Tuan rumah hanya di wakili 5 cawangan sahaja yang hadir, walaupun jumlah kehadiran lebih 20 orang peserta. Sementara beberapa orang AJK DPPKS tidak dapat hadir. Ada yang berada di Manik Urai dan ada berkeuzuran. Bagaimanapun majlis berjalan dengan baik sebagaimana di rancang.
Antara perkara penting yang perlu di ambil perhatian ialah soal organisasi pemuda DUN yang masih belum sempurna. Dengan keadaan geografi DUN Langkap yang jauh antara satu kampung dengan kampung yang lain tambah menyukarkan untuk mengadakan perjumpaan di peringkat DUN.
Mengikut SU DUN, jika kita mahu menyampaikan surat kepada setiap cawangan dalam DUN Langkap, kita perlu mulakan sebaik matahari naik. Sehingga jatuh matahari sebelah petangnya, belum tentu semua surat tersebut dapat di serahkan kepada SU setiap cawangan. Itu adalah gambaran betapa luas dan sukarnya perhubungan dalam DUN Langkap.
Menyedari kesukaran itulah, pengorbanan dan kesungguhan para petugas di Langkap perlu di hargai dan jika apa-apa masalah yang di kemukakan perlu di beri perhatian sewajarnya.
Walau bagaimanapun mereka perlu usahakan supaya perkara yang paling basic, soal pembentukan organisasi di semua peringkat perlu di selesaikan segera. Ini adalah supaya sebarang pergerakan selepas ini lebih mudah dari segi hubungannya.
No comments:
Post a Comment