Friday, October 25, 2013

Ustaz Hadi, 66 – Antara ombak dan perjuangan

Abd Shukur Harun, 22 Okt 2013  
Secara kebetulan Ahad lalu saya turut menyaksikan dua acara sederhana menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-66, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Siangnya di majlis penutup Konvensyen Tanah dan malamnya pada akhir Majlis Dialog Antara Budayawan dan Pimpinan PAS anjuran Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, di sebuah hotel di Shah Alam juga.

Walaupun sihat tetapi beliau kelihatan letih kerana memenuhi jadual kerja yang padat setiap hari sebagai pemimpin utama PAS. Beliau telah menghabiskan masanya lebih setengah abad dalam perjuangan Islam. Bermula sebagai pemimpin pelajar Islam di Timur Tengah, kemudian dengan Abim di Terengganu, seterusnya melangkah jauh melibatkan dirinya sepenuh dengan PAS.

Pada 1976, setelah tamat belajar di Madinah dan Mesir dan pulang ke tanah air beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Kemudian beliau memegang jawatan Timbalan Presiden PAS setelah Datuk Fadzil Mohd Noor (Almarhum) dipilih menjadi Presiden PAS.

Ustaz Hadi telah dilantik sebagai pemangku Presiden pada Jun 2002, ekoran Datuk Fadzil menjalani pembedahan pintasan pembuluh jantung yang kemudian meninggal dunia beberapa hari kemudian. Ustaz Hadi dipilih sebagai Presiden PAS pada pemilihan dalam Muktamar Agung ke-49 PAS 2003 hinggalah sekarang.

Beliau dilahirkan di Marang, Terengganu, sebuah perkampungan nelayan dan sebab itu beliau kenal benar dengan desir ombak dan gelombang, perahu nelayan. Apabila ada kekosongan waktu, Ustaz Hadi pergi ke laut memancing ikan justeru itu sebahagian dari dunianya. Demikianlah laut, kehidupan dan perjuangan mewarnai penghidupan pemimpin ini.

Pada Muktamar PAS ke-59 November ini di Shah Alam, tokoh ini dijangka akan dipilih semula sebagai Presiden dan tentunya ini menggambarkan keunggulannya sebagai pemimpin politik Islam di Malaysia. Menyerlahkan kemampuannya sebagai pemimpin yang amat istiqamah dan turut serta menyambung perjuangan menggerakkan PAS dari parti kampung yang miskin menjadi parti arus perdana yang dihormati oleh kawan dan lawan.

Ustaz Hadi meneruskan legasi pemimpin terdahulu, Tuan Guru Haji Yusuf Rawa, seorang profesional dan ulama, yang meneroka ruang berinteraksi dengan parti politik lain, tetapi bukan dengan parti nasionalis sekular Umno. Kemudian beliau berada di sisi kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor yang membawa gagasan mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama.

Tentulah pengalamanya berada di bawah dua Presiden yang berwibawa itu sangat berguna untuknya meneruskan perubahan dalam PAS. Maka itu, menurut pengamatan saya, Ustaz Hadi seorang pemimpin yang sangat memahami realiti dinamika politik masyarakat majmuk yang melatari negara ini.

Walaupun beliau biasanya berjubah dan bersarban, tetapi beliau sentiasa berada di tengah gelombang rakyat. Berdemonstrasi bersama rakyat menuntut keadilan, menentang kezaliman dan memulihkan demokrasi, pilihan raya yang telus dan bebas. Mercik peluh dijubah dan sekujur tubuhnya dibakar matahari ketika menyertai pelbagai himpunan rakyat. Beliau tidak sekadar berdakwah dan menyampaikan kuliah serta mengeluarkan fatwa, tetapi juga berada di tengah gelombang rakyat, sama-sama mengharungi perjuangan getir mereka.

Saya masih ingat, ada peserta di perhimpunan rakyat di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu yang menitiskan air mata menyaksikan bagaimana Ustaz Hadi bersama rakan-rakan yang lain ditahan dan diangkut ke dalam trak polis dalam satu peristiwa perhimpunan rakyat. Peristiwa ini sangat besar ertinya, bahawa seorang ulama, pemimpin politik Islam sanggup menghadapi situasi yang demikian rupa.

Inilah sebuah contoh terbaik bagaimana seorang pemimpin parti Islam bukan sekedar berceramah dan memberi kuliah – amar makruf nahi munkar – serta memberi fatwa itu dan ini, tetapi sanggup dibakar matahari dengan peluh sekujur tubuh bersama rakyat, berdepan dengan semburan gas pemedih mata dan pelbagai ancaman.

Maknanya jika sesiapapun yang mahu memimpin parti Islam seperti PAS, mestilah bersedia menanggung risiko yang tinggi, justeru jihad itu sangat mahal harganya. Mereka bukan saja diperlukan berilmu dan bersemangat tetapi sanggup berdepan dengan cabaran berat. Kemampuan ini telah ditunjukkan oleh Ustaz Hadi Awang.

Beliau kelihatan lancar dan tidak kaku menghadapi perubahan dan berjaya memperkukuh dalaman PAS, mengharmonikan pelbagai aliran pemikiran yang ada dalam kalangan pendukung PAS yang berjumlah lebih sejuta orang itu.

Memang ada ketikanya pemerhati luar, malah ada dalam kalangan sesetengah ahli PAS sendiri, mulanya bimbang malah cemas apabila pihak media musuh musuh melontarkan suasana ‘krisis palsu’ ke dalam jamaah PAS. Umpamanya, isu kononnya ada pemimpin PAS dituduh  terlibat Syiah, isu ulama profesional, isu Kalimah Allah dan lain-lain.

Di sini terserlah keupayaan Ustaz Hadi yang dengan tenang mengendurkan isu ini hingga kelihatan tidak lagi menjadi ancaman kepada parti, walaupun media musuh akan meneruskan serangan kepada PAS dalam pelbagai isu, bentuk dan cara yang  berlainan.

Di bawah pimpinan Ustaz Hadi, PAS melangkah jauh ke depan sebagai parti politik terpandang, memberi sumbangan penting kepada Pakatan Rakyat untuk menjadi parti gabungan yang mampu melakukan perubahan untuk rakyat dan negara.

Bagaimanapun beliau tidak keseorangan dalam pemimpin parti politik arus perdana ini ke arah perubahan yang diperlukan oleh rakyat. Saf pimpinan yang akan dipilih di Muktamar PAS November ini tentunya gabungan paling terbaik daripada sekian ramai yang terbaik. Mereka ini saya percaya, mampu menolong Datuk Seri Presiden menjadikan PAS sebagai parti yang gagah dan dominan di negara ini.

Oleh itu ketika  beliau diraikan di dua majlis hari jadinya Ahad lalu itu, saya yakin semua mendoakannya supaya diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk meneruskan perjungan. Para jemaah masih memerlukan kepimpinannya justeru beliau pemimpin yang hidup dan mengalir.
sumber :  http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/abdul-shukur-harun/22897-ustaz-hadi-66--antara-ombak-dan-perjuangan

Saturday, September 14, 2013

Sistem pendidikan negara gagal mendidik Melayu kenal Islam

KUALA TERENGGANU – Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berpendapat, sistem pendidikan yang ada di negara ini sekarang, gagal kerana tidak meletakkan agama sebagai teras.

Katanya, sistem yang tidak berpaksikan al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya memandu manusia kearah ‘keduniaan’ sahaja, meminggirkan akhirat.

Menurutnya, hasil dari sistem itu kini, lahir orang-orang Melayu Islam yang tidak mengetahui tentang agama mereka sendiri.

Beliau mendedahkan, bukan sahaja pelatih
di Pusat Latihan Polis malah, ramai mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi juga menghadapi masalah berkaitan dengan perkara asas agama Islam yang diyakininya, adalah natijah dari kegagalan sistem pendidikan negara.

“Kita tidak ada jalan kedua, ketiga, kita ada satu jalan iaitulah balik kepada syariat Allah. Balik kepada konsep negara Islam, pendidikan Islam dan segala-galanya mengikut acuan Islam.
“InsyaAllah (dengan mengikut Islam) kita akan memperolehi kejayaan yang lebih besarlah,” tegas beliau.

Beliau menyeru seluruh rakyat agar mengetahui dan sedar dengan keadaan itu, dan membantu proses menukar kerajaan yang ada agar sistem kehidupan yang berpandukan ‘material’ dan dunia semata-mata ditukar kepada sistem yang ‘takutkan Allah’.

Atas alasan itulah menurut beliau, tujuan utama menukar kerajaan, bukan semata-mata taksub kepada parti tetapi PAS berkehendakan supaya negara Malaysia ini akan menjadi bertambah baik dengan sistem Islam.

sumber :http://www.buletinonline.net/v7/index.php/sistem-pendidikan-negara-gagal-mendidik-melayu-kenal-islam/

Tuesday, June 4, 2013

Musang....

Jika kita membaca sejarah Islam, Kita akan dapati bahawa proses dan perkembangan Islam sangat indah di awal pemerintahan rasulullah dan sahabat. Namun semakin Islam mendapat sambutan, semakin ramai yang berminat dengan kemenangan Islam, maka perkembangan Islam yang semakin laju mula menghadapi masalah dalaman. Munafiq mula membanjiri Islam dan musang berbulu ayam ini dikagumi kerana kononnya kesungguhan mereka mempertahankan Islam

Minafiq adalah golongan yang berpura pura bersama Islam. Sebahagiannya kerana kepentingan peribai. Mereka dikagumi kerana tulisan ban hujah mereka sangat hebat... "sayalah yang paling sayang Islam dan rasulullah... kerana amanah inilah saya terpaksa menyatakan kebenaran demi kemenangan Islam dan seumpamanya... Apa nak dipelikkan ... Tidakkah Allah sudah mendedahkan ciri mereka dalam surah khusus untuk golongan ini??

" Apabila kamu melihat mereka, kamu menjadi kagum kepada mereka, Dan jika mereka berkata kamu mendengar kata kata mereka" Al Munafiqun 4.

Sasaran mereka ialah golongan Ulama sahabat dan Tabiin.. kerana Ulama adalah penghalang besar kepada nafsu serakah mereka. Sepanjang zaman golongan ini akan memusuhi Ulama kerana Ulamalah yang menghalang kekeliruan fikrah dan kecelaruan akidah yang mereka promosikan!

Mereka datang dengan wajah tolarensi tanpa batas. Melihat kerosakan akidah sebagai perkara kecil. Komunis dan sosialis dilihat sebagai falsafah semata mata tanpa kaitan akidah... Hujahnya mudah... mereka juga Islam yang baik... cuma memilih sosialis atau komunis sebagai landasan untuk berjuang bagi membela kemiskinan...

Sangat pelik golongan ini... Inilah dikatakan kecelaruan akidah. Seolah mereka meyakini Islam namun hakikatnya mereka meyakini ada yang lebih baik dari Islam dalam amalan dan perjuangan. Mereka menilai berdasarkan akal. Faham rasional adalah sandaran mereka. Sebab itu Ulama yang bersandarkan Al Quran dan Sunnah di jadikan sasaran serangan. Kerana menjadi penghalang...

Sebahagian mereka mengambil alQuran dan Hadis sebagai hujah yang membingungkan golongan jahil dengan tafsiran akal mereka tanpa ilmu. Mereka menyandarkan dengan nama ulama terbilang atau kitab mashyur yang hanya disandarkan dengan tajuk kulit... kerana mereka tahu sebahagian umat Islam lebih suka menjadi pengkagum dari pengkaji.

Mereka bicarakan soal akhlak sedangkan merekalah yang tidak berakhlak. Akhlak bagi mereka adalah topeng..Mereka menyokong tokoh sahabat tertentu untuk dilagakan dengan sahabat lain bagi merosakkkan perpaduan Islam. Pembunuh Saidina Usman kononnya menyokong S Ali sedangkan mereka jugalah yang berusaha membunuh S Ali. Merekalah yang menjadi Khawarij yang mendesak S Ali menerima perjanjian damai, sedangkan merekalah yang yang memburukkan S Ali kerana menerima majlis Tahkim tersebut.

Politik umat Islam kini juga tiada bezanya. mereka terdedah kepada golongan ini. Mereka bekerja untuk Islam berdasarkan plan otak mereka. Mereka tidak kira persoalan panduan Al Quran dan sunnah dalam mencapai tujuan mereka...

Golongan ini sebaliknya bersandarka

Membaca tulisan dan mendengar syarahan mereka sangat mengkagumkan. Mengenali tindakan  dan perancangan jahat mereka sangat menakutkan...  Jika di zaman Rasulullah... bagindalah sasarannya... di zaman kini Ulama lah sasarannya.... dengan hujah memburukkan serta melabelkan baginda dengan khayalan yang  mereka ciptakan...
n dengan hujah sayang Islam... sayang jamaah Islam... berkata benar untuk memepertahankan Islam...- jangan lupa peringatan Allah ... " Mereka mengambil sumpah mereka sebagai perisai untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah" Munafiqun 2.

sumber :  http://anaksengat.blogspot.com/2013/06/musang.html

Thursday, April 25, 2013

Pas tetap laksana hudud

Wartawan Sinar Harian
25 April 2013
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU- Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei ini walaupun ditentang parti komponennya, DAP.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagaimanapun hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam tanpa melibatkan golongan bukan Islam.

“Hudud ini dalam agama Islam, juzud daripada Islam, sokong atau tidak ia adalah asam garam daripada al-Quran sendiri.

“Tentang hudud kita laksanakan pada orang Islam sahaja dan ia akan diluluskan oleh satu badan dipanggil kehakiman, bukan orang politik,” katanya kepada media selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini, semalam.

Menurutnya, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat tertentu sebelum ia benar-benar dapat dilaksanakan.

“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud kepada takzir, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod sudah ditulis bertahun-tahun dulu,” katanya mengulas kenyataan Timbalannya, Datuk Haron Din yang menyifatkan persetujuan DAP menggunakan logo Pas bermakna parti itu (DAP) bersetuju dengan dasar Pas.

Followers