Sunday, November 1, 2009

Terima Kasih Kepada Semua, Dr Megat Suhaimi, Pengarah HIMPIT 10K


KEMAMAN : Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 10K pada 29-31hb. Oktober 2009 di Dataran Tuan Guru, Geliga, Kemaman telah melabuhkan tirainya.

Banyak kenangan samada manis dan pahit telah dilalui oleh para ajk dan peserta sepanjang 3 hari program berlangsung.

Dr. Megat Suhaimi Megat Idrus, Pengarah HIMPIT 10K mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung maupun tidak langsung dalam merealisasikan program tahunan terbesar anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) ini.

"Saya selaku Pengarah HIMPIT 10K mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepasa semua pihak yang terlibat", ujarnya ketika dihubungi oleh wakil www.dppkk.org melalui perbualan telefon.

Difahamkan Pengarah HIMPIT 10 itu berada di Kuala Lumpur sebagai persediaan menyertai satu misi rombongan ke Sri Langka.

Dr Megat juga berkata, "Ahli Jawatankuasa HIMPIT 10K amat terharu dengan sambutan para pemuda seluruh Terengganu, HIMPIT 10K telah disifatkan sebagai penyertaan peserta teramai dalam sejarah sejak ianya dilancarkan sepuluh tahun dahulu".

"Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi, Pesuruhjaya & AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) yang banyak membantu dari segi kewangan, Ketua DPPNT, YB Ustaz Moh Nor Hamzah serta AJK, YDP PAS Kawasan - Kawasan serta AJK, Ketua Dewan Ulama Kawasan - Kawasan serta AJK, Ketua Dewan Muslimat Kawasan - Kawasan serta AJK, Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Hj. Ismail Harun serta Ahli Jawatankuasa, Pengarah Nisa' Kemaman serta ahli jawatankuasa, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Hj. Hanafiah Mat serta ahli jawatankuasa, Ketua & AJK PAS Cawangan Geliga Besar, Pengerusi & AJK Masjid Pasir Minal, Pengerusi & AJK Surau Tuan Hj Muda, Geliga dan tidak ketinggalan kepada semua kepimpinan dan ahli pemuda di semua peringkat Negeri, Kawasan, DUN dan Cawangan", jelas Dr Megat lagi.

"Juga tidak ketinggalan para penderma dan penyumbang yang tidak putus - putus memberi sokongan kewangan, semoga sumbangan ini dirahmati Allah swt", tegasnya sebelum mengakhiri perbualan telefon.

Dr Megat Suhaimi juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada kontingen tuan rumah, Kemaman walaupun sibuk dan letih mengadakan persiapan masih mampu memenangi dua anugerah khas.

Kontingen Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) menjadi Naib Johan dalam dua anugerah khas iaitu Anugerah Peserta Teramai dan Anugerah Kawasan Terbaik Keseluruhan.

"HIMPIT 10K - Orang Muda Geng Kita"

"Terima Kasih Kepada Semua"

"Jumpa Lagi HIMPIT 2010, Insyaallah"

No comments:

Followers