Post by Suhail Sulaiman.
Thursday, January 30, 2014
Thursday, December 26, 2013
Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah
Lebih setahun blog ni tak di update dengan menulis sendiri. Hanya copy dan paste daripada sumber lain.
Dengan kemunculan medan sosial maya yang sentiasa baru dan berkembang pesat... facebook dan terkini whatsapp telah menenggelamkan populariti blog.
Tetapi setiap media ini ada keistimewaan tersendiri. Blog meskipun agak ketinggalan sekarang tapi masih merupakan antara media yang penting untuk berinteraksi terutama dalam mengemukakan pandangan dan idea dalam pelbagai perkara.
Sekali air bah, sekali pantai berubah. Dunia sentiasa berubah dengan perubahan masa. Dunia yang semakin tua ini akan sampai ke penghujungnya kerana setiap yang mula akan ada akhirnya. Itulah adat makhluk. Berbeza dengan khalik yang tiada mula kepada adanya dan tiada pula akhir kepada adanya.
Zaman kepemudaan telah beberapa tahun berlalu. Zaman penuh semangat, penuh keazaman dan pergerakan yang pantas dan sebolehnya semua benda nak di lakukan dalam satu masa. Itulah cita zaman pemuda.
Kini memasuki usia dewasa, beralih kepada fasa yang lebih berhati-hati dalam tindakan dan membuat apa-apa keputusan.
Namun medannya masih sama. Memastikan sisa kehidupan yang masih berbaki ini tidak di sia-siakan untuk mendapat bekalan semaksima mungkin menuju kehidupan kekal abadi selepas mati.
Hidup ini adalah perjuangan. Dan perjuangan yang paling mulia adalah berjuang memastikan Islam dapat di amalkan dalam kehidupan. Samada untuk diri sendiri, keluarga dan seterusnya dalam masyarakat dan negara, jika tidak ada perjuangan mana mungkin kita dapat merasai manisnya Islam yang di ajar oleh Rasulullah. Lantaran kehidupan Rasulullah itu sendiri di penuhi perjuangan.
Selepas PRU ke 13 pada bulan mei yang lepas, melalui fasa Mesyuarat Agung dan Muktamar peringkat Cawangan, Kawasan, Negeri dan Pusat, maka berlaku perubahan kedudukan jawatan dan posisi dalam parti.
Kini medan perjuangan yang ada di hadapan memerlukan skill yang lebih taktikal dan teknikal. Mana mungkin medan ini dapat di harungi sendirian. Jika tidak ada kerjasama dan bantuan daripada seluruh jentera parti di semua peringkat yang ada.
Sebagai memulakan gerakan yang besar pada sessi ini, satu kursus pendedahan berkenaan pengurusan jentera telah di laksanakan baru-baru ini...
Peserta yang tekun mengikuti pembentangan
Sdr Hasan Jusuh. Setiausaha PAS Kawasan Marang menyampaikan kertas bertajuk "Penyediaan Lapuran Mesyuarat dan Pengurusan Rekod"
Cikgu Daud dengan pembentangan bertajuk "Kepentingan dan perlaksanaan mesyuarat yang berkesan"
Ucapan perasmian program oleh Ust Shaharizukirnain, YDP PAS Setiu sessi ini.
Dengan kemunculan medan sosial maya yang sentiasa baru dan berkembang pesat... facebook dan terkini whatsapp telah menenggelamkan populariti blog.
Tetapi setiap media ini ada keistimewaan tersendiri. Blog meskipun agak ketinggalan sekarang tapi masih merupakan antara media yang penting untuk berinteraksi terutama dalam mengemukakan pandangan dan idea dalam pelbagai perkara.
Sekali air bah, sekali pantai berubah. Dunia sentiasa berubah dengan perubahan masa. Dunia yang semakin tua ini akan sampai ke penghujungnya kerana setiap yang mula akan ada akhirnya. Itulah adat makhluk. Berbeza dengan khalik yang tiada mula kepada adanya dan tiada pula akhir kepada adanya.
Zaman kepemudaan telah beberapa tahun berlalu. Zaman penuh semangat, penuh keazaman dan pergerakan yang pantas dan sebolehnya semua benda nak di lakukan dalam satu masa. Itulah cita zaman pemuda.
Kini memasuki usia dewasa, beralih kepada fasa yang lebih berhati-hati dalam tindakan dan membuat apa-apa keputusan.
Namun medannya masih sama. Memastikan sisa kehidupan yang masih berbaki ini tidak di sia-siakan untuk mendapat bekalan semaksima mungkin menuju kehidupan kekal abadi selepas mati.
Hidup ini adalah perjuangan. Dan perjuangan yang paling mulia adalah berjuang memastikan Islam dapat di amalkan dalam kehidupan. Samada untuk diri sendiri, keluarga dan seterusnya dalam masyarakat dan negara, jika tidak ada perjuangan mana mungkin kita dapat merasai manisnya Islam yang di ajar oleh Rasulullah. Lantaran kehidupan Rasulullah itu sendiri di penuhi perjuangan.
Selepas PRU ke 13 pada bulan mei yang lepas, melalui fasa Mesyuarat Agung dan Muktamar peringkat Cawangan, Kawasan, Negeri dan Pusat, maka berlaku perubahan kedudukan jawatan dan posisi dalam parti.
Kini medan perjuangan yang ada di hadapan memerlukan skill yang lebih taktikal dan teknikal. Mana mungkin medan ini dapat di harungi sendirian. Jika tidak ada kerjasama dan bantuan daripada seluruh jentera parti di semua peringkat yang ada.
Sebagai memulakan gerakan yang besar pada sessi ini, satu kursus pendedahan berkenaan pengurusan jentera telah di laksanakan baru-baru ini...
Peserta yang tekun mengikuti pembentangan
Sdr Hasan Jusuh. Setiausaha PAS Kawasan Marang menyampaikan kertas bertajuk "Penyediaan Lapuran Mesyuarat dan Pengurusan Rekod"
Cikgu Daud dengan pembentangan bertajuk "Kepentingan dan perlaksanaan mesyuarat yang berkesan"
Monday, December 16, 2013
Mengapa Rasulullah s.a.w sentiasa sihat dalam hidupnya?
Selama
ini kita mengenali dua bentuk rawatan. Rawatan sebelum dijangkiti
penyakit / pencegahan (At-thib Al-wiqo`i), dan rawatan selepas
dijangkiti penyakit (at-thib al-`ilaji).
Dengan mencontohi pola makan
Rasulullah S.a.w, kita sebenarnya sedang menjalani terapi pencegahan
penyakit dengan makanan. (Attadawi bil ghidza`). Ini tentu jauh lebih
baik daripada kita harus "berhubungan" dengan ubat-ubat kimia.
Dalam setiap aktiviti dan pola
hidupnya, Rasulullah S.a.w memang sudah disiapkan untuk menjadi contoh
teladan bagi semua manusia, termasuk dalam hal pola makan. Ini bukan
perkara remeh. Sebab salah satu faktor penting penunjang fizikal utama
Rasulullah adalah kecerdasan beliau dalam memilih menu makanan dan
mengatur pola konsumsinya.
Perkara pertama yang menjadi
menu seharian Rasulullah S.a.w adalah udara segar di subuh hari. Sudah
umum di ketahui bahawa udara pagi kaya dengan oksigen dan belum dikotori
oleh bahan-bahan lain. Ini ternyata sangat besar pengaruhnya terhadap
vitaliti seseorang dalam aktivitinya selama sehari penuh. Maka tidak
usah hairan ketika kita tidak bangun di subuh hari, kita menjadi terasa
begitu malas untuk beraktiviti. Selanjutnya Rasulullah menggunakan siwak
untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi.
Lepas dari subuh, Rasulullah
S.a.w membuka menu sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan
sesudu madu asli. Khasiatnya luar biasa. Dalam Al qur`an, kata "syifa" /
kesembuhan, yang dihasilkan oleh madu, diungkapkan dengan isim nakiroh,
yang bererti nama am, atau menyeluruh. Di tinjau dari ilmu kesihatan,
madu berfungsi membersihkan perut, mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan
sembelit, buasir dan keradangan. Dalam istilah orang arab, madu dikenali
dengan "al-hafidz al-amin", kerana boleh menyembuhkan luka bakar.
Masuk waktu dhuha, Rasulullah
S.a.w selalu makan tujuh butir kurma ajwa` / matang. Sa’ad r.a mendengar
Rasulullah bersabda, "Barang siapa memakan tujuh butir kurma ajwah di
pagi hari, maka racun dan sihir tidak akan membahayakannya pada hari
itu." (Hadits riwayat Bukhari). Dan ini terbukti apabila seorang wanita
Yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah percubaan
pembunuhan di Perang Khaibar, racun yang ditelan oleh baginda kemudian
boleh dineutralkan oleh bahan-bahan yang terkandung dalam kurma. Bisyir
ibnu al-Bara ', salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut,
akhirnya meninggal. Tetapi Rasulullah selamat. Apa rahsianya? Tujuh
butir kurma!
Dalam sebuah kajian di Mesir,
penyakit kanser ternyata tidak tersebar ke kawasan-kawasan yang
penduduknya banyak mengambil kurma. Kebelakangan ini terbukti bahawa
kurma mempunyai zat-zat yang boleh mematikan sel-sel kanser. Maka tidak
perlu hairan jikalau Allah menyuruh Maryam r.a, untuk makan kurma disaat
kehamilannya. Sebab memang itu bagus untuk kesihatan janin.
Rasulullah S.a.w selalu berbuka
puasa dengan segelas susu dan kurma, kemudian solat maghrib. Kedua-dua
jenis makanan itu kaya dengan glukosa, sehingga langsung menggantikan
zat-zat gula yang kering setelah seharian berpuasa. Glukosa itu sudah
cukup mengenyangkan, sehingga setelah solat maghrib, tidak akan
berlebihan apabila bermaksud untuk makan lagi.
Menjelang petang hari, menu
Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja bukan
hanya cuka dan minyak zaitunnya sahaja, tetapi di pengambilan dengan
makanan pokok, seperti roti misalnya. Manfaatnya banyak sekali,
antaranya mencegah lemah tulang dan kenyanyukan di hari tua, melancarkan
sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga
berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk.
Ada kisah menarik berkaitan
dengan buah tin dan zaitun, yang Allah bersumpah dengan kedua-duanya.
Dalam alquran, kata "at-thin" hanya ada satu kali, sedangkan kata
"az-zaytun" di ulang sampai tujuh kali. Seorang ahli kemudian melakukan
kajian, yang kesimpulannya, jika bahan-bahan yang terkandung dalam tin
dan zaitun berkumpul dalam tubuh manusia dengan perbandingan 1:7, maka
akan menghasilkan "ahsani taqwim", atau tubuh yang sempurna, seperti
yang dinyatakan dalam Surah at-thin. Subhanallah!
Syeikh Ahmad Yasin adalah salah
seorang yang secara rutin mengambil jenis makanan ini, sehingga wajarlah
beliau tetap sihat, kuat dan begitu menggerunkan para Yahudi, walaupun
lumpuh sejak kecil. Kalau saja beliau tidak lumpuh, barangkali sudah
habis para Yahudi Israel itu.
Di malam hari, menu utama
Rasulullah adalah sayur-sayuran. Beberapa riwayat mengatakan, baginda
selalu mengambil sana al makki dan sanut. Anda kenal nama tersebut? Di
mesir, kata Dr. Musthofa, kedua-duanya serupa dengan sabbath dan
ba`dunis. Masih tidak kenal juga? Dr. Musthofa kemudian menjelaskan,
secara umum sayur-sayuran mempunyai kandungan zat dan fungsi yang sama,
iaitu memperkuat daya tahan tubuh dan melindunginya daripada serangan
penyakit. Jadi, asalkan namanya sayur-sayuran, sepanjang ianya halal,
Insya Allah berkhasiat tinggi. Maka, para penggemar kangkung dan bayam
tidak usah panik. Para peniaga tauge juga tidak perlu pindah haluan.
Disamping menu wajib di atas,
ada beberapa jenis makanan yang disukai Rasulullah tetapi beliau tidak
rutin mengambilnya. Diantaranya tsarid, iaitu campuran antara roti dan
daging dengan kuah air masak. Kemudian beliau juga senang makan buah
Yaqthin atau labu manis, yang terbukti boleh mencegah penyakit gula.
Kemudian beliau juga senang makan anggur dan hilbah.
Sekarang masuk pada tata cara
mengambilnya. Ini tidak kurang pentingnya dengan pemilihan menu. Sebab
setinggi apa pun gizinya, kalau pola konsumsinya tidak teratur, akan
buruk juga akibatnya. Yang paling penting adalah mengelakkan isrof, atau
berlebihan. Kata Rasulullah, "cukuplah bagi manusia itu beberapa suap
makanan, kalaupun harus makan, maka satu pertiga untuk makanannya, satu
pertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya" (al
hadis). Ketika seseorang terlalu banyak makanannya, maka perutnya akan
penuh dan pernafasannya tidak bagus, sehingga zat-zat yang terkandung
dalam makanan tersebut menjadi tidak berfungsi dengan baik. Imbasnya,
keadaan fizikal menjadi tidak prima, dan aktiviti pun tidak akan
maksima.
Dr. Musthofa menekankan bahawa
as-syab`u, yang bererti kenyang itu bukan al-imtila`, atau memenuhi.
Tetapi kenyang adalah mencukupinya tubuh dengan bahan-bahan yang
diperlukan, sesuai dengan perkadaran dan ukurannya. Jadi ini penting,
jangan kekenyangan!
Rasulullah juga melarang untuk
idkhol at-thoam ala at-thoam, atau makan lagi sesudah kenyang. Suatu
hari, di masa selepas wafatnya Rasulullah, para sahabat melawat Aisyah
r.a. Waktu itu daulah islamiyah sudah sedemikian luas dan makmur. Lalu,
sambil menunggu Aisyah r.a, para sahabat, yang sudah menjadi orang-orang
kaya, saling bercerita tentang menu makanan mereka yang meningkat dan
bermacam-macam. Aisyah r.a, yang mendengar hal itu tiba-tiba menangis.
"Apa yang membuatmu menangis, wahai bonda?" Tanya para sahabat. Aisyah
r.a lalu menjawab, "dahulu Rasulullah tidak pernah mengenyangkan
perutnya dengan dua jenis makanan. Ketika sudah kenyang dengan roti,
beliau tidak akan makan kurma, dan ketika sudah kenyang dengan kurma,
baginda tidak akan makan roti ".
Dan penelitian membuktikan
bahawa berkumpulnya berjenis-jenis makanan dalam perut telah melahirkan
bermacam-macam penyakit. Maka sebaiknya jangan mudah tergoda untuk makan
lagi, kalau sudah yakin bahawa anda sudah kenyang.
Rasulullah tidak makan dua jenis
makanan panas atau dua jenis makanan yang sejuk secara serentak. Beliau
juga tidak makan ikan dan daging dalam satu-satu masa dan juga tidak
terus tidur selepas makan malam, kerana tidak baik bagi jantung. Beliau
juga meminimumkan dalam mengambil daging, sebab terlalu banyak daging
akan mengakibatkan buruk pada sendi dan buah pinggang. Mesej Umar r.a
"Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan-haiwan
ternakan!". Ayam, kambing, lembu, kerbau semuanya masuk.
Masih banyak pola hidup sihat
ala Rasulullah S.a.w yang boleh kita pelajari. Kali ini, Dr. Musthofa
memang khusus membincangkan menu makan dan cara mengambilnya. Dari sini
kita boleh tahu bahawa ternyata Rasulullah sangat memerhatikan masalah
gizi dan menu makanan. Dan di tengah kaburnya semangat untuk mengikuti
sunnah Rasul, ini boleh menjadi semangat untuk memulakan menghidupkannya
kembali. Apalagi menu-menu tersebut terbukti boleh
dipertanggungjawabkan secara kesihatan.
[Disarikan dari Ceramah Umum
"ghidza` unnabi" oleh Prof. Dr. Musthofa Romadhon di Wisma Nusantara,
Kaherah, Mesir) tulisan ini ditulis oleh Muhammad As'ad Mahmud, Lc. -
lintasberita.com]
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia ......
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia ......
Friday, December 6, 2013
Al-Munafiqun : Membongkar Sisi Psikologi Kaum Munafiq
Kearifan Allah Taala meliputi apa yang tersembunyi di langit dan dibumi sekalipun ia tersimpan dalam anotomi seorang manusia bernama “hati”. Firman Allah Taala;
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ
“Dan di kalangan manusia ada yang berkata mereka beriman kepada
Allah dan hari Akhirat, sedangkan mereka sebenarnya tidak beriman.” (Al-Baqarah:8)Hal ini diperincikan di dalam al-Quran, dalam surah yang khusus, bertemakan keperibadian golongan yang mengelabui kejahatan dengan menampilkan keimanan, iaitu surah “Al-Munafiqun” (Kaum Munafiq). Kebanyakan ulama’ tafsir menyebut bahawa surah “Al-Munafiqun” diturunkan selepas peperangan Mustalaq iaitu pada tahun ke-6 Hijrah. Hal ini dikuatkan dengan redaksi tokoh munafiq, Abdullah bin Ubay dalam ayat ke-8 surah ini;
لَئِن رَّجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأَعَزُّ مِنْهَا الأَذَلَّ
“Sungguh jika kita kembali ke Madinah, nescaya orang-orang mulia mengusir orang-orang yang hina darinya.”Berkata Syeikh Mohamad Ali as-Sobuni di dalam “Sofwatu at-Tafasir”, “Nifaq (kemunafiqan) tidak dikenal ketika marhalah Makkiyah, tetapi mula dikenal ketika marhalah Madaniyah (selepas penghijrahan Nabi ke Yathrib) iaitu ketika Islam mula bertapak kukuh dan bertambah jumlah penganutnya.”
Sungguhpun surah “Al-Munafiqun” mendedahkan kepada kita tokoh antogonis bernama Abdullah bin Ubai, pengajaran ayat di dalam surah ini masih bersifat umum. Sebenarnya hampir setiap surah Madaniyah, Allah mendedahkan tembelang mereka yang berhati busuk, kerana orang munafiq suka berpura-pura, pada lahirnya mengaku Islam dan beriman sedang batinnya tetap kufur yang disembunyikan. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan dalam beberapa fasal, antaranya yang dapat disenaraikan;
- Surah Al-Baqarah ayat 8 hingga 20 : Golongan munafiq.
- Surah Al-Baqarah ayat 204 hingga 210 : Perbuatan orang-orang munafiq.
- Surah Ali-Imran ayat 165 hingga 168 : Beberapa sifat orang munafik.
- Surah An-Nisa’ ayat 137 hingga 147 : Beberapa keburukan orang munafiq.
- Surah At-Taubah ayat 62 hingga 66 : Tuduhan orang munafiq terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
- Surah At-Taubah ayat 67 hingga 70 : Hasutan-hasutan orang munafiq dan ancaman Allah terhadap mereka.
- Surah At-Taubah ayat 75 hingga 78 : Pengakuan orang munafiq tidak dapat dipercayai.
- Surah At-Taubah ayat 79 hingga 80 : Kemunafiqan adalah dosa yang tidak diampuni Allah.
- Surah At-Taubah ayat 84 hingga 85 : Larangan mensolatkan jenazah orang munafiq.
- Surah At-Taubah ayat 86 hingga 90 : Keengganan orang munafiq untuk berjihad dan pahala orang yang berjihad.
- Surah Muhammad ayat 20 hingga 30 : Ancaman terhadap orang-orang munafiq.
- Surah Al-Munafiqun ayat 1 hingga 8 : Sifat-sifat orang munafiq.
Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w ketika solat Jumaat baginda akan membacakan surah “Al-Jumu’ah” dalam rakaat pertamanya, sebagai anjuran agar kaum beriman rajin beribadat. Manakala pada rakaat kedua pula baginda membaca surah “Al-Munafiqun” sebagai paluan, herdikan dan tamparan kepada golongan munafiq.
Pada ayat pertama surah “Al-Munafiqun”, Allah membongkar sifat munafiq kerana apa yang diungkapkan berbeza dengan apa yang dihasratkan. Mereka dengan megah menyungguhkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, disebabkan adanya kepentingan duniawi. Firman Allah Taala;
إِذَا
جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ
الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ
“Apabila orang-orang munafiq datang kepadamu (wahai Muhammad) lantas
mereka berkata; Kami naik saksi sesungguhnya engkau sememangnya utusan
Allah. Dan Allah sungguh mengetahui bahawa engkau memanglah utusan-Nya.
Dan Allah naik saksi sesungguhnya orang-orang munafiq itu sememangnya
para pendusta.” (Al-Munafiqun:1)Menurut Ibnu Ishak, seorang tokoh ulama sirah meriwayatkan bahawa setiap hari Jumaat sedang Rasulullah s.a.w duduk untuk berkhutbah, Abdullah bin Ubay akan bangun membuat peringatan kepada kaum Muslimin dengan berkata;
أيها الناس هذا رسول الله صلى الله عليه وسلم بين أظهركم أكرمكم الله به وأعزكم به فانصروه وعزروه واسمعوا له وأطيعوا له
“Wahai manusia! Ini dia Rasulullah s.a.w yang masih berada di
kalangan kamu, dengannya Allah memuliakan kamu dan mengagungkan kamu,
untuk itu bantulah Baginda, sokonglah Baginda, dengarlah dan taatilah
Baginda.” Selepas itu, baharulah Rasulullah s.a.w berdiri untuk berkhutbah. Maka, Allah menyedarkan umat beriman tentang penipuan yang dilakukan kaum munafiq yang pada hakikatnya mereka menipu diri sendiri, kerana segala bentuk kesamaran yang disembunyikan kelak akan terungkap di hari pembalasan. Firman Allah Taala;
يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُم وَمَا يَشْعُرُونَ
“Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari.” (Al-Baqarah:9)Lebih dari itu, sebenarnya hati mereka sakit kerana tradisi kemunafiqan yang diperanankan dalam hati mereka.
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضاً
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu.” (Al- Baqarah:10)Mereka membuat pengakuan dan pengisytiharan bahawa amalan-amalan mereka adalah demi kemaslahatan makhluk di bumi, padahal semuanya hanyalah kepulan asap yang menutup kerakusan dan kerosakan yang dilakukan mereka. Allah Taala berfirman;
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ قَالُواْ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
“Dan apabila dikatakan kepada mereka; ‘janganlah berbuat kerosakan di
bumi!’ Mereka menjawab, ‘sesungguhnya kami justeru orang-orang yang
melakukan perbaikan.” (Al- Baqarah:11)Bahkan golongan munafiq ini sanggup menggunakan “syahadah” mereka sebagai sumpah palsu demi menghalang manusia daripada jalan Allah (syariat-Nya). Mereka mengikrarkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu Rasul Allah dengan sumpah yang bohong.
اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّهُمْ سَاء مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Mereka itu menjadikan sumpah sebagai topeng (perisai), lalu mereka
menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa
yang telah mereka kerjakan.” (Al-Munafiqun:2)Firman Allah;
ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لا يَفْقَهُونَ
“Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka telah beriman.
Kemudian menjadi kafir (semula) lalu hati mereka dibelenggu (dikunci),
maka mereka pun tidak dapat memahami.” (Al-Munafiqun:3)Maka, sebetulnya orang-orang munafiq sudah pun mengenal batasan iman dan kufur tetapi mereka lebih cenderung memilih jalan kebinasaan. Mereka telah pun mengenali Islam sepanjang bersama Rasulullah s.a.w, tetapi mereka tetap menolak kebenarannya kerana mengharapkan nilaian-nilaian itu berbentuk material, bukannya janji pahala dan ganjaran syurga. Firman Allah;
وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلاَّ غُرُورًا
“Ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang di dalam hatinya
berpenyakit berkata; Tidak adalah janji Allah dan Rasul-Nya kepada kami,
melainkan penipuan semata-mata.” (Al-Ahzab:12)Firman Allah seterusnya;
وَإِذَا
رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِن يَقُولُوا تَسْمَعْ
لِقَوْلِهِمْ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُّسَنَّدَةٌ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ
عَلَيْهِمْ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى
يُؤْفَكُونَ
“Dan apabila engkau melihat mereka engkau akan dikagumkan oleh
(potongan) badan mereka. Dan sekiranya mereka bercakap pasti engkau
(tertarik) mendengar perkataan mereka. Mereka itu seolah-olahnya tunggul
yang tersandar yang menyangkakan teriakan yang keras itu ditujukan
kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah
terhadap mereka. Allah laknat mereka. Ke mana mereka akan memalingkan
muka (dari kebenaran).” (Al-Munafiqun:4)Ayat di atas menggambarkan sikap luaran kaum munafiq yang indah-indah, mengkagumkan pandangan manusia. Sedangkan hakikat mereka itu ibarat kayu yang tiada daya hidup, tidak memiliki akar yang kukuh, apatah lagi menghasilkan buah yang ranum. Kata Ibnu Hayyan, “Golongan munafiq ini ibarat kayu yang menunggu saatnya menjadi arang.”
Ibnu Abbas r.a menceritakan tentang Abdullah bin Ubai ini memiliki tubuh yang sasa, lidah yang fasih, wajah yang tampan. Begitu juga khalayak lain yang seiring dengan watak kemunafiqan Abdullah bin Ubai, turut memiliki kelebihan yang sama. Mereka sering hadir di majlis Rasulullah, sambil bersandar di dinding-dinding. Mereka gemar melekehkan orang-orang yang berada di luar ‘grup’ mereka, sedangkan mereka adalah orang-orang yang buta “mata dan hatinya”, tuli “pendengarannya daripada petunjuk” dan bisu “mulutnya daripada kebenaran”.
Mereka bagaikan orang berjalan di dalam kegelapan dengan suasana ribut hujan disertai gegar gemuruh guruh, petir dan kilat yang sambar-menyambar. Mereka berhati-hati melakukan aksi kemunafiqannya, sedangkan Allah tidak buta melihat apa yang disembunyikan dalam hati mereka.
Mereka juga angkuh untuk memohon keampunan daripada Allah sungguhpun yang mengajak seruan itu adalah Rasulullah s.a.w.
وَإِذَا
قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا يَسْتَغْفِرْ لَكُمْ رَسُولُ اللَّهِ لَوَّوْا
رُؤُوسَهُمْ وَرَأَيْتَهُمْ يَصُدُّونَ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ
“Dan apabila dikatakan kepada mereka; ‘Marilah (bertaubat) supaya
Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu’, mereka (enggan
sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka
berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.” (Al-Munafiqun:5)Para mufassirin mengatakan selepas surah ini diturunkan, maka sebahagian kerabat Abdullah bin Ubay datang menemuinya serta menyedarkan bahawa surah ini diturunkan berkenaan sikapnya. Mereka berkata kepada Abdullah bin Ubay, “Temuilah Nabi Muhammad s.a.w dan akuilah dosamu agar Rasulullah meminta daripada Allah agar dosamu diampunkan.”
Lantas seruan mereka disindir Abdullah bin Ubay;
لقد أشرتم عليّ بالإيمان فآمنت، وأشرتم عليّ بأن أعطي زكاة مالي ففعلت، ولم يبق لكم إلا أن تأمروني بالسجود لمحمد
“Sesungguhnya kamu telah memujukku beriman, aku pun beriman. Kamu
memujukku memberikan zakat harta, aku pun menunaikannya. Tidak ada lagi
yang tertinggal (segala perintah kamu telah dilaksana) melainkan kamu
suruh supaya aku sujud kepada Muhammad!”Kemudian Allah berfirman;
سَوَاء
عَلَيْهِمْ أَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ أَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ لَن
يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
“(Tiada faedahnya) kepada mereka (kaum munafiq), sama ada engkau
meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak
sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi
hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.” (Al-Munafiqun:6)Ibnu Ishak memperincikan lagi kisah kemunafiqan Abdullah bi Ubay, ketika kembalinya tentera Islam daripada peperangan Mustalaq. Dalam perjalanan menuju Madinah, orang ramai menyerbu kawasan air di Al-Muraisi’ di perairan Bani Mustalaq di daerah Qadid. Keadaan sesak di sana menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara dua orang lelaki bernama Jahjah ibn Usaid, orang suruhan Umar al Khattab r.a dengan salah seorang suku kabilah Juhainah daripada kaum Ansar iaitu Sinan al-Juhani, yang bersekutu dengan kabilah Abdullah bin Ubay.
Tatkala mereka sedang bergaduh, Sinan al-Juhani berteriak meminta pertolongan kaum Ansar, “Wahai kaum Ansar, bantulah aku”. Mendengar teriakan tersebut lalu Jahjah turut melaungkan sentiment perkauman yang sama dengan meminta pertolongan kaum Muhajirin.
Kejadian ini sampai ke pengetahuan Abdullah bin Ubay yang pada ketika itu bersama sekumpulan orang-orangnya termasuklah Zaid bin Arqam. Kata Abdullah bin Ubay, “Sudahlah mereka ketepikan kita setelah berasak-asak di negeri kita, mereka tidak ubah seperti melepas anjing tersepit. Demi Allah apabila kita pulang ke Madinah nanti, golongan yang mulia akan menghalau keluar golongan yang hina.”
Kemudian berkata lagi, “Inilah akibat tindakan kamu sendiri yang telah membenarkan mereka memasuki negeri kamu, kemudian berkongsi harta pula dengan mereka. Demi Allah sekiranya di hari ini kamu tidak menyedekahkan kemakmuran kamu itu nescaya mereka akan berpindah ke negeri lain.”
Allah kembali menempelak perkataan Abdullah bin Ubay;
هُمُ
الَّذِينَ يَقُولُونَ لا تُنفِقُوا عَلَى مَنْ عِندَ رَسُولِ اللَّهِ
حَتَّى يَنفَضُّوا وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكِنَّ
الْمُنَافِقِينَ لا يَفْقَهُونَ
“Mereka mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong
Rasulullah dan kaum Muhajirin); ‘Janganlah kamu membelanjakan harta
kepada orang-orang yang bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai
(meninggalkannya)’. Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan
bumi, (tiada sesiapa yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian
melainkan dengan kehendak-Nya); akan tetapi orang-orang yang munafiq
itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).” (Al-Munafiqun:7)Ugutan hina yang disuarakan Abdullah bin Ubay itu dilaporkan Zaid bin Arqam r.a kepada bapa saudaranya sehinggalah diketahui oleh baginda Nabi s.a.w. Lalu Umar al-Khattab meminta izin Rasulullah s.a.w agar memerintahkan Ubadah bin Bishr memenggal kepala Abdullah bin Ubay. Tegas Rasulullah s.a.w;
فكيف يا عمر إذا تحدث الناس أن محمدا يقتل أصحابه؟
“Bagaimana wahai Umar, jika nanti orang akan bercakap bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri?”Untuk mengelakkan para sahabat terus bercakap-cakap mengenai niat busuk Abdullah bin Ubay itu, Rasulullah mengarahkan pasukan tenteranya melakukan perjalanan luar biasa kembali ke Madinah. Mereka berjalan sepenuh hari dari pagi hingga lewat ke petang, dari malam hingga ke pagi hari, dan hanya berhenti untuk menunaikan solat. Ketika itulah mereka terasa lapang, mereka keletihan dan terus tertidur maka tiada masa para sahabat berfikir tentang konspirasi jahat Abdullah bin Ubay.
Di saat rehat itulah Rasulullah s.a.w mengambil peluang bertanya kepada Usaid ibn Khudair r.a, anak kepada Khudair al-Kata’ib seorang pahlawan terkenal suku kaum ‘Aus, mengenai perancangan Abdullah bin Ubay. Jawab Usaid;
يا رسول الله ارفق به. فو الله لقد جاءنا الله بك وإن قومه لينظمون له الخرز ليتوجوه، فإنه ليرى أنك قد استلبته ملكا
“Wahai Rasulallah berlembutlah dengannya (Abdullah bin Ubay), demi
Allah yang telah mentaqdirkan tuan Rasul kami, dan sesungguhnya pengikut
Abdullah bin Ubay telah mengatur kemewahan (batu permata) untuk
dikalungkan kepadanya (sebelum kedatangan Rasul). Lantaran itu, dia
memandang kedatangan baginda Rasulullah s.a.w sebagai perampas haknya
sebagai raja.”Pendirian Rasulullah s.a.w ketika mendengar penjelasan Usaid ibn Khudair r.a adalah sebagaimana yang digambarkan dalam firman Allah Taala;
لاَّ خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاحٍ بَيْنَ النَّاسِ
“Tiada kebaikan daripada bisikan (perkataan manusia itu) kecuali
seruan untuk bersedeqah, perintah melakukan perkara kebaikan ataupun
perbaikan sesama manusia (mendamaikan manusia yang berselisih).” (An-Nisa’:114)Abdullah bin Ubay menyedari bahawa rancangan busuknya itu telah sampai ke pengetahuan Nabi. Ketika perjalanan berbaki hampir ke Madinah, Abdullah bin Ubay berjalan bersama Nabi dan bersumpah bahawa dia tidak pernah berbicara seperti yang dilaporkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah mengiyakan penjelasan tersebut dan berhujjah barangkali Zaid bin Arqam tersalah dengar.
Keputusan yang diambil Rasulullah menyebabkan Zaid bin Arqam menjadi resah sehinggalah kemudianmya Allah menurunkan surah Al-Munafiqun. Ibnu Ishak menjelaskan ketika surah ini diturunkan Rasulullah s.a.w menunjukkan jari ke telinga Zaid bin Arqam. Sabda Rasulullah;
هذا الذي أوفى لله بأذنه
“Inilah orangnya yang memenuhi amanah kepada Allah dengan telinganya.”Sayyid Qutb membahaskan ayat ini bahawa arahan Abdullah bin Ubai di sini ada persamaannya dengan apa yang dilakukan oleh musuh-musuh syariat di dalam lapangan politik hari ini. Mereka ibarat golongan Sekular Kapitalis yang menguasai ekonomi dengan menyekat sumber kehidupan komuniti masyarakat yang tidak dipersetujui oleh mereka. Mereka berselindung di bawah kapasiti seorang penganut Islam tetapi dalam jiwa mereka penuh dengan rancangan kebatilan.
Firman Allah;
يَقُولُونَ
لَئِن رَّجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأَعَزُّ مِنْهَا
الأَذَلَّ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ
الْمُنَافِقِينَ لا يَعْلَمُونَ
“Mereka berkata lagi; Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah
(dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia (pihak kita)
akan mengusir keluar orang-orang yang hina (orang yang berhijrah ke
Madinah). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan itu dan bagi Rasul-Nya
serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan munafiq tidak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Al-Munafiqun:8)Abdullah bin Ubay menyimpan hasad yang mendalam terhadap Islam, kerana kehadiran Nabi Muhammad s.a.w telah memalapkan peluangnya menjadi pemimpin pilihan bagi masyarakat di Madinah. Abdullah bin Ubay membahasakan dirinya “orang yang lebih mulia” dan membahasakan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya “orang-orang yang lebih hina”, sedangkan pada neraca Allah ia adalah sebaliknya.
Kata Imam al-Qurtubi r.hm, “Pada perkiraan orang munafiq mereka menyangka “orang yang lebih mulia” adalah orang yang banyak harta dan ramai para pengikutnya. Lalu diterangkan Allah bahawa kemuliaan adalah kurniaan yang hanya diberi kepada Rasul-Nya dan umatnya yang beriman.” (Tafsir al-Qurtubi:18/129)
Ibnu Ishak menjelaskan lagi, akibat rancangan nista Abdullah bin Ubay itu menyebabkan anaknya yang juga bernama Abdullah bertemu Rasulullah s.a.w sseraya menuturkan kata, “Ya Rasulallah, saya mendengar tuan ingin membunuh ayah saya. Seandainya itulah arahan tuan maka perintahkanlah saya membunuhnya.”
Rasulullah s.a.w lalu menjawab;
بل نترفق به ونحسن صحبته ما بقي معنا
“Tidak! Sebaliknya kita berlemah lembut dan bersahabat baik dengannya selagi dia tinggal bersama-sama dengan kita.”Surah ini secara keseluruhan menemukan kita dengan perjalanan sirah, manhaj tarbiyah Ilahiyah dan takdir Allah dalam mengatur sesuatu urusan. Orang-orang munafiq hidup dalam barisan orang-orang beriman sehinggalah di penghujung hayat baginda Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w tidakpun mengeluarkan mereka daripada kelompok orang-orang beriman, walaupun baginda mengenal mereka melalui perangai, ragam, bahasa dan ciri-ciri mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w;
إِنَّ
لِلْمُنَافِقِينَ عَلَامَاتٍ يُعْرَفُونَ بِهَا : تَحِيَّتُهُمْ لَعْنَةٌ،
وَطَعَامُهُمْ نُهْبَةٌ، وَغَنِيمَتُهُمْ غُلُولٌ، وَلَا يَقْرَبُونَ
الْمَسَاجِدَ إِلَّا هَجْرًا، وَلَا يَأْتُونَ الصَّلَاةَ إِلَّا دَبْرًا،
مُسْتَكْبِرِينَ، لَا يَأْلَفُونَ وَلَا يُؤْلَفُونَ، خُشُبٌ بِاللَّيْلِ،
صُخُبٌ بِالنَّهَارِ
“Sesungguhnya ada tanda-tanda pada orang munafiq yang dapat dikenali,
penghormatan mereka (terhadap orang lain) adalah laknat, makanan mereka
adalah hasil rampasan, ghanimah (harta rampasan perang) mereka adalah
kecurangan, mereka tidak mendekati masjid kecuali menjauhkan diri
darinya, tidak menunaikan solat kecuali setelah selesai, sombong, tidak
mahu bersahabat dan tidak mahu diajak bersahabat, berkumpul pada malam
hari dan bergaduh pada siangnya.” (Riwayat Ahmad)Sungguhpun sifat munafiq itu nyata disebut di dalam Al-Quran, ia bukanlah tugas umat yang beriman untuk menghukum kepura-puraan kaum munafiq selagi belum nyata pengkhianatan mereka dalam bentuk tindakan. Tugas utama umat yang beriman adalah menyampaikan saranan-saranan yang terkandung di dalam Al-Quran demi kelancaran risalah dakwah yang ditinggalkan baginda Rasulullah s.a.w. Kepada orang yang munafiq ini cukuplah kita katakan;
قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ
“Allah laknat mereka. Ke mana mereka akan memalingkan muka (dari kebenaran).” (Al-Munafiqun:4)Berdasarkan amalan politik Rasulullah s.a.w, baginda tidak pernahpun mengambil tindakan terhadap kaum munafiq selama mereka menampakkan ke-Islaman dan menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim. Hal itu kerana Allah tidak menyandarkan hati manusia kepada manusia. Apa yang terkandung dalam hati manusia itu adalah milik Allah semata-mata, dan Dia-lah yang akan menghisabnya di hari kemudian. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqallani menyebutkan;
نحن قوم نحكم بالظاهر والله يتولى السرائر
“Kami adalah kaum yang berhukum kepada perkara-perkara yang zahir,
kepada Allah diserahkan (segala hukuman) melibatkan perkara-perkara
batin (yang melibatkan hati).”Allah tidak menjadikan syariat dan hukum kepada manusia berdasarkan firasat. Kerana itu, Rasulullah s.a.w hanya menyenaraikan nama-nama golongan munafiq kepada Huzaifah al-Yamani r.a sahaja dan melarang laporan itu disensasikan. Umar al-Khattab r.a sering bertemu dan bertanya kepada Huzaifah agar merasa tenang dari unsur kemunafiqan. Kata Huzaifah yang terkenal dengan gelaran “Penyimpan Rahsia Nabi” – Sohib Sirr Ar-Rasul – itu, “Wahai Umar, kamu tidak termasuk di kalangan mereka (yang munafiq). Aku dilarang Rasulullah berlebih-lebihan membicarakan hal ini.”
Allah melarang Rasulullah s.a.w mendirikan solat jenazah ke atas orang-orang munafiq ketika kematian Abdullah bin Ubai sebagaimana firman-Nya;
وَلاَ
تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلاَ تَقُمْ عَلَىَ
قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُواْ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُواْ وَهُمْ
فَاسِقُونَ
“Dan janganlah kamu sekali-kali mensolatkan (jenazah orang munafiq)
seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri
(mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah
dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.” (At-Taubah:84)Setelah baginda wafat perbuatan Huzaifah-lah yang menjadi isyarat kepada para sahabat jika beliau tidak melakukan solat jenazah ke atas seseorang yang dikenalnya. Sungguhpun demikian Huzaifah tidak mengatakan apa-apapun atas tindakannya itu, ini kerana maklumat sulit yang diterima adalah amanah Rasulullah s.a.w yang tiada sesiapapun yang boleh mengetahuinya.
Referensi :
- Sayyid Qutb, “Tafsir Fi Zilal al-Quran”
- Imam al-Hafiz Imaduddin Ibnu Kathir, “Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir”
- Syeikh Mohammad Ali as-Sobuni, “Sofwatu at-Tafasir”
This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday, 4 October 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)






