Jika kita membaca sejarah Islam, Kita akan dapati bahawa proses dan
perkembangan Islam sangat indah di awal pemerintahan rasulullah dan
sahabat. Namun semakin Islam mendapat sambutan, semakin ramai yang
berminat dengan kemenangan Islam, maka perkembangan Islam yang semakin
laju mula menghadapi masalah dalaman. Munafiq mula membanjiri Islam dan
musang berbulu ayam ini dikagumi kerana kononnya kesungguhan mereka
mempertahankan Islam
Minafiq adalah golongan yang berpura pura bersama Islam. Sebahagiannya
kerana kepentingan peribai. Mereka dikagumi kerana tulisan ban hujah
mereka sangat hebat... "sayalah yang paling sayang Islam dan
rasulullah... kerana amanah inilah saya terpaksa menyatakan kebenaran
demi kemenangan Islam dan seumpamanya... Apa nak dipelikkan ... Tidakkah
Allah sudah mendedahkan ciri mereka dalam surah khusus untuk golongan
ini??
" Apabila kamu melihat mereka, kamu menjadi kagum kepada mereka, Dan
jika mereka berkata kamu mendengar kata kata mereka" Al Munafiqun 4.
Sasaran mereka ialah golongan Ulama sahabat dan Tabiin.. kerana Ulama
adalah penghalang besar kepada nafsu serakah mereka. Sepanjang zaman
golongan ini akan memusuhi Ulama kerana Ulamalah yang menghalang
kekeliruan fikrah dan kecelaruan akidah yang mereka promosikan!
Mereka datang dengan wajah tolarensi tanpa batas. Melihat kerosakan
akidah sebagai perkara kecil. Komunis dan sosialis dilihat sebagai
falsafah semata mata tanpa kaitan akidah... Hujahnya mudah... mereka
juga Islam yang baik... cuma memilih sosialis atau komunis sebagai
landasan untuk berjuang bagi membela kemiskinan...
Sangat pelik golongan ini... Inilah dikatakan kecelaruan akidah. Seolah
mereka meyakini Islam namun hakikatnya mereka meyakini ada yang lebih
baik dari Islam dalam amalan dan perjuangan. Mereka menilai berdasarkan
akal. Faham rasional adalah sandaran mereka. Sebab itu Ulama yang
bersandarkan Al Quran dan Sunnah di jadikan sasaran serangan. Kerana
menjadi penghalang...
Sebahagian
mereka mengambil alQuran dan Hadis sebagai hujah yang membingungkan
golongan jahil dengan tafsiran akal mereka tanpa ilmu. Mereka
menyandarkan dengan nama ulama terbilang atau kitab mashyur yang hanya
disandarkan dengan tajuk kulit... kerana mereka tahu sebahagian umat
Islam lebih suka menjadi pengkagum dari pengkaji.
Mereka bicarakan soal akhlak sedangkan merekalah yang tidak berakhlak.
Akhlak bagi mereka adalah topeng..Mereka menyokong tokoh sahabat
tertentu untuk dilagakan dengan sahabat lain bagi merosakkkan perpaduan
Islam. Pembunuh Saidina Usman kononnya menyokong S Ali sedangkan mereka
jugalah yang berusaha membunuh S Ali. Merekalah yang menjadi Khawarij
yang mendesak S Ali menerima perjanjian damai, sedangkan merekalah yang
yang memburukkan S Ali kerana menerima majlis Tahkim tersebut.
Politik umat Islam kini juga tiada bezanya. mereka terdedah kepada
golongan ini. Mereka bekerja untuk Islam berdasarkan plan otak mereka.
Mereka tidak kira persoalan panduan Al Quran dan sunnah dalam mencapai
tujuan mereka...
Golongan ini sebaliknya bersandarka
Membaca tulisan dan mendengar syarahan mereka sangat mengkagumkan.
Mengenali tindakan dan perancangan jahat mereka sangat menakutkan...
Jika di zaman Rasulullah... bagindalah sasarannya... di zaman kini
Ulama lah sasarannya.... dengan hujah memburukkan serta melabelkan
baginda dengan khayalan yang mereka ciptakan...
n dengan hujah sayang Islam... sayang
jamaah Islam... berkata benar untuk memepertahankan Islam...- jangan
lupa peringatan Allah ... " Mereka mengambil sumpah mereka sebagai
perisai untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah" Munafiqun 2.
sumber : http://anaksengat.blogspot.com/2013/06/musang.html
No comments:
Post a Comment