Orang-orang soleh dan orang tua dahulu menjadikan puasa enam ini perkara keutamaan berbanding berterusan merayakan Idulfitri sehingga sebulan suntuk ( bahkan ada yang buat majlis terbuka Idulfitri pada bulan Zulkaedah ).
Di sesetengah tempat masih lagi meriah di rayakan apa yang di namakan raya enam. Iaitu raya pada hari ke lapan bulan syawwal. Perayaan itu walaupun ada yang mengatakan bid'ah ( klik disini ), tetapi mempunyai signifikan tersendiri. Ia adalah perayaan sebagai menyatakan kegembiraan setelah selesai menjalani ibadah berpuasa sunat enam hari daripada syawwal bermula dua haribulan sehingga tujuh syawwal.
Jika seseorang yang berjaya berpuasa Ramadhan dengan sempurna dan di suruh bergembira menyambut kejayaannya itu dengan Idulfitri, maka mengapa pula tidak di bolehkan jika orang yang berjaya meneruskan kejayaan itu dengan berpuasa enam dan mahu meraikan kejayaannya? Cuma masalahnya adakah orang yang menyambut raya enam itu sudah selesai menunaikan puasa enam hari tersebut? Dan adakah perayaan itu di sambut mengikut tatatertib syari'ah ataupun berlaku perkara yang boleh merosakkan nilai ibadah tersebut seperti pergaulan bebas dan riuh rendah di atas tanah perkuburan?
Amat sukar juga di zaman sekarang untuk berpuasa enam secara berturut-turut hari. Lebih-lebih lagi untuk memulakan pada hari ke dua syawwal. Selain jemputan ke rumah terbuka yang semakin menjadi tradisi, setahun dua ini timbul pula jemputan ke majlis-majlis kahwin pada cuti perayaan begini. Tahun ini saya menerima jemputan ke majlis kenduri kahwin seawal hari ke dua syawwal. Bayangkan jika jemputan itu datang daripada keluarga yang dekat dengan kita?
Adalah di harapkan majlis kenduri kahwin ini tidak di jadikan tradisi untuk di adakan di musim perayaan begini. Seeloknya biarlah perayaan di sambut sebagai hari kemenangan kita menunaikan tuntutan Ramadhan, bukannya untuk di ambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan pula...
No comments:
Post a Comment