Thursday, July 9, 2009

PPSMI di hapuskan 2012

( Update )
Saya bersetuju dengan Pengerusi Teras, Haji Azmi A Hamid dan Sasterawan Negara A Samad said. Mengapa sampai 2012 baru nak di hentikan PPSMI. Sudah 6 tahun dasar ini di laksanakan dan merugikan bukan sahaja belanja yang besar bahkan ratusan ribu anak-anak sekolah yang ketinggalan dua matapelajaran yang di ajar dengan bahasa inggeris. Perlu ke tunggu 2 tahun lagi yang boleh menyebabkan puluhan, mungkin ratusan ribu lagi pelajar terpaksa mengharungi kesukaran dalam pelajaran mereka.

Mengapa tidak di hentikan segera, atau selewat-lewatnya sehingga akhir tahun ini. Ini bukan soal bisnes dan duit semata-mata. Ini adalah soal masa depan anak-anak kita yang bersekolah.

Ataupun mungkin ada helah di situ.. Mereka tak boleh marah jika ada andaian yang meragui adakah benar Kerajaan nak hapuskan PPSMI ataupun ia hanya untuk menghentikan bantahan buat masa ini. Keputusan boleh berubah semula nanti. 2 tahun memungkinkan kajian-kajian semula, atau apa yang sering berlaku jika ada pertukaran menteri maka dasar satu-satu kementerian boleh berubah. Tidak mungkin ke nanti jika ada keperluan perubahan kabinet maka dasar ini akan di kaji semula dengan berubahnya menteri.

Walaupun itu hanyalah andaian-andaian, tetapi dengan menangguhkan sehingga 2012 untuk menghapuskan dasar ini adalah suatu yang menambah kelirukan murid yang belajar, mahupun guru yang mengajar... Walau bagaimanapun kita tetap bersyukur sekiranya dasar ini benar-benar di hapuskan walau terpaksa menunggu 2 tahun lagi.

No comments:

Followers