Petang ni jam 2 petang akan di adakan majlis penyampaian sumbangan, menghargai jasa guru-guru PASTI DUN Batu Rakit, bertempat di Pejabat DUN, Kg Padang Polis. Seramai 18 orang guru dan pembantu PASTI seluruh DUN di jangka hadir dan saya di minta untuk membuat sedikit pengisian dan menyampaikan sumbangan tersebut.
Sdr Dzakaria Md Salleh
Setiausaha Pemuda Batu Rakit
Sebelum ini telah ada majlis Qiamullail anjuran pemuda DUN yang di adakan di Bukit Cempaka di samping secara berkala di adakan Jaulah Tarawih Pemuda DUN ke Cawangan-cawangan seluruh DUN. Mengikut lapuran oleh SU Pemuda yang baru Sdr Dzakaria, program jaulah tersebut mendapat sambutan sangat baik daripada AJK Pemuda DUN yang turun berterawih ke cawangan terpilih untuk bertemu dan mengenali pemuda-pemuda PAS sempena Ramadhan ini. Kebiasaannya jemaah di surau lebih ramai di bulan ramadhan berbanding di masa-masa lain termasuk pemuda-pemuda.
Pada petang rabu ni pula akan di adakan Iftor jama'e pemuda DUN beserta penyampaian sumbangan kepada pemuda-pemuda yang berkelayakan. Saya di maklumkan penerima sumbangan tersebut di pilih di kalangan pemuda daripada seluruh cawangan-cawangan. Saya juga di jemput ke majlis tersebut untuk menyampaikan sumbangan yang akan di adakan di kedai kopi, hadapan Pej DUN.
Sdr Zulkifli Mat Jusuh
Ketua Pemuda Batu Rakit
Nampaknya sejak saya menyerahkan jawatan Ketua Pemuda DUN kepada kepimpinan baru ini, banyak aktiviti yang di jalankan sebagai penerusan kepada apa yang telah di jalankan sebelum ini. Ada aktiviti baru seperti jaulah terawih yang tak mampu saya buat lantaran hambatan masa. Ini adalah suatu yang baik dan di harapkan semangat dan kesungguhan mereka ini akan berterusan. Tidak hanya semangat bermusim dan terputus apabila berhadapan masalah atau cabaran di hadapan.
Pengalaman lalu perlu di ambil pengajaran sebaiknya. Kebiasaannya cabaran luaran tidak mampu menggugat, bahkan cabaran luar ini kebiasaannya akan memberi suntikan semangat untuk lebih bersungguh dalam melaksanakan program. Tetapi jika timbul masalah dalaman, contohnya tidak puas hati sesama sendiri atau kepada pihak lain dalam jemaah, maka boleh menyebabkan terhenti pergerakan atau mati terus semangat untuk meneruskan perjuangan.
Memandangkan sekarang ini mereka sering bertanyakan itu ini untuk membuat apa-apa keputusan dalam melaksanakan aktiviti mereka, InsyaAllah, saya akan terus memantau mereka dalam tempoh setahun dua ini sebelum mereka benar-benar mampu untuk bergerak dengan laju.
1 comment:
tahniah saudara zul yg dlantik sebagai ketua pemuda batu rakit n syabas di atas gerak kerja yang dilakukan..kami dibumi ambiyaa ini sentiasa bersama kalian semua akantetapi jarak je yang memisahkan kita..kami dsini sama2 berjuang sbgaimana kalian dmalaysia..insyaallah doakan kami dpt meneruskan pjuangan islam ini ditanahair tercinta...sambutlah salam dari kami di bumi ambiyak ini kepada seluruh ajk pemuda dun dengan kata2 " teruskan perjuang, kami bersamamu dlm perjuangan,, salam ramadhan n salam aidil fitri almubarak, kullu am wa antum bikahir....
Post a Comment