Satu lagi Himpunan besar akan dianjurkan di ibu kota. Tarikh 1 Ogos 2009 bakal mencatat satu lagi sejarah bagi memastikan perubahan terus berlaku dalam sistem pentadbiran negara kita.
Akta ISA telah begitu lama dibahaskan oleh semua lapisan masyarakat kita dan telah di akui oleh semua pihak ianya adalah satu akta yang tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat bertamadun. Jika masih ada akta seperti itu, bermakna masyarakat tersebut masih lagi berfikiran primitif dan jumud.
Tidak sepatutnya ada lagi akta yang membenarkan rakyat ditahan sesuka hati tanpa ada bukti yang menunjukkan orang yang di tahan itu bersalah. Jika ada bukti, sepatutnya hadapkan sahaja orang tersebut ke mahkamah. Ap[abila seseorang yang di tahan tidak boleh di bawa ke mahkamah menunjukkan tahanan tersebut dibuat dengan tidak ada bukti yang boleh mensabitkan kesalahan tersebut. Maka penahanan sebegitu adalah satu kezaliman yang tiada taranya.
Lebih-lebih lagi apabila seseorang yang di tahan itu memakan masa yang begitu lama sehingga 8 atau 10 tahun. Kehidupan anak isteri yang menderita sepanjang tempuh tahanan dan selepasnya adalah suatu yang tidak dapat di terima oleh akal yang waras, hanya kerana pihak kerajaan MENGANGGAP bersalah tanpa ada apa-apa bukti yang menunjukkan ada kesalahan yang di lakukan.
Sewajarnya bagi rakyat yang bertamadun merasa malu dan terhina apabila dalam negara mereka masih wujud akta seperti ini. Ayuh semua kita turun pada 1 ogos ini bagi menyatakan solidariti semua golongan rakyat mendesak pihak yang berkuasa supaya memansuhkan segera akta yang kejam ini.
Tunjukkan bahawa kita masyarakat yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan maju. Bukan material sahaja yang maju, tetapi sentiasa di perbodohkan oleh kenyataan-kenyataan menipu oleh mereka yang menguasa kepimpinan negara untuk mengekalkan kuasa yang mereka miliki.
Apa yang menyedihkan apabila membaca kenyataan yang di buat oleh mantan PM, Tun Abdullah Badawi bahawa ISA satu akta yang sepatutnya di hapuskan kerana memberi kuasa yang terlalu luas kepada pihak berkuasa menahan siapa sahaja tanpa bicara. Mengapa semasa berkuasa dahulu Tun tidak melakukan apa-apa untuk menghapuskan akta itu. Sekarang apabila kuasa sudah hilang barulah membuat kenyataan yang sudah tidak lagi berupaya merubah keadaan.
Walau bagaimanapun melihat kepada kesedaran yang di tunjukkan oleh pelbagai pihak termasuk bekas PM tersebut dan juga termasuk parti-parti komponen BN sendiri seperti Pemuda parti Gerakan, kita berharap Himpunan 1 ogos ini akan memberi impak besar kearah penghapusan akta tersebut.
Pimpinan PAS samaada PAS Pusat mahupun Dewan Pemuda Pusat telah mengarahkan semua ahli dan penyokong supaya hadir ke perhimpunan ini. Maka tidak ada sebab kepada kita untuk menguzurkan diri. Sami'na wa ata' na. Kami dengar dan kami taat, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment