah “Al-Munafiqun” mendedahkan kepada kita tokoh antogonis bernama Abdullah bin Ubai, pengajaran ayat di dalam surah ini masih bersifat umum. Sebenarnya hampir setiap surah Madaniyah, Allah mendedahkan tembelang mereka yang berhati busuk, kerana orang munafiq suka berpura-pura, pada lahirnya mengaku Islam dan beriman sedang batinnya tetap kufur yang disembunyikan. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan dalam beberapa fasal, antaranya yang dapat disenaraikan;
  1. Surah Al-Baqarah ayat 8 hingga 20 : Golongan munafiq.
  2. Surah Al-Baqarah ayat 204 hingga 210 : Perbuatan orang-orang munafiq.
  3. Surah Ali-Imran ayat 165 hingga 168 : Beberapa sifat orang munafik.
  4. Surah An-Nisa’ ayat 137 hingga 147 : Beberapa keburukan orang munafiq.
  5. Surah At-Taubah ayat 62 hingga 66 : Tuduhan orang munafiq terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Surah At-Taubah ayat 67 hingga 70 : Hasutan-hasutan orang munafiq dan ancaman Allah terhadap mereka.
  7. Surah At-Taubah ayat 75 hingga 78 : Pengakuan orang munafiq tidak dapat dipercayai.
  8. Surah At-Taubah ayat 79 hingga 80 : Kemunafiqan adalah dosa yang tidak diampuni Allah.
  9. Surah At-Taubah ayat 84 hingga 85 : Larangan mensolatkan jenazah orang munafiq.
  10. Surah At-Taubah ayat 86 hingga 90 : Keengganan orang munafiq untuk berjihad dan pahala orang yang berjihad.
  11. Surah Muhammad ayat 20 hingga 30 : Ancaman terhadap orang-orang munafiq.
  12. Surah Al-Munafiqun ayat 1 hingga 8 : Sifat-sifat orang munafiq.
Surah “Al-Munafiqun” membataskan hanya pada tema “munafiq” kecuali ayat 9, 10 dan 11 yang menutup surah ini sebagai kesimpulan agar orang-orang yang beriman tidak terjebak dengan gejala nifaq, yang rata-ratanya berpunca daripada sikap rakus, tamak dan lalai dengan perintah Allah. Ini kerana, gerakan kemunafiqan telah banyak mengganggu kelancaran dakwah baginda s.a.w, lantaran sikap mereka yang sering melakukan makar pengkhianatan di tengah-tengah kehidupan jamaah orang beriman.

Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w ketika solat Jumaat baginda akan membacakan surah “Al-Jumu’ah” dalam rakaat pertamanya, sebagai anjuran agar kaum beriman rajin beribadat. Manakala pada rakaat kedua pula baginda membaca surah “Al-Munafiqun” sebagai paluan, herdikan dan tamparan kepada golongan munafiq.
Pada ayat pertama surah “Al-Munafiqun”, Allah membongkar sifat munafiq kerana apa yang diungkapkan berbeza dengan apa yang dihasratkan. Mereka dengan megah menyungguhkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, disebabkan adanya kepentingan duniawi. Firman Allah Taala;

إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ
“Apabila orang-orang munafiq datang kepadamu (wahai Muhammad) lantas mereka berkata; Kami naik saksi sesungguhnya engkau sememangnya utusan Allah. Dan Allah sungguh mengetahui bahawa engkau memanglah utusan-Nya. Dan Allah naik saksi sesungguhnya orang-orang munafiq itu sememangnya para pendusta.” (Al-Munafiqun:1)

Menurut Ibnu Ishak, seorang tokoh ulama sirah meriwayatkan bahawa setiap hari Jumaat sedang Rasulullah s.a.w duduk untuk berkhutbah, Abdullah bin Ubay akan bangun membuat peringatan kepada kaum Muslimin dengan berkata;

أيها الناس هذا رسول الله صلى الله عليه وسلم بين أظهركم أكرمكم الله به وأعزكم به فانصروه وعزروه واسمعوا له وأطيعوا له
“Wahai manusia! Ini dia Rasulullah s.a.w yang masih berada di kalangan kamu, dengannya Allah memuliakan kamu dan mengagungkan kamu, untuk itu bantulah Baginda, sokonglah Baginda, dengarlah dan taatilah Baginda.” 

Selepas itu, baharulah Rasulullah s.a.w berdiri untuk berkhutbah. Maka, Allah menyedarkan umat beriman tentang penipuan yang dilakukan kaum munafiq yang pada hakikatnya mereka menipu diri sendiri, kerana segala bentuk kesamaran yang disembunyikan kelak akan terungkap di hari pembalasan. Firman Allah Taala;

يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُم وَمَا يَشْعُرُونَ
“Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari.” (Al-Baqarah:9)

Lebih dari itu, sebenarnya hati mereka sakit kerana tradisi kemunafiqan yang diperanankan dalam hati mereka.

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضاً
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu.” (Al- Baqarah:10)

Mereka membuat pengakuan dan pengisytiharan bahawa amalan-amalan mereka adalah demi kemaslahatan makhluk di bumi, padahal semuanya hanyalah kepulan asap yang menutup kerakusan dan kerosakan yang dilakukan mereka. Allah Taala berfirman;

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ قَالُواْ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
“Dan apabila dikatakan kepada mereka; ‘janganlah berbuat kerosakan di bumi!’ Mereka menjawab, ‘sesungguhnya kami justeru orang-orang yang melakukan perbaikan.” (Al- Baqarah:11)

Bahkan golongan munafiq ini sanggup menggunakan “syahadah” mereka sebagai sumpah palsu demi menghalang manusia daripada jalan Allah (syariat-Nya). Mereka mengikrarkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu Rasul Allah dengan sumpah yang bohong.

اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّهُمْ سَاء مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Mereka itu menjadikan sumpah sebagai topeng (perisai), lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-Munafiqun:2)

Firman Allah;

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لا يَفْقَهُونَ
“Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka telah beriman. Kemudian menjadi kafir (semula) lalu hati mereka dibelenggu (dikunci), maka mereka pun tidak dapat memahami.” (Al-Munafiqun:3)

Maka, sebetulnya orang-orang munafiq sudah pun mengenal batasan iman dan kufur tetapi mereka lebih cenderung memilih jalan kebinasaan. Mereka telah pun mengenali Islam sepanjang bersama Rasulullah s.a.w, tetapi mereka tetap menolak kebenarannya kerana mengharapkan nilaian-nilaian itu berbentuk material, bukannya janji pahala dan ganjaran syurga. Firman Allah;
وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلاَّ غُرُورًا
“Ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang di dalam hatinya berpenyakit berkata; Tidak adalah janji Allah dan Rasul-Nya kepada kami, melainkan penipuan semata-mata.” (Al-Ahzab:12)

Firman Allah seterusnya;
وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِن يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُّسَنَّدَةٌ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ
“Dan apabila engkau melihat mereka engkau akan dikagumkan oleh (potongan) badan mereka. Dan sekiranya mereka bercakap pasti engkau (tertarik) mendengar perkataan mereka. Mereka itu seolah-olahnya tunggul yang tersandar yang menyangkakan teriakan yang keras itu ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka. Allah laknat mereka. Ke mana mereka akan memalingkan muka (dari kebenaran).” (Al-Munafiqun:4)

Ayat di atas menggambarkan sikap luaran kaum munafiq yang indah-indah, mengkagumkan pandangan manusia. Sedangkan hakikat mereka itu ibarat kayu yang tiada daya hidup, tidak memiliki akar yang kukuh, apatah lagi menghasilkan buah yang ranum. Kata Ibnu Hayyan, “Golongan munafiq ini ibarat kayu yang menunggu saatnya menjadi arang.”

Ibnu Abbas r.a menceritakan tentang Abdullah bin Ubai ini memiliki tubuh yang sasa, lidah yang fasih, wajah yang tampan. Begitu juga khalayak lain yang seiring dengan watak kemunafiqan Abdullah bin Ubai, turut memiliki kelebihan yang sama. Mereka sering hadir di majlis Rasulullah, sambil bersandar di dinding-dinding. Mereka gemar melekehkan orang-orang yang berada di luar ‘grup’ mereka, sedangkan mereka adalah orang-orang yang buta “mata dan hatinya”, tuli “pendengarannya daripada petunjuk” dan bisu “mulutnya daripada kebenaran”.

Mereka bagaikan orang berjalan di dalam kegelapan dengan suasana ribut hujan disertai gegar gemuruh guruh, petir dan kilat yang sambar-menyambar. Mereka berhati-hati melakukan aksi kemunafiqannya, sedangkan Allah tidak buta melihat apa yang disembunyikan dalam hati mereka.

Mereka juga angkuh untuk memohon keampunan daripada Allah sungguhpun yang mengajak seruan itu adalah Rasulullah s.a.w.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا يَسْتَغْفِرْ لَكُمْ رَسُولُ اللَّهِ لَوَّوْا رُؤُوسَهُمْ وَرَأَيْتَهُمْ يَصُدُّونَ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ
“Dan apabila dikatakan kepada mereka; ‘Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu’, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.” (Al-Munafiqun:5)

Para mufassirin mengatakan selepas surah ini diturunkan, maka sebahagian kerabat Abdullah bin Ubay datang menemuinya serta menyedarkan bahawa surah ini diturunkan berkenaan sikapnya. Mereka berkata kepada Abdullah bin Ubay, “Temuilah Nabi Muhammad s.a.w dan akuilah dosamu agar Rasulullah meminta daripada Allah agar dosamu diampunkan.”

Lantas seruan mereka disindir Abdullah bin Ubay;


لقد أشرتم عليّ بالإيمان فآمنت، وأشرتم عليّ بأن أعطي زكاة مالي ففعلت، ولم يبق لكم إلا أن تأمروني بالسجود لمحمد
“Sesungguhnya kamu telah memujukku beriman, aku pun beriman. Kamu memujukku memberikan zakat harta, aku pun menunaikannya. Tidak ada lagi yang tertinggal (segala perintah kamu telah dilaksana) melainkan kamu suruh supaya aku sujud kepada Muhammad!”

Kemudian Allah berfirman;

سَوَاء عَلَيْهِمْ أَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ أَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ لَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
“(Tiada faedahnya) kepada mereka (kaum munafiq), sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.” (Al-Munafiqun:6)

Ibnu Ishak memperincikan lagi kisah kemunafiqan Abdullah bi Ubay, ketika kembalinya tentera Islam daripada peperangan Mustalaq. Dalam perjalanan menuju Madinah, orang ramai menyerbu kawasan air di Al-Muraisi’ di perairan Bani Mustalaq di daerah Qadid. Keadaan sesak di sana menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara dua orang lelaki bernama Jahjah ibn Usaid, orang suruhan Umar al Khattab r.a dengan salah seorang suku kabilah Juhainah daripada kaum Ansar iaitu Sinan al-Juhani, yang bersekutu dengan kabilah Abdullah bin Ubay.

Tatkala mereka sedang bergaduh, Sinan al-Juhani berteriak meminta pertolongan kaum Ansar, “Wahai kaum Ansar, bantulah aku”. Mendengar teriakan tersebut lalu Jahjah turut melaungkan sentiment perkauman yang sama dengan meminta pertolongan kaum Muhajirin.

Kejadian ini sampai ke pengetahuan Abdullah bin Ubay yang pada ketika itu bersama sekumpulan orang-orangnya termasuklah Zaid bin Arqam. Kata Abdullah bin Ubay, “Sudahlah mereka ketepikan kita setelah berasak-asak di negeri kita, mereka tidak ubah seperti melepas anjing tersepit. Demi Allah apabila kita pulang ke Madinah nanti, golongan yang mulia akan menghalau keluar golongan yang hina.”

Kemudian berkata lagi, “Inilah akibat tindakan kamu sendiri yang telah membenarkan mereka memasuki negeri kamu, kemudian berkongsi harta pula dengan mereka. Demi Allah sekiranya di hari ini kamu tidak menyedekahkan kemakmuran kamu itu nescaya mereka akan berpindah ke negeri lain.”

Allah kembali menempelak perkataan Abdullah bin Ubay;
هُمُ الَّذِينَ يَقُولُونَ لا تُنفِقُوا عَلَى مَنْ عِندَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنفَضُّوا وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَفْقَهُونَ
“Mereka mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan kaum Muhajirin); ‘Janganlah kamu membelanjakan harta kepada orang-orang yang bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)’. Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapa yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendak-Nya); akan tetapi orang-orang yang munafiq itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).” (Al-Munafiqun:7)

Ugutan hina yang disuarakan Abdullah bin Ubay itu dilaporkan Zaid bin Arqam r.a kepada bapa saudaranya sehinggalah diketahui oleh baginda Nabi s.a.w. Lalu Umar al-Khattab meminta izin Rasulullah s.a.w agar memerintahkan Ubadah bin Bishr memenggal kepala Abdullah bin Ubay. Tegas Rasulullah s.a.w;
فكيف يا عمر إذا تحدث الناس أن محمدا يقتل أصحابه؟
“Bagaimana wahai Umar, jika nanti orang akan bercakap bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri?”

Untuk mengelakkan para sahabat terus bercakap-cakap mengenai niat busuk Abdullah bin Ubay itu, Rasulullah mengarahkan pasukan tenteranya melakukan perjalanan luar biasa kembali ke Madinah. Mereka berjalan sepenuh hari dari pagi hingga lewat ke petang, dari malam hingga ke pagi hari, dan hanya berhenti untuk menunaikan solat. Ketika itulah mereka terasa lapang, mereka keletihan dan terus tertidur maka tiada masa para sahabat berfikir tentang konspirasi jahat Abdullah bin Ubay.

Di saat rehat itulah Rasulullah s.a.w mengambil peluang bertanya kepada Usaid ibn Khudair r.a, anak kepada Khudair al-Kata’ib seorang pahlawan terkenal suku kaum ‘Aus, mengenai perancangan Abdullah bin Ubay. Jawab Usaid;

يا رسول الله ارفق به. فو الله لقد جاءنا الله بك وإن قومه لينظمون له الخرز ليتوجوه، فإنه ليرى أنك قد استلبته ملكا
“Wahai Rasulallah berlembutlah dengannya (Abdullah bin Ubay), demi Allah yang telah mentaqdirkan tuan Rasul kami, dan sesungguhnya pengikut Abdullah bin Ubay telah mengatur kemewahan (batu permata) untuk dikalungkan kepadanya (sebelum kedatangan Rasul). Lantaran itu, dia memandang kedatangan baginda Rasulullah s.a.w sebagai perampas haknya sebagai raja.”

Pendirian Rasulullah s.a.w ketika mendengar penjelasan Usaid ibn Khudair r.a adalah sebagaimana yang digambarkan dalam firman Allah Taala;

لاَّ خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاحٍ بَيْنَ النَّاسِ
“Tiada kebaikan daripada bisikan (perkataan manusia itu) kecuali seruan untuk bersedeqah, perintah melakukan perkara kebaikan ataupun perbaikan sesama manusia (mendamaikan manusia yang berselisih).” (An-Nisa’:114)

Abdullah bin Ubay menyedari bahawa rancangan busuknya itu telah sampai ke pengetahuan Nabi. Ketika perjalanan berbaki hampir ke Madinah, Abdullah bin Ubay berjalan bersama Nabi dan bersumpah bahawa dia tidak pernah berbicara seperti yang dilaporkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah mengiyakan penjelasan tersebut dan berhujjah barangkali Zaid bin Arqam tersalah dengar.

Keputusan yang diambil Rasulullah menyebabkan Zaid bin Arqam menjadi resah sehinggalah kemudianmya Allah menurunkan surah Al-Munafiqun. Ibnu Ishak menjelaskan ketika surah ini diturunkan Rasulullah s.a.w menunjukkan jari ke telinga Zaid bin Arqam. Sabda Rasulullah;

هذا الذي أوفى لله بأذنه
“Inilah orangnya yang memenuhi amanah kepada Allah dengan telinganya.”

Sayyid Qutb membahaskan ayat ini bahawa arahan Abdullah bin Ubai di sini ada persamaannya dengan apa yang dilakukan oleh musuh-musuh syariat di dalam lapangan politik hari ini. Mereka ibarat golongan Sekular Kapitalis yang menguasai ekonomi dengan menyekat sumber kehidupan komuniti masyarakat yang tidak dipersetujui oleh mereka. Mereka berselindung di bawah kapasiti seorang penganut Islam tetapi dalam jiwa mereka penuh dengan rancangan kebatilan.

Firman Allah;

يَقُولُونَ لَئِن رَّجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأَعَزُّ مِنْهَا الأَذَلَّ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَعْلَمُونَ
“Mereka berkata lagi; Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia (pihak kita) akan mengusir keluar orang-orang yang hina (orang yang berhijrah ke Madinah). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan munafiq tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Al-Munafiqun:8)

Abdullah bin Ubay menyimpan hasad yang mendalam terhadap Islam, kerana kehadiran Nabi Muhammad s.a.w telah memalapkan peluangnya menjadi pemimpin pilihan bagi masyarakat di Madinah. Abdullah bin Ubay membahasakan dirinya “orang yang lebih mulia” dan membahasakan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya “orang-orang yang lebih hina”, sedangkan pada neraca Allah ia adalah sebaliknya.

Kata Imam al-Qurtubi r.hm, “Pada perkiraan orang munafiq mereka menyangka “orang yang lebih mulia” adalah orang yang banyak harta dan ramai para pengikutnya. Lalu diterangkan Allah bahawa kemuliaan adalah kurniaan yang hanya diberi kepada Rasul-Nya dan umatnya yang beriman.” (Tafsir al-Qurtubi:18/129)

Ibnu Ishak menjelaskan lagi, akibat rancangan nista Abdullah bin Ubay itu menyebabkan anaknya yang juga bernama Abdullah bertemu Rasulullah s.a.w sseraya menuturkan kata, “Ya Rasulallah, saya mendengar tuan ingin membunuh ayah saya. Seandainya itulah arahan tuan maka perintahkanlah saya membunuhnya.”

Rasulullah s.a.w lalu menjawab;
بل نترفق به ونحسن صحبته ما بقي معنا
“Tidak! Sebaliknya kita berlemah lembut dan bersahabat baik dengannya selagi dia tinggal bersama-sama dengan kita.”

Surah ini secara keseluruhan menemukan kita dengan perjalanan sirah, manhaj tarbiyah Ilahiyah dan takdir Allah dalam mengatur sesuatu urusan. Orang-orang munafiq hidup dalam barisan orang-orang beriman sehinggalah di penghujung hayat baginda Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w tidakpun mengeluarkan mereka daripada kelompok orang-orang beriman, walaupun baginda mengenal mereka melalui perangai, ragam, bahasa dan ciri-ciri mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w;
إِنَّ لِلْمُنَافِقِينَ عَلَامَاتٍ يُعْرَفُونَ بِهَا : تَحِيَّتُهُمْ لَعْنَةٌ، وَطَعَامُهُمْ نُهْبَةٌ، وَغَنِيمَتُهُمْ غُلُولٌ، وَلَا يَقْرَبُونَ الْمَسَاجِدَ إِلَّا هَجْرًا، وَلَا يَأْتُونَ الصَّلَاةَ إِلَّا دَبْرًا، مُسْتَكْبِرِينَ، لَا يَأْلَفُونَ وَلَا يُؤْلَفُونَ، خُشُبٌ بِاللَّيْلِ، صُخُبٌ بِالنَّهَارِ
“Sesungguhnya ada tanda-tanda pada orang munafiq yang dapat dikenali, penghormatan mereka (terhadap orang lain) adalah laknat, makanan mereka adalah hasil rampasan, ghanimah (harta rampasan perang) mereka adalah kecurangan, mereka tidak mendekati masjid kecuali menjauhkan diri darinya, tidak menunaikan solat kecuali setelah selesai, sombong, tidak mahu bersahabat dan tidak mahu diajak bersahabat, berkumpul pada malam hari dan bergaduh pada siangnya.” (Riwayat Ahmad)

Sungguhpun sifat munafiq itu nyata disebut di dalam Al-Quran, ia bukanlah tugas umat yang beriman untuk menghukum kepura-puraan kaum munafiq selagi belum nyata pengkhianatan mereka dalam bentuk tindakan. Tugas utama umat yang beriman adalah menyampaikan saranan-saranan yang terkandung di dalam Al-Quran demi kelancaran risalah dakwah yang ditinggalkan baginda Rasulullah s.a.w. Kepada orang yang munafiq ini cukuplah kita katakan;

قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ
“Allah laknat mereka. Ke mana mereka akan memalingkan muka (dari kebenaran).” (Al-Munafiqun:4)

Berdasarkan amalan politik Rasulullah s.a.w, baginda tidak pernahpun mengambil tindakan terhadap kaum munafiq selama mereka menampakkan ke-Islaman dan menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim. Hal itu kerana Allah tidak menyandarkan hati manusia kepada manusia. Apa yang terkandung dalam hati manusia itu adalah milik Allah semata-mata, dan Dia-lah yang akan menghisabnya di hari kemudian. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqallani menyebutkan;
نحن قوم نحكم بالظاهر والله يتولى السرائر
“Kami adalah kaum yang berhukum kepada perkara-perkara yang zahir, kepada Allah diserahkan (segala hukuman) melibatkan perkara-perkara batin (yang melibatkan hati).”

Allah tidak menjadikan syariat dan hukum kepada manusia berdasarkan firasat. Kerana itu, Rasulullah s.a.w hanya menyenaraikan nama-nama golongan munafiq kepada Huzaifah al-Yamani r.a sahaja dan melarang laporan itu disensasikan. Umar al-Khattab r.a sering bertemu dan bertanya kepada Huzaifah agar merasa tenang dari unsur kemunafiqan. Kata Huzaifah yang terkenal dengan gelaran “Penyimpan Rahsia Nabi” – Sohib Sirr Ar-Rasul – itu, “Wahai Umar, kamu tidak termasuk di kalangan mereka (yang munafiq). Aku dilarang Rasulullah berlebih-lebihan membicarakan hal ini.”

Allah melarang Rasulullah s.a.w mendirikan solat jenazah ke atas orang-orang munafiq ketika kematian Abdullah bin Ubai sebagaimana firman-Nya;

وَلاَ تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلاَ تَقُمْ عَلَىَ قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُواْ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُواْ وَهُمْ فَاسِقُونَ
“Dan janganlah kamu sekali-kali mensolatkan (jenazah orang munafiq) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.” (At-Taubah:84)

Setelah baginda wafat perbuatan Huzaifah-lah yang menjadi isyarat kepada para sahabat jika beliau tidak melakukan solat jenazah ke atas seseorang yang dikenalnya. Sungguhpun demikian Huzaifah tidak mengatakan apa-apapun atas tindakannya itu, ini kerana maklumat sulit yang diterima adalah amanah Rasulullah s.a.w yang tiada sesiapapun yang boleh mengetahuinya.

Referensi :
  • Sayyid Qutb, “Tafsir Fi Zilal al-Quran” 
  • Imam al-Hafiz Imaduddin Ibnu Kathir, “Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir”
  • Syeikh Mohammad Ali as-Sobuni, “Sofwatu at-Tafasir”

    This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday, 4 October 2013

Wednesday, November 28, 2012

Jangan polemikkan Isu Perlantikan Perdana Menteri

Oleh:
Ustazah Izzah Masturah Binti Eshmaeel
Ahli Jawatankuasa Ulamak Pelapis PAS (Pusat)
Muktamar PAS yang selesai melabuhkan tirainya telah mencetuskan satu isu baru apabila ditegaskan bahawa calon yang terbaik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang adalah Tuan Guru Presiden PAS sendiri. Pelbagai respon telah timbul sama ada menyokong cadangan ini atau sebaliknya. Kritikan terhadap pandangan yang dilontarkan tersebut adalah satu perkara biasa yang pasti akan berlaku dalam membincangkan mana-mana pandangan yang timbul apatah lagi sekiranya isu yang terbabit adalah isu siapakah Perdana Menteri Malaysia akan datang sekiranya Allah memberikan keizinan kepada Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya terdekat.

Ada tiga kritikan paling utama yang dimainkan oleh media UMNO dan media PAS sendiri dalam membidas cadangan tersebut iaitu:
  • Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantik YAB Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,
  • Perdana Menteri akan datang akan diambil daripada parti yang memenangi majoriti tertinggi keputusan pilihan raya dan
  • Dewan Ulamak tidak menyentuh isu-isu besar sebaliknya menimbulkan isu yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.
Berhubung dengan kritikan bahawa Dewan Ulamak telah menongkah arus kerana Pakatan Rakyat sebenarnya telah bersetuju untuk melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang, masyarakat diajak untuk menilai sejauh manakah kebenaran dakwaan wujudnya persepakatan di kalangan Pakatan Rakyat bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahimlah Perdana Menteri Malaysia akan datang. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sebenarnya belum ada satu ketetapan rasmi yang diambil oleh Pakatan Rakyat berhubung isu ini. Ini bermakna kenyataan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri akan datang yang digembar-gemburkan selama ini hanyalah pandangan peribadi yang dilantunkan oleh DAP, KEADILAN dan turut juga disambut oleh beberapa pimpinan PAS. Akhirnya pandangan yang pada asalnya bersifat peribadi dan bukannya hasil keputusan rasmi Pakatan Rakyat telah berubah menjadi seakan-akan satu pegangan muktamad bagi Pakatan Rakyat sehingga masyarakat Malaysia secara umum turut terkeliru dan turut berkeyakinan bahawa isu Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri adalah hasil kesepakatan seluruh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Sebenarnya pandangan untuk melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri masih boleh untuk dipertimbangkan. Namun untuk memuktamadkan pandangan ini sebagai satu-satunya pandangan yang mesti dipegang tanpa melalui perbincangan meja bulat adalah satu usaha yang tidak wajar kerana ini akan menatijahkan satu kesilapan fakta dan akan menutup ruang perbincangan terhadap isu siapakah Perdana Menteri akan datang. Oleh itu, tidak pelik disuarakan pendirian bahawa individu yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang sekiranya Allah memberikan keizinan adalah Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri.

Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna kita memandang rendah kelayakan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai salah seorang calon Perdana Menteri akan datang. Isu perbincangannya adalah antara dua orang calon yang layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang iaitu Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, siapakah di kalangan mereka berdua yang paling layak untuk menjawat jawatan tersebut.

Pihak media Pakatan Rakyat khususnya Harakah juga memaparkan bahawa isu siapakah Perdana Menteri akan datang sebenarnya tidak sepatutnya timbul kerana Perdana Menteri hanya akan dipilih daripada parti yang mempunyai majoriti kemenangan dalam pilihan raya. Hujah yang dikemukakan ini adalah bersifat tidak adil apabila ia hanya untuk membidas cadangan tersebut dan tidak pula digunakan untuk menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan KEADILAN, DAP dan segelintir pimpinan PAS selama ini yang terang-terangan menyatakan kepada rakyat bahawa Perdana Menteri Malaysia akan datang adalah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, pandangan bahawa Perdana Menteri hanya akan dipilih oleh parti yang akan memenangi majoriti kerusi dalam pilihanraya akan datang juga tidak boleh dijadikan sebagai ukuran bagi Pakatan Rakyat. Ini kerana pertandingan akan datang adalah perlawanan antara Barisan Nasianal dengan Pakatan Rakyat. Para pengundi yang akan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat akan memangkah calon PAS, DAP dan KEADILAN kerana PAS, DAP dan KEADILAN adalah rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Setiap pengundi akan berusaha keras untuk memenangkan calon yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat sekalipun parti yang didokongi oleh pengundi berbeza dengan parti yang disertai oleh calon yang diundi. Sekiranya Perdana Menteri akan dipilih daripada parti yang paling tinggi kemenangannya dalam pilihan raya, maka ini adalah satu tindakan yang tidak tepat kerana ada calon yang memangkah parti tertentu sebenarnya bukanlah ahli parti itu.

Antara kritikan lain yang turut dipaparkan di media ialah Dewan Ulamak PAS Pusat sepatutnya lebih menumpukan isu-isu yang lebih menguntungkan Pakatan Rakyat dalam usaha ke Putrajaya bukannya menumpukan isu-isu remeh seperti siapakah Perdana Menteri Malaysia akan datang. Perlu dijelaskan bahawa isu siapakah pemimpin tertinggi bagi satu negara bukanlah satu perkara remeh bahkan ini merupakan antara isu paling penting dalam politik. Kita dipaparkan oleh sejarah Islam bagaimana para sahabat Rasulullah s.a.w. yang begitu menyayangi baginda telah bergegas meninggalkan jenazah baginda lalu terus menuju ke Saqifah Bani Saidah bagi membincangkan siapakah yang akan menjadi Khalifah umat Islam selepas kewafatan baginda. Akhirnya sebahagian para sahabat yang menguruskan jenazah baginda manakala sebahagian sahabat yang lain pula berada di pentas perbincangan siapakah Khalifah. Sekiranya isu siapakah pemimpin tertinggi negara adalah satu isu kecil, selayaknya para sahabat seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar hendaklah menguruskan terlebih dahulu jenazah Rasulullah yang mulia seterusnya barulah membincangkan isu siapakah Khalifah setelah baginda selesai dimakamkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa pendirian berani yang diutarakan untuk mencalonkan Presiden sebagai Perdana Menteri mempunyai peratus yang besar untuk menjadi bahan jajaan media pro UMNO untuk memperlihatkan kononnya kesatuan Pakatan Rakyat sudah mula goyah. Itu merupakan perkara biasa yang akan sentiasa dimainkan oleh pihak-pihak media yang terbabit. Walau bagaimanapun kalaulah hanya kerana takutkan pandangan yang dilontarkan di dalam muktamar akan dimanipulasi oleh UMNO menyebabkan kita langsung tidak berani menyatakan pandangan kita, maka semestinya segala isu-isu pedas dan panas yang ditimbulkan oleh para perwakilan berupa kritikan membina kepada PAS tidak wajar sama sekali untuk diutarakan di dalam muktamar baru-baru ini kerana isu-isu panas tersebut juga sebenarnya sangat berpotensi untuk menjadi pisang goreng UMNO.

Para pendokong  PAS sepatutnya memandang isu yang dilontarkan ini di dalam muktamar baru-baru ini sebagai satu pendirian berani yang dikemukakan untuk berhadapan dengan arus tidak rasmi yang mendokong Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Pandangan yang berbeza tidak sepatutnya dianggap sebagai tindakan yang merugikan PAS dan Pakatan Rakyat.

Kita memuji tindakan berani beberapa individu besar di dalam KEADILAN dan DAP yang bertegas untuk tetap mencalonkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang. Mereka tetap konsisten dengan pandangan mereka sekalipun penegasan mereka ini juga sebenarnya boleh dijadikan alasan oleh pihak UMNO dalam membuktikan kononnya Pakatan Rakyat sudah mula berantakan. Konsepnya adalah masing-masing mempunyai pendirian dan selagi mana pandangan tersebut tidak dirasmikan lagi sebagai pandangan muktamad seluruh Pakatan Rakyat, maka selagi itulah ia berhak untuk diperdebatkan secara sihat. Namun yang menghairankan adalah di saat rakan-rakan PAS dari KEADILAN dan DAP tetap teguh dengan pendirian mereka, tiba-tiba ahli PAS sendiri pula yang tidak berani untuk menyatakan ketegasan mereka bagi mencalonkan Presiden PAS yang begitu berautoriti dan disegani oleh setiap lapisan masyarakat sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang hanya dengan alasan mahukan perpaduan Pakatan Rakyat terus utuh.

UMNO semestinya akan sentiasa mengintai sebarang isu yang berlaku seputar Pakatan Rakyat untuk dikambinghitamkan oleh mereka. Tugas media PAS khususnya Harakah dan media Pakatan Rakyat yang lain pula adalah memurnikan isu yang cuba dimainkan oleh media UMNO agar polemik yang sengaja dikeruhkan oleh UMNO dapat dijernihkan dengan penonjolan sisi lain yang menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat. Apa yang berlaku tidak demikian. Selepas isu siapakah Perdana Menteri akan datang timbul di muktamar baru-baru ini, beberapa penulis media pro Pakatan Rakyat tanpa sengaja telah melatah apabila mereka telah mengambil tugasan media UMNO dalam mengeruhkan lagi isu yang timbul. Kita memuji tindakan Ketua Pemuda PAS Malaysia dan kartunis Rossem yang pandai mengambil peluang yang menguntungkan Pakatan Rakyat apabila mereka menghidangkan kepada umum bahawa Najib Tun Razak hari ini tidak lagi tersenarai sebagai Perdana Menteri akan datang apabila calon-calon yang diperdebatkan hari ini hanya berlegar pada dua nama saja;  Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah calon yang paling layak sekali untuk dinaikkan sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang. Ahli PAS hendaklah mempunyai jati diri dan rasa bangga dengan perjuangan PAS dalam menobatkan Islam di Malaysia. Tidak sepatutnya bagi ahli PAS yang lebih mengenali presidennya tidak memberikan sokongan dalam mencalonkan Dato' Seri Tuan Guru Presiden sebagai calon Perdana Menteri Malaysia akan datang.

Tuesday, May 29, 2012

Undi PAS belum tentu masuk syurga tapi kalau undi Umno...



Utusan melaporkan:

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pas perlu menarik balik 'fatwa' mengatakan individu yang mengundi parti itu akan mendapat balasan syurga kerana ia ternyata terkeluar daripada ajaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, hanya Allah SWT yang berhak menawarkan ganjaran syurga dan bukannya Pas.

Ini kerana katanya, Pas yang lahir daripada sistem demokrasi Barat hanyalah sebuah parti politik dianggotai oleh manusia biasa serta tidak lari daripada melakukan sebarang kesilapan.

"Adakah Pas itu sempurna sehingga melayakkan parti politik tersebut menjanjikan syurga kepada para ahli dan pengundinya?

"Demi kekuasaan, Pas sanggup menjanjikan syurga. Adakah kuasa politik boleh menjanjikan sesuatu yang setaraf dengan Allah SWT? Pas perlu tarik balik kenyataan undi Pas boleh masuk syurga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Utusan.  

Memang hebat Ulama' Muda Umno ni kalau bab menggoreng, bergabung pulak dengan media penchachai macam Utusan, lagi la terserlah kehebatannya.

Cuma masalahnya, bilanya PAS kata "undi PAS masuk syurga." selama ni yang aku dok dengar cuma orang Umno yang dok kata PAS kata padahai sejak dari dulu lagi PAS nafikan apa yang orang Umno kata tu.

Bawak keluar gak sekali video pemimpin PAS kata macam tu, biar ada bukti sikit kalau nak spin pun.

Tapi kalau ungkapan "Undi PAS dapat pahala" memang TG Nik Aziz sendiri kata dia memang ada kata dan dia memang selalu dok ulang kata-kata tu.

Formula yang TG Nik Aziz guna cukup mudah. nak bagi lagi mudah faham dan mudah ingat ada yang tolong buat imej bawah ni.


Apa pun, aku suka ayat yang selalu PakBakar Penarikbeca guna dalam isu 'undi PAS masuk syurga' ni.
Saya tetap dengan keyakinan bahawa undi PAS belum tentu masuk syurga, tetapi kalau undi Barisan Nasional, silap-silap gaya macam ambik tiket masuk neraka. - Penarikbeca. 

Followers