Saturday, September 14, 2013

Sistem pendidikan negara gagal mendidik Melayu kenal Islam

KUALA TERENGGANU – Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berpendapat, sistem pendidikan yang ada di negara ini sekarang, gagal kerana tidak meletakkan agama sebagai teras.

Katanya, sistem yang tidak berpaksikan al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya memandu manusia kearah ‘keduniaan’ sahaja, meminggirkan akhirat.

Menurutnya, hasil dari sistem itu kini, lahir orang-orang Melayu Islam yang tidak mengetahui tentang agama mereka sendiri.

Beliau mendedahkan, bukan sahaja pelatih
di Pusat Latihan Polis malah, ramai mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi juga menghadapi masalah berkaitan dengan perkara asas agama Islam yang diyakininya, adalah natijah dari kegagalan sistem pendidikan negara.

“Kita tidak ada jalan kedua, ketiga, kita ada satu jalan iaitulah balik kepada syariat Allah. Balik kepada konsep negara Islam, pendidikan Islam dan segala-galanya mengikut acuan Islam.
“InsyaAllah (dengan mengikut Islam) kita akan memperolehi kejayaan yang lebih besarlah,” tegas beliau.

Beliau menyeru seluruh rakyat agar mengetahui dan sedar dengan keadaan itu, dan membantu proses menukar kerajaan yang ada agar sistem kehidupan yang berpandukan ‘material’ dan dunia semata-mata ditukar kepada sistem yang ‘takutkan Allah’.

Atas alasan itulah menurut beliau, tujuan utama menukar kerajaan, bukan semata-mata taksub kepada parti tetapi PAS berkehendakan supaya negara Malaysia ini akan menjadi bertambah baik dengan sistem Islam.

sumber :http://www.buletinonline.net/v7/index.php/sistem-pendidikan-negara-gagal-mendidik-melayu-kenal-islam/

No comments:

Followers