Tuesday, September 22, 2009

Pemuda DUN Batu Rakit 2004-2009 - 2

Saya tidak katakan Sof Pemuda DUN yang saya bentuk selama beberapa tahun ini adalah sof yang begitu mantap. Tetapi sekurang-kurangnya saya telah asaskan kekuatan bagi pembinaan seterusnya di masa hadapan.

Sememangnya proses tarbiyyah manusia bukan satu kerja yang mudah. Tugas ini memerlukan hubungan yang begitu kuat dengan rabbul aalamin yang mencipta manusia itu sendiri. Lantaran itulah murabbi yang melaksanakan tugas tarbiyyah ini mestilah juga mereka yang mempunyai hubungan dengan anugerah daripada Allah seperti Rasul-Rasul Alaihimussalam.

Di akhir zaman begini, dengan begitu jauhnya kita daripada zaman kenabian, semua kita memerlukan tarbiyyah. Sama ada pemimpin mahupun pengikut adalah sama-sama perlu di tarbiyyah mengikut peringkat masing-masing. Untuk mengharapkan suatu yang sempurna daripada proses itu tentulah amat payah, bahkan tidak mampu di capai oleh siapapun di zaman ini.

Pimpinan besar dalam jemaah sekalipun seperti Mursyidul Am dan Presiden, mahupun tokoh-tokoh tarbiyyah dalam jemaah masih lagi banyak kelemahan dalam soff yang mereka bentuk berbanding generasi awal yang menempa kegemilangan bagi ummat ini.

Sepanjang sekitar enam tahun memimpin Pemuda DUN Batu Rakit, saya cuba mendedahkan kepada mereka kerja-kerja jemaah yang seharusnya mereka bersungguh melakukan untuk menggerakkan perjuangan. Pada peringkat awal ada yang bersungut lantaran kertas kerja yang saya bentang di dalam usrah saban bulan dan ada kalanya dua kali sebulan tidak mereka fahami kerana terlalu tinggi bagi mereka.

Sedikit demi sedikit apabila teori dalam kertas kerja itu di bawa keluar melalui aktiviti dan pengisian praktikal, secara tidak langsung mereka mampu menyerap kebingungan dalam memahami istilah-istilah tarbiyyah yang begitu payah di fahami melalui syarahan dan kuliah.

Pun begitu sebagaimana di sebutkan diatas, kesan dan hasil yang di harapkan masih lagi jauh untuk di capai dalam erti kata kesempurnaan. Biarlah saya dan mereka terus belajar erti perjuangan ini mengikut kemampuan dan anugerah Allah. Sebagaimana selalu saya peringatkan kepada mereka bahawa kita mestilah berjuang mengikut kemampuan yang kita ada, bukannya mengikut kemahuan kita. Tentulah ada perbezaan antara kemampuan dengan kemahuan…

Bersambung…… InsyaAllah.

No comments:

Followers