Thursday, September 24, 2009

Selepas Ramadhan...

Membaca minda Azizi Hj Abdullah lewat tulisan beliau yang terbaru, adalah menifestasi kepada resah gelisah seluruh orang mukmin dalam negara kita. Hanya mereka yang tidak beriman atau yang lemah imannya sahaja yang tidak merasa apa-apa melihat suasana yang ada sewaktu sambutan hari raya saban tahun.

Kita selalu menyebut bahawa hari raya adalah hari kemenangan setelah sebulan berada dalam tarbiyyah Ramadhan. Tetapi sambutan hari kemenangan itu langsung tidak menggambarkan kejayaan atau kemenangan. Keseluruhan pengisian perayaan di penuhi dengan hiburan yang entah apa-apa. Kalau ada rancangan agamapun, yang di ulang adalah kemenangan. Siapa yang menang? Yang menang adalah Syaitan yang terus menguasai manusia selepas Ramadhan berlalu..
[82.jpg]
Seperti yang selalu di ungkapkan oleh kepimpinan ( baca di sini dan di sini ) bahawa kita bukannya anti hiburan. Hiburan sangat perlu kepada manusia. Sebagaimana makanan perlu kepada tubuh badan, begitulah hiburan perlu kepada jiwa. Kalau makanan ada halal dan haram, begitu juga hiburan. Makanan jika berlebihan meskipun halal, akan memudaratkan tubuh badan. Hiburan jika berlebihan akan merosakkan rohani dan mematikan hati.

Melihat kepada hiburan yang menjadi hidangan menyambut hari raya di negara kita sekarang, langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada mengingatkan kita kepada tanggungjawab kepada agama. Bahkan tambah menjauhkan manusia daripada menghayati kehidupan beragama. Pergaulan bebas, pendedahan aurat, penggunaan bahasa lucah dan merapu, menyindir golongan beragama dan sebagainya lagi ( Azizi Abdullah menulis dengan senarai yang lebih panjang ).

Tanggungjawab siapakah untuk membetulkan keadaan tersebut? Nak harapkan pemerintah yang di terajui UMNO? Sepatutnya merekalah.... kerana mereka selalu mendakwa UMNO juga parti Islam dan mereka juga orang Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan ( mereka puasa ke? ). Tetapi bukankah apa yang di hidangkan kepada masyarakat Malaysia pada hari ini dalam semua dasar yang sedang berjalan, termasuk dasar hiburan adalah di tentukan oleh mereka? Merekalah yang menghendaki masyarakat kita di jamu dengan hiburan yang sedemikian rupa, sebagaimana merekalah juga yang menjamu masyarakat dengan makanan hasil rasuah yang menjadi darah dan daging kepada dasar pemerintahan mereka.

Untuk mengharapkan kepada pemimpin UMNO ( walaupun yang bertitle ulama), badan-badan yang menjadi badan sokongan kepada UMNO seperti YADIM dan sebagainya dan mereka yang menjadi pengampu kepada UMNO untuk membetulkan keadaan yang ada, samalah dengan mengharapkan tikus membaiki labu yang dirosakan oleh mereka.

Besarnya tanggungjawab yang ada di depan kita. Teringat pula ungkapan pimpinan gerakan Islam bahawa kerja yang perlu di buat lebih banyak daripada masa yang kita ada.....

No comments:

Followers