Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

Apa beza Tun M dengan Tun Lah


Tun Mahathir sekali lagi menyalah dan memperlekehkan pemerintahan orang kepercayaannya yang mana dia sendiri mewariskan pemerintahan. Ketika Tun M mewariskan pemerintahan negara pada Pak lah, semua orang tahu negara dan pemerintahan Umno/BN berada pada tahap paling teruk penuh dengan taik yang perlu disapu.

Bila Tun Lah dapat tampok pemerintahan negara, nampak macam dia berjaya memulihkan sokongan rakyat jauh lebih baik berbanding Tun M sebelum itu. Tun Lah sapu pembangkang liau-liau sampai kerusi PKR tinggal satu, kesian. Ini membuatkan Tun M dan rasa jelous tapi dia simpan dalam dada.


Pak Lah mula menonjolkan dirinya sebagai utusan terhormat bagi membuat pembaharuan kepada pemerintahan negara. Dia nampak macam berjaya pulihkan Umno lalu memperkenalkan Islam Ada Hari di Malaysia dan cuba meluaskannya ke seluruh dunia. Tapi ternyata gagal dan kena sumpah.

Pak Lah bukannya tak bagus, tapi dia silap sebab cuba memuaskan hati semua pihak di seluruh tanah air termasuklah anak bini serta menantunya. Habis kesemua bekas kawan lama, Cina, India, orang susah, orang senang, peniaga, makan gaji, pembangkang, lelaki wanita, Islam bukan Islam cuba dipenuhi permintaannya dan akhirnya dia sendiri tenggelam dalam cubaan sewel untuk memuaskan semua pihak. Akhirnya Pak lah ambil keputusan untuk tidur dalam setiap mesyuarat yang dihadirinya.

Sikap cuba memuaskan hati semua pihak Pak lah akhirnya membawa kejatuha bila dia tersepit dengan keputusan kejap ok kejap tak ok. Memang akan jadi cam tu bila semua orang kita nak dengar.

Itulah yang membezakan Tun Lah dengan Tun M. Tun M hanya mendengar sekumpulan pihak yang dia suka saja. Tun M dia bisnes minded jadi dia hanya mahu ambil kira pendapat puak peniaga dan puak kaya raya sekelilingnya saja. 

Puak sekeliling Tun M banyak duit, mereka main peranan untuk tabur bagi mendapatkan sokongan atas apa saja yang Tun M mahu laksanakan. Maka bermula disitu politik beli sokongan guna duit bercambah dengan subur sekali.

Tun M tegas dengan keputusannya dan tak akan layan suara mereka yang dia tak mahu dengar. Dia sanggup berkas dan sumbat masuk penjara dan jatuhkan sesiapa saja jika cuba buat kacau. Keputusannya berdasarkan pihak yang digemarinya akan dilaksanakan sampai jadi biar apa orang lain nak kata.

Jelas Tun M mengamalkan pemerintahan ala perniagaan. Tun M hanya memasarkan produknya pada pasaran yang dia kenal pasti demografiknya dan dia istiqamah membina pasaran tersebut sebesar mungkin. Bagi demografik yang dia tak berniaga, dia sedikkitpun tak layan. Itu teori perniagaan yang tepat jika kita mahu membersarkan perniagaan kita.

Jadi siapa betul siapa salah antara Tun M dengan Tun Lah? bagi aku cara Tun M betul cuma kumpulan yang dipilihnya untuk dilayan saja yang tidak betul. Jika kupulan pilihannya betul nescaya negara akan menjadi lebih baik lagi. Tidak ada mana-mana pemerintahpun di dunia ini akan berjaya memuaskan hati semua pihak, maka pilihlah pihak mana yang mahu kita puaskan hati mereka dan buatlah yang terbaik.

Najib pun nampaknya macam dah ikut jejak langkah Tun Lah. Dia sedang cuba melayan semua orang di negara ini dan akhirnya dia juga jadi flip flop sampai pilihanraya pun jadi tak tentu kalu sampai sekarang. Itu alamat kejatuhan sesebuah pemerintahan. Apakah Najib akan menjadi PM terakhir dari BN? aku yakin ya tempoh mereka sudah sampai dan apa saja yang mereka buta hanya mempercepatkan lagi proses perubahan rejim pemerintahan negara kita.

Tuesday, May 29, 2012

Undi PAS belum tentu masuk syurga tapi kalau undi Umno...



Utusan melaporkan:

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pas perlu menarik balik 'fatwa' mengatakan individu yang mengundi parti itu akan mendapat balasan syurga kerana ia ternyata terkeluar daripada ajaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, hanya Allah SWT yang berhak menawarkan ganjaran syurga dan bukannya Pas.

Ini kerana katanya, Pas yang lahir daripada sistem demokrasi Barat hanyalah sebuah parti politik dianggotai oleh manusia biasa serta tidak lari daripada melakukan sebarang kesilapan.

"Adakah Pas itu sempurna sehingga melayakkan parti politik tersebut menjanjikan syurga kepada para ahli dan pengundinya?

"Demi kekuasaan, Pas sanggup menjanjikan syurga. Adakah kuasa politik boleh menjanjikan sesuatu yang setaraf dengan Allah SWT? Pas perlu tarik balik kenyataan undi Pas boleh masuk syurga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Utusan.  

Memang hebat Ulama' Muda Umno ni kalau bab menggoreng, bergabung pulak dengan media penchachai macam Utusan, lagi la terserlah kehebatannya.

Cuma masalahnya, bilanya PAS kata "undi PAS masuk syurga." selama ni yang aku dok dengar cuma orang Umno yang dok kata PAS kata padahai sejak dari dulu lagi PAS nafikan apa yang orang Umno kata tu.

Bawak keluar gak sekali video pemimpin PAS kata macam tu, biar ada bukti sikit kalau nak spin pun.

Tapi kalau ungkapan "Undi PAS dapat pahala" memang TG Nik Aziz sendiri kata dia memang ada kata dan dia memang selalu dok ulang kata-kata tu.

Formula yang TG Nik Aziz guna cukup mudah. nak bagi lagi mudah faham dan mudah ingat ada yang tolong buat imej bawah ni.


Apa pun, aku suka ayat yang selalu PakBakar Penarikbeca guna dalam isu 'undi PAS masuk syurga' ni.
Saya tetap dengan keyakinan bahawa undi PAS belum tentu masuk syurga, tetapi kalau undi Barisan Nasional, silap-silap gaya macam ambik tiket masuk neraka. - Penarikbeca. 

Tuesday, December 6, 2011

Khurafat : Hanya UMNO Selamatkan Melayu


Umno tanamkan 'khurafat' kepada rakyat : Kononnya HANYA UMNO SELAMATKAN MELAYU

Pimpinan Umno terus menerus menanamkan 'khurafat' kepada orang Melayu kononnya hanya Umno yang mampu mempertahankan orang Melayu. Sedangkan sudah lebih 50 tahun Umno menjadi tunjang pemerintahan Malaysia, Umnolah yang menggadaikan Melayu.

Pada masa yang sama Umno cuba menggelapkan fakta dengan menyatakan bahawa jika Umno kalah maka DAP akan menjadi ketua negara sedangkan kita semua tahu jika calon-calon Umno kalah maka calon yang menang sudah tentulah dari PAS atau PKR yang berbangsa Melayu. Ini kerana semua kerusi yang ditandingi oleh Umno akan ditentang oleh calon Melayu dari PAS dan PKR. Tidak berbangkit isu DAP akan menang kerana DAP hanya bertanding menentang calon MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.

Jelas sekali pemimpin Umno cuba memperbodohkan orang Melayu dan rakyat Malaysia. Kita semua yakin bahawa rakyat sudah semakin sedar dengan permainan politik perkauman dan sentimen agama yang dimainkan oleh Umno BN dan rakyat sudah bersedia untuk menghukum Umno BN jika mereka meneruskan tradisi berpolitik dengan menggunakan semangat perkauman sempit ini.

Semalam Presiden Umno, Najib Razak berkata orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan melainkan menegakkan pemerintahan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam.

najib at pekida event 051211 02“Masa depan kita akan bertukar menjadi masa depan yang penuh gerhana kerana asas kita menjadi bangsa mulia dan bermaruah dan menjanjikan masa depan lebih cerah kerana pemerintahan hari ini.

“Sebab itu perjuangan kita mulia dan suci kerana kita pada asasnya berjuang mempertahankan kelangsungan kuasa yang ada pada tangan kita. Jika kuasa terlepas, Nauzubillah, cita-cita kita akan terkubur," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapannya kepada kira-kira 10,000 anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Politeknik Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam.

Sumber : http://mutaligat.blogspot.com/2011/12/umno-tanamkan-khurafat-kepada-rakyat.html

Monday, December 5, 2011

PAU dan Terengganu Negeriku...

Terengganu Negeri Kaya Rakyat Miskin
Umno Buang Tabiat

Oleh : MSO

PAGI ini saya hendak sambung cerita politik negeri 'penyu menangis' yang tertangguh beberapa hari lalu kerana ditindih intri dan kisah-kisah ataupun ulasan politik bersempena dengan perhimpunan agung Umno ke 62 dan kunjungan saya ke Batam. Perhimpunan agung Umno berakhir semalam, hari ini saya percaya kesemua para perwakilan sudah sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Mungkin ada perwakilan dan pemerhati yang telinganya masih terngian-ngian dengan ucapan presiden atau pun terkenang kepada lafaz ikrar yang diketuai oleh Udin anak Yassin. Mungkin ada yang berfikir sejauh manakah ikrar itu akan dipatuhi dan ditaati. Atau ada juga yang berfikir kenapa orang Umno sampai diminta berdiri untuk melafazkan ikrar, yang belum pernah berlaku dalam sejarah Umno selama 62 tahun. Teruk sangatkah Umno atau Umno sudah dilanda sindrom sumpah laknat Datuk T?

Atau ada juga yang akan berfikir apakah perhimpunan agung Umno itu adalah perhimpunan terbesar yang akhir. Selepas ini, apabila UBN tidak menjadi kerajaan maka Umno akan lunyai, lemah dan akhirnya perlahan-ahan akan lupus seperti mana lesapnya dinosur. Mungkinkah begitu? Maka berbaurlah dengan berbagai-bagai perasaan, ketakutan dan kegelisahan di dalam kepala orang Umno terhadap apa yang ditunjukkan dalam perhimpunan selama tiga hari tiga malam itu.

Dalam budaya orang Melayu ada kepercayaan kalau seseorang itu menunjukkan tabiat luar biasa, mempamirkan keanihan-keanihan termasuk memaki hamun orang lain menandakan dia akan meninggalkan dunia ini tidak lama selepas itu. Jadi suasana, telatah dan kelainan yang ditunjukkan dalam perhimpunan itu kali ini seolah-olah Umno sedang membuang tabiat sebelum ajal tiba.

Ataupun ada juga yang melupai segala apa yang diucap, dirumus dan disepakati dalam perhimpunan itu. Sebaik saja melangkah keluar bendul dewan Merdeka, mereka bebas dari terikat dengan Umno. Mereka melupai segala amanat pemimpin dan apa yang tersekang di dada hanya cemuhan melampau kepada pembangkang yang mereka merasakan satu tindakan yang kurang siuman.

Mereka sebenarnya sudah membenci dan tidak mempercayai kepada Umno lagi. Mereka hadir hanya kerana diupah dan untuk mendapat one-off - elaun perhimpunan atau sekadar mengambil kesempatan di musim cuti sekolah untuk datang ke Kuala Lumpur melihat binatang di zoo negara di Hulu Kelang atau sekadar untuk perkenakan nasi kandag dan tea tarik yang ditempat mereka tidak ada. Begitukah. Dan dalam penialaian saya tidak sampai 30 peratus perwakilan dan pemerhati komited yang sedia melakukan perubahan.

Mungkin mereka sendiri sudah membuat tekad dan nekad di dalam hati, bahawa perubahan perlu dilakukan dalam pilihan raya ke-13. Umno parti yang mereka warisi tetapi sudah cacat matlamat perjuangannya tidak perlu diberikan mandat dan peluang lagi. Cukuplah selama 57 tahun berkuasa, berilah kepada parti lain pula untuk menunjukkan kebolehan dan kemampuan mereka. Tidak salah... mungkin ada yang berfikir begitu dan kini sudah siap dengan niat untuk memancung dan menjadikan Umno sebagai sapi korban.

Atau mungkin juga sebahagian perwakilan dan pemerhati membuat penilaian semula terhadap kata-kata yang kononnya kuasa Melayu akan hilang bila Umno tidak berkuasa, ataupun kedudukan Islam tergugat kalau Umno tidak berkuasa. Atau keadaan Melayu akan merempak di bumi sendiri. Mereka sedang mengkaji dan merenung sejauh manakah kebenaran kata-kata itu menjadi kenyataan atau sekadar acahan dan ancaman untuk menakut-nakutkan orang agar tidak terus berubah dengan memberi sokongan kepada Umno laksana orang tua mengusik anak kecil jangan menangis dengan menyebut nama-nama momok yang pelik.

Sebab mungkin ada yang cerdik dan mindanya tidak terpasung dengan mitos dan doktrin Umno itu, akan insaf bahawa kekuatan Melayu bukan saja terletak ditangan Umno, tetapi ditangan Melayu yang insaf, jujur dan ikhlas. Kalau Umno satu-satu wadah Melayu masakan hanya 3.3 juta saja yang bersama Umno dan yang lain berada diluar dan lebih sesuku dari Melayu menentang Umno.

Begitu juga kekuatan Islam itu bukan semestinya ditangan Umno. Kekuatan Islam itu berada ditangan semua bukan Islam tanpa mengira apa bangsa dan rupa kulit mereka sebab Islam itu adalah hak semua orang dan Tuhan tidak pernah memerintah ianya dijaga oleh Melayu. Nama Melayu tidak pun disebut usahkan penuh, hatta separuh pun tiada dalam al-Quran, yang ada orang mukmin.

Nampaknya itulah yang ditekankan oleh pemimpin Umno termasuk Ha Najib Razak. Menjadikan Melayu sebagai modal. Menjadikan Islam sebagai umpan untuk memancing orang Melayu supaya terus memberi sokongan kepada Umno. Menakutkan orang Melayu dengan kehilangan bangsa dan agama jika Umno kalah dan tidak berkuasa.

Mereka yang tohor pemikiran dan berada dalam mangkuk tandas Umno atau menjadi "gogat" (jejentik) yang mendiami kelotong nyiur akan menerima hujah itu. Gogat hanya akan terbang meninggalkan kloni tradisinya setelah tumbuh sayap sebelum mati 'dikenyek'. Mereka akan percaya dan yakin dengan apa saja yang pemimpin mereka ludahkan ke dalam mulut mereka. Orang-orang seperti ini sebenarnya lebih teruk dari keldai dan lembu gemuk yang diheret dan dikurung (fid) kemudian disembelah.

Tetapi tidak kepada perwakilan yang otaknya terbuka, bermaklumat, berfikir kritis dan mengenali hatibudi Umno terutama generasi muda terpelajar dan mereka yang tahu menilai segala propaganda itu, tidak enteng untuk menelan segala dakyah dan doktrin itu. Itu semua hanya mitos, hanya bida'ah dan kurafat ciptaan pemimpin Umno. Atau pun helah para periwayat untuk memanjangkan masa pemerintahannya sahaja.

Mereka adalah tukang jual ubat yang menyihir para pelanggan agar membeli ubat yang dijual sedangkan mujarabnya tiada sama sekali. Ada kalanya ubat yang dibungkus di dalam kertas dan plastik itu hanya tahi kambing yang sudah tergentel berbentuk bulat. Sejak lebih lima dekad lalu orang Melayu telah termakan tahi kambing yang dilebelkan oleh Umno menyebabkan otak mereka menjadi bebal dan tepu untuk melihat kepada hakikat dan kekuatan diri sendiri.

Berbalik kepada apa yang hendak saya ceritakan fasal politik penyu tadi, semasa berada di Terengganu minggu lepas saya dibawa oleh rakan Fb mengeliling bandar Kuala Terengganu sambil melihat kepesatan pembangunan di negeri itu yang dibangga-banggakan oleh kerajaan UBN hari ini yan dipimpin oleh Ahmad Said.

Memang Terengganu pesat membangun dan segala prasarana yang ada hebat dan canggih berbanding dengan negeri lain. Sesiapa pun naik manggak kalau menjadi rakyat negeri Terengganu kerana memiliki pembangunan hebat begitu. Namun hakikatnya menurut teman Fb saya itu, segala kehebatan itu hanya santapan mata saja, sedangkan hakikatnya rakyat Terengganu tidak mendapat apa-apa faedah langsung dan kehidupan mereka ditahap lama. Negeri berubah tetapi rakyat masih terjerut dalam jaring pukat robek dan dihimpit perahu sopek.

"Pembangunan di Terengganu ini seperti pelangi yang indah di langit tetapi ia tidak dapat dicapai tangan hanya dapat dilihat mata dengan mulut ternganga air liur meleleh," begitulah teman itu beranologi. Maksudnya prasarana yang disediakan lebih kepada untuk menunjuk-nujuk saja, mempamirkan syiar kemodenan tetapi natijahnya bukan dikecapi oleh rakyat Terengganu.

Misalnya projek pulau wawasan, monsoon cup dan sebagainya ia hanya untuk ditonton dan bukan mengecapi hasilnya. Projek menelan balanja berbillion ringgit itu lebih kepada untuk memberi kepuasan kepada setengah pihak (pelancong dan orang luar) tetapi bukan dapat dirasai oleh rakyat Terengganu. Projek itu juga gagal kalau tujuannya untuk mewujudkan peluang perniagaan dan sumber menambah pendapatan rakyat Terengganu.

Projek monsoon cup dan pulau wawasan di pulau Wan Man itu juga gagal untuk membawa seberapa ramai pelancong ke negeri itu dan saya yakin modal yang dilaburkan untuk kedua projek bertaraf Piramid atau Tajmal itu belum balik lagi. Kedua-dua projek itu lebih kurang mencurah wang ke dalam laut saja.

Hakikat ini saya lihat sendiri, berkebetulan semasa kunjungan itu saya meninjau ke Pulau Duyung di mana tempat berlangsungnya monsoon cup. Yang mengambil bahagian hanya beberapa buah negara saja, manakala yang datang menyaksikan tidak sampai 40 orang. Di lautan adalah beberapa buah kapal layar. Medan ICT dibina untuk tujuan perniagaan bersempena dengan program itu kosong tidak ada apa-apa gerai yang menjalankan perniagaan.

Keadaan itu bukan saja tahun ini kata teman itu tetapi setiap tahun. Jadi menurutnya kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Idris Jusoh dulu telah menghabiskan begitu banyak wang tanpa mendatangkan hasil. Sedihnya ia diteruskan oleh MB yang ada hari ini yang seolah-olah tidak tahu mencari jalan bagaimana hendak menamatkan projek 'gajah biru' itu dan diganti dengan projek yang bermanfaat untuk rakyat.

Begitu juga pembinaan ICT di dataran berhampiran jeti ke Seberang Takir itu. Katanya malam suasana di situ akan bercahaya kerana dibina pokok-pokok kristial yang mengeluarkan cahaya neon api lop lip lop lip. Tetapi apa guna segala kemudahan itu kerana ia tidak memberi hasil sebaliknya paling menyedihkan menimbulkan mudarat apabila kawasan itu dijadikan tempat untuk berpacaran di kalangan remaja liar.

Begitu juga pembangunan pesat dalam bidang lain tidak memberi kelabaan kepada rakyat Terengganu. Ia tidak mampu menyediakan peluang pekerajaan bagi mengurangkan pengangguran. Anak-anak muda Terengganu baik yang berkelulusan peringkat universiti atau sekolah menengah masih mencari kerja di luar, merantau ke Kuala Lumpur seperti mana juga rakyat Kelantan.

Cerita rakan itu lagi di Terengganu tidak banyak kilang dibangunkan untuk memberi pekerajaan kepada anak-anak muda. Walhal kalau peruntukan untuk projek mega yang menjadi 'gajah biru' tersebut digunakan untuk membina projek yang menyediakan peluang perkerajaan sudah pasti tidak perlu lagi anak-anak Terengganu untuk berhijrah keluar dan mencari rezeki di rantau orang.

Apa yang dapat saya sebut mengenai hal ini, Terengganu adalah negeri yang indah dan kaya tetapi keindahan itu hanya dapat ditenguk dan kekayaan itu hanya dapat disebut saja. Setelah lebih tiga tahun dinobatkan sebagai MB Terengganu Ahmad Said tidak berdaya dan tiada idea untuk mengubah Terengganu melainkan hanya memejam-mejam mata dan mecelik-celikan mata saja dan berbangga dengan gelaran dia adalah Menteri Besar di Raja.

Friday, November 4, 2011

Buat Sungai Untuk Bina Jambatan?


Pelik tetapi benar.. Diseluruh dunia Jambatan biasanya dibina untuk menghubungkan antara dua jalan yang merentasi jurang , sungai ataupun lautan tetapi hanya di Malaysia di negeri Terengganu ianya adalah sebaliknya.

Projek Kerajaan Barisan Nasional ini yang telah menelan belanja RM210 Juta ini iaitu tambahan RM70 Juta dari harga asal iaitu RM174 Juta memerlukan anak Sungai dibina atau dilencongkan merentasi bawah jambatan tersebut supaya jambatan tersebut berfungsi sebagai jambatan.

Faham tak?? Maksud aku.. Negara lain bina jambatan untuk merentasi Sungai tapi Malaysia membina atau melencongkan anak sungai untuk merentasi atau mengalir di bawah jambatan itu..

Ini kerana jambatan yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur itu telah dibina diatas darat, tengok betul-betul gambar dibawah..



Hanya di Malaysia.. di Negara yang lebih majupun tiada projek seumpama ini..

RM70 Juta tambahan yang diperlukan itu bertujuan untuk merangka kerja2 baru bagi mengatasi kemelut pembinaan jambatan Sungai Bagus ini antaranya termasuk mengalih anak sungai kebawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai kerana bimbang diketahui umum.

Jadi jika anda masih mahu melihat projek-projek pelik seperti jambatan ini teruskanlah menyokong Barisan Nasional!!

Di bawah adalah fakta-fakta mengenai projek gila ini..

Penyelewengan Dalam Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Timur 2(LPT-2)

B-27 – Kementerian Kerja Raya

Pembinaan Jalan dan Jambatan



1. Projek LPT-2 dari Jabor ke Kuala Terengganu dijanjikan kepada rakyat Terengganu menjelang pilihanraya 2004. Mula dibina pada 2007 dan dijangka siap pada 2010.

2. Harga asal RM3 billion tetapi sekarang sudah mencecah hamper5 billion. Difahamkan peruntukkan tambahan diperlukan untuk menyiap projek ini yang tarikh siapnya entah bila.

3.Projek ini dibiayai melalui Dana Khas (iaitu wang royalty) dan hanya sebahagian kecil pengurusan dibayar oleh Kerajaan Pusat. Ini bermakna hamper keseluruhan pembinaan LPT-2 ini dibiayai olehwang rakyat Terengganu.

4. Setelah siap projek ini akan di serah kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan tidak Kerajaan Negeri Terengganu. Ini bermakna Negeri Terenganu sedia tanah dan menanggong kos pembinaan nya tetapi tidak akan memiliki lebuhraya ini.

5. Siapa yang akan mengendali kutipan tol? Siapa akan memperolehi hasil kutipan tol ini?

6. Pembinaan dibahagi kepada 16 pakej dimana hanya 4 sudah atau hampir siap dan 12 lagi belum.

7. Antara pakej bermasaalah termasuk:

a) Pakej 7 – Pembinaan Jambatan Sungai Bagus – Bandar Baru Kerteh, Daerah Kemaman.

- Jambatan dibina atas Daratan!!!!



- Sebuah jambatan dibina atas daratan dan tidak melintasi anak Sungai Bagus yang sepatutnya tujuan jambatan ini dibina.

- Harga asal kontrak RM174 juta. Harga semasa – RM 210 juta. Perlu tambahan RM70 juta.



- Jambatan ini hampir siap tanpa sebarang halangan atau larangan dari JKR yang mengawasi kerja pembinaannya.

- Bayaran juga dibuat mengikut kemajuan kerja.

- Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? SIAPA YANG CUAI???

- Konsultant? Kontraktor? JKR? Atau Kementerian Kewangan?

- Pakej ini telah diserah balik oleh kontraktor kepada JKR untuk merangka kerja2 baru bagi mengatasi kemelut pembinaan jambatan Sungai Bagus ini.

- Antaranya termasuk mengalih anak sungai kebawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai kerana bimbang diketahui umum.

- Proses tender sedang dirangka dan dijangka tambahan RM70 juta diperlukan untuk mengatasi masaalah pembinaan jambatan ini.

- Pohon Jabatan Audit dan SPRM menyiasat perkara yang dibangkitkan ini.


b) Pakej 8 – Kontraktor Bermasaalah dipilih semula dalam Re - tender

- Kontraktor asal telah menyerah kontrak kepada JKR kerana menghadapi masaalah untuk menyiap pakej ini.

- Bayaran “Wang Pendahuluan” sebanyak RM20 juta telah dibayar.

- Pakej ini di tender semula dan yang mengejutkan kontraktor yang sama berjaya memperolehi pakej ini dengan harga yang lumayan.

- Kontraktor merupakan seorang AJK UMNO Bahagian Ulu Terengganu.


c) Pakej 5A – Jalan Bahaya

- Permukaan tanah tidak diselenggara mengikut spesifikasi

- Pasir tidak diletakkan di permukaan tanah paya dan amat membahayakan pengguna.

- Tidak ada halangan dan larangan dari JKR dan bayaran dibuat mengikut jadual kerja.


Sumber info.. yang bergaya dalam gambar tu..

Sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/11/pelik-tapi-benar-sungai-dibina-melalui.html

Monday, October 31, 2011

Malaysia Dalam Krisis


Oleh: MSK

Salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia, terutama orang Melayu, mengambil sikap acuh tak acuh tentang apa yang berlaku dalam negara adalah kerana ketiadaan maklumat. Surat khabar setiap hari bercerita tentang jenayah, skandal seks, kehidupan artis. Blog pro-Umno setiap hari bercerita tentang skandal Pakatan. Blog pro-Pakatan setiap hari bercakap tentang keburukan Umno. Itulah politik Melayu. Semuanya perlu sensasi.

Dalam siri Revolusi Ekoposial 1,2 dan 3…aku cakap pasai perubahan pemikiran dan perubahan generasi. Kebanyakan komen mengaiitkan revolusi dengan kemiskinan, dan aku keluarkan statistik kemiskinan. Secara umumnya, ramai yang bersetuju bahawa rakyat yang miskin tidak akan menggerakkan revolusi. Realitinya, lebih miskin seseorang itu, lebih kuat kebergantungannya kepada pemerintah.

Kemudian, kita kaitkan pula kegagalan kebangkitan rakyat kerana middle class tidak memainkan peranan mereka. Perkara ini tidak akan berakhir kerana keseluruhan sistem kita sudah kaput. masyarakat diasingkan, dan maklumat disorokkan. Kita tidak sedar bahawa kita didalam krisis.

Dari 1970 hingga 2008, Harga Index Pengguna (CPI) berada dalam lingkungan 2-4%. Tak pernah tinggi daripada itu. Kita anggaplah petunjuk rasmi kerajaan itu betul tapi cuba buat sikit kajian tentang kenaikan harga yang kita sendiri rasai.

Tahun 1970, harga sepinggan nasi hanyalah RM0.70 sen. Sekarang, kalau makan dikedai mamak, paling kurang RM6.00. Berapa peratuskah kenaikan tersebut?

Tahun 1972, harga Toyota KE 20 hanya RM7,000. Sekarang, Toyota Vios berharga hampir RM70,000. Dulu, kalau kita bayar RM300 sebulan, kita memerlukan 23 bulan untuk menyelesaikan ansuran. Sekarang…kita memerlukan 9 tahun untuk menyelesaikan hutang.

Tahun 1972, harga rumah teres ialah sekitar RM38,000. sekarang sudah meningkat kepada RM200,000. Itu dipinggiran bandar Ipoh. Kalau kat Penang, apartmen dua bilik saja bernilai RM300,000. Siapa yang mampu beli rumah?

Kesannya? Kita terpaksa tinggal makin lama makin jauh dari tempat kerja. Masa dihabiskan diatas jalan manakala masa dengan keluarga semakin berkurangan. Dan yang lebih sakit…anak-anak kita masa depan tidak mungkin mampu membeli rumah. Semakin lama, generasi kita semakin miskin. Apabila miskin, kita akan terus berpaut dengan pemerintah. Generasi miskin akan terus merana dalam putaran kemiskinan.

Yang boleh membantu mereka untuk keluar dari putaran kemiskinan ini ialah golongan middle class yang prihatin. Apakah golongan middle class ini masih wujud?

Pada tahun 1970, mak aku bekerja sebagai amah. Dia dapat RM50.00 sebulan. Aku kesian kat mak aku, tapi gaji RM50.00 itu dia boleh beli macam-macam. Untuk perbandingan, kita gunakan emas.

Gaji RM50.00 emak aku, kalau tak dibelanjakan…dia boleh beli 14 gram emas.

Tahun 1980, aku mula bekerja dan gaji asas bagi taraf diploma ialah RM750.00. Kalau aku tak belanja duit tu, aku boleh beli 20 gram emas.

Sekarang anak aku keluar universiti, ada ijazah dan mula bekerja. Gaji permulaan dia ialah RM1200.00. Dengan RM1200.00, anak aku hanya boleh beli 10 gram emas!! Kita makin baik atau makin teruk?

Anak aku yang pergi universiti…duit aku habis puluh ribu…kemudian berhutang kat PTPTN…tiba-tiba standard dia lebih teruk dari mak aku yang bekerja sebagai amah tahun 1970!!

Sekurang-kurangnya, mak aku tak berhutang..tapi anak aku akan terus berhutang untuk sepuluh tahun lagi. Tu belum nak beli kereta..nak beli rumah…nak kawin!

Cuba tengok piramid yang ideal bagi sesebuah negara.

Ini yang berlaku dalam tahun 70an. Manakala yang dibawah adalah apa yang berlaku dalam tahun 2008.

Grafik diatas dibuat berdasarkan statistik sehingga 2008. Diantara March 2008 hingga Ogos 2009, seramai 304,358 rakyat Malaysia berhijrah keluar negara. Ini tak mungkin kelas bawahan…tapi kelas pertengahan yang mempunyai modal dan kepandaian. Rakyat Malaysia yang bijak, berhijrah keluar negara, tapi dalam masa yang sama, kita mengimpot berjuta rakyat Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Nepal.

Ruling class semakain membesar…tengok saja berapa ramai Menteri Kabinet. Financial Class sudah mula melarikan diri ke Thailand dan China. Pasukan polis semakin membesar walaupun tugas mereka semakin haprak. Kakitangan kerajaan semakin membesar, walaupun pelbagai penswastaan dibuat. Business class dan Middle class semakin mengecil sebab mereka sama ada sudah lari atau menjadi working class, manakala working class semakin membesar.

Kita sudah menuju kearah negara kuku besi seperti Myanmar.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Ini bukan salah orang miskin samaada dibandar atau dikampung. Ini juga bukan kerana Melayu, Cina atau India…tapi ini semua salah Umno.

Umno sudah lama memerintah dengan majoriti dua pertiga. Kuasa yang besar ini digunakan untuk mengekalkan kepentingan segelintir puak Umno diatas pucuk pimpinan. Jangan salahkan ahli Umno yang dibawah..sama ada dikampung atau dibandar…depa sudah diperbodohkan.

Sepanjang 54 tahun Umno berkuasa, Umno telah meminda Perlembagaan sebanyak 633 kali. Setiap kali ianya dipinda, ia hanyalah untuk menindas rakyat dan mengisi poket segelintir pemimpin mereka. Bandingkan dengan Amerika yang merdeka sudah 233 tahun, tapi hanya meminda perlembagaan mereka sebanyak 27 kali!!

Macam mana Umno boleh mendapat majoriti 2/3 sepanjang masa?

Umno menguasai hampir semua jentera kerajaan yang kemudiannya dimanipulasi supaya Umno terus berkuasa.

Peguam Negara, SPR, Jabatan Hasil dalam Negeri, Kehakiman, SPRM,JPN, Polis, ROS, Special Branch…habis dikuasai oleh Umno. Jabatan-jabatan kerajaan yang sepatutnya bebas ini…semuanya sudah duduk dibawah Umno dan Barisan Nasional.

Nak ubah macam mana? Melalui pilihanraya? Cuba tengok apa kata pengerusi SPR yang lalu.

"SPR mengaku pada tahun 2000: Sekiranya undi pos dibatalkan, tiada seorang pun Menteri dapat mempertahankan kerusi Parlimen.

http://mt.m2day.org/2008/content/view/18775/84/"

Sempadan kawasan Parlimen diubah dan dimanipulasi untuk memastikan BN menang. Cuba bandingkan diantara Putrajaya dan Kapar.

Putrajaya mempunyai 6608 pengundi manakala Kapar mempunyai 112,224 pengundi. Pakatan perlu menang 2 kerusi Parlimen…manakala BN hanya perlu menang 1 kerusi saja. Dalam lain perkataan, Pakatan memerlukan 60% undi untuk menawan Putrajaya, manakala BN hanya memerlukan 40 undi..tapi masih boleh mengekalkan kuasa. Adil?

Satu lagi contoh bagaimana BN akan terus berkuasa. Selangor mempunyai 1.57 juta pengundi, tapi hanya mempunyai 26 kerusi Parlimen. Sabah mempunyai 800,000 pengundi tapi mempunyai 25 kerusi Parlimen. Manakala Sarawak mempunyai 900,000 pengundi tapi mempunyai 31 kerusi Parlimen.

And the worst is yet to come.

Lima juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tapi masih belum mendaftar sebagai pengundi…sebaliknya, sudah lebih satu juta rakyat asing yang tak boleh mengundi, sudah didaftarkan sebagai pengundi.

Macam mana nak mengubah kerajaan?

Sumber: http://www.malaysiatimes.my/2011/10/30/krisis-di-malaysia/

Friday, October 28, 2011

Mahadhir Lawan Hudud Dulu, Kini Dan Selamanya?


Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.

“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.

Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.

Isnin lalu, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.

Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.

Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud.

Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat.

Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat. -TMI

Saturday, October 15, 2011

Melayu Berpecah Pasal Tak Sokong UMNO?


Pas Mampu Selamatkan Melayu Islam
Idris Ahmad
14/10/11

Pas mampu menyelamatkan Melayu Islam daripada hilang kuasa setelah Umno gagal menjaga amanah bangsa. Inilah jawapan kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir yang mengatakan Melayu akna hilang kuasa dalam sepuluh tahun lagi.


Sebenarnya ini hanyalah kenyataan untuk memberikan talian hayat baru supaya orang melayu terus menyokong Umno, ketika parti ini tidak popular di kalangan generasi muda yang celik maklumat.

Kenyataan ini adalah bayangan mimpi ngeri Tun ketika menghadapi hari tuanya. Beliau sedang menyaksikan parti yang pernah beliau pimpin hampir 22 tahun mengalami muflis sokongan. Umno bukan lagi parti keramat orang Melayu, ia hanya parti untuk menjadi pengkalan sementara bagi membolot kekayaan peribadi bukan untuk kepentingan bangsa dan agama.


InsyaAllah doa almarhum Ustaz Fadhil Nor dikabulkan Allah, supaya umur Tuan Mahathir panjang dan ia akan melihat sendiri hasil daripada beliau memimpin negara. Bibit-bibit kerisauan sudah pun nampak pada hari ini.


Oleh itu Pas perlu mengganti Umno demi kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara. Pas terbukti dan teruji kerana mampu mentadbir dengan baik negeri yang mewakili majoriti Melayu Islam di Kelantan sejak 1990 sehingga kini telah berjaya menaikkan taraf orang Melayu.

Kadar kemiskinan di Kelantan daripada nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam adalah satu bukti Pas mampu mememlihara Melayu Islam.

Begitu juga ketika Umno berbangga partinya pandai menjaga Melayu tetapi begitu dhaif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri di bawah penguasaan mereka, contohnya Terengganu nombor dua termiskin di negara ini.

Pas yang menerajui Kelantan berjaya melunaskan hutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM220 juta setakat 2010. Hutang yang ditinggal oleh Umno pada tahun 1990 RM718 juta. Kelantan mampu mengurus dengan baik walaupun royalti minyak dirampas.


Pas mampu kerana pemimpin yang berpegang kepada prinsip amanah dan adil. Merasakan bahawa pemimpin akan disoal di hari akhirat kelak. Menolak sebarang bentuk perkauman dan pilih kasih kerana berlainan ideologi politik. Bantuan diberi kepada mereka yang berhak, tanpa mengira parti politik.


Melayu akan hilang kuasa kerana politik Umno yang tidak menghayati Islam sebagai cara hidup, menafikan hak sesama bangsa kerana berlainan ideologi politik, dendam sesama bangsa sehingga menafikan hak rakyat untuk memilih berlainan politik, diskriminasi sesama bangsa kerana berlainan ideologi, agensi yang menjaga Melayu seperti Felda, Felcra banyak ketirisan,

Sikap sombong yang tidak boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat walaupun dengan fakta dan data, menyalah gunakan Hak Keistimewaan Orang Melayu untuk peribadi, pendekatan Umno Putera bukan bumiputera, menafikan keboleh peniaga Melayu yang berwibawa kerana berlainan ideologi.Mengkambing hitamkan DAP kononnya kerana Melayu tertinggal sejak BN hilang kuasa di Pulau Pinang

Saturday, October 1, 2011

BILA UMNO HENDAK MINTA MAAF KEPADA RAJA-RAJA MELAYU




Umno tunjuk hero lagi, konon membela Raja-Raja Melayu. Mereka cuba ambil kesempatan kononnya merekalah mempertahankan Raja-Raja Melayu. Sahlah pemimpin Umno manusia lidah bercabang. Ketika berada keadaan lemas apa sahaja mereka akan lakukan. Jika modal agama boleh dijadikan alat, maka agama akan diperalatkan, jika isu Melayu yang boleh dijadikan modal politik maka mereka akan menggunakan. Sekarang isu kononnya Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng mengatakan negeri Johor tidak selamat sehingga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor murka, maka pemimpin Umno cuba tunjuk hero.

YAB Lim Guan Eng telah memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Persoalannya bila pula Umno memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu? Rakyat tidak dengar pula, pemimpin Umno yang mengatakan Sultan Trengganu binatang kerana tidak puas hati apabila Datuk Seri Idris Jusuh tidak dipekenan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.

Bila pula pemimpin Umno hendak memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang mengaibkan Raja-Raja Melayu di persidangan Agung Umno dan rapat umum ketika krisis Pindaaan Perlembagaan Umno 1983 dan 1991?.

Bila umno hendak meminta maaf kepada Sultan Kelantan kerana begitu biadab sehingga tergamak melantik Sultan hanya di padang Sekolah sahaja?

Mungkin pemimpin Umno lupa dan kita cuba peringatkan kepada mereka bagaimana keceluparan mereka kepada Raja-Raja Melayu. Rakyat tidak lupa, mungkin pemimpin Umno buat-buat lupa.

Sumber :http://idrisahmad.wordpress.com/2011/10/01/bila-umno-hendak-minta-maaf-kepada-raja-raja-melayu/

Friday, September 23, 2011

Selepas Ini PAS Akan Di Kaitkan Dengan Syiah pula..?


Hari ni saya bersolat jumaat di satu masjid dalam Daerah Hulu Terengganu. Pulang ke rumah mertua kerana ada majlis akikah anak saudara di sana.

Apa yang menariknya adalah isi khutbah yang di sampaikan oleh khatib yang bertugas. Saya tak pasti samada teks khutbah tersebut adalah teks yang selaras seluruh negeri, atau untuk daerah Hulu Terengganu sahaja, atau ianya teks pilihan khatib di masjid tersebut sahaja.

Tetapi daripada isi khutbah yang ada di sebutkan sebagai peringatan dan arahan daripada Jab. Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), saya mengagak teks ini adalah untuk bacaan seluruh negeri.

Tajuknya ialah "Bahaya Syiah" (tajuk yang saya agak saja berdasarkan isi kandungan khutbah). Entah apa relevannya tajuk yang sebegitu di baca di kampung yang saya kira bukan saja penduduknya tidak mengenal apa itu Syiah, bahkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah juga belum tentu mereka tahu apa bendanya. Ini pada pengamatan saya pada tahap beragama penduduk di sini.

Jauh daripada pusat pengajian agama, bahkan untuk memulakan khutbah jumaat pada hari ini juga tuan bilal terpaksa memandang kearah pintu masuk masjid, membilang samada jemaah sudah mencukupi 40 orang.

Sehingga lebih setengah jam azan di laungkan jemaah masih belum mencukupi dan pengerusi masjid terpaksa menjemput jemaah dengan pembesar suara supaya segera masuk ke masjid untuk memulakan khutbah. Itu untuk solat jumaat, kalau solat waktu lain, boleh bayangkanlah keadaannya.

Sepatutnya tajuk itulah yang perlu di tekan oleh khatib, menyedarkan orang ramai kewajipan terhadap agama mereka. Tetapi begitulah yang berlaku apabila khatib hanya membaca khutbah, bukannya berkhutbah menyelesaikan masalah masyarakat setempat sebagaimana maksud daripada syariat khutbah itu sendiri.

Sebab itulah agaknya khutbah tidak lagi menjadi perhatian jemaah jumaat sehingga waktu khutbah itulah ketika paling mudah untuk melelapkan mata...

Yang keduanya, mengapa tajuk berkenaan Syiah menjadi fokus kepada khutbah di negeri Terengganu. Walaupun mungkin "Mencegah itu lebih baik daripada mengubati", tetapi rasanya belum lagi timbul apa-apa riak fahaman ini menular di kalangan masyarakat Terengganu sehingga perlu di fokuskan dalam khutbah untuk di baca seluruh negeri.

Apa yang dapat saya tangkap daripada pendedahan terhadap bahaya syiah ini adalah ibarat kata pepatah, "Marahkan anak sindir menantu". Ada sasaran lain yang di tujukan terhadap serangan tersebut.

Ini kerana isu-isu yang di timbulkan setakat ini belum berkesan sepenuhnya. Bahkan sebahagiannya memakan diri seperti isu siapa pejuang kemerdekaan yang menyebabkan mereka terpaksa bertahan setelah menyerang.

Sebelum itu isu kepimpinan ulama', di susuli isu sokong komunis kerana berbaik dengan DAP, video perbualan lucah yang di hidupkan semula dan lain-lain isu masih belum berkesan sepenuhnya.

Mungkinkah selepas ini akan timbul pula isu PAS di serapi oleh Syiah apabila berTimbalan Presidenkan Mat Sabu..?

Wednesday, September 21, 2011

UMNO Gagal Bela Bahasa Melayu


Berita dari BERNAMA di bawah antara bukti jelas kegagalan dan kemusnahan bangsa yang di perjuangkan oleh UMNO yang menerajui negara. UMNO yang mengaku berjuang kebangsaan Melayu ternyata telah gagal. Kalau bab bangsa dan bahasa yang menjadi dasar parti pun UMNO gagal, apa lagi yang di harapkan daripada mereka.... agama jauh sekali..


Penggunaan Bahasa Rojak Di Kalangan Generasi Muda Kian Parah - Naib Canselor UUM

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Penggunaan Bahasa Melayu 'rojak' di kalangan generasi muda ketika berkomunikasi terutama dalam majlis formal kian parah, kata Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Beliau berkata situasi penggunaan bahasa rojak itu yang secara tidak langsung mengikis identiti bahasa Melayu yang indah diburukkan lagi dengan perkembangan teknologi moden menerusi telefon bimbit seperti penggunaan khidmat SMS dan sistem mesej Blackberry (BBM).

"Kalau dahulu kita mahu golongan muda menguasai bahasa Inggeris, tetapi kini bahasa Melayu pun mereka tak boleh nak kuasai, terutama penggunaan konteks ayat yang sangat lemah.

"Kebanyakan mereka lebih suka menggunakan bahasa singkatan atau bahasa jalanan walaupun ketika menghadiri majlis keraian, bertemu dengan golongan bangsawan atau orang kenamaan mahu pun ketika ditemuramah oleh pihak media," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara UUM bersama MyPEC Sdn Bhd dan Digicity(M) Sdn Bhd di sini Selasa.

Mohamed yang kesal dengan situasi itu berkata faktor penyumbang gejala penggunaan bahasa rojak dan singkatan ini mungkin disebabkan golongan muda tidak lagi didedahkan dengan penulisan bahasa Melayu formal atau aktiviti komunikasi di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Justeru katanya, kegemilangan bahasa Melayu perlu dikembalikan dan cabaran itu perlu digalas oleh semua pihak terutama sistem pendidikan yang perlu menekankan kurikulum berlandaskan penggunaan bahasa Melayu dalam konteks yang betul.

"Mereka (pelajar) perlu dilibatkan secara serius dalam aktivti debat, pidato dan pantun misalnya kerana ia merupakan satu cara yang paling efektif untuk mereka berbahasa Melayu dalam konteks ayat yang betul.

"Bahasa Melayu itu indah, jika kita tidak peliharanya, ia akan hilang begitu sahaja dan ini akan menjadi isu besar kepada negara. Jangan disebabkan teknologi dan kemodenan, mereka merasakan bahasa Melayu standard tidak penting, ini kerana ia akan menjadi punca kemerosotan bahasa ibunda kita sendiri," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Mohamed mewakili UUM, manakala MyPEC Sdn Bhd, sebuah syarikat yang membekalkan perisian untuk latihan simulasi perniagaan diwakili Pengarah Urusan, Matsham Ahmad dan Digicity (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat makanan dan minum (F&B) diwakili Pengarah Urusan, Datuk Rozman Hussin menandatangani MoA itu.

MoA itu ditandatangani bagi memeterai usahasama pintar dalam usaha membantu lebih ramai usahawan dapat dilahirkan di kalangan graduan UUM.



-- BERNAMA

Saturday, August 20, 2011

BN tak rasa apa-apa walaupun harga barangan terus naik


Oleh SAFAR JUMAAT

SUKAR untuk menolak anggapan rakyat terbanyak, BN itu bukan sahaja mewakili singkatan bagi nama Barisan Nasional tetapi ia semakin popular dengan singkatan ‘Barang Naik’. Malahan, di kalangan mereka yang berada di bawah payung BN sekalipun, tidak dapat menolak dakwaan itu.

Pemimpin BN di Putrajaya dan mereka yang berpejabat di Menara Dato’ Onn, PWTC mungkin tidak merasa apa-apa dengan sungutan rakyat di bawah, bahawa semua barang keperluan semakin mahal, kerana mereka tidak berada di arus bawah dek sebaliknya sedapnya berkerusi empuk di pejabat masing-masing.

Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu memantau harga juadah di bazar Ramadan sebenarnya satu penghinaan kepada peniaga-peniaga kecil Melayu tetapi dia tidak pula mengeluarkan kenyataan mahu memantau harga jualan di pasaraya-pasaraya milik taikun asing.

Acapkali rakyat mengeluh. Kenaikan harga barang menyebabkan hidup mereka yang berpendapat kecil dan sederhana benar-benar tertekan, tetapi kerajaan akan menjawab nanti, kurangkan guna gula untuk membendung kenaikan harga gula.

Jika harga sayur-sayuran melambung, sungutan rakyat akan dijawab kerajaan, bercucuk tanam di rumah untuk mengurangkan belanja membeli sayur-sayuran di pasar.

Begitulah seterusnya, jika harga minyak yang naik, kekecewaan rakyat akan kerajaan jawab, kurangkan makanan berminyak dan yang bergoreng.

Sebenarnya, harga ubat-ubatan pun melambung. Kalau seseorang itu memerlukan ubat, bolehkah kerajaan atau menteri memberi kenyataan, kurangkan makan ubat bagi membendung kenaikan harga ubat?

Dulu, bila harga minyak naik, kerajaan akan kata ini bukan kenaikan harga minyak, tetapi ini penyesuaian subsidi yang menyebabkan kenaikan berlaku.

Sesekali akan ada kenyataan dari menteri, gunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana untuk mengurangkan penggunaan minyak.

Yang belum menteri keluarkan kenyataan, gali minyak sendiri jika sesiapa ada terjumpa sumber minyak dari bumi dan belum kedengaran menteri memberi nasihat kepada rakyat, berjalan kakilah ke pejabat kerana dengan cara itu akan menyebabkan kita sihat kerana peluh sentiasa mengalir.

Soalnya, sampai bila kerajaan mahu menepis keluhan ini dengan kenyataan-kenyataan kurang cerdik ini?

Adakah kerajaan memang beranggapan rakyat Malaysia adalah dari kalangan mereka yang kurang cerdik, maka mereka harus dilayan dengan cara kurang cerdik?

Satu hal lagi yang rakyat meluat dengan kerajaan ialah kenyataan dari menteri setiap kali ada pertanyaan mengenai kenaikan harga barang, mereka akan menjawab, di negara-negara jiran lebih tinggi harga barangan ini jika dibandingkan dengan harga di negara kita.

Belum pernah pula mereka berkata, gaji dan pendapatan di negara jiran lebih tinggi dari negara kita, indeks rasuah dan penyelewengan tidak pula mahu mereka bandingkan kecuali membandingkan harga barangbarang keperluan yang betul-betul menjerut leher rakyat.

Mana mungkin rakyat boleh menerima kenaikan tambang bas sekolah, harga pakaian sekolah dan alat-alat tulis?

Mungkinkah menteri akan membuat kenyataan, jangan pakai uniform ke sekolah untuk menjimatkan belanja?

Ketika rakyat menghadapi kesukaran yang tak terucap ini, kerajaan dibelit dengan cerita inflasi dan cerita seorang isteri pembesar negara berbelanja sakan di luar negara hingga timbul cerita pembelian cincin yang berhaga RM24 juta.

Hati mana yang tak sayu mendengar cerita seperti ini?

Siapa yang tidak geram. Walaupun kesahihannya boleh diragui, tetapi jika ada isteri pembesar mampu membeli cincin yang berharga RM2.4 juta pun, ia sudah dikira merobek kesetiaan rakyat terhadap sokongan yang mereka berikan selama ini.

Malahan, jika harga cincin yang dibeli itu bernilai RM240 ribu sekalipun, ia sudah cukup untuk rakyat memberitahu BN, cukuplah. Berilah peluang parti lain pula memerintah.

Apa yang sudah BN berikan kepada rakyat selama ini, terima kasih tetapi kalau rakyat terus memberikan sokongan kepada BN, seolah-olah rakyat merestui ceritacerita pembelian cincin bernilai RM24 juta, RM2.4 juta dan RM240 ribu.

Itu baru satu cerita. Belum lagi cerita penyelewengan dalam pemberian tender dan projek-projek pembelian senjata dan kapal selam. Rakyat terus merintih, kerajaan terus membazir dan tidak mahu memperbaiki kelemahan.

Bila ditegur, nanti mereka akan menafikan dengan kata-kata, banyak perkara lain yang perlu kita utamakan. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap pembangkang. Pembangkang memang hanya tahu membangkang tetapi mereka tidak menjawab teguran mengenai pembaziran dan isu perbelanjaan tidak berhemah.

Menjelang Aidilfitri ini, pastinya banyak barang-barang keperluan akan dinaikan harga. Menteri akan mengeluarkan kenyataan, bekalan ayam, telur, minyak dan tepung mencukupi untuk umat Islam menyambut Syawal tetapi usaha membendung kenaikan harga barang, ternyata kerajaan tidak mampu membendungnya.

Apakah kerajaan akan terus meminta rakyat menerima apa sahaja yang berlaku ini dan dalam masa yang sama, mereka yang sedang berkuasa sibuk menghabiskan wang kerajaan yang ada bagi kesenangan mereka dan tujuan kepentingan politik mereka.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang sedang seronok dengan kempen 1Malaysia, terdesak merasmikan kedai 1Malaysia yang dikatakan menjual barangbarang keperluan dengan harga murah tetapi tahukah beliau bahawa bukan orang di sekitar kedai 1Malaysia itu sahaja yang memerlukan barang-barang harga murah, sebaliknya setiap rakyat negara ini menentang kenaikan harga barang-barang keperluan.

Mereka yang duduk di kerusi empuk sekarang ini tidak pernah merasakan kenaikan harga barangbarang keperluan ini, lebih-lebih lagi mereka semuanya kaya-raya dan duduk di rumah yang kecil sedikit dari Istana Negara tetapi rakyat yang mereka anggap kurang cerdik sudah boleh berfikir, apakah kerajaan ini perlu disokong lagi atau tidak.

Bak kata orang-orang tua, kalau ada duit, macam-macam boleh beli, tapi kalau tak ada duit macam-macam boleh jadi. Maka, mereka akan berusaha untuk menumbangkan kerajaan yang dilihat sudah tidak berkemampuan membendung kenaikan harga barang-barang.

Apakah alasan yang hendak dicipta kerajaan apabila kenaikan harga barang-barang ini berterusan?

Apakah menteri akan memantau Bazar Ramadan sahaja dan tidak pedulikan kenaikan faedah pinjaman dan macammacam kenaikan terpaksa alat ganti kenderaan dan kelengkapan rumah?

Jadi, kalau ada rakyat yang beritahu kepada BN, cukuplah.

Sudah lama kami memberi sokongan dan peluang untuk BN memerintah, tetapi kebajikan kami tidak pernah dipedulikan, apakah BN akan marah kerana rakyat seperti ini dianggap seperti tidak tahu mengenang budi?

Nanti mereka akan kata, kamilah yang memerdekakan negara. Kamilah yang membina stadium dan kamilah yang membina landasan kereta api. Kalau kami tak bina stadium, di mana pemain bola sepak nak bermain bola sepak dan jika kami tidak bina landasan kereta api, di manakah keretapi nak lalu?

Cuma, mungkin mereka tidak berkata, tanpa landasan keretapi, pemain bola sepak boleh bermain di tapak landasan kereta api dan di tapak stadiumlah nanti kereta api akan menurunkan penumpangnya! Rakyat bukan bodoh

Sumber : http://warta-utara.blogspot.com/2011/08/bn-tak-rasa-apa-apa-walaupun-harga.html

Thursday, August 11, 2011

Murtad: Umno Tolak Mentah-Mentah Usul PAS

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Lakonan Umno kononnya mahukan akta mencegah murtad langsung tidak boleh dipercayai kerana inisiatif mengenai perkara itu berkali-kali ditolak, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.

"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.

Selepas itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekali lagi beliau mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

"Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno," katanya

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.

Menurut Salahuddin, usaha yang dibawa oleh pihak PAS mengenai perkara itu dibuat berkali-kali selepas Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan usul dan rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad.

Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Penolakan usul dan rang undang-undang persendirian mengenai murtad yang berlaku berkali-kali itu membuktikan Umno langsung tidak berminat untuk mencegah jenayah syariah paling serius itu.

"Sebab itulah umat Islam tidak seharusnya tertipu dengan gelagat gerombolan kuda tunggangan Umno yang kini nampak benar menunjuk-nunjuk kononnya mereka mahu mencegah murtad," tegas Salahuddin.

Beliau juga berharap rakyat menolak lakonan dan permainan gerombolan kuda tunggangan Umno itu kerana mereka adalah hipokrit sebenar.

"Amat hipokrit apabila bercakap hendak menentang gejala murtad tetapi pada masa yang sama menjadi kuda tunggangan Umno yang berkali-kali menolak usaha untuk mencegah murtad.

"Menolak inisiatif dan usaha untuk menentang murtad melalui peruntukan undang-undang dan perlembagaan hakikatnya menentang dan memusuhi usaha mencegah jenayah syariah paling serius itu," kata Salahuddin.

Beliau juga mempersoalkan di mana suara Umno ketika umat Islam bangkit menentang kes-kes murtad seperti kes Aishah Bukhari, Hartina Kamaruddin dan Lina Joy.

"Malah Umno juga berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah," katanya.

Dengan sejarah sedemikian, Salahuddin sekali lagi meminta umat Islam menolak hipokrit yang cuba berlagak hero yang kononnya memperjuangkan Islam dan kepentingan umat Islam.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4815-murtad-umno-tolak-mentah-mentah-usul-pas#.TkIInI661MI.facebook

Thursday, May 19, 2011

Pembangunan Terengganu: Bukan Untuk Rakyat


BESUT - Umno Terengganu dilihat semakin bepecah apabila pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) kali ini menyaksikan ramai Ahli-ahli Dewan Undangn Negeri (Adun) Umno daripada 'team B' mengemukakan pelbagai soalan yang terpaksa dijawab oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said dan kumpulanya.

Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, pepecahan Umno yang sudah bertahun lamanya itu merugikan rakyat kerana 'persaingan yang tidak sihat' diantara kumpulan yang menyokong Ahmad Said dan Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh.

"Walaupun sudah bertahun-tahun kes perebutan Menteri Besar berlalu tapi luka lama tersebut masih tidak sembuh, yang jadi mangsa ialah rakyat kerana kebajikan rakyat tak dapat dirancang dengan baik,

"banyak projek terbengkalai, akibat persaingan kumpulan bertelagah,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Kawasan Besut, yang diadakan di Dewan Haji Hassan dekat sini, Selasa 17 Mei.

Pembangunan negeri juga, menurutnya, tidak dapat berjalan dengan baik kerana 'perlumbaan' kumpulan berkenaan merebut pelbagai peluang projek bagi kumpulan masing-masing.

Beliau berkata, ekonomi Terengganu tidak dapat ditingkatkan dan akibatnya kadar pengangguran menokok dan impaknya adalah, menjadikan gejala sosial makin parah.

"Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan bukan kerana rakyat tetapi kerana 'peluang' kumpulan masing-masing mendapat 'laba',


"ekonomi lembab, Terengganu jatuh kepada tahap termiskin dengan pengangguran meningkat dan gejala sosial bertambah,"jelasnya.

Antara projek yang terbengkalai, katanya, adalah pembinaan pasar baru Jerteh atau 'Jerteh Souq' dan juga pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa Kedua dari Jabor ke Kuala Terengganu.

Justeru itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Terengganu supaya menukar kerajaan Umno dan Barsian Nasional sekarang, yang dilihat gagal untuk berkhidmat kepada rakyat.

"kerajaan (Umno-BN) yang ada hendaklah diganti dalam PRU 13 supaya rakyat dapat pmbelaan sewajarnya,"tambah Cikgu Solah.

Sumber asal : http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3564:pembangunan-terengganu-projek-untuk-kumpulan-bukan-untuk-rakya&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

Followers